CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wacayasamalula

Jogjakarta, Indonesia [merged Syd]

 Close [Copy link]
Post time 24-7-2009 09:02 PM | Show all posts
kalau Bandung barang kulit cari kat Garut dan Cibaduyut.....Jogja, Solo cari kat area mana pulak?
jone Post at 23-7-2009 21:52


Manding, dkt dgn PaRis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2009 05:06 PM | Show all posts

RE: Jogjakarta, Indonesia [merged Syd]

Manding, dkt dgn PaRis
.N.A. Post at 24-7-2009 21:02

Area mana tu, coba guide sikit menuju ke arah mana i,e Parangtritis, Solo  etc..ada map sama gambar lagi bagus....TQ
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2009 08:47 PM | Show all posts
Area mana tu, coba guide sikit menuju ke arah mana i,e Parangtritis, Solo  etc..ada map sama gambar lagi bagus....TQ
jone Post at 25-7-2009 17:06


PaRis =PARangtritIS
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2009 04:47 PM | Show all posts

RE: Jogjakarta, Indonesia [merged Syd]

PaRis =PARangtritIS
.N.A. Post at 25-7-2009 20:47

Tu kat area Bantul, Kasongan ke....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2009 09:25 PM | Show all posts
Tu kat area Bantul, Kasongan ke....
jone Post at 26-7-2009 16:47


km 11 bantul
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 12:27 PM | Show all posts
Yogyakarta Daerah Istimewa Penuh Sejarah Dan Tradisi

Oleh Zakaria Abd Wahab

KOTA YOGYAKARTA, 27 Julai (Bernama) -- Yogyakarta, sebuah daerah di Pulau Jawa, Indonesia, yang mendapat gelaran 'daerah istimewa' kerana masih mengekalkan pemerintahan beraja atau kesultanan, sesungguhnya mempunyai keistimewaan yang lebih daripada itu.

Selain sebagai satu-satunya daerah di Indonesia, yang masih mempunyai raja bertakhta dari zaman kerajaan Mataram abad kelapan, Yogyakarta cukup kaya dengan tarikan sejarah, alam semula jadi dan kegiatan seni budaya tradisi penduduknya.

Daerah Istimewa Yogyakarta, begitu jolokan yang diberikan oleh kerajaan pusat Indonesia, ialah sebuah pusat pelancongan dan budaya yang cukup unik dan menarik untuk dikunjungi pelancong dari dalam dan luar republik itu.

Di daerah inilah terletak sebuah candi agama Buddha yang terbesar di dunia iaitu Borobudur dan sebuah kuil Hindu yang antara terbesar di Asia Tenggara iaitu Prambanan, kedua-duanya telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia oleh Unesco.

Selain itu, Yogyakarta turut mempunyai sebuah gunung berapi yang masih aktif sejak tahun 1548 iaitu Gunung Merapi, yang kali terakhir meletus pada tahun 2006, yang menjadi tarikan pelancong yang ingin menyaksikan kesan letusan lama atau kepulan asap yang keluar setiap hari dari puncak gunung itu.

RAJA YOGYAKARTA

Yogyakarta, yang mempunyai hampir empat juta penduduk, adalah antara satu daripada lima daerah di Indonesia yang diberi taraf istimewa untuk mentadbir daerahnya sendiri jauh daripada terikat dengan kuasa atau sistem pemerintahan kerajaan pusat.

Empat daerah lain yang turut mendapat status istimewa ini ialah Acheh, Papua dan Papua Barat, yang masing-masing mempunyai sejarah konflik dan pernah menuntut kemerdekaan daripada kerajaan pusat Indonesia, serta Jakarta sendiri kerana keistimewaan kawasannya yang luas.

Raja Kesultanan Yogyakarta sekarang iaitu Sri Sultan Hamengkubuwono X, 63 tahun, selain sebagai raja, turut memegang jawatan gabenor yang mentadbir daerah Yogyakarta.

Menurut sejarahnya, sewaktu Indonesia dalam proses hendak mendapat kemerdekaan, kesultanan Yogyakarta di bawah pemerintahan ayahanda raja sekarang, Sri Sultan Hamengkubuwono IX telah membuat keputusan untuk bernaung di bawah republik itu.

Langkah raja Yogyakarta itu dialu-alukan oleh presiden pertama Indonesia pada masa itu iaitu Jenderal Sukarno.

Dan bagi membalas penghormatan itu, lalu digubal satu undang-undang pada 1950 bagi mengiktiraf kesultanan Yogyakarta dan daerahnya diberi gelaran 'istimewa' dengan hal-ehwal dalamannya diletak di bawah kuasa raja yang dilantik sebagai gabenor.

KEISTIMEWAAN CANDI BOROBUDUR

Keistimewaan Yogyakarta juga terserlah apabila Sukarno pernah menjadikannya ibu negara sementara Indonesia sewaktu penjajah Belanda menduduki Jakarta dari 1946 hingga 1950 selepas tamat Perang Dunia Kedua apabila Belanda cuba menjajah semula Indonesia sebaik republik itu memperoleh kemerdekaan pada 1945.

Yogyakarta, satu daripada 33 daerah yang terdapat di kepulauan Indonesia, kini semakin maju seperti daerah lain, umpamanya Jawa Barat (Bandung), Jawa Timur (Surabaya), Sumatera Utara (Medan), Kalimantan Barat (Pontianak) malah Jakarta.

Arinto Prakoso, anak tempatan Yogyakarta berkata daerah itu dapat menikmati kemajuan seperti hari ini kerana kebijaksanaan pimpinan kedua-dua raja kesultanan itu iaitu Sri Sultan Hamengkubuwono IX dan anakanda serta pemerintahnya sekarang Sri Sultan Hamengkubuwono X.

Bagi membangunkan daerah itu, kesultanan itu memberi tumpuan kepada tiga bidang yang ia mempunyai keistimewaan atau kelebihan serta keupayaan memajukannya iaitu pelancongan, pendidikan dan perusahaan kecil, menurut Arinto yang bekerja sebagai jurupandu pelancong.

Dari sudut pelancongan, keistimewaannya memiliki candi Borobudur, yang dibina penganut Buddha di zaman dinasti Sailendra mulai tahun 750 hingga 850 dan kuil Prambanan oleh penganut Hindu di zaman kerajaan Mataram pada tahun 856, dimanfaatkan Yogyakarta sebagai penjana penting sumber pendapatannya.

Kedua-dua candi dan kuil ini, yang ditemui kira-kira dua abad lalu, telah dipromosi ke seluruh dunia hingga dapat menarik ribuan pelancong tempatan dan luar Indonesia untuk khususnya datang ke Yogyakarta, yang sudah lebih sinonim dengan Borobudur.

KRATON SULTAN

Turut menjadi tarikan utama bagi mereka yang berkunjung ke Yogyakarta ialah 'Kraton Sultan' atau istana raja yang sebahagiannya telah dijadikan muzium yang mempamerkan segala peralatan adat istiadat diraja dan sejarah turun temurun kesultanannya yang dibina oleh Sultan Hamengkubuwono I pada 1756.

Apa yang menarik ialah adat resam dan tradisi kehidupan penduduk istana itu masih dikekalkan hingga sekarang di mana boleh dilihat lelakinya mamakai kain Jawa, dengan keris panjang disisip di pinggang belakang serta memakai topi 'blangkon' dan wanitanya berpakaian seolah berkemban.

Selain itu, terdapat sebuah lagi istana berhampiran yang dipanggil Pura Pakualaman dan taman istirehat untuk keluarga diraja, digelar Istana Air Taman Sari yang dilengkapi dengan kolam mandi ala seni binaan Rom.

Bagi pendidikan pula, Arinto berkata bidang itu digunakan oleh kesultanan untuk melonjakkan Yogyakarta sebagai pusat ilmu utama Indonesia, yang kini terdapat lebih daripada 100 pusat pengajian tinggi kerajaan dan swasta, dengan menarik pelajar tempatan dan asing bertumpu ke daerah ini untuk melanjutkan pelajaran.

Di daerah inilah terdapatnya beberapa pusat pengajian tinggi yang ulung dan terkenal seperti Universitas Gajah Mada yang dibuka sejak 1949, Universitas Islam Indonesia (1948), Universitas Ahmad Dahlan (1960) (dulu dikenali sebagai IKIP Muhammadiyah Yogyakarta) dan Institut Seni Indonesia (1984).

KOTA SPEDA MOTOR

Peranan Sri Sultan Hamengkubuwono IX dalam bidang pendidikan ini cukup besar, apabila beliau sendiri pernah membenarkan beberapa bangunan dan kemudahan di kratonnya untuk kegunaan Universitas Gajah Mada pada awal penubuhannya.

Secara langsung, kehadiran pelajar yang dianggarkan 300,000 orang setiap tahun bukan sahaja menyemarakkan bidang pendidikan di Indonesia malah menggiatkan aktiviti ekonomi Yogyakarta seperti pengangkutan, makanan dan restoran, pelancongan dan penginapan, menurut Arinto.

Malah kata Arinto, Yogyakarta yang satu ketika dulu diberi jolokan 'kota sepeda' (basikal) kini dipanggil 'kota sepeda motor' kerana sesak dengan ramainya pelajar menunggang motosikal untuk berulang-alik ke pusat pengajian mereka.

Satu lagi tumpuan pentadbiran kesultanan Yogyakarta bagi meningkatkan ekonominya ialah memajukan perusahaan kecil yang melibatkan ramai penduduk setempat seperti perusahaan batik, ketukangan perak, barangan kulit, pembuatan pasu dan keris.

Batik Jawa Yogyakarta berbeza dengan batik dari daerah lain dan mudah dikenali kerana warnanya terhad kepada warna tanah atau cokelat dan garisan corak motifnya yang banyak mengandungi bunga teratai akan diletak melintang.

Walaupun batik Jawa kini sudah dipengaruhi dengan corak moden dan mempunyai pelbagai warna, keutuhan keaslian batik Jawa yang mempunyai warna dan corak asalnya masih dipelihara oleh penduduk di dalam Kraton yang menjadikan batik Jawa ini sebagai pakaian eksklusif seharian mereka termasuk rajanya.

BALET EPIK RAMAYANA

Atas usaha gigih Kesultanan Yogyakarta menyemarakkan aktiviti perusahaan kecil, kini terdapat banyak kedai batik Jawa, ketukangan perak, kraf kulit, jualan pasu dan keris di hampir seluruh kota diraja ini yang sentiasa dipenuhi dengan pengunjung tempatan dan asing.

Yogyakarta yang turut digelar sebagai pusat budaya juga masyhur dengan persembahan keseniannya seperti balet epik Ramayana dan wayang kulit yang diadakan pada setiap malam di kota ini, yang sudah pasti akan dimasukkan dalam aturcara lawatan sesiapa sahaja yang berjunjung ke sini.

Menurut Kepala Lembaga Pelancongan Indonesia bagi Daerah Istimewa Yogyakarta, Bapak Tazbir, kota diraja ini ialah antara daerah di Indonesia yang popular dalam kalangan pelancong Malaysia kerana keistimewaannya seperti itu.

Tazbir berkata selain melancong ke tempat bersejarah, orang Malaysia suka membeli-belah pelbagai barangan buatan tempatan yang menarik dan murah seperti yang terdapat di kawasan perniagaan popular Malioboro di tengah kotaraya ini.

Pengurus Besar Hotel Saphir Yogyakarta Desmond Rozario, seorang anak Negeri Sembilan, berkata pelawat Malaysia dan Singapura sekarang semakin ramai berkunjung ke Yogyakarta sejak adanya penerbangan tambang murah AirAsia dari Kuala Lumpur dan Singapura.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2009 12:38 PM | Show all posts
rasanya otai ramai kat sini,tp xde yg sudi jwb soklan fatt tu ker?
post #1858

tq in advanced.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 02:44 PM | Show all posts
rasanya otai ramai kat sini,tp xde yg sudi jwb soklan fatt tu ker?
post #1858

tq in advanced.
ceempaka Post at 27-7-2009 12:38 PM


ahaks..u perasan ke sis..tulah..i dah lama tye tp dorang tak reply pon
i rasa kat cni mostly org berkeluarga la..suma pakai tour guide..kita saja into backpacking..haha
takpela..i dah rujuk bahan lain..dont worry..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2009 08:14 PM | Show all posts
ahaks..u perasan ke sis..tulah..i dah lama tye tp dorang tak reply pon
i rasa kat cni mostly org berkeluarga la..suma pakai tour guide..kita saja into backpacking..haha
takpela..i dah rujuk baha ...
cmf_fatt Post at 27-7-2009 14:44


hehehe terlepas pandang
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 08:17 PM | Show all posts
1869# .N.A.

hehe ade pon otai jogja masukk...
hi N.A, sudi2 kanlah bercerita takat yg u tau
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 12:45 AM | Show all posts
hai sume..baru nak lepak thread ni..my trip 7hb aug ni..
sape penah cuba naik tren dr jkt ke yogja?
kat sini ada ke train yg sleepers tu?
cmf_fatt Post at 23-7-2009 11:41



gua pernah naik itu train dari jkt ke jogja. tapi gua naik kelas paling kodi le. tapi nama dia sedap, bisnis class
murah saja. rp110k. naik plak kat stesen pasarsenan, bukan kat gambir.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 12:53 AM | Show all posts
gua pernah naik itu train dari jkt ke jogja. tapi gua naik kelas paling kodi le. tapi nama dia sedap, bisnis class
murah saja. rp110k. naik plak kat stesen pasarsenan, bukan kat gambir.
elbandito Post at 28-7-2009 12:45 AM



hehe..ko kan sekali berterip dgn aku..tlg jwb pula..
takpe..kita wat konsep redah+redha..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 01:09 AM | Show all posts
hehe..ko kan sekali berterip dgn aku..tlg jwb pula..
takpe..kita wat konsep redah+redha..
cmf_fatt Post at 28-7-2009 00:53


ahaa.. yaa.. gunalah konsep redah dan redha. baru bekpekes. ehehe~
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 06:32 PM | Show all posts
konsep tuh dh ok,tp aku nk tambah lagi 1...
sbg perlindungan diri yg mantap,bwk skali mask! :kant:
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 07:07 PM | Show all posts
konsep tuh dh ok,tp aku nk tambah lagi 1...
sbg perlindungan diri yg mantap,bwk skali mask! :kant:
ceempaka Post at 29-7-2009 06:32 PM


u nak pakai mask ke?
takmo arr jalan dgn u..hahaha~
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 07:24 PM | Show all posts
1875# cmf_fatt
haha takmo sudah...i jln sensowg jer la sambil carik cowok ala2 Rangga yg gemar berpuisi di sane
seumo idup xpenah lagi pakai menatang tuh weh :geram:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2009 09:11 PM | Show all posts
ahaa.. yaa.. gunalah konsep redah dan redha. baru bekpekes. ehehe~
elbandito Post at 28-7-2009 01:09


konsep redah dan redha sesuai klo bukan time cuti skolah je
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 09:31 PM | Show all posts
1875# cmf_fatt
haha takmo sudah...i jln sensowg jer la sambil carik cowok ala2 Rangga yg gemar berpuisi di sane
seumo idup xpenah lagi pakai menatang tuh weh :geram:
ceempaka Post at 29-7-2009 07:24 PM


i ada beli mask aritu tp tak pakai pun..huhu~
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 09:33 PM | Show all posts
1877# .N.A.
adehh calender depa xde la pulak..agak2 awal bulan 8 sok musim cuti skola x kat sana?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 10:13 PM | Show all posts
saper tahu apa spa yang menarik dan 'reasonable' kat jogja ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.246643 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list