|
MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)
[Copy link]
|
|
Ketahui lah....
Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar
sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi
setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling
rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang
berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya
menjadi lebih mahal.
Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan
gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2
Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah
yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya. Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar
dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu).
Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan
oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat
berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul
tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan
herba yang lain.
Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga,
Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar
betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).
Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah. Pada
bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan
tamar betina .
Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan
proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan
kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.
Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh
digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.
"Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t
pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.
Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam.
" Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. "
"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi
dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk
kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar. ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Husain...lemons...
Insyallah akan dapat merasakannya bila berpeluang mengerjakan Haji..
Tak perlu nak tunggu jadi Dato Husain..
Ada Rider kat depan n tepi... |
|
|
|
|
|
|
|
--------------------------------------------------------------------------------
Tak bosan-bosan rasanya membaca kisah ini...
AIRMATA RASULULLAH SAW...
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya
masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam", kata Fatimah yang membalikkan
badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan
bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"
tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan
pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang
memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan
tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan
kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit
dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?", tanya Rasululllah
dengan suara yang amat lemah.
" intu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
"Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh
kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?", tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah
berfirman kepadaku: "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh
Rasulullah ditarik.
Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya
menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya
menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?"
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata
Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak
tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini
kepadaku, jangan pada umatku."
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera
mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku"
"peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan
telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii,ummatii,ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mu lia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
NB:
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk
mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan
Rasulnya mencintai kita.
[ Last edited by haziq_97 at 24-9-2008 03:21 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aziefa at 24-9-2008 11:45 AM ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/assalamualaikum.gif
"Semua jemaah haji akan pergi dengan kapalterbang Carter Haji yang bermula pada 1 Zulkaedah
dan berakhir pada 30 Zulkaedah se ...
Seronoknya zie ada dalam rumah ni,
dapat info terkini dan maklumat lengkap mengenai urusan mengerjakan haji
banyak manfaatnya kepada orang yang ingin pergi buat pertama kali
terima kasih zie
teruskan usaha murni ni zie untuk dikongsi bersama |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Rosputih at 24-9-2008 04:25 PM ![](http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
Assalamualaikum haziq dan semua rakan-rakan,
Memang betul haziq,
tak pernah jemu membacanya walau berulang-ulang kali
dan setiap kali membacanya pasti mengalir airmata
terbayangkan suas ...
meleleh air mata tiap kali membacanya...
perkara yang menjadi titipan mulut rasulullah selalu dipandang ringan oleh kita
"Ya ALLAH berikanlah kami masuk ke syurgaMU tanpa hisab" |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Rosputih at 24-9-2008 04:39 PM ![](http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
Kakak pun nak ambil kesempatan nak ucapkan selamat hari raya kepada semua rakan forumer.
Maaf zahir dan batin. Maklumlah lagi banyak bercakap, lagi banyak menulis, lagi banyak salah dan s ...
tak aci jemput ibu dan makcik aziefa jer..
saya takder ke?..uwaa..uwaa..uwaa
takpelah nak buat macam mana " Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong"
heheheh |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 24-9-2008 04:38 PM ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
meleleh air mata tiap kali membacanya...
perkara yang menjadi titipan mulut rasulullah selalu dipandang ringan oleh kita
"Ya ALLAH berikanlah kami masuk ke syurgaMU tanpa hisab"
Lama tak sembang dengan hussain,
ibu sibuk sehari dua ni ke hulu ke hilir
menguruskan beberapa perkara.
Betul kata hussain, selalu ibu terfikir, bagaimanakah lagi caranya aku ni
untuk menjadi insan berguna, boleh memberi manfaat kepada yang lain,
Takut dengan hukuman Allah dab azab nerakaNya,
ingin mendapat syafaat Rasulullah
dan termasuk di dalam golongan hamba Allah yang dikasihiNya dan beroleh syurga tanpa dihisab.
Astagfirullah Al Azim.
Ampunkan dosa-dosaku Ya Allah
dosa orang-orang yang dekat denganku
ampunilah dosa-dosa muslimin dan muslimat yang sentiasa berusaha dan tak jemu mencari keredhaanMu.
Semakin berakhirnya Ramadan, semakin sayu rasa hati
kerana sebahagian Ramadan telah berlalu
tapi sejujurnya, tak dapat dipenuhi sepenuhnya dengan amalan yang sepatutnya
semoga Allah swt memanjangkan usia untuk bertemu Ramadan yang akan datang
untuk mengatasi kekurangan yang dirasai kali ini
Astagfirullah Al Azim |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Rosputih at 24-9-2008 05:02 PM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Lama tak sembang dengan hussain,
ibu sibuk sehari dua ni ke hulu ke hilir
menguruskan beberapa perkara.
Betul kata hussain, selalu ibu terfikir, bagaimanakah lagi caranya aku ni
untuk ...
Aminnnnn.....
[ Last edited by aziefa at 25-9-2008 12:08 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1862 Rosputih's post
Menantu tak bawak sekali ke? ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1867 haziq_97's post
Wa'alaikumsalam....
Sama - sama la kita ye. ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1867 haziq_97's post
Sama sama lah kita ye...
Agaknya ramai dah mula nak Bercuti Raya dah...
Sebelum balik bercuti nak ambil kesempatan yang sama...
Nak minta ampun dan maaf sekiranya ada tersilap kata or terlebih gurau dalam
thread ni...
Selamat Hari Raya..
Berhati hati di Jalan Raya...
Ingat saya bila makan Kuih Raya..
![](http://i198.photobucket.com/albums/aa310/amalwp/kad2.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aziefa at 25-9-2008 12:43 PM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Sama sama lah kita ye...
Agaknya ramai dah mula nak Bercuti Raya dah...
Sebelum balik bercuti nak ambil kesempatan yang sama...
Nak minta ampun dan maaf sekiranya ada tersilap kata or terlebih ...
Maaf terkuar tajuk sikit...thn ni mungkin raya kat hospital bonda tersayang masih di sana sakit buah pinggang yg kronik.. operation di jangka pada ari Jumaat ni.. kengkawan benang UMRAH nie tolong doakan yg terbaik untuk bonda saya ye...![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1870 haziq_97's post
Semoga semuanya selamat.
Insya-Allah. ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|