CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI X, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 11-11-2011 08:40 AM | Show all posts
As Salam semua.
Hari ni saya dah pun kembali ke Kota Makkah.
Setakat ni alhamdulillah. Semuanya  ...
HasMK Post at 10-11-2011 14:52


Waalaikumsalam..

Alhamdulillah.. semoga slmt kembali & mndpt haji yg mabrur, Insya Allah!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2011 01:02 AM | Show all posts
Kumpulan pertama 442 jemaah haji tiba di tanah air

12/11/2011 11:26pm

SEPANG 12 Nov. - Kumpulan pertama 442 jemaah haji selamat tiba ke tanah air dengan pesawat Saudi Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.30 malam ini.

Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji Datuk Kamarudin Mat Ali berkata, segala urusan Tabung Haji yang melibatkan rakyat Malaysia serta jadual penerbangan pergi dan balik tahun ini berjalan lancar.

"Alhamdulillah, tahun ini segala urusan yang melibatkan urusan Lembaga Tabung Haji berjalan dengan lancar, kita tengok penerbangan pulang pertama jemaah haji juga telah menepati jadual.

"Dan apa-apa masalah yang dialami oleh jemaah haji ketika berada di sana juga kita dapat menyelesaikannya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.

Beliau berkata, Lembaga Tabung Haji turut menguruskan jenazah 32 jemaah haji yang meninggal dunia ketika menunaikan rukun kelima itu di tanah suci. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 03:28 PM | Show all posts
Salam...

tahniah buat duyuffur rahman yang telah kembali ke tanah air semoga sihat walafiat....dan beroleh haji mabrur...

buat teman-teman di Malaysia bagi mengubati sedikit sebanyak kerinduan kita

JANGAN LUPA MENONTON JEMPUTAN UMRAH MUSIM KE DUA BERMULA 14 NOVEMBER JAM 10 MLM (ASTRO OASIS)
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 04:25 PM | Show all posts
Salam, Alhamdulillah saya merupakan salah seorang jemaah haji yg sudah tiba di tanah air semalam. Cuma nak berkongsi tips kepada sesiapa yg masih berkeinginan yg nak pergi menunaikan haji tetapi tiada mahram. 3 bulan sebelum ke rumah Allah,saya ditemukan dgn 2 org makcik yg menjadikan saya salah seorang daripada ahli keluarganya ( wanita tidak dibenarkan masuk arab saudi sorang diri, kami dinamakan group ladies).
Walaubagaimanapun, kerana dari awal lagi saya sedar hakikat saya menumpang orang lain, apa yg penting, saya perlu menyiapkan diri dengan ilmu dan mempunyai azam utk beribadat. Dan makcik2 itu juga memahami, yang rentak orang muda berlainan dengan mereka(saya berumur 27), jadi mereka melepaskan saya pergi ke masjid tanpa diaorg asalkan tahu membawa diri,jadi saya akan meringankan mulut utk bertanya dgn pakcik2 yg mahu ke masjid, utk membenarkan saya ikut di belakang mereka, jarak dari hotel ke masjid adalah 750m. Dan hikmah pergi seorang adalah,ape jua ibadat yg saya nak lakukan bergantung kepada kemampuan saya sendiri, kalau saya rasa nak tawaf, saya pergilah tawaf tanpa mengikut masa sesiapa dan masa yg ada memang digunakan utk berikika di masjid. Tetapi,saya memang bertrusan berdoa supaya dilindungi dan dipermudahkan kerana risau akan menyusahkan orang lain kalau saya sakit,etc. Alhamdulillah, Allah sentiasa melindungi saya dan Dia lebih dekat dengan kita dari urat leher kita sendiri.Jadi kepada sesiapa yg risau nak pergi tanpa keluarga, InsyaAllah, Allah akan mudahkan, yang penting pergi Haji, perlu ada ilmu, azam, sabar, ikhlas keranaNya,redha dan tawakal.Dan Haji memerlukan kekuatan fizikal, mental dan semuanya praktikal,jadi pastikan kita memahami setiap ibadat haji supaya dapat menghayatinya dan menyempurnakan sehabis baik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2011 06:34 PM | Show all posts
Reply 1804# guessid

Salam. Selamat kembali. Agar dpt Haji mabrur.
Petua & motivation yg sangat berguna.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 09:36 AM | Show all posts
Post Last Edit by solaris at 15-11-2011 10:03

assalamualaikum semua.

saya nak tanya, ada tak sapa sapa yg pernah menunaikan umrah melalui travel agent yg syarikat induknya di miliki oleh kerajaan atau pun semi govt ?

apa perbezaan tak dari segi layanan dan penginapan dari TA biasa, boleh tak share info dan pengalaman sekiranya ada? tq
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2011 10:29 AM | Show all posts
Salam, Alhamdulillah saya merupakan salah seorang jemaah haji yg sudah tiba di tanah air semalam. Cu ...
guessid Post at 14-11-2011 16:25


Alhamdulillah.. slmt kembali!! beshnyer muda2 lg dah jadi Hajjah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 09:37 PM | Show all posts
Reply 1804# guessid
Alhamdulillah..
Muda lagi dah dapat mengerjakan haji..
Masyallah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2011 08:07 AM | Show all posts
Reply 1804# guessid


    selamat kembali, mudah mudahan mendapat haji yg mabrul dan di berkati Allah. Bertuahnya guessid dapat menunaikan haji pada usia yg muda.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 04:26 PM | Show all posts
Gambar Ustaz Zahazan sebagai Petugas Tabung Haji Pakej Al Maas..

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 04:27 PM | Show all posts
Ini kat Arafah ke Mina..
Amboii selesanya..

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 04:29 PM | Show all posts


[img][/img]
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 07:00 PM | Show all posts
Ya Allah terujanya tgok gambar2 k semoga saya n keluarga diberikan rahmat dari Allah Taala untuk ke sana pada tahun dpn....Amin...kawan2 mintak jasabaik doakan sama yer.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 12:47 AM | Show all posts
assalamualaikum, sya nk bertanya, kepada yg melakukan umrah, selalunye ikut pakej kan.. ada tak yg pergi sendiri? ikut husband sya ckp, nnt sussah la pasal tak de ustaz yg dpt bantu kalo kite dlm ape2 kemusykilan, sya tak duduk di mesia, so kalo pakej2 di sini sumenye join bangsa2 lain yg mungkin pakai mazhab lain, n mengikut pengalaman, diorang2 ni mcm tak concern sgt kat bangsa2 lain, jadi husband pn mcm kate, kite ikut pakej melayu je la, tp nk kene tunggu balik mesia la pulak, which is, tak tau lagi bile..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 10:55 AM | Show all posts
I ada hajat nak pergi lagi dalam bulan Mac nie..kalau boleh nak cari geng yang nak pergi sama..sebab last time pergi dengan makcik.. dan tak tahu nak cari pakej mana... any ideas?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 11:02 AM | Show all posts
][/img]
aziefa Post at 16-11-2011 16:29


wahhh.. beshnyer!! ini mesti pakej mahal nih... very class!!! dpt lak ustaz zahazan mmg lah best sgt...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2011 03:09 PM | Show all posts
Reply 1804# guessid


    Alhamdulillah, slmt kembali. Semoga mendapat haji yg mabrul dan di berkati Allah swt. Bertuahnya guessid
mdapat jemputan drNya menunaikan haji pada usia yg muda.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 08:37 PM | Show all posts
wahhh.. beshnyer!! ini mesti pakej mahal nih... very class!!! dpt lak ustaz zahazan mmg lah best ...
zamnie Post at 18-11-2011 11:02


Assalamualaikum zamnie..
Tulaa..Untung dapat kerja haji dibawah bimbingan Ustaz Zahazan .
Mashallah..
Tapi Pakejnya....seorang Pakej tu bersamaan 11 org Muasassah..

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 10:40 PM | Show all posts
Reply 1818# aziefa


    Assalamualaikum Azie dan semua,

Lamanya kita tak sembang kat thread ini kan?

Seronoknya terkenangkan kawan-kawan yang masih berada di tanah haram..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 10:10 AM | Show all posts
As-Salam All...
Thread dah nak sampai page 100..
Siapa2 yg membuka thread sila letakkan info2 yg terkumpul spt nama hotel, places of interest, transportation, informative links yg telah di share di dalam thread di permualaan thread baru...

Pembuka thread boleh reserve bbrp post dan dengan demikian bertanggung jawab mengupdatekan info di bahagian depan..
sekiranya pembuka thread menghadapi kesulitan, boleh lah PM Mod untuk bantuan dan Mod akan postkan info tersebut di bahagian depan thread..

Sekian..TQ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.072583 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list