CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladyFinger12

MSMN

[Copy link]
Post time 20-4-2013 12:14 AM | Show all posts
redsentra posted on 19-4-2013 11:12 AM
Dah terlambat cik syirah.....Sila tunggu dona mati pehtu ambik fahmi....Eddie Bihar kat lily

noooooo....lily tak layak utk eddie yg bakal diputihkan wataknya, biar eddie temui cinta sejati yg lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2013 12:17 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 19-4-2013 11:46 AM
Eddie dengan Lily - OH TIDAK!

setuju 100000%

motip cheq jwb semua komen malam ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2013 12:19 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 19-4-2013 03:20 PM
Yup! Patu boleh lah sambung membakar syurga, mengguyur neraka 2...
5 tahun kemudian... dgn Eddie ...

sokom lady 1000000%%%%
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2013 11:51 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 19-4-2013 04:19 PM
Dan Eddie kembali tertawa. Tertawa dan terus tertawa....

Eddie menguatkan volume radio sekuat hat ...

Adehai...gelak guling2 aku weh....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2013 11:53 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 19-4-2013 04:23 PM
Tiba-tiba tawanya terhenti. Ruang bilik yang suram direnungnya tembus. Dan di sebalik dinding terpam ...

Beranilah lady wat gitu...

Aku akan ubah plot citer ini ikut selera aku...nak garap jiha ngan fahmi aka Mujahid Da Warrior...muleh gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2013 01:43 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 19-4-2013 03:47 PM
Santapan hujung minggu khusus buat khai di perantauan dan kebosanan (sebab tak ada pak we lagikk. Ce ...

tq lady... lady sangat memahami...nah munge walaupun skang ni bukan musim bunga
tapi kali chek mmg baca time weekend tau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2013 01:45 PM | Show all posts
UsuFie posted on 19-4-2013 03:56 PM
usu pun menumpang rezeki khaizarina....

rezeki mmg kena kongsi ramai2...baru berkat
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2013 01:50 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 19-4-2013 04:23 PM
Tiba-tiba tawanya terhenti. Ruang bilik yang suram direnungnya tembus. Dan di sebalik dinding terpam ...
tamat! Sila buat plot sendiri...

Nantikan kemunculannya di versi cetak!















Sure bengkek giler kan? kan?
apooooooooooooooooooooo lady biar betul???? dah la ai ni dok jauh...lambat lagi nak balik msia nun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2013 01:55 PM | Show all posts
lowgil posted on 20-4-2013 12:14 AM
noooooo....lily tak layak utk eddie yg bakal diputihkan wataknya, biar eddie temui cinta se ...
noooooo....lily tak layak utk eddie yg bakal diputihkan wataknya, biar eddie temui cinta sejati yg lain

tak yah susah2 bergaduh semua yer...eddie bagitau ai dia dah insap..dia nak dtg sini jumpa ai
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2013 03:41 PM | Show all posts
go eddie go...pas jiha pening nak pilih...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 08:06 AM | Show all posts
hai lady... ai check in awai sket hari ni...tolong kasi up balik benang lady ni
geng lepaking yg lain tak mau check in lg ke hari ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 09:18 AM | Show all posts
khaizarina posted on 22-4-2013 08:06 AM
hai lady... ai check in awai sket hari ni...tolong kasi up balik benang lady ni
geng lepa ...

lepak awal2 pun buat apa , lady belum mai lagi tepek en3..

jom rina pekena teh tarik dulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2013 10:58 AM | Show all posts
Salam all...

Meh sambung...

----

BAB 52

Pagi itu, Rahul menjemput aku di pejabat. Walaupun aku melarangnya tapi dia tetap berdegil mahu mengambil aku pulang dari pejabat. Sebelum menghantar aku ke rumah sewa, kami singgah bersarapan terlebih dahulu. Sekali lagi kami bersarapan di restoran yang kami pergi pertama kali dahulu, iaitu sewaktu dia menghantar aku balik dari hospital.

“Awak tak perlu lah jemput saya. Selama ni pun saya pandai balik sendiri.”

“Kenapa? Tak sudi keluar dengan saya?”

“Bukan macam tu... Saya tak naklah, belum apa-apa lagi dah susahkan awak. Lagi pun... kita bukan mahram. Kalau boleh saya nak elakkan.”

“Kalau macam tu, kenalah cepat-cepat jadi mahram saya.”

Aku tersengih mendengarkan kata-katanya. “Kan saya dah cakap... beri saya masa.”

“Berapa lama? Sebulan? Atau seminggu? Kalau boleh, sehari pun saya tak nak tangguh.” Aku hanya mampu kebam bibir.

Usai bersarapan bersama, Rahul menghantar aku balik.

“Kalau boleh saya mahu hantar awak depan pintu.” Katanya apabila aku menyuruhnya jangan keluar dari keretanya. Aku tak mahu terserempak dengan sesiapa terutamanya Kak Syirah, apatah lagi aku melihat keretanya masih diparkir di depan rumah sewa kami. Namun kata-kata aku semuanya sia-sia belaka. Tak akan mahunya lelaki itu menurut. Nak tak nak aku akur juga. Ketika Rahul membukakan pintu pagar buat aku, tersembul Kak Syirah di muka pintu.

Duhh... Terserempak juga! Hatiku mengeluh sesal.

“Assalamualaikum, Syirah!” Rahul melaung kepada Kak Syirah. Kak Syirah tak jawab tapi aku lihat dia memberikan anggukan sekali.

“How are you?” Rahul ramah menegur. Dia buat selamba sahaja walau pun aku tercegat di depannya.

Pertanyaan Rahul langsung tak bersambut. Sebaliknya Kak Syirah lekas-lekas masuk ke kereta. Lima saat kemudian kedengaran bunyi enjin kereta dihidupkan. Rahul pula membuka luas-luas pintu pagar. Memberi laluan kepada kereta Insyirah keluar. Aku sekadar memerhatikan sahaja gerak lakunya tanpa bicara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2013 11:03 AM | Show all posts
Sebaik sahaja kereta Inspira warna putih itu meluncur pergi, Rahul menoleh ke arah aku dan meleret senyum. Tidak aku balas senyumannya. Pandanganku kepadanya kosong sedang minda masih cuba mencerna... masihkah ada bunga cinta di hati?

“Why honey?” Keningnya dijungkit tinggi. Matanya tembus ke wajahku yang polos.

“Don't tell me you are jealous.” Tawa kecilnya kedengaran. Aku enggan membalas usikannya. Kakiku terus melangkah.

“Honey!” Nyaring suaranya memanggil sambil tanganku pantas diraih. Aku menoleh juga akhirnya.

“Awak, behave!” Marah aku, sambil bebola mata melilau memerhati sekeliling. Bimbang diperhati jiran.

“Sorry.” Lekas-lekas tanganku dilepaskannya.

“Tunggulah sekejap.” Pintanya. Aku pandang wajahnya dengan muka kelat.

“Awak memang nak jumpa dia, kan? Sebab tu beria-ia nak hantar saya balik.” Aku bertanya, geram.

Sekali lagi senyumannya meleret. “Honey, listen very carefully... Saya anggap Insyirah sebagai kawan. Tak salah kan bertanya khabar kepada kawan lama?” Aku membungkam cuma sambil mengerut bibir.

“Actually honey, I just want to show her that I'm serious with you...”

“Atau saja nak buat dia cemburu?” Bicaranya pantas aku pintas.  

Puas menyengih mengejek aku, tawanya tiba-tiba pecah. “Walau pun susah nak dengar pengakuan hati awak tehadap saya, at least rasa cemburu awak ni menjelaskan tentang itu. So far so good and I'm happy with it.” Dia kembali menyambung tawanya. Aku buat muka cemik.

“Honey... Walaupun Insyirah tu sangat cantik dan awak pulak macam kolot sikitlah kan...tapi dalam hati saya cuma ada awak. Percayalah!” Sengihnya melebar. Sakitnya hati aku. Selamba badak dia kutuk aku tapi puji Kak Syirah. Aku terus tarik muka masam.

“Itulah, ajak kahwin cepat-cepat tak nak. Kan tak pasal-pasal jealous?” Masih lagi dia mahu mengusik aku.

“Oklah awak. Saya nak masuk.” Aku ingin melarikan diri darinya sesegera yang mungkin. Malu rasanya bila disindir cemburu.

“Ok... Assalamualaikum.”

“Waa'laikumussalam.” Perlahan aku membalas salamnya. Sebaik sahaja keretanya mahu beredar, aku melambainya.

Tersengih-sengih aku sendirian, setelah Rahul hilang dari pandangan mata. “Jealous? Eee... teruknya aku!”

**********
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2013 11:12 AM | Show all posts
“Kau tak kerja hari ni Eddie?” Fahmi yang sudah lengkap dengan baju pejabatnya menegur sebaik sahaja mereka bertemu depan pintu bilik air. Fahmi pula baru sudah minum di dapur.

“Tak.” Pertanyaan Fahmi dijawabnya sepatah. Kemudian tanpa menghiraukan Fahmi, dia berlalu masuk ke biliknya.

Aneh dilihatnya sikap Eddie kali ini. Ekor matanya mereling Eddie yang menutup pintu biliknya. Eddie bukan sahaja bersikap acuh-tak acuh tapi rona wajahnya menggambarkan ada sesuatu yang tak kena. Kemudian jam tangan di pergelangan tangan direling pula.

“Wah! Aku dah lewat ni...” Enggan terlalu memikirkan soal Eddie, beg kerja atas meja di ruang tamu segera dicekuhnya. Fahmi melangkah pantas menuju ke muka pintu.

**********

Pintu bilik dibukanya kembali sebaik sahaja telinganya menangkap bunyi dentaman pintu. Pasti Fahmi sudah pergi. Tiga hari tak bertemu, sepatutnya rindu bertamu. Tapi anehnya kali ini dia tidak merasakan perasaan itu. Malam tadi lenanya terganggu, tapi bukan kerana merindu. Sebaliknya wajah Najiha yang datang menganggu. Bukan sekadar wajah, suaranya, kata-kata nasihatnya... Semuanya bersilih ganti. Tiba-tiba saja dia jadi tak menentu.

Berbaring di atas sofa di ruang tamu, matanya berkejip-kejip merenung siling. Bingung dia memikirkan apa yang berlaku malam tadi.

GRRRR!!

Thunder menderam garang.

MEOWWW! MEOWWW!

Nicki pula mencicit lari dikejar Mercury.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2013 11:25 AM | Show all posts
Dari atas sofa, bebola matanya memerhatikan gelagat kucing-kucingnya.

GRRRR! Thunder menderam lagi.

NGIAUUU! Mercury terjerit apabila tiba-tiba Thunder menerkam. Pantas Eddie bingkas dari sofa bagi mendapatkan Thunder dan Mercury yang tiba-tiba bergaduh. Tak pernah-pernah dibuat mereka sebelum ini.

SYYHHH...SYYHHHH... Eddie cuba meleraikan namun keduanya rancak bercakaran dengan mulut bising menderam.

“Weeiii! Kau orang ni dah kenapa?” Hilang kesabarannya. Mencicit keduanya lari. Terkejut mendengar jerkahan dari tuan mereka.

Pandangannya jatuh kepada bekas makanan kucing yang terbalik. Butiran Friskies bertaburan di atas lantai. Kepalanya menggeleng. Malas dia hendak mengutipnya. Kemudian Eddie kembali melabuh duduk atas sofa. Thunder dan Mercury menyungkah rakus makanan yang berterabur. Nicki pula takut-takut memerhati.

“Nicki! Nicki.... sini.” Panggilnya.

Perlahan-lahan Nicki menghampiri. Tubuh Nicki dipaut lalu diletak ke riba. Bulu-bulu lembut warna kelabu keperangan itu diusap-usap perlahan.

MEOWW! Nicki melintuk-liuk. Memanjakan diri kepada tuannya. Bebola matanya kembali terarah kepada Thunder dan Mercury. Tampak kelaparan. Baru dia teringat dia masih belum memberi makan kucing-kucingnya. Patutlah bercakaran. Kelaparan!

Tubuh Nicki diletakkan ke atas lantai. Eddie bingkas ke dapur,. Bungkusan Friskies dikeluarkan dan Eddie kembali mendapatkan Thunder dan Mercury. Bekas makanan yang terbalik diperbetulkan. Makanan kucing dituang penuh ke dalamnya.

“Nicki!” Pantas Nicki menghampiri. Ketiga-tiga ekor kucing kesayangannya meratah ketulan-ketulan isi ikan yang telah diproses dengan lahap.

Usai menyimpan kembali makanan kucing didapur, Eddie merebahkan tubuhnya ke atas sofa sambil matanya memerhatikan kucing-kucing kesayangannya makan. Makanan yang tumpah ke lantai pun masih mahu direbutkan. Eddie tersengih sendirian.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2013 11:27 AM | Show all posts
"Yes...darrrhhhhlinggg...." Nicki menyahut.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2013 11:33 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 22-4-2013 11:27 AM
"Yes...darrrhhhhlinggg...." Nicki menyahut.

"Mana sambungan SAK? Kau tahu kan Nicki? Aku pantang kalau orang mungkir janji!" Eddie pantas bertanyakan Nicki. Geram sungguh hatinya dengan janji-janji palsu yang ditabur oleh Nicki sejak sekian lama. Puas sudah dia menanti-nanti. Bagai buah yang tak gugur. Sudahlah Fahmi semakin menjauhkan diri darinya, sekarang Nicki nak buat hal pula. Geramnya sudah sampai ke tahap masksima! Kalau bukan kerana kecomelannya, rasa mahu dikerja-kerjakannya sahaja si Nicki.


Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 11:34 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 22-4-2013 11:27 AM
"Yes...darrrhhhhlinggg...." Nicki menyahut.

"Yes...darrrhhhhlinggg...." Nicki menyahut.
Lantas melompat ke atas dada eddie, dan menjilat2 manja muka eddie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2013 11:36 AM | Show all posts
“Binatang tak punya akal.” Kata-kata Najiha tiba-tiba terlintas di kotak pemikiran. Eddie bingkas bangun. Bebola matanya terus memerhatikan gelagat Thunder, Mercury serta Nicki. Puas memerhati, dia bersandar pula pada sofa.

“Sebab itu binatang tak jijik pada kekotoran. Yang atas lantai pun habis mereka bedal.” Bibirnya menyambung. Liurnya bagaikan tersumbat di kerongkong.

“Tapi.. hidup aku sendiri kotor. Bergelumang dalam dosa-dosa yang menjijikkan. Tak ada bezanya aku dengan binatang.” Dadanya rasa ketat tiba-tiba. Sesak nafasnya. Tercungap-cungap dia seketika. Apabila sesaknya reda, dia bermenung. Sungguh dia hairan apa yang telah terjadi kepadanya.

“Kenapalah aku dijadikan sebagai manusia? Kenapa tak menjadi malaikat? Tidaklah aku bergelumang dalam noda dan maksiat.”

Tapi malaikat tak ada nafsu. Tak makan, tak minum, tak tidur, tak ada jantina dan tak dapat merasai perasaan cinta... Hatinya bermonolog lagi.

Cinta? Jantungnya tiba-tiba berdetik kuat. Apa gunanya cinta kalau ianya bertentangan dari fitrah kejadian Tuhan? Apa gunanya jantina kalau tidak seperti lelaki sejati?

“Atau lebih baikkah aku menjadi binatang saja? Sekurang-kurangnya aku tak dihukum.” Eddie berterusan mempertikai takdir dirinya.

“Manusia yang menikmati nafsunya selaras dengan perintah Allah dan mengekang gelora nafsunya atas perkara-perkara yang ditegah, menjadikan manusia itu begitu istimewa sekali.” Kata nasihat dari kaunselor lemah gemalai yang cuba dipermainkannya tiba-tiba membekas di hati.

Mukanya yang berbahang tiba-tiba rasa dingin apabila ada air jernih menitis di pipi. “Ya Allah!” Begitu sayu hatinya apabila nama agung itu dituturkannya. Deraian air jernih yang tadinya perlahan, tiba-tiba lebat menghujani pipi. Entah kenapa kesyahduan kian menusup ke sudut hati. Air mata lelakinya terus berjuraian.

MEOWWW!

Suara mengiau Nicki langsung tidak dihiraukan. Berkali-kali Nicki berbunyi sambil meleserkan kepalanya pada celahan dua kaki Eddie. Masih lagi gagal mengalih perhatian tuannya. Sebaliknya Eddie terus terhinggut-hinggut, merintih pedih di atas sofa, mengenang diri yang berpalit dosa....

**********
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.136127 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list