CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: AbukRokok

[Tempatan] V27 MH370 mungkin LANDED di tempat lain #80 - Search Team

[Copy link]
Post time 20-4-2014 09:32 PM | Show all posts
Kes MH370: Lebih ramai dipanggil bantu siasatan
35  0  0
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sudah  mengambil keterangan 260 individu bagi membantu siasatan berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Katanya lebih ramai lagi akan dipanggil untuk berbuat demikian dalam masa terdekat.

"Saya minta maaf kerana saya tidak boleh memberitahu anda mengenai penemuan siasatan setakat ini. Pertama, kerana  ini berkaitan siasatan jenayah, keduanya, apabila kita mengatakan sesuatu, orang ramai mula membuat spekulasi. Jadi lebih kami teruskan siasatan kami sehingga ada penemuan munasabah dan baik untuk dimaklumkan kepada orang ramai,"  katanya.

Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pemakaian Pangkat Komandan Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) kepada Paul Lajumin, sukarelawan polis yang dinaikkan pangkat kepada Penguasa, di Kota Kinabalu hari ini.

Menurut Khalid kes kehilangan MH370 itu diklasifikasi sebagai kes jenayah mengikut Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan yang merangkumi aspek sabotaj, rampasan dan seumpamanya.

Sementara itu mengulas kes seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditahan di Amerika Syarikat (AS) kerana cuba menyeludup keluar senjata api, Khalid berkata pihaknya akan mendapatkan laporan penuh daripada pihak berkuasa AS.

"Kami berminat untuk mengetahui apa niat dan tujuannya menyeludup pistol PT-22 itu," katanya.

Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan pegawai TUDM berpangkat Mejar itu ditahan pihak berkuasa San Angelo susulan penemuan pistol tersebut di dalam beg pakaiannya.

- Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2014 09:33 PM | Show all posts
ida88 posted on 20-4-2014 07:56 PM
MH370: Jawatankuasa Waris Penumpang sedang tetapkan tarikh untuk umum tiada mangsa terselamat - Hamz ...

Katakanlah ..tetiba mereka muncul setelah "sijil kematian" dikeluarkan

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 09:57 PM | Show all posts
Sejuk dah kisah mh370 nih...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 10:12 PM | Show all posts
BTW, keluarga dari cina tu masih di hotel cyberrjaya/putrajaya or dah balik ke Beijing?
Thanks
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 10:48 PM | Show all posts
uda posted on 20-4-2014 10:12 PM
BTW, keluarga dari cina tu masih di hotel cyberrjaya/putrajaya or dah balik ke Beijing?
Thanks

harap2 dah balik.

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku cuti smngu x bc tread ni..x close lg..x jump lg..adoi sume org dah lupe...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2014 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape?Tak caye? posted on 20-4-2014 09:32 PM
Kes MH370: Lebih ramai dipanggil bantu siasatan
35  0  0
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Ba ...

Klau x gtau hasil siasatan pun  org tetap wat spekulasi sbb x jumpa smpai skrg kan....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 12:26 AM | Show all posts
Nape?Tak caye? posted on 20-4-2014 09:32 PM
Kes MH370: Lebih ramai dipanggil bantu siasatan
35  0  0
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Ba ...

aiyo..tudm ade kna tangkap dgn senjata kt us.. bahaya tu..dia pk nk buat apa ye.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2014 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg twin mh370 b777 kt tel aviv tu ape cite? Leh explain x
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 02:14 AM | Show all posts
ejans posted on 21-4-2014 01:23 AM
Yg twin mh370 b777 kt tel aviv tu ape cite? Leh explain x

dilerai2kn..konon nya rosak..baru beli..tak pernah guna..nk dlerai2kn kononya..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
tinker_bell posted on 21-4-2014 02:14 AM
dilerai2kn..konon nya rosak..baru beli..tak pernah guna..nk dlerai2kn kononya..

Full story?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 02:30 AM | Show all posts
ejans posted on 21-4-2014 02:22 AM
Full story?

kapal terbang mas punya kembar mh370 tu dbeli company US..semua spec sama..cuma no plat je lain..yg hilang MRO..yg dkt israel MRI..lepas beli di simpan dkt tel aviv..pdhal company US..company tu bkn besar mcm MAS..ada lgi 2 pesawat pon pernah dpt status disimpan..tp disimpan dkt US..dah mmg company US kn..yg lebih mghairankn..beli mahal2..tp drpd website israel pesawat tu akn dilerai2kn..apa ke bodoh beli mahal2 lepas tu nk leraikn..kapal terbang bkn seringgit dua ringgit..something wrong somewhere..ko beli juta2 lepas tu ko nk lerai kn mcm tu je??lgsg tak logik..

lepas tu ada interview dgn org besar israel..katanya mh370 ada dkt area pakistan..kiranya mh370 bgerak bsama2 dgn pesawat b777 yg lalu waktu yg sama dr singapore..ala2 cloaking la..lepas tu immarsat kata dkt hemisphere selatan..so dah bcanggah dgn kyataan israel yg confident mh370 akn serang dorang..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 02:56 AM | Show all posts
no closure for the families involved...so sad...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:08 AM | Show all posts
cmf_kinna posted on 20-4-2014 10:48 PM
harap2 dah balik.

kalau masih ada.....sure banyak yang dah kena belanja utk mereka. lagi satu merke ni sangat demand...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:41 AM | Show all posts
uda posted on 20-4-2014 10:12 PM
BTW, keluarga dari cina tu masih di hotel cyberrjaya/putrajaya or dah balik ke Beijing?
Thanks

tengok kat hotel bangi tu cam senyap sudaa..tak tau lah depa masih ada ke idak
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:53 AM | Show all posts
Dedah senarai kargo MH370 - Anwar

IPOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disaran mendedahkan senarai barangan yang dibawa dalam ruang kargo MH370 dan tidak menyembunyikannya daripada pengetahuan umum, ujar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, banyak persoalan berhubung misteri kehilangan pesawat berkenaan belum dijawab Kerajaan Malaysia termasuk penjelasan mengenai kandungan kargo.

“Setiap kapal terbang yang berlepas mesti ada ‘cargo manifest’, maknanya keterangan barangan yang dibawa dan semuanya direkodkan, (tapi) yang ada (dalam MH370) hanyalah empat tan manggis dan bateri (lithium ion).

“Sampai sudah Kerajaan Malaysia dan MAS belum bagi maklumat dan masih lagi berahsia. Kenapa takut sangat? Benda apa yang nak dicuri?

Apa sebenarnya barang yang nak dibawa ke China? Najib tolong beritahu,” kata Anwar dilapor KeadilanDaily.

Gesaan Anwar itu dibuat ketika berucap di hadapan lebih 4,000 hadirin pada ceramah Jelajah Reformasi 2.0 di Wisma KEADILAN, Bandar Ipoh Raya, Jumaat lalu.

Sehingga kini tiada laporan bahawa kerajaan menyerahkan butiran mengenai kandungan kargo itu kepada Kerajaan Australia seperti diminta.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada 18 Mac menafikan MH370 membawa barangan berbahaya, sebaliknya menyatakan hanya terdapat tiga hingga empat tan manggis dalam pesawat itu.

Namun empat hari kemudian, beliau mengesahkan pesawat itu membawa muatan bateri lithium ion dan juga platform kayu untuk muatan kargonya.

Anwar selanjutnya, mempersoal kelemahan ketara yang cuba ditutup kerajaan iaitu keupayaan sistem radar milik negara mengesan MH370.

Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, radar Malaysia sepatutnya mampu mengesan MH370 kerana kerajaan membeli sistem radar daripada Marconi untuk kawasan utara Malaysia.

“Radar Marconi dipasang di Pangkalan Udara (PU) Gong Kedak dibeli dengan kos RM1.2 bilion adalah canggih.

Lalu lintas pesawat pelbagai saiz semua boleh nampak dan pesawat negara boleh memintas untuk tindakan segera jika ada pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara.

Macamana radar boleh tak nampak? Kenapa rahsiakan maklumat ini dan tidak disampai kepada rakyat?" soal beliau.

Anwar turut membangkitkan kehadiran dua penumpang warga Iran yang menggunakan pasport curi semasa menaiki penerbangan itu.

“Bagaimana pasport curi dari Itali boleh dipakai oleh orang Iran dan bolos masuk Imigresen sedangkan kita ada sistem canggih, dan hal ini terlebih dahulu diberitahu oleh Interpol sekiranya ada berlaku kecurian pasport,” kata Anwar.

Tegasnya, tiga persoalan penting ini yang masih belum dijawab, menguatkan dakwaan bahawa kerajaan BN cuba menyembunyikan maklumat kehilangan MH370.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2014 09:57 AM | Show all posts


dah ada ke.. klu dah ada anggap mcm astro je

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 09:59 AM | Show all posts
Terus mencari atau henti operasi?

KEHILANGAN pesawat MH370 masih kekal misteri sehingga kini susulan tiada satu petunjuk yang boleh dikaitkan dengan pesawat malang itu ditemui walaupun operasi mencari memasuki hari ke-45.

Namun, usaha mencari pesawat yang membawa 239 penumpang bersama 12 anak kapal termasuk juruterbang itu masih tetap dilaksanakan meskipun isyarat dari kotak hitam tidak lagi diterima pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di selatan Lautan Hindi.

Sehingga ke saat ini operasi SAR masih dijalankan dan fokus terarah kepada pencarian di dasar laut menggunakan kenderaan dalam air (AUV) Bluefin-21.

Walaupun usaha pencarian dikecilkan berdasarkan isyarat pinger yang terakhir dikesan namun, sehingga semalam data dari Bluefin-21 masih belum menunjukkan perkhabaran positif berkaitan MH370.

Ia menyebabkan misi ini dilihat semakin kritikal seperti yang dinyatakan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kelmarin, bahawa kini hanya berbaki 48 jam sebelum operasi Bluefin-21 dihentikan.


Keputusan penting perlu dibuat

Hishammuddin, dalam sidang media kelmarin menyatakan, tempoh 48 jam akan datang akan menjadi saat paling kritikal dalam misi mencari pesawat MH370 dengan kawasan pencarian dikecilkan.

Jika dihitung hari ini tinggal 24 jam sahaja untuk keputusan getir ini dibuat dan ia perlu dilakukan segera bagi mengelakkan strategi salah terus digunakan pasukan pencarian.

Pasukan mencari kini berdepan dilema iaitu sama ada mahu meneruskan operasi SAR dengan aset yang lebih canggih dari Bluefin-21 atau menghentikan operasi pencarian bagi mengkaji lokasi sebenar MH370.

Jika dilihat sejarah nahas penerbangan dunia sebelum ini, terdapat beberapa kes yang serupa dengan tragedi MH370.

Sebagai contoh yang berlaku di Indonesia pada 1 Januari 2007, iaitu pesawat Adam Air KI574 jenis Boeing 737-400 yang membawa 102 penumpang dari Bandung ke Manado secara tiba-tiba hilang dari radar tanpa membuat sebarang panggilan
kecemasan, dipercayai terhempas di Selat Majene, Sulawesi.

Sebulan selepas insiden itu, operasi mencari dan menyelamat dihentikan berikutan tiada sebarang petunjuk serpihan bangkai pesawat. Bagaimanapun, tujuh bulan selepas itu, dua kotak hitam pesawat itu berjaya ditemui.

Setelah sembilan bulan analisis dibuat Biro Keselamatan Pengangkutan Indonesia (KNKT) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional, Amerika Syarikat, ia merumuskan juruterbang mematikan alat pemanduan automatik bagi membaiki Sistem Rujukan Inersia (IRS).

Ketika sibuk membuat pembaikan tiada siapa yang menerbangkan pesawat sehingga menyebabkan ia mengiring ke kanan dan menjunam ke dalam laut.


Nahas Air France wajar dirujuk

Insiden ini turut sama berlaku kepada pesawat Air France AF477 yang terhempas di perairan Atlantik pada 1 Jun 2009 yang mengakibatkan 216 penumpang dan 12 anak kapal terkorban.

Pesawat itu terhempas apabila juruterbang hilang kawalan selepas kristal ais menjejaskan sensor yang digunakan untuk mengukur kelajuan pesawat.

Bagaimanapun, pada 6 Jun 2009, enam hari selepas kemalangan, cebisan rangka pesawat dan dua mayat ditemui di Lautan Atlantik, 680 km di timur laut kepulauan Fernando de Noronha di utara Brazil.

Pada 27 Jun 2009, operasi pencarian mayat dan serpihan pesawat ditamatkan dengan keseluruhan 51 mayat ditemui. Namun, hanya pada 1 Mei 2011, kotak hitam milik pesawat Air France ditemui.

Berdasarkan kedua-dua nahas melibatkan pesawat itu, mungkin kerajaan boleh mengkaji semula lokasi pencarian dengan menghentikan buat sementara waktu memandangkan tiada sebarang petunjuk ditemui.

Usaha mengkaji semula lokasi pencarian ini penting kerana jika usaha SAR yang dibuat tanpa ada sebarang petunjuk baharu boleh dikatakan sebagai usaha yang sia-sia.

Sekiranya pencarian masih buntu, mungkin tindakan menghentikan sementara usaha itu perlu dipertimbangkan bagi menilai semula kejadian bermula dari pesawat akhir dikesan satelit.

Sebelum ini, Hishammuddin memberitahu, beliau telah berbincang dengan Jean-Paul Troadec, individu yang bertanggungjawab mengendalikan kes kehilangan pesawat Penerbangan 447 Air France, berhubung penggunaan aset komersial swasta bagi membantu operasi mencari Penerbangan MH370.

Malah, sebelum ini, Perdana Menteri Australia, Tony Abbot juga telah menegaskan operasi itu akan dinilai semula sekiranya tidak terdapat perkembangan baharu.

Katanya, syarikat seperti Deftech, DRB, Boustead dan beberapa syarikat Malaysia bertemu dan berbincang dengan rakan mereka dari luar negara berhubung dengan bagaimana boleh menambah AUV bagi meneruskan usaha pencarian
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 10:00 AM | Show all posts
Keluarga tak setuju perisytiharan kematian

Shah Alam: Keluarga penumpang MH370, Suhaili Mustafa tidak bersetuju dengan cadangan mengumumkan bahawa tiada penumpang pesawat yang selamat.

Abang kepada Suhaili, Mohamad Nizam Mustafa, 42, berkata tidak masuk akal untuk pihak berkuasa mengeluarkan sijil kematian, sedangkan tiada sebarang bukti kukuh menunjukkan semua krew serta penumpang MH370 meninggal dunia.

“Sehingga kini, keluarga masih menaruh harapan tinggi untuk Suhaili pulang selamat, berikutan tiada bukti menyatakan mangsa ditemui mati.


“Kami masih keliru dengan status mangsa nahas MH370 dan tidak bersedia mengisytiharkan kematian Suhaili... keluarga masih berharap kepulangannya. Perkara ini tidak boleh dilakukan kerana pencarian pesawat masih belum berakhir,” katanya.


Keluarga tak terima tawaran

Nizam berkata, mereka sekeluarga membuat keputusan untuk tidak akan menerima tawaran Jawatankuasa Waris Penumpang MH370 bagi mengeluarkan sijil kematian Suhaili.
“Malah, kami sekeluarga juga tidak melakukan sebarang tuntutan berhubung tawaran pembiayaan perlindungan insurans, mahupun tawaran lain yang diberikan kepada Suhaili selagi tiada sebarang bukti kukuh berhubung perkara ini,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 10:38 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 21-4-2014 12:53 AM
Dedah senarai kargo MH370 - Anwar

IPOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disaran mendedahk ...

cepat dedahhhh

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 09:20 PM GMT+8 , Processed in 1.613680 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list