CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V175'

[Copy link]
Post time 22-1-2023 01:02 PM | Show all posts
parti lobai mmg dikenali suka keluarkan dalil utk kepentingan diri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2023 01:03 PM | Show all posts
nti nk cari artikel isham jalil smlm.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 01:04 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 22-1-2023 01:02 PM
parti lobai mmg dikenali suka keluarkan dalil utk kepentingan diri.

itu lah dalil yang sentiasa berubah ikut selera mereka

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 01:05 PM | Show all posts
Beri wang kepada pengundi bukan sedekah, itu rasuah - Isham

oleh NUR IFTITAH ROZLAN21 Januari 2023 11:34pm






Isham - Foto Bernama




SHAH ALAM - Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil meminta agar Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak mencari sebarang dalil bagi tujuan menghalalkan perbuatan rasuah.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu menegaskan, tindakan memberi wang kepada pengundi semasa pilihan raya dan menyuruh mereka bersumpah untuk mengundi Pas bukan sedekah, sebaliknya ia adalah sogokan atau rasuah.

“Kepada Haji Hadi, janganlah cari dalil untuk halalkan rasuah pengundi.

“Jika rasuah pengundi ini halal, ke manakah sistem politik dan demokrasi negara ini ingin dituju apabila parti dan ahli politik boleh sewenangnya merasuah pengundi atas nama sedekah untuk menang pilihan raya?

“Sebelum pilihan raya atau semasa dalam kerajaan, untuk beri ‘sedekah’ ini, mereka ambil rasuah daripada projek kerajaan untuk guna duit itu bagi tujuan merasuah dan ‘sedekah’ pengundi untuk menang pilihan raya bagi membentuk kerajaan dan mendapat jawatan (dalam) kerajaan.

“Ini adalah kitaran rasuah dan politik wang yang busuk dan teruk,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sebelum ini, Abdul Hadi dilaporkan berkata, pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya tidak menyalahi peraturan berikutan ia hanyalah sedekah kepada pengundi oleh orang awam.

Mengulas lanjut, Isham berkata, Malaysia memerlukan pembaharuan berhubung pendanaan politik supaya ia tidak kotor.




“Supaya anak-anak muda pun boleh terlibat dalam politik jika mereka ada niat dan perjuangan yang baik tanpa perlu ambil rasuah.

“Jika tidak, hanya orang-orang kaya atau orang-orang perasuah sahajalah yang boleh berjaya dalam politik dan menentukan dasar-dasar untuk rakyat dan negara di Malaysia.

“Orang-orang yang ikhlas, baik dan tidak kaya raya tidak berpeluang melawan duit ‘sedekah’,” ujarnya.


Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 01:05 PM | Show all posts
mmg taguna hadi bawang tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 01:05 PM | Show all posts
dalil yang sentiasa berubah ubah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2023 01:06 PM | Show all posts
klu kt pas semua molek2 je.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 01:06 PM | Show all posts
klu kena parti lain semua rasuah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2023 01:06 PM | Show all posts
nti nak cari artikel lobai pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 01:07 PM | Show all posts
page baru bertukar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 01:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 01:08 PM | Show all posts
8 page saje lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 01:08 PM | Show all posts
tolak laju lagi zura
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 01:10 PM | Show all posts
Scammer buat 1.8 bilion panggilan telefon sejak 2017
Oleh Fahmy A Rosli - Januari 22, 2023 @ 12:50pm


Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil (dua, kiri) menyantuni tetamu ketika hadir pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA, Jalan Ampang hari ini

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) merekodkan, sejumlah 1.8 biliion panggilan telefon dilakukan sindiket penipuan sejak 2017 hingga tahun lalu.

Menteri, Fahmi Fadzil, berkata masa sama sejak 2018, pelbagai agensi di bawah kementerian itu berjaya mengekang 300 juta penipuan menerusi mesej pesanan ringkas (SMS).

Jelasnya, ia membabitkan lingkungan 12 hingga 14 jenis penipuan atau scam yang antaranya menawarkan perkhidmatan dan pekerjaan.

"Saya ingin mengingatkan sempena Tahun Baharu Cina ini, pasti ramai yang akan keluarkan duit simpanan dan sebagainya. Tolong hati-hati dengan scammer di musim perayaan ini.


"Sejak 2018, sebanyak 300 juta scam SMS yang telah berjaya dikekang, tetapi masih berlaku lagi. Jadi peringatan saya kepada rakyat Malaysia supaya tolong berhati-hati ketika dalam suasana perayaan ini.

"Sudah pasti akan ada yang menangguk di air keruh bagi mengambil kesempatan. Jika anda mangsa scam, tolong cepat hubungi talian 997 supaya kita boleh block (kekang) wang daripada keluar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka MCA di Wisma MCA hari ini.

Mengulas langkah yang diambil pihaknya ke atas sindiket penipuan dalam talian, Fahmi menjelaskan, agensi di bawah KKD seperti Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama dengan syarikat perkhidmatan telekomunikasi termasuk entiti di kementerian lain.

Antara agensi kementerian lain yang terlibat adalah Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC) dan Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC).

"Pertemuan pertama saya dan pasukan dengan Timbalan Menteri Kewangan dan kedua pada Jumaat. Kami lihat beberapa perkara ke hadapan yang kami perlu lakukan termasuk mengemaskini undang-undang.

"Ia termasuk meningkatkan lagi kesedaran dalam kalangan rakyat termasuk mengadakan kempen bulan kesedaran kebangsaan mengenai scam.

"Kita kena ada satu peningkatan kesedaran tentang cara-cara scammer ini beroperasi dan dalam masa sama, kita lihat satu tindakan bersepadu antara KKD, Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Luar (KLN) kerana kita dapati sejumlah panggilan scam ini tidak berlaku dalam negara tetapi merentasi sempadan," katanya.

Menyentuh mengenai penipuan menerusi aplikasi sembang Telegram yang kian menjadi-jadi, Fahmi mengakui identiti beliau turut disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab dengan menyamar untuk menipu orang lain.

Beliau juga mengakui banyak penipuan berlaku di platform berkenaan sambil menambah pihaknya akan mengaturkan satu pertemuan dengan pihak Telegram untuk membincangkan isu berkenaan.

"Antara masalah yang kita hadapi dengan Telegram ialah ia adalah 'encrypted system'. Insya-Allah, pihak saya akan cuba menghubungi pihak Telegram untuk kita atur beberapa perkara," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -telefon-sejak-2017

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 01:11 PM | Show all posts
dah berapa ramai mangsa yang kena dan dah berapa juta RM yg kerugian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 01:11 PM | Show all posts
diharap kerajaan dapat mengatasi masalah scammer ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2023 01:12 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 01:12 PM | Show all posts
ini lagi penipuan yang ada
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 01:13 PM | Show all posts
dimana mana ada jer penipuan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 01:13 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 22-1-2023 01:06 PM
klu kena parti lain semua rasuah.

kalau parti dia semua suci murni lagi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.120724 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list