CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V175'

[Copy link]
 Author| Post time 22-1-2023 12:13 PM | Show all posts
kena jaga pemakanan yg sihat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2023 12:15 PM | Show all posts

Mata wang tempatan diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama -NSTP/Hairul Anuar Rahim

KUALA LUMPUR: Naratif pembukaan semula China yang berterusan dan sentimen ekonomi domestik yang bertambah baik berikutan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus, akan menyokong ringgit minggu depan, kata seorang peniaga.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata China adalah pasaran eksport terbesar bagi kebanyakan ekonomi serantau dan berita positif daripada negara itu seharusnya meningkatkan prospek perdagangan dengan ketara.

"Saya menjangkakan kadar pertukaran dolar-ringgit Amerika Syarikat (AS) adalah antara 4.2650 dan 4.2950 minggu depan. Saya juga mungkin menyemaknya lebih tinggi kepada paras 4.00 bergantung kepada penggunaan China selepas pandemik dan kemajuan pasaran hartanah selepas Tahun Baharu Cina," katanya kepada Bernama.

Beliau menekankan bahawa Malaysia akan menjadi penerima manfaat yang besar memandangkan China adalah peratusan besar eksport Malaysia dan ia pasti akan menyokong mata wang tempatan.


Daripada segi domestik, Innes berkata premium risiko politik yang menjejaskan dalam mata wang sejak 2018 kini semakin berkurangan dan pengeksport Malaysia mengurangkan pegangan dolar AS, ringgit dijangka melonjak lebih tinggi.

"Justeru untuk minggu depan, pengeksport mungkin mengurangkan dolar AS berikutan kenyataan Presiden Rizab Persekutuan (Fed) Philadelphia, Patrick Harker supaya bank pusat AS bergerak ke kadar kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan," katanya.

Ringgit mengakhiri minggu ini kebanyakannya ditutup lebih tinggi susulan sentimen pasaran lebih baik berikutan faktor domestik dan global.

Dari minggu ke minggu, ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada 4.2830/2875 daripada 4.3325/3375 seminggu lalu.

Mata wang tempatan diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia lebih tinggi berbanding pound Britain pada 5.2861/2916 daripada 5.2973/3035, melonjak berbanding euro pada 4.6393/6442 daripada 4.6986/7040, meningkat berbanding yen Jepun pada 3.3073/3111 daripada 3.3703/3744 dan naik berbanding dolar Singapura pada 3.2386/2425 daripada 3.2782/2825.


https://www.bharian.com.my/bisne ... -kukuh-minggu-depan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 12:15 PM | Show all posts
semoga ringgit malaysia akan terus mengukuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 12:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 12:17 PM | Show all posts
page terus bertukar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 12:17 PM | Show all posts
lagi 9 page
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2023 12:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 12:24 PM | Show all posts
Iran, Kuwait, Pakistan kecam keputusan benarkan bakar al-Quran
Januari 22, 2023 @ 11:50am


Penunjuk perasaan memegang sepanduk ‘Al-Quran kitab suci kami, tidak boleh disentuh’ ketika demonstrasi di luar kedutaan Sweden di Ankara. - Foto AFP

TEHRAN/KUWAIT/KARACHI: Beberapa negara mengecam keputusan membenarkan pembakaran al-Quran oleh pelampau sayap kanan Sweden-Denmark serta menyifatkannya sebagai percubaan untuk mencetuskan kebencian dan keganasan.

Kementerian Luar Iran dalam satu kenyataan menyatakan Eropah berselindung di sebalik kebebasan bersuara dengan "membenarkan unsur ekstremis dan radikal menyebarkan kebencian."

Jurucakap kementerian itu Nasser Kanaani berkata umat Islam di seluruh dunia mengharapkan kerajaan Sweden untuk "mencegah" kejadian seperti itu dan memastikan mereka yang melakukan perbuatan berkenaan tidak terlepas daripada hukuman, lapor Agensi Anadolu.

Ketua parti sayap kanan Denmark Stram Kurs, Rasmus Paludan, dilaporkan telah mendapat kebenaran untuk membakar senaskhah al-Quran di luar Kedutaan Turki di Stockholm pada Sabtu.


Dalam perkembangan sama, Menteri Luar Kuwait Sheikh Salem Abdullah Al-Jaber Al-Sabah dalam satu kenyataan berkata insiden itu menguris perasaan umat Islam di seluruh dunia dan satu provokasi yang serius.

Beliau menyeru masyarakat antarabangsa bersama menggalas tanggungjawab untuk menghentikan perbuatan itu serta mengecam semua bentuk kebencian dan ekstremisme serta membawa pelaku ke muka pengadilan, lapor Agensi Berita Iran KUNA.

Sementara itu, Kementerian Luar Pakistan dalam satu kenyataan memaklumkan tindakan Islamofobia yang tidak boleh diterima akal dan provokatif itu menjejaskan sensitiviti agama lebih 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia, lapor Agensi Anadolu.

Islamabad menggesa masyarakat antarabangsa untuk bersama-sama menunjukkan azam menentang Islamofobia, xenofobia, sikap tidak bertoleransi dan hasutan kepada keganasan atas dasar agama atau kepercayaan dan bekerjasama untuk menggalakkan keharmonian meskipun berbeza pegangan agama. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/dunia ... rkan-bakar-al-quran

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2023 12:24 PM | Show all posts
agenda musuh2 islam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 12:25 PM | Show all posts
COVID-19: Penduduk China beralih kepada ubat tradisional
Januari 21, 2023 @ 9:58pm


Kakitangan farmasi perubatan tradisional Cina (TCM) sedang menyediakan ubat di Beijing, China, ketika pandemik COVID-19 semakin merebak. Foto AFP

BEIJING: Penduduk China kini beralih kepada perubatan tradisional ketika COVID-19 menjangkiti sebahagian besar warga negara itu, menyebabkan berjuta-juta orang sakit dan mencetuskan kekurangan ubat-ubatan.

Malah, Presiden China, Xi Jinping, turut mempromosikan perubatan tradisional Cina (TCM) sejak permulaan wabak itu, manakala pegawai kesihatan memuji 'peranan pentingnya' dalam memerangi coronavirus.

Merangkumi pelbagai rawatan daripada ubat herba dan urutan kepada akupunktur serta diet, TCM sudah digunakan selama beribu-ribu tahun untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

Bagaimanapun, pengkritik mengatakan ia tidak berkesan bagi merawat penyakit sebenar dan terdapat sedikit data yang disemak oleh penyelidik untuk menyokong dakwaan mengenai keberkesanannya.

Namun, berjuta-juta penduduk di China tetap menggunakannya, biasanya bersama-sama dengan perubatan moden untuk mengurangkan gejala.

Justeru, Beijing menggesa pihak berkuasa tempatan untuk menghebahkan secara aktif dan objektif peranan serta keberkesanan TCM dalam rawatan COVID-19.

Pengerusi epidemiologi di Sekolah Kesihatan Awam Universiti Hong Kong, Ben Cowling, berkata pihaknya tidak tahu sama ada rawatan itu berkesan atau tidak kerana ia belum dikaji dalam ujian klinikal.

"Saya tidak akan menolak kemungkinan bahawa sesetengah daripadanya berkesan, tetapi saya juga tidak akan menolak kemungkinan bahawa sebahagian daripadanya mungkin berbahaya," katanya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hanya mengesyorkan rawatan COVID-19 yang berasaskan ubat kimia.

WHO menasihatkan negara untuk mengumpul bukti dan data yang boleh dipercayai mengenai amalan serta produk TCM itu.

Perubatan Barat kekal sebagai cara penjagaan pilihan di China, tetapi penyokong TCM berkata menggabungkan kedua-duanya lebih berkesan bagi merawat COVID-19.

Pengarah Hospital Perubatan Tradisional Cina Beijing, Liu Qingquan, menjelaskan kedua-dua perubatan itu melengkapi antara satu sama lain dan boleh menyelesaikan demam, sakit sendi, keletihan, sakit tekak, batuk dan gejala lain. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia ... da-ubat-tradisional

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 12:26 PM | Show all posts
secanggih mana pun perubatan moden, perubatan tradisional juga yang mereka pilih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 12:26 PM | Show all posts
mungkin ada ramuan yg boleh mengubatinya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 12:27 PM | Show all posts

Penunjuk perasaan menyertai demonstrasi di hadapan pejabat konsulat Sweden di Istanbul, Turkiye. - Foto REUTERS

ANKARA: Turkiye pada Sabtu mengutuk "perbuatan keji" ke atas al-Quran dan menyifatkan ia sebagai satu "jenayah kebencian secara terang-terangan", lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Luar Turkiye.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 12:30 PM | Show all posts
Capai sasaran miliki jantung sihat tahun ini
Januari 22, 2023 @ 9:11am


Memantau tahap tekanan darah boleh dilakukan setiap hari dan pada bila-bila masa dengan alat peranti elak komplikasi sakit jantung. - Foto/Ihsan OMRON Healthcare

SUDAH hampir sebulan kita berada dalam tahun 2023. Setiap kali tahun baharu, tradisi paling lazim dilakukan individu adalah berazam mencapai sesuatu yang terbaik untuk diri sendiri dalam aspek tertentu.

Dalam kesibukan rutin seharian bagi mengejar impian agar azam itu mampu direalisasikan, perkara patut diberi perhatian ialah dari segi penjagaan kesihatan kerana ia menjadi kunci utama dalam kehidupan.

Jadi apa kata, pada tahun baharu ini, masukkan azam baharu anda bermula dengan menjaga kesihatan jantung kerana ia sangat penting bagi memastikan tubuh terus berfungsi.

Jantung bertindak mengepam darah melalui sistem peredaran darah untuk menyuburkan organ dan tisu dalam badan.


Jika tidak dijaga sempurna dan mengabaikan amalan gaya hidup sihat ia akan mempengaruhi kesihatan jantung.

Amalan gaya hidup sihat

Justeru, amalan gaya hidup sihat untuk jantung yang sihat itu seharusnya dimulakan dengan diet seimbang dengan pilihan makanan harian berasaskan Piramid Makanan.

Kombinasi pelbagai jenis sajian rendah gula, garam dan lemak meliputi buah-buahan, sayuran, bijian, kekacang dan protein tanpa lemak akan membantu mengurangkan kadar kolesterol dan gula dalam darah.

Selain itu, amalkan gaya hidup aktif seperti berjalan, berbasikal atau melakukan pelbagai pergerakan badan.

Bersenam sekurang-kurangnya lima kali seminggu, 30 minit setiap sesi juga sangat digalakkan bagi membantu mencegah penyakit kardiovaskular serta menstabilkan tekanan darah.

Satu lagi tabiat buruk yang wajar dihentikan adalah merokok kerana ia menyebabkan barah, merosakkan paru-paru dan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Malah, banyak kajian membuktikan merokok penyebab utama penyakit jantung koronari yang berpunca daripada serangan jantung.



Amalan gaya hidup sihat dengan berjoging antara aktiviti yang baik untuk kesihatan jantung.- Foto hiasan

Buat pemeriksaan BP secara berkala

Dalam pada itu, semua amalan hidup sihat itu akan lebih sempurna dengan keprihatinan anda membuat pemeriksaan kesihatan termasuk pemeriksaan tekanan jantung secara berkala.

Pada era tanpa sempadan ini, semuanya itu juga boleh dilakukan sendiri setiap hari dan pada bila-bila masa di rumah bagi memantau tahap tekanan darah (BP).

Apa yang penting ada alat peranti bagi memantau tekanan darah yang berfungsi dan mudah untuk pengurusan tekanan darah harian yang disediakan oleh OMRON Healthcare dari negara Jepun.

Syarikat peneraju dalam pembuatan alat pemantau tekanan darah itu cukup signifikan bagi memantau BP secara berkala dan kesihatan jantung anda berada pada landasan yang betul dengan peranti berkenaan.

Monitor BP OMRON Healthcare HEM-7156 disahkan secara klinikal dan dilengkapi dengan Teknologi Intellisense™ yang secara automatik mengenakan tekanan yang betul pada kaf, seterusnya menghalang ketidakselesaan di lengan dan mendapatkan bacaan yang lebih tepat.



Teknologi, reka bentuk Jepun yang inovatif, produk OMRON memperkasakan anda dengan alat dan maklumat diperlukan untuk penjagaan kesihatan. - Foto/Ihsan OMRON Healthcare

HEM-7156 turut dilengkapi dengan 360° Accuracy IntelliWrap™ Cuff yang mudah dipakai dengan hanya menggunakan satu tangan.

Dibina dengan teknologi dan reka bentuk Jepun yang inovatif, produk OMRON memperkasakan anda dengan alatan dan maklumat diperlukan untuk penjagaan kesihatan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.omronhealthcare-ap.com/my/

Monitor ini didaftarkan di bawah Akta 737 dengan nombor pendaftaran peranti perubatan: HEM-7156 (GB8793220-41739)

Nombor kelulusan iklan: MDAMD 0006/2022

https://www.bharian.com.my/hujun ... ung-sihat-tahun-ini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 12:31 PM | Show all posts
semoga semua dari kita mempunyai kesihatan yang baik
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 22-1-2023 10:31 AM
jom @sfhzuraz @novelloverzz kita robohkan

Nov ade kj sikit. Nnt 1++ br msk jap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2023 12:40 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 22-1-2023 12:35 PM
Nov ade kj sikit. Nnt 1++ br msk jap

baik nov
nov settlekan dulu keje2 nov tu


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 12:45 PM | Show all posts
@ghalibboy jom kita robohkan
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 01:01 PM | Show all posts
'Kalau Pas sedekah, kalau kita rasuah' - Ahmad Zahid

Oleh MUKHRIZ MAT HUSIN22 Januari 2023 12:44pm






Ahmad Zahid (kanan) bersama Anwar (dua dari kiri) ketika hadir pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA, Jalan Ampang pada Ahad. - Foto Bernama






KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menempelak kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya hanyalah ibarat sedekah kepada pengundi.

Ahmad Zahid berkata, sebagai ulama, mereka perlu mempunyai integriti dan tidak boleh tukar fatwa sesuka hati.

“Kalau dia (Pas) buat, sedekah, kalau kita bagi rasuah. Ulama-ulama ni, jangan tukar-tukar hukum, jangan tukar fatwa.

"Ulama kena ada integriti sebagai ulama, jika tidak ulama politik tidak akan dihormati oleh rakyat dan oleh orang Islam," katanya kepada pemberita selepas sambutan Rumah Terbuka MCA pada Ahad.


Sebelum ini, Abdul Hadi dilaporkan berkata, pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya tidak menyalahi peraturan berikutan ia hanyalah sedekah kepada pengundi oleh orang awam.


Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 01:02 PM | Show all posts
walaupun tak suka wak tp kali ni sokong apa wak cakap.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.182777 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list