|
nani........apsal tak dtg umah |
|
|
|
|
|
|
|
nani........apsal tak dtg umah
cintan66 Post at 29-9-2009 14:54 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
tak sempat nak ke temerloh |
|
|
|
|
|
|
|
amir bersekongkok dgn daddy
saja dengki tak bagi org online
cintan66 Post at 29-9-2009 14:52 ![](http://malay.cari.com.my/images/common/back.gif)
daddy nak perhatian lebih tu...![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
agoknye cintan ni ralit mat berforum dak?![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
agoknye cintan ni ralit mat berforum dak?![](static/image/smiley/default/sweat.gif)
bulat Post at 29-9-2009 16:30 ![](http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
koi brforum time duk sorang kat umah je |
|
|
|
|
|
|
|
sis cintan sonok beraya kat kg?bangau tanjung kan?
koi ader beraya ke padang tenggal and tanjung besar
lama tak meroyan ngn aok kat cnie weh |
|
|
|
|
|
|
|
sis cintan sonok beraya kat kg?bangau tanjung kan?
koi ader beraya ke padang tenggal and tanjung besar
lama tak meroyan ngn aok kat cnie weh
ctsueraya Post at 30-9-2009 09:34 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
sonok sangat ct........
tu ler tahun depan boleh ler dtg rumah koi yek
kita geder geder pulok |
|
|
|
|
|
|
|
berita di temerloh hari ni
Memperingati jasa dan bakti
Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
[email protected]
![](http://www.utusan.com.my/pix/2009/0930/Utusan_Malaysia/Timur/wt_01.1.jpg)
Mohd. Feizal Salleh sangat berminat melihat maklumat berkaitan tokoh pendidikan - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
TEMERLOH 29 Sept. - Daerah Temerloh banyak melahirkan tokoh yang boleh dianggap sebagai ikon dalam bidang masing- masing.
Siapa yang tidak kenal Allahyarham Datuk Sudirman Arshad yang pernah mengharumkan negara apabila dipilih menjadi penyanyi nombor satu Asia suatu ketika dahulu.
Pelakon dan pengarah filem tersohor, Allahyarham Datuk S. Roomai Noor juga merupakan anak kelahiran Temerloh, tidak kurang hebatnya dalam bidang yang diceburinya.
Dalam bidang-bidang lain juga, daerah ini pernah mencatatkan sejarah apabila melahirkan seorang tokoh pejuang kemerdekaan iaitu Ishak Haji Muhammad atau lebih dikenali Pak Sako.
Beliau bukan sahaja dikenali sebagai pejuang bangsa malah merupakan seorang sasterawan dan wartawan.
Lain-lain anak jati Temerloh yang mencipta nama di persada negara ialah bekas Menteri Pelajaran, Allahyarham Datuk Abdul Rahman Talib dan beberapa tokoh sukan seperti R. Harridas, Datuk Ngan Ken Lock dan Datuk V.V. Aboo.
Berdasarkan pada jasa besar tokoh-tokoh tersebut, Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) mengabadikan mereka menerusi Galeri Tokoh yang dibuka secara rasmi oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin di sini pada 18 Julai lalu.
Galeri bernilai lebih RM200,000 itu bagi memperingati jasa dan bakti sumbangan anak kelahiran daerah ini kepada bangsa, agama dan negara.
Galeri yang terletak di bangunan MPT itu mempamerkan pelbagai gambar, potongan berita dan rencana, kejayaan, replika medal, manuskrip, koleksi peribadi seperti mesin taip yang berkaitan dengan kehidupan mereka sepanjang hayat.
Sekurang-kurangnya 30 tokoh besar yang berasal dari daerah ini dipamerkan di galeri yang dibuka setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Menurut Pegawai Daerah Temerloh, Datuk Sallehudin Ishak, galeri itu yang menempatkan tokoh-tokoh terkenal dalam pelbagai bidang akan menjadi pusat rujukan termasuk kepada pelajar.
Katanya, galeri tersebut akan memainkan peranan sebagai Pusat Penerangan Pelancongan yang menjadi pusat rujukan pengunjung dan pelancong yang ingin mengetahui produk pelancongan di sini.
''Galeri yang pertama seumpamanya di negeri ini memberi impak besar terhadap kebanjiran pelancong domestik dan asing untuk berkunjung pada setiap hujung minggu,'' katanya.
Sallehudin memberitahu, jasa dan bakat tokoh-tokoh terbilang itu harus diteladani oleh penduduk di sini supaya lebih ramai lagi dapat menyumbangkan idea untuk memajukan negara.
Kewujudan galeri itu, tambahnya, dapat memperkenalkan asal usul seseorang tokoh tersebut.
Misalnya, ujar beliau, tidak ramai khususnya generasi muda hari ini mengetahui bahawa Pak Sako dan S. Roomai Noor berasal dari Temerloh setelah berjaya meletakkan diri sebagai ikon dalam bidang masing-masing.
Dalam pada itu, katanya, MPT juga mengadakan pelbagai program waktu malam di kawasan galeri tersebut untuk menarik pelancong dan pengunjung.
''Penggiat seni seperti penyair, pelukis dan penyanyi lagu-lagu rakyat anak kelahiran Temerloh seperti Roslan Madun dan Aripin Said turut menghiburkan pengunjung terutama pada malam minggu,'' katanya.
Sementara itu, ahli-ahli keluarga bekas tokoh dan pejuang tanah air terbabit memuji dan berbangga dengan usaha MPT membina Galeri Tokoh itu sebagai usaha memperingati pengorbanan mereka.
Adik Pak Sako, Abu Bakar Muhammad, 98, berkata, pembinaan Galeri Tokoh membantu menyebarkan maklumat mengenai kisah perjuangan abangnya semasa hayatnya.
Kata beliau, keluarganya berbangga dengan abangnya sebagai seorang nasionalis dan wartawan yang berjuang menentang penjajah British melalui penulisannya yang menaikkan semangat orang Melayu.
''Ketika itu Pak Sako menyemarakkan semangat orang ramai supaya menentang penjajah melalui penulisan yang mengajak kaum Melayu bersatu padu menuntut kemerdekaan dan membebaskan diri daripada British.
''Dengan adanya galeri ini, masyarakat dapat mengetahui cara Pak Sako memberikan tentangan terhadap penjajah dan menuntut kemerdekaan sambil mengajak orang Melayu belajar dan meningkatkan ekonomi,'' katanya.
Anak saudara kepada bekas Menteri Pelajaran, Mohd. Feisal Salleh, 27, berkata, pembinaan Galeri Tokoh amat wajar kerana dapat memberi peluang kepada generasi muda menghayati perkembangan pendidikan negara.
Menurutnya, bapa saudaranya, Abdul Rahman Talib bertanggungjawab menggubal laporan yang banyak memberi tumpuan pada pembangunan generasi muda menerusi pembinaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Semasa hayatnya, tambahnya, bapa saudaranya itu terkenal sebagai pejuang bahasa Melayu, memantapkan pendidikan peringkat rendah dan pembinaan generasi cemerlang.
Kewujudan Galeri Tokoh tersebut turut mendapat perhatian daripada kerajaan negeri yang mengalu-alukan usaha pengabadian individu yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
Mohd. Sharkar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang berkata, penubuhan galeri itu amat bermakna kepada penduduk Temerloh khususnya.
Tegas beliau, jasa dan bakat tokoh-tokoh terbilang itu harus diteladani penduduk daerah ini supaya lebih ramai lagi individu terbilang dapat dilahirkan.
''Galeri Tokoh merupakan destinasi baru yang menarik minat pengunjung terutama pelajar untuk melihat sejarah perjalanan hidup tokoh tertentu seperti Sudirman," katanya.
Katanya, pengiktirafan Sudirman sebagai ikon 1Malaysia berikutan semangat patriotik yang tinggi dan diminati semua kaum di negara ini secara langsung menjadikan galeri itu semakin mendapat tempat di hati rakyat.
Dengan adanya galeri tersebut, jelasnya, masyarakat dapat memberi penghargaan dan mengenang jasa tokoh-tokoh titisan darah Semantan itu yang berjaya mengukir nama ke persada tanah air dan antarabangsa.
Tambahnya, orang ramai juga boleh menjadikan bahan pameran di galeri berkenaan sebagai pengajaran bahawa pentingnya setiap individu menjaga kemakmuran dan perpaduan. |
|
|
|
|
|
|
|
Temerloh akan lantik Pengerusi JKKK wanita
![](http://www.utusan.com.my/pix/2009/0930/Utusan_Malaysia/Timur/wt_03.1.jpg)
Mohd. Sharkar Shamsuddin (dua dari kiri) dan Pegawai Daerah Temerloh, Dr. Salehuddin Ishak (kiri) melayan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh pada majlis Aidilfitri jabatan berkenaan, semalam.
TEMERLOH 29 Sept. - Kerajaan Pahang akan mencatat sejarah apabila melantik seorang wanita sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di daerah ini.
Pelantikan seorang wanita menjadi Pengerusi JKKK itu sekali gus memecah sejarah kaum lelaki yang selama ini memonopoli jawatan tersebut di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, wanita itu merupakan salah seorang daripada 90 Pengerusi JKKK yang akan dilantik di daerah ini berkuatkuasa 1 September lalu.
Katanya, jawatan Pengerusi JKKK sebelum ini tamat pada 31 Julai lalu.
''Mereka yang dipilih atau dilantik semula akan menerima watikah pelantikan esok dan mana-mana bekas Pengerusi JKKK yang tidak menerima watikah tersebut tidak disambung semula bagi penggal baru," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup Bulan Kemerdekaan dan jamuan Hari Raya Aidilfitri di Pejabat Daerah Temerloh di sini hari ini.
Menurut Mohd. Sharkar, daripada jumlah itu, 10 peratus adalah muka baru bagi menggantikan bekas Pengerusi JKKK yang lanjut usia dan menghadapi pelbagai masalah pentadbiran.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang berkata, Pejabat Daerah dan Penghulu akan memantau tugas Pengerusi JKKK agar mereka mampu memberi perkhidmatan berkesan kepada penduduk di kawasan masing-masing.
Mohd. Sharkar menasihati mereka yang dilantik dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik supaya semua projek pembangunan yang dirancang kerajaan dapat berjalan lancar.
Menurut beliau, Pengerusi JKKK merupakan mata dan telinga kerajaan memandangkan mereka merupakan pemimpin barisan hadapan kerana lebih mengetahui keperluan penduduk di kawasan masing-masing.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Sharkar memberitahu, beberapa kawasan yang menghadapi masalah pelantikan jawatan tersebut akan dibuat melalui rundingan.
''Bagaimanapun jika melalui rundingan masih gagal, penduduk akan diberikan hak untuk memilih Pengerusi JKKK melalui undian," jelasnya. |
|
|
|
|
|
|
|
meriah tul baju raya besan aok ter![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
errkkk.....aok nengok je la besan koi ter...
kome palih la berleming berminyok nye muka....
keknya besan ngan menantu koi tu memang sedia lawo kan...kan....![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ayu sungguh mok dgn anak ter........
sesuwei ngat dgn along ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
cintan66 Post at 30-9-2009 22:25 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
along encem bangat
sah kat sekolah ramai peminat |
|
|
|
|
|
|
|
koi nak gek tgk gambor makteh..kat mana? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|