CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Buritan

BORAK KOSONG, CHAT, GOSIP LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOL 25

 Close [Copy link]
Post time 26-11-2020 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 26-11-2020 04:56 PM
Sini...xde hujan dari pagi...nak goreng keropok...ada tukang buat awning kat dapur...malam le kot. ...

Dapat le si tukang makan keropok sekali.
Awning tu tutup sampai habis tanah ke? Kalau ya, tambah tempat lepak sambil2 chit chat dgn adik-beradik nanti..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2020 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 26-11-2020 04:42 PM
Akak hari tu acah2 nak mula mengait balik. Kekonon nak buat yg simple2 aje. Baru buat sehari, dah  ...

Nt ada msa sya share buku2 yg sya ada n colour yg sya ada ye kakk
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 05:54 PM | Show all posts
Kak-Leen replied at 26-11-2020 04:53 PM
Dapat le si tukang makan keropok sekali.
Awning tu tutup sampai habis tanah ke? Kalau ya, tambah ...

Port membawang plak
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 26-11-2020 04:57 PM
Cam superspreader Covidnya...cepat menjangkiti...

Kan.. Ni yg merisaukan akak dan org lain yg alert.
Tgh mikir nak beli face shield ke tak. Kakak akak gi mall pakai face shield & face mask. Husband kata x payah tp akak masih considering..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 26-11-2020 04:58 PM
Perak makin meningkat...
Nak gi SG pun x lepas ni...

Kena sambung cuti dari SG dulu nampaknya tu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsjones replied at 26-11-2020 05:09 PM
mcm tu laaa kak leen, kena ada tripod atau org lain pegangkan..
anak meols lgsg x nk buat, dia ka ...

Mrsj tengok dia fit lagi tak sejak PKPB ni balik?
Anak akak pun perasan dia masih fit la ni.. Tp setakat ni dia turun tangga pun masih melompat2 sana sini mcm budak parkour lagi. Kikikiki..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2020 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 26-11-2020 05:21 PM
Wow...hebatnyaaa...ni mkn tapai ubi...limau kecik tu dengan popiah simpul pedas & ayo limo...

Ala Sb.. Semai dlm maggi cup yg akak simpan. Belum berbuah lagi.
Yg buat tugas2 repotting tu akak.. Tp tu selepas husband akak berpeluh2 keluarkan pokok dari pasu lama. Ada yg akarnya dah tebal dalam tanah.. Kikikiki.. Akak pom pom aje dari jauh tgk dia buat tu semua. Akak dok setempat, tanah semua dia dah letak kat situ awal2. Siap repot, dia juga yg susun pasu2. Tp terima kasih. Sb je kata akak hebat. Walau realitinya buat kerja mcm  tai tai. Malu pulak akak rasa. kikikiki
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 06:04 PM | Show all posts
Kak-Leen replied at 26-11-2020 04:55 PM
Kan.. Ni yg merisaukan akak dan org lain yg alert.
Tgh mikir nak beli face shield ke tak. Kakak  ...

Saya awal dulu dah beli face shield...ntah mana dalam kereta...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2020 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 26-11-2020 05:42 PM
hehehehe... boleh guna kat hp tapi tukar desktop view... hehehe takpe kita tgu sarah fia master ba ...

Oo.. Akak skrg pakai brave. Yg lama tu iklan asyik mengepop aje. Susah nak buang pulak tu! Geram aje.

Dila hari tu oun dah master jugak. Akak je xde kemudahan laptop seminggu dua ni sebab si bongsu dgn mudah dah conquer lappy.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 06:05 PM | Show all posts
Kak-Leen replied at 26-11-2020 04:56 PM
Kena sambung cuti dari SG dulu nampaknya tu.

Sob sob sob...rindu SG sesangat ..hohoho...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 06:08 PM | Show all posts
Kak-Leen replied at 26-11-2020 05:03 PM
Ala Sb.. Semai dlm maggi cup yg akak simpan. Belum berbuah lagi.
Yg buat tugas2 repotting tu aka ...

Ok le tu...hihi...duh sebelum.ni.Maxis upgrade 3,4 hari lepas...ni UMobile pulak buat hal...telco ni cam nak kutip duit je...suruh bayo ekstra...geram tol...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 06:10 PM | Show all posts
Kak-Leen replied at 26-11-2020 05:03 PM
Ala Sb.. Semai dlm maggi cup yg akak simpan. Belum berbuah lagi.
Yg buat tugas2 repotting tu aka ...

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Pada hari ini, 26 November 2020, kes baharu harian COVID-19 di negara kita adalah sebanyak 935 kes. Inimenjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 60,752 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,348 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat empat (4) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 931 kes adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 26-11-2020 05:45 PM
alaaa buat je apa yg kak leen suka... sy x reti jahit... if cangkuk ke zip tu mak jahitkan.. butan ...

Banyak akak suka sebenarnya. Rasa mcm nak mula balik buat cerita kanak2 pun ada. Nak cari translation job oun ada tapi skrg semua nak cert dah. Nak baiki arm chair pun ada jugak. Bubu pun dah ajar step by step tp akak belum mula lagi. Ukur2 je sudah. Kain yg berkenan x jumpa lagi. Tokey kain kata mungkin Jumaat ni sampai kain baru. Dah sebulan menanti Sabtu ni. Kikiki

Kena tetapkan hati ni nak buat apa. Good luck to me.. huhuhuhu...

Btw, akak gigih dok belek gambar2 proses swapping kat Selangor yg ada dalam tenet. Lorat je kan.. kikikiki

Mama masak apa hari ni?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 06:11 PM | Show all posts
Negeri Sabah hari ini melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 326 kes (34.9 peratus). Ini diikuti oleh negeri Selangor sebanyak 161 kes (17.2 peratus) dan Negeri Sembilan 158 kes (16.9 peratus).

Sebanyak 103 kes (11.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap dan penjara yang membabitkan Kluster Bakti (95 kes), Kluster Tembok (5 kes), Kluster GK Tawau (2 kes) dan Kluster Penjara Kepayan (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2.

Sehingga kini, terdapat 110 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 45 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 348 kes (0.57 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. Kematian        Kes No.        Negeri        Jantina (warganegara)        Umur (tahun)        Tempat Kematian        Latar Belakang

346        33905        Sabah        Perempuan (WN)        70        Hospital Duchess of Kent        –

347        50960        Sabah        Lelaki (WN)        59        Hospital Queen Elizabeth        Penyakit darah tinggi dan asma

348        59134        Sabah        Perempuan (WN)        77        Disahkan kematian di Hospital Tawau        Penyakit kencing manis dan darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 06:13 PM | Show all posts
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 26 November 2020, terdapat sebanyak 345 kluster telah dilaporkan termasuk enam (6) kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang tamat pula adalah sebanyak 172 kluster dengan dua (2) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Tuguson dan Kluster Seri Gaya. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 173 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak44 kluster melaporkan pertambahan kes. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Bakti (95 kes), Kluster Cergas (48 kes) dan Kluster Enggor (43 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat enam (6) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

KLUSTER BOT BIRU
Kluster ini melibatkan daerah Tawau di negeri Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-46546) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 26 November 2020, sejumlah 23 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER BLOK 31
Kluster ini melibatkan daerah Tawau di negeri Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-52971) dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 21 November 2020. Sehingga 26 November 2020, sejumlah 26 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER GEMILANG
Kluster ini melibatkan sebuah syarikat logistik dalam daerah Johor Bahru di negeri Johor. Kes indeks (iaitu kes ke-58837) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 November 2020. Sehingga 26 November 2020, sejumlah 95 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAPAK BINA SUNGAI UDANG
Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah tapak pembinaan dalam daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks (iaitu kes ke-54604) dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 22 November 2020. Sehingga 26 November 2020, sejumlah 196 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER CHENGAL
Kluster ini melibatkan daerah Kota Bharu dan Machang, Kelantan. Kes indeks (iaitu kes ke- 54773) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 November 2020. Sehingga 26 November 2020, sejumlah 254 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER DAMAR LAUT
Kluster ini melibatkan daerah Timur Laut dan Barat Daya di negeri Pulau Pinang serta daerah Padang Terap di Negeri Kedah. Lima (5) kes pertama bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan individu-individu bergejala di antara 21 November 2020 hingga 25 November 2020. Sehingga 26 November 2020, sejumlah 651 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kak-Leen at 26-11-2020 06:17 PM
adila39 replied at 26-11-2020 05:47 PM
amboii rajin!!! good job kak leen. I think u did good.. ada light light activity.. no wonder tokum ...


Asyik hujan je kan lately. Entah apa pokok dah tumbuh dalam pasu2 tu. Ada sarang kerengga juga kat pokok limau purut. Tu yg singsing jugak lengan baju tu. Tp syok sebab berpeluh dgn aktiviti luar. Asyik berpeluh kat dapur aje kan..

Errr.. Vogue sangat ni.. Berat akak naik 2kgs.. Biasa kalau nak sampai cycle, naik sekg aje. Ni sampai dua kilo, kena salahkan diri sendiri..

Harapnya pokok tomato tu kekal sihat. Ketumbar jawa pulak 3 anak dah mati. Tinggal satu aje. Kena gigih belai dia hari2 kot.

Lettuce? Wah! Nanti share! Lettuce ni pun mcm leceh jugak nak jaga kalau akak yg jadi tukang jaga le. Amatur betul bab salad2 & kekobis ni tau. Kikikikiki..
Kecuali Mokton & Keypo, terrer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2020 06:16 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 06:19 PM | Show all posts
Perincian 935 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 26 November 2020 adalah seperti berikut:

Sabah: 326 kes
61 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bot Biru dan Kluster Blok 31;
157 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
108 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Selangor: 161 kes
52 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
25 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Dua (2) kes import dari luar negara; dan
82 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Negeri Sembilan: 158 kes
147 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Perak: 79 kes
75 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Johor: 60 kes
54 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Gemilang;
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 59 kes  
30 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Sungai Udang;
Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
26 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kelantan: 28 kes
19 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Chengal; dan
Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kedah: 24 kes
23 kes daripada kluster sedia ada; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pulau Pinang: 17 kes
Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Damar Laut;
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19

Wilayah Persekutuan Labuan: 13 kes
Enam (6) kesdaripada kluster-kluster sedia ada;
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: Lima (5) kes
Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.


Sarawak: Empat (4) kes
Dua (2) kes import dari luar negara; dan

Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Terengganu: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 06:29 PM | Show all posts
@501Awani

[TERKINI] Terdapat enam kluster baharu #COVID19  dikenal pasti.

1. Kluster Bot Biru, Tawau
2. Kluster Blok 31, Tawau
3. Kluster Gemilang, Johor Bahru
4. Kluster Tapak Bina Sungai Udang, Kepong
5. Kluster Chengal, Machang, Kelantan
6. Kluster Damar Laut, Pulau Pinang
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 06:35 PM | Show all posts
Leonclay replied at 26-11-2020 07:52 AM
Alhamdulillah..kena gak arah2 kan dari kecik ni supaya ada sifat tanggungjawab & ihsan kt org lain ...

Mujur bukan PA yg sini

“Sudah dua ke tiga hari saya hilang deria bau. Difahamkan ini antara gejala wabak ini. Saya pakai sabun mandi dan deodaran pun tak boleh hidu bau. Namun, yang lain semuanya okay.

“Alhamdulillah, saya ditempatkan sebilik dengan pembantu peribadi. Disebabkan di sini tidak ramai pesakit Covid-19, jadi banyak katil kosong. Kami dijaga baik oleh kakitangan dan jururawat di sini,” katanya.


Alif berkata lagi ia perkara yang tidak dijangka kerana dia sentiasa mengikut SOP dan tidak tahu bagaimana boleh dijangkiti virus berkenaan kerana dia tidak bergejala mengalami demam.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:02 AM GMT+8 , Processed in 1.441592 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list