CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aily

UMRAH & HAJI VIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 20-5-2010 12:56 PM | Show all posts
Salam para sahabat.Saya adalah silent reader kat board ni.Satu soalan kawan saya yg saya rasa tak dapat nk jawab,jd saya fikir lebih baik berkongsi dgn para sahabat disini,mungkin banyak pendapat yg dapat dikutip sbg panduan.
Soalannya:
1) Si A(anak)  teringin mambawa bapanya mengerjakan umrah (Emak si A br meninggal dan si emak telah pergi haji 10 tahun lalu,tapi si bapa tidak).
2) Si A berhajat duit peninggalan arwah mak di gunakan untuk membawa bapa pergi umrah selepas mendapat persetujuan adik beradik si A.
TETAPI :
semenjak 20 tahun kebelakangan ni si bapa tidak pernah:
1) Sembahyang
2) Puasa (dgn alasan sakit jantung dan makan ubat ikut jadual dan tak blh puasa..ikut akal si bapa la walaupun si ank ada menasihatkan.)Tidak membayar fidyah kerana tinggal puasa.
3) Tidak pernak mengakhada puasa.
4) Akiqah
5) Bersedekah - walaupun sedekah terpaksa tp mengungkit ungkit.
JADI persoalannya blh kah si A membawa bapanya pergi mengerjakan umrah dgn keadaan bapanya mcm tu.Kesihatan bapanya walaupun sakit jantung tp  sihat.Sehingga hari ini kesihatannya masih baik.
Si A sebenarnrnya risau sgt dgn keadaan bapanya sedangkan umur bapanya dah masuk 67 tahun.Mcm2 si A buat.Tp bapanya tetap tak nak buat juga 5 perkara diatas.Si A tak nak berkeras bimbang jd anak derhaka.
Harap mendapat pandangan yg dr para sahabat. Harap ceritanya jelas.Maaf tak pandai nk mengarang cerita.Sekian Terima Kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2010 12:56 PM | Show all posts
Reply  Hanni


Hanni, Ustaz cakap tak sesuai sebab atas bot tu masa makan malam ada penari gelek ...
aily Post at 19-5-2010 21:37



    Wah! ader gelek ke Kak.... ni kena bagi tau Hubby ni... klu tak nnti bising pulak 'pakwe' tu!! Apapun kita duk lah jauh sikit dari
show tu....dpt dgr irama mesir pun jadilah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2010 12:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by aily at 20-5-2010 13:04

Reply 1838# Hanni

Hanni, jawapan yang diberi tu betul tapi akak rasa Haji Ifrad tak kena Dam -

Dam ialah denda yang dikenakan kepada jemaah haji yang berikut ;

Melakukan haji secara Tamattuk atau Qiran



Haji Ifrad ialah berihram Haji sahaja (mengerjakan ibadat Hajisecara berasingan) di mana jemaah Haji hanya berniat ihram Haji sahaja di miqat yangditetapkan.


1. melakukan Tawaf bagi bukan penduduk Mekah iaitu TawafQudum mengelilingi Baitullah sebanyak tujuh kali.  Penduduk Mekah tidak boleh melakukan Tawaf tersebut.

2. Saie di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuhpusingan.

3. Kemudian terus berada di Mekah dalam keadaan berihram.                 


4. Apabila tiba hari Tarwiah (8 zulhijjah)dia berangkat ke Arafah  utk Wukuf dan seterusnya mengerjakan segala ibadah                 haji sehingga selesai.


5. Jemaah haji kekal dlm keadaan berihram sejak hari pertama dia sampai di Makkah sehinggalah selesai melakukan                 ibadah haji yang membolehkannya bertahallul.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 12:58 PM | Show all posts
Reply  jellybee
Ada beberapa kuiz lagi yang tak berjawap kat atas2 tu. Cubalah
aily Post at 20-5-2010 12:14


kak.. jwapan sy utk kuiz haji n kawin tu.. jwpan sy kawin dulu.
Erm dalil, nanti sy balik umah, cari dlm buku yg sy ada. Rasa pernah baca soklan kuiz mcm yg akak bagi nih
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 01:03 PM | Show all posts
Reply 1837# rienaleman

riena.. kakzie kalo g Tanah Suci tu, maknanya dia balik kampung la..
Ni bukan hanni yg ckp, tapi suami kakzie sendiri yg cakap mcm tu..
Betulkan kakzie? hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 01:05 PM | Show all posts
Hani ..... Riena terbyg bebudak tu tadah tgn sambil ckp " fisabillilah...fisabillilah..." . Ada sekali tu kami tgh beli kebab & 2 org dtg minta SR Riena offer diorg kebab..siap boleh pilih menu & panggil kwn2... hah amik kau....7 - 8 org sekali serbu!!
rienaleman Post at 20-5-2010 12:38



.. tu bunyinya mcm dh kena pow.. mcm dlm citer P. Ramlee , Bujang Lapok tuh...
kira niat sedekah je la ye..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2010 01:06 PM | Show all posts
hmm mengancam jugak pakej yg reina amik nih.
Hanni baca posting riena ni sesambil terbayang Giza, naik bot sesambil candle lite dinner.... tu dh ala2 pakej honeymoon.
Pastu yg best, dpt pulak merasa berpuasa bersama keluarga di Tanah Suci.
Anak2 riena umur brapa? Best jadi derang, kecik2 lagi dh merasa jejak kaki ke Masjid Nabawi dan Masjidilharam..
Hanni Post at 19-5-2010 21:23


Hani... mengancam?? jomlah !! Anak2 Riena 4 org 13, 11, 9 & 4 th. Masing2 dah excited nak pergi..sekarang ni ckp apa pun semua diaorg ikut takut nnti klu Ummi dah marah diorg kena tinggal..hee..hee.. Semalan bawa yg kecil tu gi klinik ingat nak khatankan dia, tapi doktor tak bagi lagilah pula 'buta' katanya. Oh ya, mungkin ada yg boleh advice... kalau keadaan anak yg belum berkhatan & kita dukung dia masa tawaf sah tak? (adakah kita menanggung najis ye?)
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 01:13 PM | Show all posts
Reply 1841# kamaliaalia

assalamualaikum

kamalia... berat jugak persoalan yg kamialia bagi ni.
Hanni sendiri xtau nk jawap apa..Dah cuba tanyakan pd yg lebih arif?

Erm, kalo hanni, hanni bawak je ayahnya tu.
xkisahlah dia buat atau tidak segala suruhan Allah selama nih. Tu antara dia dgn Tuhan. Tu sume bukannya suatu halangan utk seseorang hamba Allah bergelar tetamuNya. Moga dgn perjalanan menunaikan umrah tu, terbuka hati ayah utk bertaubat dan menginsafi segala kesilapan yg dilakukannya selama ini.  Wallahualam.

ermm sy pertanyaan, kenapa anak2 nk bawak ayah menggunakan duit peninggalan arwah mak?
Hanni rasa kurang manis, walaupun mendapat persetujuan adik beradik yg lain.. mungkin ada baiknya kalau anak2 sendiri yg membiayai belanja menunaikan umrah ayahnya..

Maafkan sy ye, kalau ada terkasar bahasa...ni sekadar pandangan sy sahaja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2010 01:15 PM | Show all posts
Reply 1842# rienaleman


riena.. nak pesan nih
jgn lupa bawak kain tutup mata utk hubby tau..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 01:18 PM | Show all posts
Reply  Hanni

Hanni, jawapan yang diberi tu betul tapi akak rasa Haji Ifrad tak kena Dam -

Dam ...
aily Post at 20-5-2010 12:57


Kak, kalau dia buat Haji Ifrad, tp lupa nk niat kat miqat QM (kiranya dia niat kat Arafah).. still x kena dam?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 01:25 PM | Show all posts
Reply 1847# rienaleman

ooo.. dah besar2 anak riena rupanya. Kiranya sume dh blh diharap.
Senanglah nk nolong umminya apa2hal bab keja rumah.. Riena umur brapa ye? Rasanya pangkat akak dr sy nih

erm kalau belom berkhatan..kiranya kita mengendong najiskan?
hmmm dh kompius nih.. sbb arini asyik. menjawap soklan kuiz haji/umrah je..
tp syok gak, dpt menambahkan pengetahuan. Kak aily dan lain2.. kalo ada soklan quiz.. jgn lupa kongsikan kat sini lagi. Kita sama2 belajar..

Sebenarnyakan lagi byk yg kita belajar, rupanya lagi byk yg kita tak tahu.. Betul tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2010 01:26 PM | Show all posts
Kak, kalau dia buat Haji Ifrad, tp lupa nk niat kat miqat QM (kiranya dia niat kat Arafah).. sti ...
Hanni Post at 20-5-2010 13:18


Hanni ini jawapannya

1. Niat ihram di Miqat

(i) Wajib berniat mengerjakan haji atau umrah di Miqat.
(ii) Jika berniat di tempat lain daripada miqat yang ditentukan masih dihukumkan sah hajinya tetapi dikenakan denda kerana tidak berniat di Miqat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 01:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by jellybee at 20-5-2010 13:36

PERKARA YANG MEMBATALKAN ISLAM

Saudara Muslim !! Ketahuilah, bahawa terdapat bebeapa perkara yang boleh membatalkan Islam seseorang, Antara yang paling banyak terjadi ialah sepuluh perkara. Maka hindarilah diri anda daripadanya.

Pertama

  SYIRIK iaitu mempersekutukan Allah dalam ibadat. Firman Allah s.w.t bermaksud:

  "Sesungguhnya sesiapa yang mempersekutukan Allah, nescaya Allah mengharamkan Shurga baginya dan tempat tinggalnya(kelak) adalah neraka, dan tiada penolong bagi orang-orang yang zalim"

  Antara perbuatan syirik tersebut ialah :
          a) Meminta doa dan pertolongan kepada orang-orang yang telah mati, bernazar dan menyembelih korban kepada mereka.

Kedua

  Menjadikan sesuatu sebagai perataraan di antara dirinya dengan Allah, meminta doa dan syafaat serta berserah diri (tawakkal) kepada perantara itu.
  Orang yang melakukan perkara tersebut, menurut keksepakatan ulama' (ijma') adalah kafir...

  Ketiga

  Tidak mengkafirkan orang musyrik atau ragu-ragu terhadap kekufuran mereka atau membenarkan fahaman mereka. Dengan melakukan demikian ia telah kafir.

  Keempat

  Berkeykinan bahawa petunjuk yang lain daripada petunjuk Nabi s.a.w adalah lebih sempurna atau berkeyakinan bahawa hukukan yang lain darpada hukuman Nabi s.a.w lebih baik seperti mereka yang mengutamakan peraturan thaghut(aturan manusia yang melampaui batas dan menyimpang dari hukum Allah) dan mengenepikan hukum Rasulullah s.a.w . Maka orang yang berkeyakinan seperti itu adalah kafir.

Sebagai contoh :

a)  Berkeyakinan bahawa peraturan atau perundangan yang dibuat oleh manusia lebih utama darapada Syari'at Islam:

*  atau perundangan Islam tidak sesuai dilaksanakan di abad kedua puluh.
*  atau Islam adalah sebab kemunduran kaum muslimin.
*  atau Islam hanya mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya sahaja dan bukan urusan kehidupan dunia.

b)  Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah seperti melaksanakan hukum Hudud, memotong tangan pencuri dan merejam penzina yang telah berkahwin (muhsan) tidak sesuai lagi pada masa kini.

c)  Berkeyakinan bahawa dibolehkan untuk mengamalkan perundangan yang lain daripada syariat yang diturunkan oleh Allah s.w.t. sama ada dalam hukum mu'amalat (perdagangan) atau dalam melaksanakan hukum hudud (jenayah) atau lainnya sekalipun tidak di sertai dengan keyakinan bahawa hukum-hukum tersebut lebih utama daripada Syariat Islam kerana dengan sedemikan ia telah menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah menurut ijma' (kesepakatan) ulama.

Setiap orang yang menghalalkan perkara yang sudah jelas dan tegas diharamkan oleh Allah dalam agama seperti zina, arak, riba dan melaksanakan perundangan yang lalin dari syariat Islam adalah kafir menurut kesepakatan umat Islam (ijma').

  Kelima

  Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai syariat walaupun ia mengamalkannya.   Dengan melakukan demikian ia telah menjadi kafir kerana firman Allah bermaksud.....

   "Demikian itu adalah kerana mereka benci terhadap sesuatu yang diturnkan oleh Allah, maka Allah menghapuskan (pahala)segala amal perbuatan mereka"

  Keenam

  Mempersendakan Allah s.w.t atau kitabNya atau Rasulullah s.a.w. atau sesuatu daripada ajaran agama, maka ia telah menjadi kafir, kerana firman Allah bermaksud.....

"Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah terhadap Allah dan ayat-ayatnya serta RasulNya kamu sekelian memperolok-olok? Tiada ertinya kamu meminta maaf kerana kamu telah kafir setelah beriman"

Ketujuh

  Sihir, di antaranya ilmu guna-guna (sarf), iaitu mengubah kecintaan seorang suami terhadap isterinya menjadi benci dan ilmu pengasih, iaitu menjadikan seseorang mencintai sesuatu yang tidak disenanginya dengan cara-cara syaitan.  Mereka yang mengamalkan sihir atau rela denganya adalah kafir kerana firman Allah s.w.t bermaksud......

"Sedangkan kedua-dua malaikat itu tidak mengajarkan (suatu sihir) kepada sesiapa  pun sebelum mengatakan sesungguhnya kami hanya cubaan bagimu, oleh itu janganlah kamu menjadi kafir"

  Kelapan
  

  Membantu dan menolong orang musyyrikin untuk memusuhi kaum muslimin kerana firman Allah. MaksudNya...

"Dan barangsiapa di antara kamu yang mengambil mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadi pemimpin, maka kamu termasuk di dalam golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim"

Kesembilan

  Berkeyakinan bahawa sesetengah individu diperbolehkan untuk tidak mengikuti syariat Muhammad s.a.w. Orang yang berkeyakinan sedemikian adalah kafir kerana firman Allah bermaksud....

"Barangsiapa menghendaki selain Islam sebagai agama, maka tidak akan diterima agama itu darinya, dan di akhirat ia tergolong di kalangan orang-orang yang rugi"

Kesepuluh

  Berpaling daripada agama Allah atau perkara-perkara yang menjadi syarat sah sebagai muslim tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakan ajaranya.
Firman Allah s.w.t bermaksud......

  " Tiada yang lebih zalim daripada orang-orang yang telah mendapat peringatan melalui ayat-ayat tuhannya kemudian ia berpaling daripadanya. Sesungguhnya kami akan menimpakan balasan kepada orang-orang yang berdosa"
  "Dan orang-orang yang kafir berpaling daripada perkara yang diperingatkan kekpada mereka"

  Dalam perkara yang membatlkan Islam ini, hukumnya tidak berbeza samaada secara bergurau atau bersungguh-sungguh, sengaja melakukannya atau takut, kecuali apabila dipaksa.

  Semoga Allah melindungi kita daripada melakukan perbuatan yang mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t, dan seksaan yang sangat pedih.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 01:29 PM | Show all posts
Reply 1852# aily

kalau mcm tu (berbalik pada soklan kuiz akak dan jwpan haji ifrad sy).. bermaknanya jemaah tu tetap kena bayar dam (sbb dia niat di Arafah), but ibadah hajinya sah. Betulkan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2010 01:32 PM | Show all posts
Reply 1854# Hanni

A'ah betul lah tu sebab dia berniat luar pada Miqatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 01:35 PM | Show all posts
"Duit dah mencukupi untuk buat Haji tapi dalam masa sama nak kahwin, mana yg perlu didahului"
aily Post at 19-5-2010 21:07

Saja cuba nak jawab lagi...."Kalau keinginan kahwinnya itu dah maksimum & kalau tak kahwin

boleh sampai melakukan zina, maka wajib didahulukan kahwinnya daripada haji.

Sebaliknya, if keadaan tak macam tu...maka haji lebih utama kut... wallahualam"

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2010 01:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by Hanni at 20-5-2010 13:38

Hanni nk kongsi satu situasi pasal ibadah umrah yg diceritakan oleh ustaz Daud.

Seorang ibu sedang menunaikan ibadah tawaf umrah bersama anaknya. Dalam dia bertawaf, anaknya menegur si ibu kerana rambutnya terkeluar. Lalu si ibu cepat2 memasukkan kembali rambutnya ke dalam telekung sambil meneruskan pusingan tawaf, sehingga selesai. Kemudian, ibu dan anak meneruskan saei dan seterusnya bertahalull. Kiranya selesailah ibadah umrah mereka dua beranak.

Alhamdulillah, ibadah umrah si anak SAH, tetapi si ibu tersebut masih dalam BERIHRAM dan TAWAFnya tidak sah. Kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 01:40 PM | Show all posts
Reply  rienaleman

ooo.. dah besar2 anak riena rupanya. Kiranya sume dh blh diharap.
Senanglah nk nolong umminya apa2hal bab keja rumah.. Riena umur brapa ye? Rasanya pangkat akak dr sy nih
Hanni Post at 20-5-2010 13:25


Umur? emm 36th. Riena tau Hani 32 kan? tapi takpe lah panggil nama jer.. Tak silap Riena aritu Kak Hajar kut yg cakap
" Umur tu hanya nombor saje..." yang penting hati kena sentiasa muda (yg positif je tau)
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 01:45 PM | Show all posts
ermm riena...dr tamattu buleh tukar qiran?
Hanni Post at 19-5-2010 15:34


Hanni.....kes dr tamattuk tukar ke qiran.....selalu terjadi pada jemaah wanita....

masuk mekah niat umrah.....tetiba piyed dtg.....lom sempat buat tawaf umrah lagi....tunggu punya tunggu....dh nk g wukuf....taim tu la...jadi haji qiran....sebab bila dia niat haji..otomatik haji tamattuk tukar jd qiran....haji qiran kan..buat umrah dan haji serentak....
so, tamatnya haji nanti dpat dabel pahala....pahala haji dan umrah....

jemaah lelaki terjadi gak..kalau jatuh sakit....

wallahu'lam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2010 01:52 PM | Show all posts
Reply 1857# Hanni

Lalu si ibu cepat2 memasukkan kembali rambutnya ke dalam telekung sambil meneruskan pusingan tawaf, sehingga selesai. Kemudian, ibu dan anak meneruskan saei dan seterusnya bertahalull. Kiranya selesailah ibadah umrah mereka dua beranak.

Alhamdulillah, ibadah umrah si anak SAH, tetapi si ibu tersebut masih dalam BERIHRAM dan TAWAFnya tidak sah. Kenapa?


Hanni, cuba jelaskan kenapa Tawafnya tak SAH? kalau tak sengaja macam mana?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.053066 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list