CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rinafarha1709

umrah II

 Close [Copy link]
 Author| Post time 1-7-2008 12:15 AM | Show all posts
Perkara-perkara Yang Diharamkan Semasa Ihram:
  • Melakukan persetubuhan: Iaitu melakukan persetubuhan dan faktor-faktor yang mendorong kepadanya dari apa yang berlaku di antara lelaki dan isterinya seperti bercumbu bergurau senda dan seumpamanya.
  • Maksiat: Iaitu keluar dari ketaatan.
  • Berbantah: Iaitu membantah kawannya atau sesiapa sahaja sehingga boleh menimbulkan kemarahannya begitu juga perbalahan dan cacian.
  • Memakai pakaian yang berjahit (bagi lelaki).
  • Memotong rambut.
  • Wangian (iaitu memakai sesuatu yang berbau wangi-wangian).
  • Memotong kuku.
  • Menutup kepala bagi lelaki.
  • Berburu.
  • Memotong Pokok.
  • Memakai stokin dan kasut biasa tetapi harus memakai mana-mana kasut yang boleh memperlihatkan urat belakang kaki.
  • Menutup muka dan dua kaki ketika tidur.
Perkara-perkara Yang Diharuskan Semasa Ihram:
  • Mandi dengan niat bersuci, membersihkan badan atau untuk menyejukkan badan tetapi tanpa menggunakan sesuatu yang berbau wangi seperti sabun yang berbau wangi, syampo yang berbau wangi atau ubat gigi yang berbau wangi.
  • Mencabut gigi.
  • Membelat kawasan yang patah.
  • Mengurut kepala atau badan tetapi hendaklah dengan lembut supaya tidak tergugur rambut atau bulu, apabila tergugur rambut atau bulu, sedekah wajib dikeluarkan.
  • Harus memakai selipar, cincin, cermin mata, pembesar suara untuk telinga, jam tangan, tali pinggang serta beg yang digunakan untuk menyimpan wang dan dokumen penting.
  • Harus menukar pakaian ihram dan membersihkannya tetapi makruh tanzih.


[ Last edited by  rinafarha1709 at 1-7-2008 08:37 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2008 12:16 AM | Show all posts
Memasuki Mekah:
Ketika hampir dengan Mekah jemaah Haji membaca:
(اللهم هذا حرمك و أمنك، فحرمني على النار، وأمني من عذابك يوم تبعث عبادك, واجعلني من أوليائك وأهل طاعتك).
Apabila masuk ke Mekah jemaah Haji membaca:
(اللهم البلد بلدك, والبيت بيتك, جئت أطلب رحمتك, وأؤم طاعتك متبعاً لأمرك, أسألك مسألة المضطر إليك، المشفق من عذابك أن تستقبلني بعفوك, وأن تتجاوز عني برحمتك, وأن تدخلني جنتك).
Kemudian dia berselawat kepada Nabi s.a.w.
Memasuki Masjidilharam:
  • Sunat masuk melalui Bab As-Salam.
    Ketika dia masuk dengan menggunakan kaki kanan sambil berselawat kepada Nabi s.a.w dia membaca:
(اللهم اغفر لي ذنوبي وافتح لي أبواب رحمتك)
(اللهم هذا حرمك وموضع أمنك فحرم لحمي وبشري ودمي ومخي وعظامي على النار).
  • Ketika menyaksikan kaabah, dia bertahlil dan bertakbir (لا إله إلا الله و الله أكبر) sebanyak tiga kali sambil mengangkat tangannya ke langit dan berdoa kerana doa ketika melihat kaabah adalah mustajab:
(اللهم اجعلني مجاب الدعوة في الخير)
(أعوذ برب البيت من الدين والفقر ومن ضيق الصدر وعذاب القبر)
(اللهم إني أسألك أن تغفر لي وترحمني وتفك رقبتي من النار).
Atau dia berdoa dengan apa sahaja yang dia ingin pohonkan daripada Allah Taala sambil berselawat kepada Nabi s.a.w. dan membaca:
(اللهم زِد هذا البيت تشريفاً وتعظيماً وتكريماً ومهابة، وزد من شرفه وكرمه ممن حجه أو اعتمره تشريفاً وتكريماً وتعظيماً ومهابة وبرا, اللهم أنت السلام ومنك السلام فحينا ربنا بالسلام


[ Last edited by  rinafarha1709 at 1-7-2008 08:40 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2008 12:17 AM | Show all posts
  • Disunatkan menghadap kaabah pada permulaan Tawaf iaitu secara menjadikan Hajarulaswad berada di kanannya kemudian dia berpindah pula untuk menghadap Hajarulaswad dan berniat tawaf (tawaf Umrah atau tawaf Qudum).
  • Dia mulakan dari marmar yang berwarna coklat sambil membaca:
    (بسم الله والله أكبر اللهم إيماناً بك وتصديقاً بكتابك ووفاء بعهدك وإتباعاً لسنة نبيك).
  • Dia melambai Hajarulaswad dan mengucupnya jika dapat berbuat demikian.
  • Tetapi jika tidak dapat mengucupnya, dia bolehlah menyentuhnya dengan menggunakan tangan kanannya (istilah) kemudian mencium tangannya.
  • Jika dia masih juga tidak dapat berbuat demikian dia bolehlah berdiri menghadap Hajarulaswad sambil mengisyaratkan kepadanya dengan menggunakan kedua belah tangannya sebanyak sekali sahaja sambil dia menyebut (بسم الله والله أكبر) kemudian dia memulakan tawaf.
Cara isyarat tangan (dia mengangkat kedua belah tangannya sehingga ke paras bahu sambil menjadikan tapak tangan ke arah Hajarulaswad dan menunjukkan kedua-dua belah tangannya sebanyak sekali sahaja)
  • Tawaf adalah terdiri dari tujuh pusingan, disunatkan berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama dan ittiba' (sopan) pada setiap pusingan yang lain dan setiap tawaf mesti disululi dengan Saie.
  • (Berlari-lari anak dan ittiba' (sopan) bagi lelaki sahaja), ia dilakukan di dalam tawaf yang disusuli dengan saie sahaja, apabila selesai dari tawaf dia menutup kedua bahunya.
  • Dipintu Kaabah dia membaca:
    (اللهم إن البيت بيتك، والحرم حرمك، والأمن أمنك، وهذا مقام العائذ بك).
  • Dirukun Iraqi dia membaca:
    (اللهم إني أعوذ بك من الشك و الشرك والشقاق والنفاق وسوء الأخلاق وسوء المنظر في المال والأهل والولد).
  • Dirukun Syami dan Yamani dia membaca:
    (اللهم اجعله حجاً مبروراً وسعياً مشكوراً وذنباً مغفوراً وعملاً مقبولاً وتجارة لن تبور يا عزيز يا غفور).
  • Dia disunatkan istilam rukun Yamani setiap kali dia melaluinya di dalam tawaf iaitu dengan menyentuh rukun ini dengan menggunakan dua belah tapak tangannya atau dengan menggunakan tangan kanannya. Sekiranya tidak dapat berbuat demikian dia boleh digantikan dengan mengisyarat kepadanya sahaja malah sunat berdoa di rukun Yamani kerana ia adalah mustajab di mana di sana terdapat seramai tujuh puluh ribu malaikat yang akan menyebut amin.
Supaya sah tawaf, orang yang melakukan tawaf hendaklah berhenti betul-betul dari berjalan ketika istilam rukun Yamani.
  • Di antara rukun Yamani dan Hajarulaswad dia membaca:
(رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ)
(اللهم إني أعوذ بك من الكفر والفاقة ومواقف الخزي في الدنيا والآخرة).
  • Pada tiga pusingan tawaf yang pertama dia hendaklah banyak membaca:
    (اللهم اجعله حجاً مبروراً وذنباً مغفوراً وسعياً مشكورا.)
  • Manakala pada empat pusingan yang berbaki dia membaca:
    (اللهم اغفر وارحم واعف وتكرم، وتجاوز عما تعلم, إنك أنت الأعز الأكرم)
  • Banyak berdoa untuk memohon kebaikan di dunia dan akhirat.
  • Pada penutup tawaf, dia istilam Hajarulaswad atau dia mengisyaratkan kepadanya dengan menggunakan dua belah tapak tangan dan pada setiap kali dia melalui di hadapannya ketika tawaf.
Sembahyang Sunat Tawaf Dua Rakaat:
Selepas selesai tawaf dia mendirikan sembahyang sunat tawaf sebanyak dua rakaat di belakang maqam Ibrahim walaupun di hujung Masjidilharam ataupun harus dilakukan di mana-mana tempat di dalam Masjidilharam ketika keadaan penuh sesak.
Pada rakaat pertama dia membaca: (قل يا أيها الكافرون) dan pada rakaat yang kedua pula dia membaca (قل هو الله آحد) selepas membaca Al-Fatihah.
Allah s.w.t berfirman:
(واتخذوا من مقام إبراهيم مُصَلَّى)
Yang bermaksud:
Jadikanlah maqam Ibrahim itu sebagai tempat sembahyang.
Selepas sembahyang dia berdoa:
(اللهم إنك دعوت عبادك إلى بيتك, وقد جئت طالباً رحمتك, ومبتغياً رضوانك, وأنت مننت علي بذلك, فاغفر لي, إنك على كل شيء قدير)
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, tawaf di baitullah adalah sembahyang cuma Allah mengharuskan bercakap, oleh yang demikian sesiapa yang ingin bercakap jangan dia bercakap melainkan perkara yang baik sahaja. Malah di dalam tawaf juga disyaratkan supaya suci dari hadas besar dan kecil serta menutup aurat.

[ Last edited by  rinafarha1709 at 1-7-2008 08:42 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 01:36 AM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 29-6-2008 02:18 PM
http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/assalamualaikum.gif

Alhamdulillah..
Nak pergi Umrah Ramadan ini..
Sekarang dah banyak berubah di Kota Mekah..
Banyak bangunan atau hotel telah diru ...




My eldest kids umur 5 tahun, the second one 3 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 08:35 AM | Show all posts

Reply #1813 rinafarha1709's post

klu tak silap, raudhah bukak kul 10 mlm until 12 or 1 pagi mcm tue la.

sy pun tau dari agent, n pegi ngan ustazah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 08:35 AM | Show all posts

Reply #1813 rinafarha1709's post

klu tak silap, raudhah bukak kul 10 mlm until 12 or 1 pagi mcm tue la.

sy pun tau dari agent, n pegi ngan ustazah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-7-2008 08:44 AM | Show all posts
Multazam:

Kemudian selepas itu dia pergi ke Multazam dan dia berdoa di sana:

(اللهم أعذني من الشيطان الرجيم , وأعذني من كل سوء , وقنعني بما رزقتني , وبارك لي فيه).

Berdoa di Multazam adalah mustajab.

Air Zamzam:

Kemudian selepas itu dia disunatkan pergi ke telaga zamzam kemudian minum airnya sehingga rasa Tadhallu' sambil dia berdoa ketika meminumnya:

اللهم بلغني أن رسول الله (صلى الله عليه وسلم) قال: (ماء زمزم لما شرب له)

dan sesungguhnya aku meminumnya dan berdoa:

(اللهم إني أسألك علماً نافعاً ورزقاً واسعاً وشفاء من كل داء).
(اللهم أدخلني الجنة بغير عذاب ولا حساب وارزقني مرافقة نبيك وسيدنا محمد (صلى الله عليه وسلم) في الفردوس الأعلى).

Setelah itu dia berdoa dengan doa yang dia ingin pohonkan daripada Allah Taala serta dia berselawat kepada Nabi s.a.w.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2008 08:44 AM | Show all posts
Saie Di Antara Safa dan Marwah:

Naik ke bukit Safa melalui Bab Safa, seboleh-bolehnya sehingga dia dapat melihat Kaabah sambil membaca:

(إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيم).

Kemudian dia membaca:

(الله أكبر الله أكبر، الله أكبر و لله الحمد، الله أكبر على ما هدانا والحمد لله على ما أولانا، لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد يحيي ويميت، بيده الخير، وهو على كل شيء قدير، لا إله إلا الله وحده، صدق وعده، ونصر عبده، وأعز جنده، و هزم الأحزاب و حده، لا إله إلا الله، ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره الكافرون، اللهم إنك قلت: ادعوني استجب لكم, وإنك لا تخلف الميعاد، وإني أسألك كما هديتني للإسلام أن لا تنزعه مني حتى تتوفاني وأنا مسلم)

Sebanyak tiga kali.
Setelah itu dia berselawat ke atas Nabi s.a.w dan ketika setiap kali turun dari bukit Safa dia membaca:

(اللهم إني أسألك موجبات رحمتك وعزائم مغفرتك والسلامة من كل إثم والغنيمة من كل بر والفوز بالجنة والنجاة من النار)

Sunat berlari-lari anak di antara dua garisan hijau (bagi lelaki sahaja).
Doa yang dibaca di antara dua garisan hijau ialah:

(ربنا أتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار، رب اغفر وارحم، واعف وتكرم، وتجاوز عما تعلم, إنك أنت الأعز الأكرم، اللهم إني أسألك الهدى والتقى والعفاف والغنى، اللهم اعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك).

Kemudian dia sampai ke bukit Marwah, dengan ini dia berjaya menyempurnakan satu pusingan saie di mana tujuh pusingan saie boleh dilakukan dengan bermula dari Safa dan berakhir dari Marwah.

Bacaan yang dibaca ketika berhenti di bukit Marwah ialah:

(إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيم).

Setelah itu dia membaca zikir dan doa yang sama sebagaimana yang telah dibaca ketika berada di bukit Safa, (jemaah Haji perlu bertalbiah semasa bersaie tetapi jemaah Umrah tidak perlu bertalbiah).

Selepas selesai tujuh pusingan saie, disunatkan mendirikan sembahyang sunat sebanyak dua rakaat dan sebaik-baiknya di dalam Masjidilharam.

Sunat membaca zikir-zikir, doa-doa dan mana-mana ayat Al-Quran yang mudah dibaca di dalam saie.

Bacaan yang dibaca selepas selesai bersaie:

(ربنا تقبل منا وعافنا واعف عنا وعلى طاعتك وشكرك أعنا).

Tidak disyaratkan ittiba' (sopan) di dalam saie di dalam mazhab Hanafi (tetapi di dalam mazhab Syafie adalah disyaratkan ittiba' (sopan)).

Tidak disyaratkan suci bagi sah saie tetapi dengan mengambil kira tempat bersaie yang berada di dalam Masjidilharam, jadi disunatkan berbuat demikian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2008 08:45 AM | Show all posts
oic...rina ingat raudah cuma buka waktu pagi...
ruginya rina ..nanas......

[ Last edited by  rinafarha1709 at 1-7-2008 08:48 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2008 08:47 AM | Show all posts
Bercukur Atau Bergunting:

Wajib mencukur rambut atau mengguntingnya sekadar hujung jari (2 sm) dan disunatkan bercukur rambut di seluruh kepala dan dengan menggunakan pisau cukur berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w.:

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
(Allah merahmati orang-orang yang bercukur. Para sahabat berkata: Bagaimana dengan orang-orang yang bergunting wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Allah merahmati orang-orang yang bercukur. Para sahabat berkata: Bagaimana dengan orang-orang yang bergunting wahai Rasulullah? Baginda tetap bersabda: Allah merahmati orang-orang yang bercukur. Para sahabat berkata lagi: Bagaimana dengan orang-orang yang bergunting wahai Rasulullah? Kemudian barulah baginda bersabda: Dan juga orang-orang yang bergunting).

Manakala perempuan hanya perlu menggunting rambutnya sekadar hujung jari sahaja.

Ketahuilah wahai saudaraku jemaah Umrah bahawa rambut ialah sesuatu yang akan bertukar ganti dan ketika mencukur rambut setiap helai rambut akan mendapat satu kebaikan dan menghapuskan satu kejahatan daripada kamu serta dengannya kedudukan kamu akan diangkat.


Sebaik-baiknya ketika bercukur dia membaca:

(الحمد لله على ما هدانا، الحمد لله على ما أنعم به علينا، اللهم هذه ناصيتي, فتقبل مني واغفر لي ذنوبي اللهم اغفر لي وللمحلقين والمقصرين يا واسع المغفرة، آمين.)

Selepas selesai dari bercukur atau bergunting dia membaca:

(الحمد لله الذي قضى عنا نُسُكَنا).
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 08:47 AM | Show all posts

Reply #1818 rinafarha1709's post

Assalamualaikum semua,

Panjangnya posting rina.  malam tadi ibu pun ada kat thread ni jam 9.00 malam, tapi nampak macam tak ada orang je, terus pergi cari artikel  mengenai umrah.  Ingat nak cari mana-mana topik yang bagus nak paste untuk share kat sini.  

Rupa-rupanya rina pun buat kerja yang serupa.  Nasib baik ibu tak paste kan,  kalau tidak dah jadi satu buku pulak dan pening forumer nak membacanya.  Dalam pada dok explore tu terjumpa blog ME, ada gambar beliau, suami dan ayahnya mengerjakan umrah. Kalau tak silap, ME pun pernah berforum di sini.  Kalau betul ibu dah tau 'ME'  tu stand for what.  Harap ME respond kalau membaca post ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2008 08:52 AM | Show all posts
ws ibu

ME ni forumer thread umrah ke ibu?
rina semlm cari info ttg umrah,bila rina baca
bagus pula kalau paste kat sini...
ibupun paste lah juga ibu...
semlm ada kak aziefa,nanas....
ibu pun pastelah ye ibu kalau
ada info menarik ttg umrah..

[ Last edited by  rinafarha1709 at 1-7-2008 08:54 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 09:16 AM | Show all posts

Reply #1825 rinafarha1709's post

Ye,   ibu pernah terbaca posting ME sebelum ini kerana masa itu  ibu ingatkan  nickname ME itu bermaksud 'Saya'.  Tu yang boleh ingat tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2008 09:37 AM | Show all posts
ibu.. sekarang ni me dah tak masuk sini.
me masuklah me...
jenguklah dah postinglah di sini me
seperti dulu.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 10:00 AM | Show all posts
Assalamualaikum..

hanni baru berkesempatan masuk umah kita ari ni.. Smlm x sempat nk jenguk.. .

Apa citer me ni rin, ibu?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 10:01 AM | Show all posts
Assalamualaikum..


forumm mendap ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2008 10:05 AM | Show all posts

Reply #1730 nanas's post

hehe..
salam semua..kak nanas..boleh ajar..pm saya email akak..saya hantar emiail..
but it not today..i try to make it by thurday if i am free
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 10:06 AM | Show all posts

Reply #1826 Hanni's post

hehe...wah2 aktif berforum sambil bekerja menguruskan exam hehe...bagus

kesan mendalam forum nie hehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 10:11 AM | Show all posts
Originally posted by Elmina at 29-6-2008 01:55 PM
Dulu buat Haji masa zaman anak dara dgn my parents & siblings, insyaallah Ramadhan ni akan pegi ke Mekah dgn hubby & my two kids, tak sabar nak ke sana lagi.


assalamualaikum elmina..

Sronoknya nk berangkat ke Tanah Suci bulan Ramadhan ni.. . Paling menggembirkan bila pergi bersama keluarga kan? Dh siap segala persediaan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2008 10:11 AM | Show all posts
baru sebut nama hussain dgn ibu..terus muncul...panjang umur ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.353929 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list