traffic light pertama di kulim menamatkan perkhidmatannya dgn cemerlang beberapa hari lepas. heheh..
traffic light yg terletak berdekatan dgn pejabat pos tu telah berkhidmat mengawal lalu lintas dua hala di simpang empat tu sejak lebih 10 tahun lepaih. sejak sistem lalu lintas sehala dimulakan, traffic light tu jadi agak kurang relevan, tapi baru la ni tindakan diambil. dgn pembinaan divider di situ utk menggantikan traffic light, simpang empat ke Jln Tunku Bendahara juga dah tak dak. no more simpang 4.
sekian,
dunia jam 10 |

Banyak sentimental value o trafik light tu. Jalan Pancur pun serupa la jugak. Betui ka jalan kat situ dah jadi lain? Satgi nak kena pi tengok aih..lama tak lalu kot jalan tu sebenarnya. Ingat lagi time sekolah rendah kat Sekolah Kebangsaan Kulim dulu. Member2 semua best2, cikgu pun serupa jugak. Selalu suka pi beli susu ngan dadih kat pejabat haiwan ka apa ka sebelah pejabat pos tu, depa jual dalam pondok bentuk botol.
Terkenang semasa dulu...hatiku bertambah sayu... |

Reply #1862 RaiNa's post
Raina,
Kilang NSC lama tu dah ada orang beli ka?
Ada berapa bijik lagi kilang nak bukak kat sana? |

Originally posted by Madiey at 10-5-2007 11:30 AM
Raina,
Kilang NSC lama tu dah ada orang beli ka?
Ada berapa bijik lagi kilang nak bukak kat sana?
Madiey,
Mentang-mentang la kami ni orang Kulim bukan semua benda berlaku di Kulim ni kami tau Madiey oiii...NSC tu kat Kilang Lama Industrial area ka? Yang tau cuma kilang Franklin je sebelum ni tutup tapi pastu bukak balik dengan nama lain. Di Kulim Hi-Tech plak yang terbaru nak bukak tu First Solar la,kira besar gak la ala-ala Infineon gitu.
U/p : Kat Franklin depa ada buat jualan barang-barang aksesori, pewter, perabot antik etc..time waktu bekerja sahaja. Kalau nak pi just habaq kat Pak Guard nak pi Asian House. Siap duit jelah no...ada yang murah dan ada yang mahal, pandai-pandai sendirila buat perbandingan harga. |

Reply #1864 RaiNa's post
Dak la. Dah kata dok kat Hi-Tech. NSC tu bukan kat kilang lama. Kat Hi-Tech jugak. Depan kilang Merck tu.
First Solar tu nak bukak kat area mana? |

Reply #1865 Madiey's post
He..he..jangan mare. First Solar nak bukak dekat jalan nak keluar pi ke highway BKE.Kalau lalu kat situ ada kedai makan dalam pokok kelapa sawit tu.Kat area situ la.Kalau sapa-sapa tau bila depa buat job opening sila-sila la kongsi bersama ye. |

Reply #1866 RaiNa's post
Ooo. Rasanya dah ada job opening rasanya.
Cuba check dekat depa punya website.
Aik, teringin nak keja kilang ka Cik Raina? |

ninjamerah This user has been deleted

Originally posted by Madiey at 10-5-2007 11:30 AM

Raina,

Kilang NSC lama tu dah ada orang beli ka?

Ada berapa bijik lagi kilang nak bukak kat sana?

NSC tu bukan ka Wacker?
rasa macam tak dak orang beli lagi.
Merck pun rasanya dah tukar nama, BASF ka apa ka?
[ Last edited by ninjamerah at 10-5-2007 05:54 PM ] |

Originally posted by Madiey at 10-5-2007 14:26
Ooo. Rasanya dah ada job opening rasanya.
Cuba check dekat depa punya website.
Aik, teringin nak keja kilang ka Cik Raina?
job opening memang dah bukak lame dah |

Reply #1869 estrellas's post
ST pun ada apply jugak ka? |

ninjamerah This user has been deleted

sebenarnya, dengan menyorok akan menyebabkan tidak tercapainya maksud speed trap itu diadakan.
apa yang dimahukan oleh pihak berkuasa ialah pemandu tidak memandu dengan laju yang melebihi had laju.
pihak berkuasa sebenarnya perlu menonjolkan diri, misalnya dengan meletakkan papan tanda "awas, kamera di hadapan", atau mempamerkan diri mereka. ini akan menyebabkan para memandu memperlahankan kenderaan apabila melalui tempat yang dianggap merbahaya tersebut.
jika mereka menyembunyikan diri, maka mereka tidak akan dapat memeprlahankan kelajuan kereta para pemandu. ia hanya akan menambahkan saman berekor, dan saman berekor ini pula hanya akan sampai pada beberapa bulan kemudian.
biasanya pemandu yang biasa memandu dengan laju tidak akan insaf dengan saman berekor ini. ini kerana mereka tidak tahu di mana hendak diperlahankan kereta mereka. dan mereka kan seperti biasa memandu dengan laju di mana mana mereka rasakan perlu. |

Originally posted by ninjamerah at 11-5-2007 06:22 PM
sebenarnya, dengan menyorok akan menyebabkan tidak tercapainya maksud speed trap itu diadakan.
apa yang dimahukan oleh pihak berkuasa ialah pemandu tidak memandu dengan laju yang melebihi had ...
ya, menyorok2 ni kurang berkesan sikit, ramai yg cepat lupa. tapi pada aku, sekali terkena dulu, mmg terus ingat la setiap kali lalu situ... |

setiap hari aku lalu depan hospital lama, aku tengok ada satu kedai Nasi Kandar Hj Mustapha, kedai dia buruk (klasik) tapi selalu saja ada orang sarapan kat situ.
pagi ni aku lalu situ, aku tengok kedai tu dah pun roboh, bumbung dah tak dak, dinding pun ada yg dah pecah. tak tau la depa nak buat apa kat situ. mungkin hampa pun pernah makan kat situ, saja nak habaq |

Jumpak artikel dalam Harian Metro hari Sabtu kalau tak silap, MPKK nak jadikan Pekan Kulim ni Pekan Air Terjun. Patutla banyak sangat depa dok buat air terjun ngan cendawan kat Kulim ni. |

setakat ni 'air terjun' Kilang Lama paling huduh sekali
yg macam real ialah yg dekat ngan masjid tu, tapi kedudukan tak strategik, orang tak dan nak berenti tengok sbb bukan simpang jln...
[quote]
Lanskap air terjun hiasi Kulim
Oleh Azahar Hashim
ELEMEN alam sekitar jika diadaptasi melalui hiasan lanskap akan menjadi lebih terserlah keindahannya. Inilah yang dapat dilihat jika anda melalui jalan ke bandar Kulim, Kedah.
Banyak air terjun buatan yang menghiasi persimpangan jalan di bandar itu dan ia memeriahkan suasana persekitaran.
Air terjun buatan itu terletak di persimpangan Paya Besar, Persimpangan Jalan Kelang Lama-Jalan Sungai Ular, Jalan Bukit Awi dan persimpangan Jalan Kulim-Bukit Mertajam di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim.
Ketua Unit Lanskap Majlis Perbandaran Kulim (MPK), Rozita Awang, berkata pihaknya membina air terjun buatan itu untuk menjadikan ia sebagai imej atau identiti bandar itu.
"MPK berhasrat menjadikan Kulim sebagai satu bandar atau kawasan yang terkenal dengan air terjun memandangkan ada beberapa pusat peranginan air terjun yang menarik dan berpotensi dikembangkan.
揝ebahagian pusat peranginan itu popular dan menjadi tumpuan pelancong dari luar dan dalam negara, |

Category: Negeri & Negara