|
UMRAH & HAJI VIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
Reply 1819# Hanni
masa akak buat tamattu, brapa hari akak dlm ihram?
Salam Hanni
Kalau tak silap 3 hari - wukuf, muzdalifah & mina (selepas melontar Jamrah Aqabah & bertahallul) bebas ihram. Sebab time akak dulu melontar belah malam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply aily
sy nak cuba jawap.. kalau salah jgn rotan ye..
umrahnya SAH, tapi kena ...
Hanni Post at 20-5-2010 08:56
Nanti akak bagi markah ya kepada semua jawapan kuiz. Tunggu...... |
|
|
|
|
|
|
|
"Duit dah mencukupi untuk buat Haji tapi dalam masa sama nak kahwin, mana yg perlu didahului"
aily Post at 19-5-2010 21:07
Salam..
Bagi azie...kahwin dulu...
Lepas tu pi honeymoon kat mekah..buat Umrah..
Kalau nak buat haji kena daftar dan tunggu kuota..
So dalam masa yg sama TERUS DAFTAR HAJI SUAMI ISTERI TANDA IKATAN KASIH DUNIA AKHIRAT..
Aminnnn.... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam..
Bagi azie...kahwin dulu...
Lepas tu pi honeymoon kat mekah..buat Umrah..
Kalau nak ...
aziefa Post at 20-5-2010 10:58
Salam Acikjie
Kena tunggu jawapan Hussain dulu he he baru boleh bagi huraian |
|
|
|
|
|
|
|
Salam kak aily nak cuba jawab ehh.....salah tolong betulkan ye....
Jawaban :
1. Sah dua2 nia ...
jellybee Post at 19-5-2010 21:11
1)
"Dalam bas masa perjalanan dari Madinah ke Makkah jemaah Haji perempuan berniat dalam hati 'sahaja aku mengerjakan Haji" kemudian bas bergerak menuju Bir Ali dia berniat pula "sahaja aku mengerjakan Umrah"adakah sah niat niat itu dan apakah jenis Hajinya"
Tet....Jawapan Jellybee kepada soalan (1) diatas Tak Betul sepenuhnya.
Huraian - Niat dia yang pertama tu Sah dan Jenis Hajinya dalah Haji Ifrad. Sebab kalau Haji Qiran kena berniat Haji dan Umrah dengan satu niat dari Miqat yang ditetapkan sedangkan jemaah diatas berniat 2 kali jadi yang pakai adalah yang pertama. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1820# Hanni
sy nak cuba jawap.. kalau salah jgn rotan ye..
umrahnya SAH, tapi kena bayar DAM sebab dia meninggalkan wajib umrah.
Tet........Jawapan dia betul Umrahnya Sah, tetapi dia berdosa jika sengaja dan dikenakan Dam Tertib dan Taqdir |
|
|
|
|
|
|
|
Salam kak azie, jawaban yang bernas hheeeheee......nah munger........tapikannn....
kit ...
jellybee Post at 20-5-2010 11:09
Cantiknya munger...he..he..
Dah jumpa tak unta tu..
Tengok dia nyanyi lagu apa ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by jellybee at 20-5-2010 11:41
Salam saya nak share buku Panduan Untuk Jemaah Haji & Umrah serta Pengunjung Masjid Rasul yang di susun oleh Badan Penerangan & Bimbingan Haji dgn Kerjasama Samanah al Syeikh Muhammad Bin Soleh Al Uthaimin Rahimahullah..
PESANAN DAN WASIAT PENTING
Para Jemaah Haji yang di hormati,
Kami memanjat segala pujian kepaa Allah yang telah melimpahkan taufiq kepada anda sekelian untuk menunaikan Ibadah Haji. Semoga Allah s.w.t menerima semua amal kebajikan yang kita lakukan serta membalasnya dengan pahala yang berlipat ganda.
Seterusnya kami sampaikan kepada anda pesanan dan wasiat ini dengan harapan agar ibadah haji kita diterima oleh Allah s.w.t sebagai haji yang MABRUR dan usaha yang terpuji.
1. Ingatlah, bahawa anda sekelian sedang berada di dalam perjalanan yang penuh berkat yang berasaskan tauhid dan ikhlas kepadaNya dan bertujuan untuk menyahut seruanNya dan mentaati perintahNya. Ketahuilah bahawa haji yang mabrur(diterima) itu balasannya adalah SHURGA
2. Berwaspadalah anda sekelian daripada tipu daya syaitan kerana ia adalah musuh yang sentiasa mengintip anda. Anda hendaklah saling mangasihi sesama muslim kerana Allah serta menghindari daripada pertikaian dan melakukan maksiat kepada Allah. Ingatlah bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : maksudnya.....
"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri"
3. Bertanyalah kepada orang yang berilmu tentang masalah-masalah agama dan ibadah haji yang kurang jelas kepada anda sehingga anda memahaminya kerana Allah telah berfirman : maksudnya.....
" Maka bertanyalah kamu kepada orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui",
Dan Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya....
"Sesiapa yang Allah menginginkan kebaikan untuknya, Dia akan memberi kepadanya kefahaman dalam agama".
4. Ketahuilah, bahawa Allah s.w.t telah menetapkan kepada kita beberapa kewajipan (fardhu) dan menganjurkan kita agar melakukan amalan sunat, tetapi amalan sunat ini tidak diterima apabila amalan yang wajib di sia-siakan.
Hal ini kurang disedari oleh sebahagian daripada jemaah haji sehingga terjadilah perbuatan yang menggangu dan menyakiti sesama mukmin. Sebagai contoh :.........
..........berebut ketika ingin mengucup Hajar Aswad, raml (berlari anak ketika tawaf), solat di belakang Maqam Ibrahim atau sewaktu meminum air zam-zam.
Amalan-amalan tersebut adalah sunat, sedangkan menyakiti orang mukmin adalah haram. Patutkah kita mengerjakan suatu perbuatan yang haram semata-mata untuk melakukan perbuatan yang sunat?
Para Jemaah yang dirahmati Allah,
Oleh itu, hindarilah perbuatan yang menyakiti antara satu sama lain, semoga Allah memberikan pahala yang berlipat ganda kepada anda sekelian. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1826# aily
Salam kak aily, salah ehhh jawaban onn the sport kita.....otak dah berkarat le tu....tq bagi huraian.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1831# jellybee
Salam kak aily, salah ehhh jawaban onn the sport kita.....otak dah berkarat le tu....tq bagi huraian..
Jel, seronok jugak kuiz2 ni sekurang2 dapat jugak kita belajar, macam kita rasa tau je tapi sebenarnya kita tak berapa tau he he. Belek2 buku lama haji dan kata kat husband banyak jugak kita tak tau ya he he.
Ada beberapa kuiz lagi yang tak berjawap kat atas2 tu. Cubalah |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulilah kami sekeluarga sihat. Wah dtg JB? kalo ada masa jemput la ke pondok buruk saya.....
Waalaikumussalam Rzman,
Alhamdullillah,
semuanya baik-baik belaka..
terima kasih turut doak ...
Rosputih Post at 19-5-2010 12:29 |
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan Panduan Untuk Jemaah Haji dan Umah.
Berikut adalah beberapa penjelasan tambahan:
A) Seorang muslim (lelaki) tidak boleh melakukan solat di samping wanita atau di belakanya sama ada di Masjidil Haram ataupun di tempat lain dengan sebarang sebab sekali pun selama ia dapat menghindarinya. Kaum wanita hendaklah melakukan solat di belakang kaum lelaki.
B) Jangan bersolat di tempat laluan masuk ke Masjid dan di hadapann pintu Masjidil Haram kerana perbuatan tersebut boleh membahayakan diri serta menyakiti orang lain.
C) Jangan kita menggangu orang-orang yang sedang tawaf dengan bersolat berdekatan Kaabah atau duduk di sekitarnya atau berhenti di Hijir Ismail, Hajar Aswad atau Maqam Ibrahim ketika keadaan sesak kerana perbuatan itu dapat membahayakan diri dan mengganggu orang lain.
D) Mengucup Hajar Aswad hukumnya adalah sunat manakala menjaga kehormatan seorang muslim adalah wajib. Maka janganlah anda merosakkan yang wajib hanya semata-mata untuk mengerjakan yang sunat.
Ketika keaadaan sesak,....cukuplah sekadar mengisyaratkan (dgn tangan) ke arah Hajar Aswad sambil bertakbir dan anda hendaklah keluar (setelah selesai tawaf) dari tempat tawaf dengan tenang.
E) Ketika melalui Rukun Yamani, anda di sunatkan beristilam (menyapunya) dgn tangan kanan serta membaca "Bismillah, Wallahu Akhbar" dan anda tidak di sunatkan mengucupnya.
Sekiranya anda tidak dapat menyapunya, anda hendaklah meneruskan tawaf dan jangan mengisyaratkan kepadanya dengan tangan.
Anda juga tidak perlu bertakbir kerna hal itu tidak dilakukan oleh Nabi s.a.w. Anda di sunatkan membaca di antara Rukun Yamani dan Hajar Aswad : "Robbana.. Atina... fidduniahasanah dan seterusnya atau maksudnya
"Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat, serta peliharalah kami dari azab api neraka"
Akhirnya, kami berpesan kepada anda semua agar berpegang (beriltizam) dengan kitab Allah (AL QURAN) dan Sunnah Nabi s.a.w kerana perintah Allah s.w.t bermaksud :
" Dan taatlah kamu sekelian kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu mendapat rahmat". |
|
|
|
|
|
|
|
kuiz lagi kepada bakal bakal Haji
"Apakah hukum seorang jemaah Haji berniat Haji di Padang Arafah kerana terlupa berniat di rumah maktab"
1) Apa hukumnya 2) Dimana Miqat sebenarnya 3) Adakah kena Dam? Kalau kena apa jenis Damnya
aily Post at 19-5-2010 22:25
Salam,
Wah mencabar juga soalan Kak Aily ni... betulkan klu Riena tersilap ya kerana jawapan berdasarkan apa yg Riena faham masa ikut kursus Haji baru-baru ni...
1) Hukumnya tidak sah Hajinya
2) Miqat sebenarnya di Mekkah
3) Jemaah haji kena Qada' hajinya.
Huraian : Berniat di Mekkah (hotel/maktab) adalah satu dari rukun haji & wukuf di Arafah mestilah telah berniat Haji.
p/s: maaf klu silap klu boleh ada yg dapat huraikan lebih detail lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aily at 20-5-2010 12:42
Reply 1835# rienaleman
Wah mencabar juga soalan Kak Aily ni... betulkan klu Riena tersilap ya kerana jawapan berdasarkan apa yg Riena faham masa ikut kursus Haji baru-baru ni...
1) Hukumnya tidak sah Hajinya
2) Miqat sebenarnya di Mekkah
3) Jemaah haji kena Qada' hajinya.
Huraian : Berniat di Mekkah (hotel/maktab) adalah satu dari rukun haji & wukuf di Arafah mestilah telah berniat Haji.
Tet....... jawapan pertama SALAH. Huraian: Hukum berniat Haji di Padang Arafah ada sah tetapi wajib membayar Dam kerana berniat selepas Miqatnya.
Jawapan kedua : BETUL - Huraian: Miqat bagi jemaah haji yang berada di Makkah ada di Tanah Haram, Makkah
Jawapan ketiga: Kena Dam dan Jenis Damnya ada Tertib dan Taqdir
Jawapan riena bagi untuk No. 3 tu tak betul sebab riena kata dia jatuh dalam Rukun sebenarnya adalah Wajib..
Huraian:
WAJIB HAJI
Wajib haji ialah perkara-perkarayang wajib dilakukan semasa mengerjakan haji. Jika di­tinggalkan salah satu daripadanya,haji seseorang itu sah tetapi diwajibkan membayar denda (dam).
Perkara wajib haji ialah:
1. Niat ihram di Miqat
(i) Wajib berniat mengerjakan haji atau umrah di Miqat.
(ii) Jika berniat di tempat lain daripada miqat yang ditentukan masih dihukumkan sah hajinya tetapi dikenakan denda kerana tidak berniat di Miqat.
|
|
|
|
|
|
|
|
kuiz lagi kepada bakal bakal Haji
"Apakah hukum seorang jemaah Haji berniat Haji di Padang Arafah ...
aily Post at 19-5-2010 22:25
kak, sy blom abis menentelaah bab jenis2 haji ni, tp sy nk gak cuba jawap. Buleh ke?
erm kalau jemaah tu buat haji tamattu, miqatnya di hotel kat Mekah. Jadi bila di x niat di miqat, maknanya hajinya kena bayar dam.
tp kalo jemaah tu buat haji ifrad, dia kena miqat kat Qarn Manazil (kalo dia dr Asia la)..so, hajinya pun kena dam.
erm bab dam.. sy xtau nak jawap, sbb sy blom masuk lagi. Ni bab jenis2 haji pun blom mendalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1836# aily
ala.. x perasan akak dh bagi jawapan dulu...
aci ke jawapan yg saya bagi tuh? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1836# aily
Tet....... jawapan pertama SALAH. Huraian: Hukum berniat Haji di Padang Arafah ada sah tetapi wajib membayar Dam kerana berniat selepas Miqatnya.
Jawapan kedua : BETUL - Huraian: Miqat bagi jemaah haji yang berada di Makkah ada di Tanah Haram, Makkah
Jawapan ketiga: Jenis Damnya ada Tertib dan Taqdir
huaahh.... apa ni dah 2 kali gi kursus pun tak faham2 lagi Anyway terima kasih Kak Aily di atas huraian nya...
Buat lah soalan2 lagi....seronoklah pula nak memerah otak ni!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|