|
Author |
Post time 17-11-2018 10:16 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Assalam semua.
Lama nya tak tengok forum. Rumah ni pun dah tenggelam ke dasar. In sya Allah dlm masa terdekat ni teman up 1 2 cita ye..
Ni pakai hp je,malas nak mengarang.
|
|
|
|
|
|
|
|
waalaikumsalam diya..awok la antara penyebab teman dr SR terus register cari nih dolu2.
teruskan berkarya dan berkongsi dengan kami..salah satu amal jariah gak kongsi ilmu n pengalaman ni
dan semoga diya dan family sentiasa diberkati dan dipermudahkan segala urusan..aamiin
buat la buku macam tamar jalis..for sure meletup |
|
|
|
|
|
|
|
In sya Allah hari ni kita up 1 kisah baikkk punya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum semua sahabat2 MPS..
Baru ni teman di text oleh salah seorang kerani kat tempat koje..
"Salam en.diya, free tak? ada hal sikit nak tanya.."
"Wsalam...ape free2? Bayo ar.... "
"Jangan le memain encik...orang serius ni..."
"Ada je kat atas ni ha....mai la opis.."
"Ok, 5 min sy sampai"
Aku buat koje macam biasa la..dah orang yang nak mai jumpe..kat opis pulak tu kan..opis aku memang udah rope cetan..nak kemas2 pun tak sempat dah..
Tak sampai 5min, bunyi pintu utama pejabat dibuka, serentak dengan itu suara orang pompan bagi salam.. Sampai dah le tu si Ani (bukan nama sebenar)
"Waalaikumsalam....masuk le kalau tak malu..." jawab aku dari dlm bilik.
Rupanya Ani tak mai sorang. Dia datang dengan sorang lagi kerani kat bawah nun..mungkin segan kot mai bilik I yang encem ni sorang2...
"Duduk le...yang kome tecegat kat situ buat mende? tak ada orang pun opis ni...semua ada kursus n mengajar.."
*Untuk pengetahuan kome2 semua, teman ni skrg koje kat sebuah pusat latihan unit beruniform. so anak2 buah semuanya jurulatih2.*
"Apa cita kita?" tanya aku terus. Malas nak borak2 kosong.koje banyak.
"Nak mintak encik tengokkan saya ni ha...2 3 menjak ni, saya tak sedap badan la encik...malam2 tak mau tido." kata ani terus membuka bicara.
"Emm kejap ye..." aku pun terus la intai2 apa yg tak kena dengan si ani ni..
Selang 2min lebih kurang, jumpa la apa masalah dia...
"Bila mula jadi rope ini?" tanya aku
"Start minggu lepaih encik...lepaih kami keluaq dengan Alin (pun bukan nama sebenar). Kami keluaq p makan, maklum la lama dah tak makan skali.. Alin kan MC dah sebulan lebih, kebetulan hari tu dia mai opis, kami keluaq la p makan2, bawang2 (ada jugak sesi tu????feremfuan la katakan...). Lepaih balik dari tu, saya jadi tak boleh nak tidoq malam. Badan sakit2...awat ha'?" tu dia skali dia bagi...panjang lebaq baq ang...
Si ani ni orang penang...pekat baq ang...
Tak semena2, si fina pun masuk line jugak...fina ni kwn ani yang mai skali tadi tu...
"Ha'a la encik...saya pun tak sihat jgk ni...lepas keluar ngan dorang la hari tu. tapi saya tak ada la cita kat sapa2..ni la baru nak cita ni.. Lepas balik je keluar ngan Alin n ani hari tu, malam tu saya mimpi. Saya mimpi dok tukar baju dalam bilik alin (alin ni PA bos) n buat keje2 kat opis dalm bilik alin. tengah dok buat2 keje tu, datang sorang pompan tua. dia marah2, dia kata dia nak kacau orang2 dalam opis pentadbiran..orang yang dia target si zana (bukan nama sebenar)." cerita fina kat aku.
"Kenapa Zana?" tanya aku
"Benda tu kata dalam ramai2, zana yang paling lemah. Saya cuba halang dia dari kacau kwn2 kat bawah tu termasuk la zana, lepas tu benda tu marah.muka dia berubah jadi buruk encik...saya takut, pas tu terjaga..Dok malam esoknya tu, mimpi tu sambung balik." terang fina.
"Aikkk...boleh sambung2 pulak??Brapa episod? " tanya den
"Jangan le memain encik..sy cita betol ni...xde la bnyk episodnya, lepas mimpi malam ke dua tu, saya pasang surah Al-Baqarah kat rumah...tp bila dah separuh jalan, dia berhenti sendiri..itu yang buat saya lagi takut encik..saya fikir mungkin cd tu rosak, tp bila ulang kali ke 2, elok je sampai abis bacaannye..lepas dari tu, malamnya tak de dah mimpi2" fina sambung cerita dengan bersungguh2...
"Ok2...saya tengok jap ek..."
Lepas beberapa detik aku singkap n suluh, rupanya benda2 ni jadi sebabkan alin.. memang dalm opis aku ni mcm2 benda dok jadi..tapi aku tak amik kisah sangat sebab prinsip aku dalm bekerja, "jangan tunjuk pandai, nanti jadi tiada beban batu digalas". benda dalam opis ni tak ganggu sampai mcm tu skali. Dalam pengamatan aku, benda ni adalh dari Alin. Dia ni memang selalu sakit jgk dan selalu jgk dok tanya aku n mintak ubatkan..Dalam kepala Alin ni, dia dok kata orang sihirkan dia.Tapi yang aku nampak, dia ni mewarisi pusaka nenek moyang dia. Jadi nak cerita pun serba salah, aku diamkan aje la..
Adoi, lapo la pulak......kang le sambung lagi...
|
|
|
|
|
|
|
|
ok kita sambung balik.....
Setelah mendengar luahan dari Fina n Ani, aku mulakan mencari kaedah yang sesuai utk settlekan masalah deme berdua ni... Untuk ani, aku settlekan hari tu jugak, tapi utk fina kena tunggu esoknye sebab kes dia agak berat sikit.Benda tu dah berinteraksi dengna fina, so dah kira ikut rapat le...
Kes ani, alhamdulillah selesai.sampai ke hari ni pun dia tak rasa dah lemau2 badan.tambah pulak dia ni pregnan, pada keilmuan aku orang yang pregnan ni agak sukar di ganggu dengan gangguan2 kelas bawahan ni. Sebabnya kekuatan baby dalm kandungan tu mampu protect dirinya n ibunya skali.
Untuk kes Fina, esoknya dia mai bawak botoi...biasa la kan, aku punya cara gitu le. Antokan deme lepak botoi. Nak kata berat sgt idak le jugak, tapi 4 5 ekoq jugak le dok melepak kat tubuh fina ni.. 1 per 1 aku ambil n anto ke port baru. 5 min je selesai dah. Cuma fina ni dia mudah merasa dengan fizikal.org lain aku tarik idak le rasa apa2 sgt, tapi kalau fina ni, sampai terikut dia ke depan. Udah rope die yang nak masuk dalm botoi tu.. Ada yang seko tu, menjerit2 dia kata sakit kat tengkok.Terpaksa la aku pukul bagi benda tu lepaskan tengkok fina..."Mcm2 hal la ko ni Fina oi"
Aku ada berpesan pada Fina n Ani,
"Saya bukan nak halang n tak bagi kome berkawan atau putus sahabat dengan Alin, cuma berhati2 la dalm pergaulan dengan dia. Jangan sakitkan hati dia. Memang kita rasa kita tak buat apa2 salah, tapi hati orang ni kita tak tau samada dia suka ke tak dengan cara pergaulan kita. Alin mungkin tak tau benda2 ni berpunca dari dia dan dia tak pernah nak buat kawan2 dia..takkan le kawan baik pun nak anto sake ye tak? Cuma benda yang jaga dia tu yg bertindak sendiri tanpa arahan dari tuannya. Mungkin alin pun tak tau dia ada mewarisi benda2 ni. Jadi sebagai kwn yang rapat dengan dia, kome la kena jaga perilaku." pesan aku pada Fina n Ani
Utk kawan2 di MPS jugak, aku berpesan agar jaga la hubungan sesama insan. Kerna bukan sahaja orang yang punya saka boleh menyakiti kita, tetapi hanya dengan kata2 dan denga kekuatan diri sahaja boleh mengakibatkan orang lain terluka. Diri yg Allah bagi pada setiap insan sgt lah kuat.jadi jaga la ia sebaik2nya supaya tidak menyakiti insan yang lain.sebab insan lain juga punya Haq mereka sendiri. Kalau dah kena pulang paku buah keras, baru kome ada akai.
Lepas je sesi rawatan Fina n Ani selesai, ani ada bertanya pulak pasal jiran dia kat umah..katanya sakit teruk, suspect sihir. Ikan puyu yg dok bela kat umah mati 1 per 1, selalu mimpi ular, dalam rumah rasa seram sejuk. Emmmm mcm ada some thing... Nantikan kisah Anis pulak selepas ini ye...harap tuan2 bersabar....
*kini lengkaplah 1 catitan dengan darah dan keringat. dalam tangisan senyum ketawa dalm citra ada duka, ada rindu, ada benci, ku lukiskan seluruhnya*
|
|
|
|
|
|
|
|
amboi ayat diya.. meleleh ayaq liuq baca.
menarikkk...kasi up ini thread..peminat hang yang ramai2 xtau pi mana dah..punya bersawang rumah ni depa tunggu |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-11-2018 08:18 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Slow2 teman up balik le rumah ni.ujung2 thn ni koje pun dah kurang.dari dok saja,baik awok mengarang ye dak?? |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamulaikum semua...
Hari ni ada free sikit, den sambung kisah Anis
Rentetan dari kes Ani hari tu, timbul pula kisah si Anis ni.
Malam lepas selesaikan kes ani, aku cuba tengokkan masalah Anis pulak. Dari apa yang aku dapat keluarga dia ni kena sihir. Sihir dihantar kepada suami dia tapi tepat kenanya pada Anis. Mungkin si suami ada pemakainya atau Allah tak izinkan utk kena pada suami dan menyimpang la sihir tu kepada Anis..
Selesai scan, aku pun msg ani untuk maklumkan apa masalah kawan dia tu.
"Salam ani, kawan hang tu ada la gangguan pada dia n suami. Banyak jugak le, sy tak boleh nak buat dari jauh. Kes ni kena hands on." msg aku pada ani
"Wlkmsalam. Dah tu bila encik nak mai rumah dia? kesian sy tengok dia cik."
"Tengok tak malam esok, malam lusa sy p. Tp saya bawak anak buah saya sorang. bagi dia blajaq n bantu saya."
Dok esoknya aku maklum pada anak buah aku nak p ke lumut untuk handle kes anis ni. Dia kabo ok jer, dia pun tak ada buat apa malam tu.
"Ko beramal sikit malam ni, lepas maghrib abg p amik kat rumah." pesan aku pada cu (anak didik aku)
"Ok bang, nak amal ape? "
Cu ni memang pemalas nak beramal, sakit mcm2...asal sakit je, mai la jumpa nak clearkan. aku ngajo payah2 haram dia buat.. Cakcibo belang-belang betoi.
Lepas je maghrib malam tu, aku terus bersiap.capai sebidang kain putih dan sebatang paku sebagai alat perubatan nanti.
Sampai je umah cu, dia pun dah siap2 tunggu kat dapan umah. Masuk kete, cau terus...
"Ko dah mkn ke cu?" tanya aku
"belom lagi bang, abg le awal sgt nak g nye. mana sempat nak kluar makan." jwb cu
"jap lagi lepas settle kes ni, kita p melantak le...buat keje lewat2 ni payah le.udah le jauh beno nak g umah org ni pun. datang sendiri tak mau.."
Sejam perjalanan nak sampai ke lumut. stengah jam lagi sesat. macam2 hal...
Di pendekkan crita, aku sampai la di rumah anis bertemankan cu n ani. Kedatangan kami di sambut baik oleh tuan rumah. Buka apa, suami anis ni mcm tak brapa percaya benda2 gini..sebelom p ruamh dia pun aku dah suruh ani cakap kat suami anis. kalau dia tak izinkan, aku tak mau p.
Sampai rumah anis ni lebih kurang jam 10.30pm. Sampai2 je aku terus mintak izin nak buat keje. nak tunggu lama2 lagi buat ape, kang nak balik rumah lagi.jauh kot.
Aku scan anis buat kali ke dua. masih sama apa yang aku nampak. Scan diteruskan pada suami dia pulak. sama je keadaan deme ni.
"Mintak anis dok depan saya." kata aku pada anis
"Botoi yang saya pesan tu ada?"
"Ada ni.."jwb anis sambil hulurkan botol kaca pada aku
"Sebelom saya mulakan, saya nak bagi tu la. Saya buat ni dengan cara saya sendiri, mungkin kome tak pernah tengok sebelom ni. Andai kata sembuh, alhambulillah le dan tolong diam kan aje. jangan cerita kat orang pulak. andai kata tak jadi apa, sakit sama jugak mcm sebelom ni, p la cari org lain. Andai tengok cara saya ni tak bekenan di hati,rasa mcm tak betol, rasa mcm sesat, tolong jgn dok canang kat org la. jgn dok kata saya blakang2, dah la sakit tak sembuh, tambah dosa lagi dok fitnah org, ye???"
Masing2 hanya menganggokkan kepala je tanda faham.
"Saya mulakan la ye??"
Aku mula memasang pagaran pada diri dan botol. Dengan lafaz syahadah dan bismillah, aku mulakan rawatan.
Makhluk pertama yang dapat ditarik dari tubuh anis agak mudah. Bila sampai yang ke 2,3,4 n 5, peluh dah mule keluar dah dari badan aku. Dari keadaan udara rumah yang dingin, bertukar menjadi berbahang dan panas. Org lain aku tngk biasa2 je termasuk la cu. Dia ni bawak saja ja, haram nolong pun.puih le..
Makhlut ke 3 aku terpasa keluarkan pedang sufi. Degil nak mampoih..Urat belikat aku pun dah terik lain macam dah.. Lepas pancung dan pukul, baru boleh lepas tarik dia tu. 4 dan 5 sama jugak berat tapi khidmat pedang sufi dah tak pakai dah.
Selesai dah barang di tubuh anis. Tapi aku tak rasa takut tak keluar abis n ada lagi yang nyorok2 kat dalam tubuh dia.
Aku keluarkan paku dan isikan dengan kecahayaan aku.
"memang semua benda kene isi ek?" tanya cu
"kene la isi, kalau tidak benda apa yang nak bertindak pada benda2 tu. stakat paku ni, tak boleh menyakitkan deme pun" jwb aku
"owww"
"Anis hulurkan kaki ngadap saya..dua2 belah ye." arah aku pada anis
"saya minta izin nak pegang kaki isteri ye bang." pinta aku pada suami anis
Dia hanya menganggok. anggok ada makna ka xdak makna ka aku tak tau..
"Kalau sakit, bagi tau no??" kata aku pada anis
"takuttttttttt"
"nak takut ape? buka saya tikam paku ni kat kaki..gosok je sikit."
Setiap jari2 kaki anis aku sentuhkan dengan aku. Mungkin ada perawat lain guna kaedah ni. Hanya yang pegang paku tu je yang tau atau rasa kehadiran benda tu pada tubuh pesakit. Sepanjang guna kaedah ini, anis tak ada la meraung kesakitan. tapi dekat 3 4 ekoq jugak le aku tarik dari kaki dia tu.
Selesai rawatan guna paku tu, aku scan anis skali lagi...nampak gayanya dah clear. tapi urat2 dan besi tubuhnya dah lari. Aku hanya mampu betulkan dengan kaedah nafas sahaja. nak urut2 ni, dah terbatas sebab dia pompan.kalau laki dia, mgkin aku buatkan.
Alamak....kontraktor mai pulak dah....sat lagi sambung la...kaco je la... |
|
|
|
|
|
|
|
Ok sambung sikit lagi...
Selesai ngesahkan anis, aku beralih ke suami dia pulak. Suami anis ni tak la seteruk anis. ada dalam 3 4 eko jer. Tp boleh tahan liatnye..
Sebelom anis sakit dan ada kejadian2 pelik dirumah deme, suami anis ni pernah di masukkan ke wad. Sesak nafas katanya. Tp hasil pemeriksaan doctor, suami dia ni tak ada apa2 masalah pun. xtau la kan?
Di pendekkan cita, benda2 dalm tubuh suami anis pun dah boleh di selesaikan..aku mintak garam dan lada hitam untuk pagar rumah deme. Semua barang2 tu aku dah pesan sebelom datang lagi. so dan memang siap sedai la depan aku dengan bekas2nya skali.
Bacaan doa aku mulakan pada air, garam dan lada hitam tu.buat skali je la..panjang sgt nak bacenye..buat asing2 jenoh pulak aku nanti.
"Air ni 1 untuk minum, 1 lagi untuk mandi ye..mandi 3 hari, sehari sekali.sebelom mandi n minum, syahadah,selawat dan bismillah dulu. Paham???" terang aku pada anis
"paham2" ringkas dari anis
"Ni garam n lada ni, nanti tabur diluar rumah jgn putus. kat dalam rumah ni, masukkan dalm bekas dan letakkan pada penjuru2 rumah. lepas je 2 3 hari, buang la. yang kat luar tu nanti sapu la.Jangan kome bio je pulak. Boleh?" terang aku lagi
"Boleh...Tapi kenapa nak kena buang?"
"Benda ni tarik unsur negatif dalam rumah.jadi kalau biar je dalam rumah, nanti tak kemana la unsur negatif tu..kita nak buang benda tak elok dalam rumah, bukan nak simpan."
"ooo, paham2" jawab anis
"Sebelom tu saya tengok dulu la dlm rumah ni kot ada yang tertinggal lagi.kang udah pago, tak keluar pulak die..."
Aku mulakan scanning untuk dalam rumah pulak...tak sempat abis bace, udah timbol susuk tubuh sorang perempuan berselubung putih dalam bilik tengah ruamah tu..
"aik, mcm mn ko boleh terlepas pulak ni??? tadi mcm tak ada.." bisik hati aku.
"kat situ ada bilik ke?" soal aku sambil tuding jari ke arah bilik tu.
"ha'a ada bilik situ.." jwb suami anis
"ok2 xpe"
aku cuba tarik feremfuan tu masuk rumah baru deme..tak melawan mana pun..mungkin dah redho kot...scan skali lagi, dah tak ada apa dah..ok selesai kerja aku malam tu..dah boleh ngeteh dah..
Selang beberapa hari, dikhabarkan oleh ani, anis dah sihat dan dia ada panggil sorg akak ni ngurutkan die.. sebelom tu, aku ada hantarkan gambar2 yang aku snap pada botol sebelom buangkan ke sungai. Namanya feremfuan kan....sambil ngurut, sambil la membawang.. si anis ada ceritakan kisah malam tu pada kak urut tu...apa nama dia aku xtau le..rupanya, akak ni berkebolehan melihat benda2 halus ni.. menurut katanya, banyak sgt dalam botol tu dan ada seko tu rupa perempuan seludung putih. dia tu dihantar untuk rosakkan hubungan rumah tangga anis..
Aku tak tau le betoi ke idak. Yang aku tau, ada, cabut, botoi, pago, buang. Settle...
Ok stakat tu je cerita dongeng aku hari ni...bertemu lagi di hari2 mendatang..
Salam
Cahaya itu suci, jangan ianya dikotori dengan hasad dalam diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Adiya replied at 12-4-2017 05:00 PM
pasukan khas dah diwujudkan...1st kes akan masuk ujung bulan in sya Allah..kalau komitment cantek, b ...
dah open kat public ke? |
|
|
|
|
|
|
|
wah diya..menarik betul la..kalaula teman boleh nengok mike merawat...
syabas...pahala bagi orang2 yang menolong |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-12-2018 11:26 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
little_sis replied at 1-12-2018 04:02 PM
dah open kat public ke?
Tak ada la open sangat..gerak solo ni payah sikit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-12-2018 11:29 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
awaynepian replied at 1-12-2018 09:51 PM
wah diya..menarik betul la..kalaula teman boleh nengok mike merawat...
syabas...pahala bagi orang2 ...
Tak ada apa yg menarik pun teman merawat..mcm tak ada apa yang berlaku pun.tau2 udah abis.boring cho |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau saya nak rekemenkan tuan pada sepupu saya boleh kah?. Dia duduk dekat taman botani & sekarang tgh mencari org yang ubatkan dia. Keadaan dia agak teruk & ramai ustaz2 dah surrender nak ubatkan dia. Kalau tuan tidak keberatan nanti boleh bagi no telefon & saya akan suruh dia contact tuan. |
|
|
|
|
|
|
|
Alamak...ustaz pun surender, takkan teman nak buat pulak...teman ni tak la handal mcm ustaz2 tu.. ce tuan PM teman nanti..ceritakan perihal sakit sepupu tu mcm mn dl..bagi teman check dl.agak boleh buat, teman maklum semula..
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah pm. Terima kasih tuan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Seronok baca semua kisah dalam ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih sudi menjengah rumah teman ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
fuh...panjang ropernye
74 page.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|