|
MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)
[Copy link]
|
|
Originally posted by Sweetmama at 22-9-2008 08:58 AM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
ive not been to that place either...
subhanallah....
Kalau berpeluang pi Umrah lagi..
Jangan lupa suruh Mutawif bawa ketempat ni...
![](http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/ins.gif)
Nasib baik tempat ni tak dapat dibersihkan...diratakan..
Nampaknya diperbaiki catnya dan dipagari... |
|
|
|
|
|
|
|
Dengar citer dari media our gov. nak wat inverstment kat Mekah menbina Hote!!!!:eek: :eek: Jarak jauh ke Masjidilharam abount 400 meters aje...dan djangakan dpt menampung jemaah Haji seramai 17,000... Kalau betul .. ni sudah baguskan... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1814 haziq_97's post
Yup. Boleh tampung up to 60% jemaah. Dengan investment sebanyak RM 1 bilion. RM 650 juta untuk urusan tanah, RM 350 pulak untuk pembinaan bangunan.
Ada satu lagi yang saya agak kurang faham berkaitan pengurusan jemaah haji disana yang diserahkan kepada pihak swasta keseluruhannya.
Apa maksudnya yer? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://www.utusan.com.my/utusan/design1_files/logo_1.gif)
Hotel Tabung Haji
JEDDAH 21 Sept. - Tabung Haji akan mempunyai hotel sendiri di Tanah Suci Mekah menjelang 2011.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu,
Tabung Haji kini dalam perundingan peringkat terakhir untuk membina hotel setinggi 30 tingkat dengan 1,650 bilik
untuk kira-kira 18,000 jemaah.
"Hotel itu diharap menjadi mercu tanda baru Tabung Haji di Mekah.
Selama ini Tabung Haji hanya memajak hotel-hotel untuk tempoh tertentu tetapi dengan pembinaan hotel itu,
agensi ini akan memajak untuk jangka panjang di antara 25 hingga 35 tahun," katanya pada sidang akhbar
selepas mewakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melancarkan
Persatuan Persahabatan Arab Saudi-Malaysia di sini.
Menurut Ahmad Zahid, pajakan dibuat kerana Arab Saudi tidak membenarkan mana-mana pihak luar membeli
dan memiliki hartanah di negara itu.
Kos tanah pembinaan hotel sebelum rundingan bernilai 650 juta rial Arab Saudi dan kos pembinaan dianggar 350 juta rial.
Lokasi hotel Tabung Haji ini terletak berdekatan Masjid Kucing yang jaraknya kira-kira 450 meter dari Masjidil Haram.
"Apabila Masjidil Haram yang sedang dibesarkan itu siap, hotel Tabung haji akan menjadi antara hotel
yang terdekat dengan Kaabah," jelas Ahmad Zahid.
Menurut beliau lagi, pembinaan hotel itu dijangka siap dalam tempoh 18 bulan dan boleh digunakan oleh jemaah pada musim haji 2011.
Konsul Haji di Jeddah, Khaled Nordin yang ditemui Utusan Malaysia pula berkata di Mekah,
Tabung Haji pada masa ini memajak 11 buah hotel dan di Madinah sebanyak lima buah hotel untuk kegunaan jemaah haji tahun ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aziefa at 22-9-2008 12:59 PM ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Sama samalah kita Berdoa...![](http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/pray.gif)
Berdoa agar mereka mereka yg didlm status standby berpeluang pergi mengerjakan Haji
http://www.iluvislam.com/v1 ...
Assalamualaikum semua pencinta dua kota suci Makkah dan Madinah,
Malam tadi, seorang rakan menghantar sms mengatakan semalam beliau mendapat panggilan telefon yang mengatakan beliau mendapat tempat untuk mengerjakan haji tahun ini. Langsung beliau ke pejabat TH untuk mengesahkannya.
Syukur Alhamdullillah.
Semoga bay juga mendapat berita yang sama.
Kita pula yang terasa debarannya......
Semoga bay dijemput Allah mengerjakan Rukun Islam Kelima pada tahun ini juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Rosputih at 23-9-2008 07:50 AM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Assalamualaikum semua pencinta dua kota suci Makkah dan Madinah,
Malam tadi, seorang rakan menghantar sms mengatakan semalam beliau mendapat panggilan telefon yang mengatakan beliau mend ...
Para2 stand-by akan tau keputusan 1 week lepas raya... berdoa kpd ALLAH insyaallah..![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aziefa at 22-9-2008 04:20 PM ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
http://www.utusan.com.my/utusan/design1_files/logo_1.gif
Hotel Tabung Haji
JEDDAH 21 Sept. - Tabung Haji akan mempunyai hotel sendiri di Tanah Suci Mekah menjelang 2011.
Menteri di Jabatan ...
Berita baik yang memang ditunggu0tunggu oleh jemaah Malaysia. Kalau siap 2011, kira-kira tak lama lagi kalau pergi haji atau umrah dah boleh duduk hotel negara kita sendiri.
Semoga perancangan ini berjalan lancar seperti yang dijadualkan, Insya Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1822 haziq_97's post
Kadang - kadang bila nama tak masuk dalam list, tetiba sehari dua sebelum berlepas nama naik pulak. Rezeki itu ketentuan-Nya. ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Sekadar Info Haji...
Urusan Haji Malaysia
Setiap warga negara Malaysia muslim yang mahu mengerjakan fardhu haji ke tanah suci diwajibkan mendaftarkan diri dengan
Lembaga Tabung Haji (LTH) terlebih dahulu. Semasa membuat pendaftaran, baki simpanan dalam akaun Tabung Haji mestilah
tidak kurang daripada RM1,300.00, dan perlu dikekalkan had baki minima ini sepanjang tempoh pendaftaran.
Pada setiap musim haji, hanya jemaah berdaftar yang layak dan diluluskan oleh LTH boleh mengerjakan ibadat haji
pada musim berkenaan.
Berbeza dengan umrah, jemaah haji Malaysia tidak dibenarkan ke tanah suci untuk mengerjakan ibadat haji dengan
pasport antara bangsa (pasport merah). Hanya pasport haji yang mendapat visa haji dari Kedutaan Arab Saudi bagi musim haji yang berkenaan boleh digunakan. Pasport haji ini yang berwarna hijau, akan disediakan oleh LTH untuk jemaah haji yang layak.
Jumlah jemaah haji yang dibenarkan mengerjakan haji setiap musim haji adalah dikawal oleh Kerajaan Arab Saudi
mengikut kuota-kuota tertentu yang dipersetujui oleh OIC. Buat masa ini kuota jemaah haji ditetapkan
satu peratus (1%) daripada jumlah penduduk/rakyat negara Islam berkenaan.
Beberapa musim yang lepas jumlah 26,000 adalah kuota yang diberikan kepada Malaysia berdasarkan kepada
26 juta orang penduduk. Kadangkala kuota-kuota tambahan pernah diberi atas ehsan pihak Kerajaan Arab Saudi,
tetapi secara tidak rasmi, iaitu sebanyak 50% hingga 100%.
Dengan sebab adanya had kuota tersebut ramai bakal-bakal haji yang mendaftar di LTH tidak dapat pergi pada tahun-tahun
yang dirancang untuk pergi. Sebaliknya mereka kena tunggu giliran yang biasanya ditetapkan pada asasnya selama 10 tahun ke hadapan.
Untuk pergi lebih awal dari tempoh asas 10 tahun itu bakal jemaah kenalah membuat rayuan bertulis kepada LTH dengan memberikan sebab-sebab yang munasabah dan yang boleh diterima oleh pihak LTH. Biasanya pertimbangan yang wajar akan diberikan kepada rayuan-rayuan tersebut berpandukan kepada krateria tertentu seperti faktor belum pernah menunaikan fardhu haji sebelumnya,
umur yang sudah lanjut tetapi kesihatan masih mengizinkan, mengiringi mahram atau waris terdekat yang sudah mendapat kelulusan
(terpilih atau menunggu), haji nazar dan sebagainya. Semasa membuat rayuan, baki wang simpanan dalam akaun Tabung Haji hendaklah mencukupi (buat masa ini RM9,445). |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1825 aziefa's post
Salam Semua
Azie, mengenai rayuan ni dulu ibu akak kategori standby jadi akak buat rayuan mengatakan ibu warga emas dan jika terpilih LUTH kena pilih akak juga pasal akak mahram dia kalau akak pula terpilih LUTH kena pilih suami juga pasal suami mahram akak. Begitulah rayuan akak |
|
|
|
|
|
|
|
Ada jemaah terpilih buat Haji pasal mereka ada buat Nazar. Akak tanya macam mana LUTH bagi approval. Kata mereka, kena interview dengan LUTH dulu apa Nazar yang dorang buat dan kena ada bukti sahih. Macam satu jemaah ni dia menderita sakit masa pregnant anak ke 6 masuk keluar hospital je. Kandungan pun ada masalah. Jadi dia bernazar sekiranya dia selamat bersalin anak sihat cukup sifat dia nak buat Haji. Itu yang dia terpilih pergi dengan cara bernazar. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1826 aily\ catat
![](http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/syukur.gif)
Ada hikmahnya juga ye...
Mahram berkait kait..
Ni yang pehak Tabung Haji tak boleh nak buat apa ye..![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1827 haziq_97's post
Ramai yang fahamnya macam tu...
Ada tambahan lagi...
Kalau pergi Pakej swasta pun kena Daftar kat Lembaga Urusan Tabung Haji..
Bila dah masuk dalam kuota...barulah boleh buat pilihan..
Nak Muasassah ke..atau nak ambil Pakej swasta..
Sekian sekadar makluman..![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1828 aily's post
Bab bab Ibadah ni takkan pulak Jemaah tu nak tipu ye..
Elok elok nak dapat pahala...
Dosa pulak yang dapat...
Tak berkat nanti... |
|
|
|
|
|
|
| |
|