CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JokesCop

[Ultra Best][Siri Mari Tidur Bukak Lampu] #2520 Mean Girl 2 [12] - Page. 101

 Close [Copy link]
 Author| Post time 20-9-2014 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
twins posted on 18-9-2014 05:38 PM
@leenaz

kaka twins ni jadi hang kebun atau hang cangkul bolehla leenaz oii....

Memang ade dapat cite baru kaka twins, tapi perencah dah kehabisan stok sekarang nie, supplier sorok barang sempena nak dekat musim perayaan..

Aku pun xlama xmenurun(read: cari ilham sampai xsedar diri).. ade 2 cerita rekaan dalam kepala tapi xtau diri ni ready ke idak nak tulis cerita rekaan..

Ade 1 cerita thriller ala2 science of sleep, tapi material xcukup.. penampakan perkara mistik xbanyak.. takut cerita dry..

Ade 5 cerita kelakar mcm grow up.. tapi semua pendek, maybe bole gabung dalam satu story buat grow up 2..

So kepada pembaca2 yg budiman, ape kate korang? Genre seram ape yg nak aku tulis lepas nie?

1. Fantasy
2. Thriller
3. Classic comedy?

Leave a comment below.. XD
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2014 05:13 PM | Show all posts
JokesCop posted on 20-9-2014 04:39 PM
Memang ade dapat cite baru kaka twins, tapi perencah dah kehabisan stok sekarang nie, supplier sor ...

fantasy
aku demand kaka twins jadi pelokonw anita utama



Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 12:04 AM | Show all posts
leenaz posted on 20-9-2014 05:13 PM
fantasy
aku demand kaka twins jadi pelokonw anita utama

alamak leenaz.....
kalau kaka twins kena sepak terajang berterbangan ke
galaxy berpusing2 kat cakerawala tak turun2 macamana ?
harus tergantung citer JC @JokesCop  tak leh nak buat ending nanti.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 12:06 AM | Show all posts
JokesCop posted on 20-9-2014 04:39 PM
Memang ade dapat cite baru kaka twins, tapi perencah dah kehabisan stok sekarang nie, supplier sor ...

JC....  kaka suka citer kelakar seram cam grow up tu...
gabung jer la lima2 tu jadikan 5 episode....
kira cantek sangat la sbb JC pun tak sempat sangat nak tulis panjang2
sekarang ni...  
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 03:48 PM | Show all posts
vote for thriller.

*sambil tarik selimut*

cepat update jc
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 11:45 PM | Show all posts
thiller lah. kasi pening skit. hahha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2014 08:58 AM | Show all posts
thriller with scent of fantasi atau realiti
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 10:18 AM | Show all posts
jgn la thriller
kalau thriller bek panggil admad idham je buat
hahahahahaha
fantasy JC melampau wehhh
buat minta fantasy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2014 11:27 AM | Show all posts

fantasy..

sokong kata2 @leenaz ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 11:34 AM | Show all posts
thriller... aku nak thriller..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 04:32 PM | Show all posts
cmf_blanco posted on 26-12-2013 01:28 AM
Seeloknya jgn lagi la asyik-asyik dibangkitkan cik es..cik es tu..kalau ada crita baru & best mesti  ...

weeyy sape cik es ni? sakit apa?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak thriller michael jackson + fantasi, sebab ada zombi kg pisang + hantu mak limah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 06:38 PM | Show all posts
Simptom-simptom yg dihadapi semasa marathon citer ni selama seminggu :

1)     I ni jenis kalau tido, confirm tutup lampu.Kalau bukak lampu, automatik x leh tido. Tapi sebab terjebak dgn thread ni punyer pasal, sampai sekarang tido bukak lampu.. Tak sangka I boleh jadi macam ni. Tunggulah lagi dlm 3 ke 4 hari, dah boleh tutup kot ?

Tak pasal-pasal je daku jadi insomnia.. Huhuhu...


2)     Masa tengah baca thread ni dlm telepon, masa tu odw balik dari kampung tok ke rumah tetiba umi I bagitau sesuatu yg I tak leh lupa sampai sekarang..

"Abahnyer, apa tu?"sambil menunjuk sesuatu di atas sinun.

Sebab I ni jenis tak ambil pot,nak-nak tengah baca citer lawak seram. Memang tak lah mata ni nak berkalih. Rupanya, umi I telah ternampak satu entiti yg terbang tak jauh dari kereta kitorang. Umi I memang ada capability tengok benda2 halus ni. Dia nampak satu benda bercahaya keoren-orenan serta ada samting yang berjuntaian keluOr daribenda yg tengah terbang tu. Memang tak syak lagi, abah I kata penanggal.

Bila I dengar cakap-cakap abah & umi tu, apa lagi.. Terus I tutup tipon. (masa ni hujan rintik rintik air bergelombang ~~ jam 9.30 malam. Jalan tu pulak sunyi sepi.. Maklumlah kawasan kampung, rumah pon jauh-jauh..) Tak sanggup daku meneruskan pembacaan. Entah apa lagi pulak nak keluar agaknyer ~.~ huhuhuhu..

3)     Automatik daripada jadi silent reader je selama ni, terasa mcm nak daftar & terus follow JC. Yes.. JC punya pasal walaupun JC x encem..

4)     Keep up the good work JC. Take ur time okay,don't rush2. Nanti penulisan u takde soul ~.~ Actually, bila ditolak unsur-unsur lawak dlm penulisan u, cerita u seram giler. Tu pasallah ada some of the forumers(termasuk ai kot?) terimagine lebih-lebih…

Sekian, my first ever posting in cari..

P/S : vote for Thriller
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 07:39 PM | Show all posts
Gila la lepas baca thread ni aku parking kereta sorang2 mlm2 pun jadi takut.

N mlm tadi aku ddk dlm bilik aku sorang ada bunyi sikit je trus aku kelam kabut tutup laptop n lari gi bilik adik aku.

Pastu hidup dlm ketakutan, bila sunyi takut keluar bunyi org gelak hikhik

Aku rasa abg tu mmg sebijik mcm aku.

Baru baca separuh kisah2 dlm thread ni. Kena berhenti dulu sbb aku dh jadi Penakut sgt skrg.

Btw kisah paling seram hospital n rumah sri kembangan tu. Yg hospital mmg boleh buat movie trus.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2014 07:17 AM | Show all posts
TITLE: Mean Girl
TEMPAT: Various Places
LAIN2: Atas input ramai forumer, aku membuat keputusan untuk mempersembahkan cerita yg bertajuk mean girl.. Cerita nie, mmg aku rencah secara maksimum yg mungkin atas sebab-sebab peribadi or aku mmg suke merewang2 semasa bercerita, who knows lah kan.. Anyway, thanks sebab membaca and terus support diri haku.. Cerita ini dari korang, untuk korang, cewah~~.. I present to you, Mean Girl..

P/S: mari teka genre apekah cerita ini..

[Pilot]

Kiera (read: MBLBNS) adalah seorang manusia yg tidak mempunyai jambang (read: sebab die pompuan).. Selain perwatakan menarik ini, beliau juga boleh dikategorikan sebagai gadis yg gemar atau senang berhadapan dgn perkara mistik.. Sedikit plot twist-nya adalah, Kiera biasanya xsedar or takut semasa penampakan berlaku..

Sebagai contoh, pada satu musim cuti, Kiera dan sanak saudara beliau pergi melancong.. And mcm biasalah, derang memilih homestay untuk dijadikan tempat penginapan sebab family size yg agak besar and masing2 suka nak duduk satu rumah untuk berborak.. Then, bila tiba waktu malam, Kiera pun masuklah ke dalam bilik dia sendiri, xde ape yg pelik pun dalam bilik tue, kemas, selesa dan satu gambar lukisan gadis yg besar di tengah2 bilik.. Gadis yg berwajah seperti monalisa (read: oldskool, gambar black and white) seolah2 memandang tepat ke arah Kiera.. Well, disebabkan taste Kiera kepada art agak kurang, maka di total ignore-kan je lah taste tuan rumah tersebut.. Kiera pun tidur di atas katil dan sekali-sekali bila tersedar pada waktu malam, Kiera akan tengok gadis dalam lukisan tersebut masih khusyuk memandang beliau, gambarkan, what do you expect? Maka, legalah hati Kiera, walaupun die terpaksa tidur berseorang didalam bilik hotel tue, die masih ditemani gadis manis bermuka pucat memandang beliau..

Malang sekali, ke-esokan harinya diwaktu siang, bila Kiera bangun dari tidur, gadis tersebut hilang dari frame lukisan tersebut.. Maka terperanjatlah Kiera, dia pun bangun sebab nak check frame lukisan tersebut.. Sampai je Kiera dihadapan frame tersebut, automatically belaiu mengelupur di atas simen sambil berbuih2 apabila mendapati bende yg disangka "frame" sebenarnya adalah jendela tingkap rumah.. Sebenarnya, Kiera tidur sambil diperhatikan "gadis" yer kawan2..

[Laina]

Beralih ke watak seterusnya yg bernama Laina(read: MBLBNS)..

Laina juga adalah seorang manusia yg tidak mempunyai jambang (read: aku harap korang jugak paham die adalah pompuan).. Selain perwatakan tiada bulu di sebelah telinga hingga ke dagu.. Dia ni lain sikit dari Kiera, kerana, die tidak berhadapan dgn perkara mistik, tapi plot-twist Laina adalah; kalau dia ade, orang sekelilingnya yg akan sakan diganggu oleh perkara angkerr, dan Laina seperti biasa, akan bercakap, "Huh? Ade ke? Aku xsedar pun"..

Sebagai contoh, pada satu musim cuti jugak.. Laina pun pergilah bercuti dgn rakan-rakan beliau.. Dan bersempenaan cuti umum juga, banyaklah hotel-hotel dan rumah tumpangan yg dah full house.. Akibat Laina dan rakan-rakan beliau mengambil approach RTM (read: Riadah Tanpa Membooking), maka derang pun spend 4-5 jam di tempat percutian hanya utk mencari mana2 hotel yg dah kosong.. Dan, nasib derang agak baik bila dah agak lama mencari, derang jumpa dengan satu chalet yg kosong dan sewa agak murah dari hotel-hotel yg lain.. Walaupun fishy, tapi nak buat mcm mane, xkan nak balikkan.. Owner chalet tue adalah seorang Pakcik yg agak gembira kerana ada orang nak sewa chalet beliau, samada disebabkan sekumpulan gadis remaja yg menyewa atau chalet die xlaku setelah sekian lama, hanya pakcik tue yg tau..

Tapi, trick disini, pakcik tue pesan, dalam kuantiti pesanan sebanyak lebih kurang 37 kali..

Pakcik: Dalam chalet tue ada 2 bilik tidur dan satu bilik stor kecik dekat belakang area bilik air, korang xpayah bukak bilik tue tau..

Member2 Laina pun mengangguk tanda paham yg something wrong dgn chalet tersebut, dan Laina seperti biasa memblurkan diri di bahagian belakang sambil sibuk berselfie bersorangan dgn background selfie adalah tanah dan langit.. So, dari tidur di bawah jambatan or tandas awam, sewa jelah chalet dan ikut je segala pantang-larang.. Then, mereka yg kepenatan tue pun pegi la ke chalet tersebut.. Sampai je di chalet, Laina terus meng-selfie-kan seluruh rumah chalet tersebut, background pintu ke, tiang ke, dinding ke, pintu bilik, toilet, karpet, sofa, semua Laina hentam sampai puas hati beliau.. Sampai kawan-kawan dok bersembang2 di luar chalet pun Laina xsedar sebab alpa ber-selfie x ingat dunia..

So, setelah Laina berselfie bagai dekat bag-bag yg berlonggok2 kat ruang tamu.. Dia pun decide nak buat perkara muhibah iaitu toong angkatkan barang2 kawan2 beliau ke dalam bilik supaya xdelah bersepah2.. Tapi, permasalahannya, bilik chalet tue agak kecik dan barang2 mereka yg mcm nak berhijrah selama 2 bulan x muat, Laina pun letaklah bag di bahagian bilik air/belakang.. Tapi, disebabkan Laina takut bag-bag diorang kena air melimpah dari bilik air, Laina pun ternampaklah satu bilik kecik disebelah bilik air tersebut, Laina pun bukaklah bilik tersebut dan campak semua bag-bag kedalam bilik tue.. Problem solved..

[Destiny's Child]

Dan pada malam kejadian, penampakan Lady Gaga, Nicki Minaj dan Miley Cyrus (read: group entiti) terpaksa di harungi oleh member2 Laina akibat perbuatan Laina yg melanggar 37 peraturan yg sama dari pakcik tersebut (read: no. 1 sampai no. 37: jangan bukak bilik belakang!!).. Pada pukul 2 pagi, seorang kawan Laina tertumus ke atas simen; pengsan, apabila penampakan Nicki Minaj meng-anakonda-kan diri beliau di asbestos chalet tersebut (read: Nicki mengelungsur laju dekat asbestos chalet).. Pukul 3 pagi, 2 orang lagi kawan Laina sujud syukur kat bawah katil (read: sembunyik) selepas Lady Gaga decide nak menyanyikan lagu Born This Way di luar tingkap (read: mengilai-ngilai tanpa belas kasihan).. Pukul 4 pagi, kesemua rakan-rakan Laina dah menangis tersendu-sendu berjemaah di surau berdekatan bila Miley Cyrus me-wrecking ball-kan dinding chalet mereka (read: gegar-gegarkan chalet secara brutal)..

Dan akhirnya, pada pukul 7 pagi, Laina dikejutkan oleh pakcik chalet dari tidur setelah sekor pun kawan-kawan Laina xberani nak masuk balik chalet tue.. Pakcik Owner pun kejut Laina antara nampak xnampak je (read: kecikkan mata secara maksimum akibat takut), tapi nak buat mcm mane, rumah die, Come Hell or High Water-lah khen, bak kate ummah mate biru ..

Perangai Laina yg dekat 30 minit dikejutnya x bangun2 membuatkan Pakcik Owner terpaksa berhadapan dgn trio Destiny's Child wannabe (read: Nicki, Gaga and Miley) berchorus beramai2 (read: bunyi-bunyian pelik secara bersatu padu) lantas membuatkan juga systolic pressure* Pakcik Owner berada diparas 250-320 dimana boleh disahkan miracles oleh mana-mana hospital perubatan tanah air dan luar negara.. Mengejutkan pulak, bila Laina bangun, jangankan Destiny Child's wannabe, unggas tropikana pun berhenti berdesik seolah-seolah takut dgn kebangkitan gadis berkulit cerah ini.. Laina yg mengesat2 mata di luar rumah di hadapan Pakcik Owner dan rakan2nya, dia hanya mampu menguap sambil berkata.. "Huh? Ade ke? Aku xsedar pun"..

[That Guy Thought]

Setelah Pakcik Owner naik angin pus-pus sambil meng-wheelie motor kapcai beliau 3 tiang dalam bulatan sambil memusing2kan whip tanda menghalau derang keluar dari tapak chalet beliau.. Mereka pun mengutip bag utk mencari tempat tinggal lain.. Walaupun dikacau, percutian kene diteruskan sebab tiket flight lagi 3 hari, nak balik mcm mane.. Maka, mereka pun ber-diaspora-lah dari pagi sampai ke petang sebab carik rumah lain.. Kebarangkalian mendapat rumah sewa di waktu peek mmglah tipis dan tiada.. Dan tipis mcm dah meninggalkan mereka completely.. Dan termanggu-manggulah mereka di hadapan pantai sambil memikirkan dalam parit manalah derang nak tidur malam nie..

Then, tiba-tiba dari arah selatan pantai, muncullah seorang pemuda melambai2 ke arah Laina..

Pemuda: Laina, korang bercuti ke kat sini??
Laina: (menoleh sambil tersenyum) Hans!!!

Rupa2-eh, kawan sekampung Laina bernama Hans melambai2 ke arah derang.. Sementara member2 Laina bergelimpangan di atas pasir sambil menghilangkan mood bercuti.. Laina pun bercerita masalah derang kat Hans.. Hans mengerut2kan kening mcm memikirkan sesuatu..

Hans: Korang tidur je lah kat chalet family aku, tidur bilik aku je.. Aku tidur dgn adik aku.. Kalau xkisah lah..

Dengan kate-kate Hans tue, maka melompat bangun-lah lagi 3 kawan2 Laina dari menyamar belangkas (read: meniarap atas pasir) sambil bersinar2 mata derang.. Bantuan telah tiba!! Bantuan telah tiba!! Mungkin itulah yg di jerit dalam hati anak2 gadis ini.. Derang pun berjalan sambil mengangkut semua bag-bag baju sambil mulut xhenti2 menjerit2 sepanjang perjalanan "Hans the savior!! Hans the savior!! Hans the handsomest!! JC more hansomest!!"..

Sampai kat chalet, setelah Hans menerangkan cerita kepada mak ayah dan adik beliau, maka dengan officialnya-lah masalah penempatan 4 gadis selesai, berhimpitlah atas katil pun, asal bukan dalam parit, ape2 pun boleh..

Setelah masalah mereka selesai, dan masing-masing pun heppi, namun aku dgn kecewa-nye ingin mengumumkan (read: idea tgh menurun dari langit nie dah writing character limit plak)..


TU BI KON TI NUW~~


[AFTERMATH]
Aku blur kejap nak MBLBNS watak lelaki.. Bolehlah kan kalau name die Hans? Mcm Hensem je name Hans tue.. Bwahahaha~ No aftermath pilot, see ya next update!! Night Out, Alice~~

LEGEND:
systolic pressure - tekanan darah tinggi, bahagian atas (normal kalau; 120)


Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 09:47 AM | Show all posts
xmo cerita rekaan la bro....cerita pengalaman ni jugak yg best...sbb to feel the feeling is not easy...hanya yg rase je yg tau....so yg rase tu la kena cube buat org lain "rase" ape yg kite rase....hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2014 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
siape_aku posted on 23-9-2014 09:47 AM
xmo cerita rekaan la bro....cerita pengalaman ni jugak yg best...sbb to feel the feeling is not easy ...

Dun worry, even cerita rekaan pun, pengalaman still pure terjadi, lead up to je aku rencah/rekaan..

I.e.

Cerita aku dgr: wak usain jumpe antu tepi kolam..

Rencah version: Amir Jauhar Bin Supiandi atau dikenali ramai Wak Usain yg merupakan seorang perenang akuatik di sebuah gunung di utara tanah air jumpa hantu tepi kolam.. Beliau terus mengusahakan kolam tersebut menjadi kolam ternakan ikan lampam darat dan lampam kuning..

Lebih kurang la..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 10:04 AM | Show all posts
kykyland posted on 22-9-2014 11:27 AM
fantasy..

sokong kata2 @leenaz ..

high 5


Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 10:04 AM | Show all posts
JokesCop posted on 23-9-2014 07:17 AM
TITLE: Mean Girl
TEMPAT: Various Places
LAIN2: Atas input ramai forumer, aku membuat keputusan unt ...

mana kaka twins?

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 10:13 AM | Show all posts
kisah si kiera dah cukup buat perut aku tersentak!!! demn!!! mcm mane aku nak tido mlm ni???? (nak sambung bace ke tak ni????)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.074025 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list