CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Vellfire

[Borneo] Rumah Borak Borneo~Auk ajaklah

[Copy link]
 Author| Post time 19-2-2026 09:14 AM | Show all posts
AJK Tanah Perkuburan Islam Sungai Sayo anjur gotong-royong membersih kubur menjelang Ramadan
Februari 19, 2026, Khamis - 9:09am



Penduduk Kampung Masjid, Kampung Lintang dan Kampung Baru Balingian termasuk RELA dan lain-lainnya yang menyertai aktiviti gotong-royong membersih Tanah Perkuburan Islam Sungai Sayo Balingian.

BALINGIAN: Ahli Jawatankuasa Tanah Perkuburan Islam Sungai Sayo bersama penduduk Kampung Masjid, Kampung Lintang dan Kampung Baru Balingian telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersih Tanah Perkuburan Islam Sungai Sayo Balingian menjelangnya Ramadan pada Selasa lepas.

Program gotong-royong seawal jam 7.45 pagi tersebut turut disertai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Cawangan Masjid, Lintang, Baru (MASLIBA) Balingian serta Pasukan Bomba Sukarela kampung berkenaan.  

Aktiviti membersihkan tanah perkuburan secara bersama itu merupakan tradisi masyarakat Islam bagi memupuk rasa keinsafan, memperkukuh hubungan silaturahim
antara penduduk dan memastikan kawasan kubur terjaga sebelum tibanya bulan mulia Ramadan.

Ia melibatkan kerja-kerja mencabut dan memotong rumput, membersih batu nisan dan tambak kubur, membaik pulih, menyiram air pada batu nisan sebagai tanda hormat, kasih sayang serta ingatan terhadap ahli keluarga yang telah kembali ke pangkuan Ilahi.



Penduduk sedang membersih kawasan perkuburan.

Sambil itu turut mendoakan pengampunan segala dosa, rahmat buat mereka, dilapangkan kubur dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-NYA yang beriman, mengenang kebaikan, jasa yang pernah ditinggalkan semasa hayat serta belajar untuk reda dengan ketentuan-Nya.

Jurucakap jawatankuasa terbabit berkata, pihaknya berterima kasih kepada semua yang terlibat terdiri RELA, KRT, JKKK, Persatuan Wanita MASLIBA dan penduduk kampung Balingian kerana dapat meluangkan masa untuk menyertai aktiviti gotong-royong tersebut.

"Semoga Allah SWT memberkati amalan ini dan tidak lupa kepada insan yang sudi berkongsi rezeki yang begitu banyak semoga semua terus dimurahkan rezeki," katanya baru-baru ini.

Katanya, jutaan terima kasih juga kepada mereka yang telah menghulur sumbangan kewangan dan tenaga untuk membantu kelancaran program yang diadakan ini.

Sebelum berakhirnya aktiviti gotong-royong, penduduk dan pelbagai pihak yang menyertainya turut disediakan makan minum oleh jawatankuasa serta penduduk kampung yang terlibat.



Penduduk kampung dan anggota RELA bekerjasama semasa memperbaiki keadaan sebuah kubur.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-2-2026 09:14 AM | Show all posts
sbh - Tujuh rumah musnah, anggota bomba cedera dalam kebakaran di Bukit Garam

swk - AJK Tanah Perkuburan Islam Sungai Sayo anjur gotong-royong membersih kubur menjelang Ramadan

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 09:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 10:13 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2026 01:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2026 01:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-2-2026 01:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2026 01:35 PM | Show all posts
PMPS sampaikan sumbangan kebajikan
Februari 19, 2026, Khamis - 9:41am



PRIHATIN: Sapawae mewakili Aslie menyerahkan sumbangan kepada anak Allahyarhamah, Saiful dekat sini, baru-baru ini.

KOTA KINABALU: Persatuan Mantan Pendidik Sabah (PMPS) terus memperkukuh komitmen kebajikannya apabila menyampaikan sumbangan sedekah kepada keluarga Allahyarhamah Hajjah Noriah Haji Mulok sebagai tanda keprihatinan dan solidariti terhadap waris bekas pendidik berkenaan.

Sumbangan itu disampaikan Naib Presiden II PMPS, Datuk Haji Sapawae Haji Tusin yang mewakili Presiden PMPS, Dr Aslie Haji Sahat, dalam satu majlis ringkas namun penuh bermakna di sini.

Sapawae berkata, sumbangan berkenaan adalah sebahagian daripada usaha berterusan persatuan dalam menjaga kebajikan warga pendidik termasuk mantan guru serta ahli keluarga mereka, selaras dengan semangat kekeluargaan yang menjadi teras perjuangan PMPS.

“Walaupun sumbangan ini tidak seberapa, ia adalah tanda ingatan, penghargaan dan sokongan moral daripada PMPS kepada keluarga Allahyarhamah. Persatuan sentiasa menghargai jasa serta pengorbanan warga pendidik dalam membangunkan modal insan negeri Sabah,” katanya ketika ditemui selepas majlis berkenaan.

Sumbangan itu diterima anak Allahyarhamah, Saiful Waidi Tajudin Jaman, bagi pihak keluarga.

Turut hadir Setiausaha Agung PMPS, Ali Majittaba; Penolong Setiausaha Agung, Dr Kassim Haji Buntak; serta Pengerusi PMPS Tuaran merangkap Ahli Jawatankuasa Pusat, Dr Mastan Gaga.

Kehadiran barisan kepimpinan PMPS mencerminkan semangat kebersamaan dan sokongan berterusan persatuan terhadap ahli serta keluarga warga pendidik di negeri ini.

Sementara itu, Saiful Waidi mewakili keluarga Allahyarhamah merakamkan penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan serta sumbangan yang disalurkan.

Beliau berkata, bantuan dan sokongan moral berkenaan amat bermakna buat keluarga dalam menghadapi saat sukar selepas pemergian insan tersayang.

Sebelum ini, PMPS aktif melaksanakan pelbagai program kebajikan termasuk ziarah prihatin dan penyampaian bantuan kepada ahli serta keluarga yang ditimpa musibah.

Inisiatif berterusan itu selaras dengan matlamat penubuhan persatuan untuk menjaga kebajikan mantan pendidik serta memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan ahlinya di seluruh Sabah.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-2-2026 01:37 PM | Show all posts
PMPS perkukuh sinergi bersama kerajaan negeri
Februari 19, 2026, Khamis - 9:47am



HARGAI: Aslie menyampaikan cenderahati kepada Azrul sambil disaksikan pemimpin tertinggi PMPS sempena kunjungan kepada Ketua Menteri di Menara Kinabalu.

KOTA KINABALU: Persatuan Mantan Pendidik Sabah (PMPS) mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri yang diwakili Ketua Setiausaha Politiknya, Azrul Ibrahim di Menara Kinabalu, di sini pada Isnin lalu, sebagai usaha memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang pendidikan dan kebajikan pesara.

Rombongan lapan pemimpin tertinggi PMPS diketuai Presidennya, Dr Aslie Sahat, bersama Timbalan Presiden, Husain Basir; Naib Presiden, Datuk Dr Julkifli Sukor dan Datuk Sapawae Husin; Setiausaha Agung, Alli Majittaba; Penolong Setiausaha, Dr Kassim Buntak; wakil SJKT, Hj Yazid Hj Mohd Hasnan Tawik @ Charles serta Lawasa Amat Kassim.

Menurut Aslie, kunjungan itu bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama antara mantan pendidik dan kepimpinan kerajaan negeri dalam memperkasa agenda pembangunan pendidikan serta kebajikan warga pesara di Sabah.

“Dalam sesi perbincangan, kami mengemukakan cadangan permohonan geran tahunan bagi membolehkan persatuan melaksanakan pelbagai program sepanjang tahun.

“Ia merangkumi program kebajikan ahli, wacana ilmiah, khidmat masyarakat, bimbingan sukarela ke sekolah luar bandar serta inisiatif pengupayaan komuniti,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mantan pendidik bukan sekadar penerima manfaat kebajikan, sebaliknya aset strategik negeri yang masih mampu menyumbang kepakaran, pengalaman serta jaringan komuniti luas hasil perkhidmatan puluhan tahun dalam bidang pendidikan dan pentadbiran awam.

“Persaraan bukan noktah perjuangan, sebaliknya fasa baharu untuk terus menyumbang secara lebih bebas dan strategik kepada pembangunan modal insan negeri,” katanya.

Sementara itu, PMPS merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri atas kesediaan menerima kunjungan berkenaan serta memberi ruang dialog yang terbuka dan konstruktif.

Penghargaan turut dizahirkan kepada Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri atas sambutan profesional dan maklum balas positif terhadap hasrat serta perancangan strategik persatuan itu.

PMPS yakin kerjasama erat antara kerajaan negeri dan persatuan mantan pendidik mampu menjadi pemangkin kepada agenda pembangunan yang lebih inklusif, berterusan dan berteraskan pengalaman lapangan sebenar.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2026 01:39 PM | Show all posts
Elisa dan keluarga titip ucapan Tahun Baharu Cina 2026 dari Beijing kepada keluarga di Sabah
Februari 19, 2026, Khamis - 9:59am



UCAPAN: Elisa dan keluarga merakamkan momen bersama sambil mengutuskan ucapan Tahun Baharu Cina 2026 dari Beijing.

BEIJING: Elisa Marie Ukau dan keluarga yang kini berada di Kedutaan Besar Malaysia di Beijing, China menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina 2026 kepada seluruh ahli keluarga, sanak saudara dan rakan taulan di Sabah, Malaysia.

Ucapan itu disampaikan bersempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina sebagai tanda ingatan dan penghargaan kepada keluarga di tanah air meskipun berada jauh di perantauan.

Menurut kenyataan ringkas yang dikongsikan, perayaan ini menjadi simbol perpaduan, kebersamaan serta semangat kekeluargaan yang terus mekar dalam kalangan rakyat Malaysia walau dipisahkan jarak dan sempadan negara.

Elisa dan keluarga turut mendoakan agar tahun baharu ini membawa kesejahteraan, kesihatan yang baik serta rezeki yang melimpah ruah kepada semua keluarga dan sahabat di Sabah.

Sambutan di luar negara juga mencerminkan bahawa nilai kekeluargaan dan identiti sebagai rakyat Malaysia kekal utuh, tidak kira di mana berada.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2026 01:40 PM | Show all posts
Empat rumah musnah dalam kebakaran di Tanjung Aru
Februari 19, 2026, Khamis - 10:48am

KOTA KINABALU: Empat rumah jenis tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Tanjung Aru Baru, di sini, pada Rabu.

Dalam kejadian jam 2.54 petang itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi.

Ketua Balai BBP Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira empat minit kemudian dengan jarak tiga kilometer dari balai.

“Sebaik tiba, didapati kebakaran membabitkan empat rumah jenis tidak kekal berkeluasan 20x30 kaki setiap satu dan telah terbakar sepenuhnya.

“Pasukan bomba segera menjalankan operasi pemadaman serta membina ‘fire break’ bagi mengelakkan api merebak ke rumah berhampiran,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, operasi pemadaman menggunakan dua aliran hos sepanjang 200 kaki dengan tiga pancutan air yang diperoleh daripada pili bomba berhampiran.

“Seramai 29 anggota terbabit dalam operasi berkenaan termasuk bantuan lima anggota dari BBP Putatan serta 27 anggota Bomba Komuniti Tanjung Aru.

“Turut membantu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pihak Sabah Electricity,” katanya.

Ordine berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.25 petang sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.05 petang.

“Tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian ini dan pasukan bomba kemudian menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada lagi punca api sebelum beredar ke balai,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2026 01:41 PM | Show all posts
Tingkat dua lot kedai di Bundusan terbakar
Februari 19, 2026, Khamis - 11:18am

PENAMPANG: Sebuah lot kedai jenis kekal di tingkat dua bangunan Beverly Hills, Bundusan, di sini, terbakar, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.51 malam itu, panggilan kecemasan diterima terus melalui talian balai sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Penampang bergegas ke lokasi.

Ketua Balai BBP Penampang, Zeno Tinggalan berkata, jentera pertama tiba di lokasi pada jam 8.58 malam dengan jarak kira-kira lima kilometer dari balai.

“Sebaik tiba, didapati kebakaran membabitkan satu lot kedai berkeluasan 40x30 kaki persegi dan api marak di bahagian tingkat dua bangunan berkenaan.

“Pasukan bomba segera menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan air,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 9.22 malam dan tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu.

Katanya, operasi membabitkan seramai 29 anggota termasuk bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu dan Balai Bomba dan Penyelamat Putatan.

“Turut membantu di lokasi ialah lima anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), tujuh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Persatuan Bulan Sabit Merah,” katanya.

Zeno berkata, selepas memastikan tiada lagi bahaya lain termasuk punca api tersembunyi, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.28 malam.

“Pemeriksaan akhir dijalankan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum pasukan beredar,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2026 01:44 PM | Show all posts
PUSPABUMI mohon proses lesen, tanah dipermudah di Semporna
Februari 19, 2026, Khamis - 12:46pm



JAWATANKUASA: Pengerusi Puspabumi, Mad Zafar Mad Zahala bersama Ahli Jawatankuasan persatuan.

SEMPORNA: Persatuan Pengusaha Syarikat Pelancongan Bumiputera Tempatan Semporna (PUSPABUMI) berharap kerajaan negeri mempertimbangkan langkah memudahkan proses permohonan lesen dan tanah bagi membantu kelangsungan pengusaha pelancongan bumiputera di daerah itu.

Timbalan Pengerusinya, Suffian Ahmad, berkata isu pelesenan dan tanah memberi impak besar khususnya kepada pengusaha kecil dan sederhana yang berdepan kekangan kewangan serta prosedur pentadbiran yang rumit.

“Kami mengalu-alukan penubuhan pasukan petugas khas oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS), namun dalam masa sama memohon supaya kerajaan membantu mempermudahkan urusan pelesenan serta permohonan tanah.

“Ramai pengusaha bumiputera bermula secara kecil-kecilan. Kewangan terhad dan proses yang panjang menyukarkan mereka untuk bersaing, lebih-lebih lagi apabila terdapat banyak pengusaha asing beroperasi di Semporna,” katanya ketika ditemui, di sini.

Beliau berkata, antara cadangan dikemukakan ialah penubuhan jawatankuasa khas bagi meneliti isu pelesenan dan tanah selain mewujudkan pejabat Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) di Semporna.

Katanya, ketika ini pengusaha perlu ke Tawau bagi mendapatkan pengesahan dan memproses permohonan tanah, sekali gus menyebabkan kelewatan kelulusan.

“Permohonan tanah di Sabah sangat tinggi, tetapi Semporna tiada JTU sendiri. Jika diwujudkan pejabat di daerah ini, proses permohonan dapat dipercepatkan dan tidak lagi membebankan pengusaha,” katanya.

Suffian turut menyentuh aspek keselamatan dengan berharap pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Daerah Semporna (MDS) dapat meninjau operasi resort atas laut termasuk yang membabitkan pelabur asing, bagi memastikan pelaburan memberi manfaat kepada daerah dan negeri.



TEMURAMAH: Suffian ketika ditemui media di salah sebuah resort di daerah Semporna.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PUSPABUMI, Salleh Abdul Salleh, berkata tindakan penguatkuasaan melalui pasukan petugas perlu disertai pendekatan rundingan bersama pengusaha tempatan sebelum sebarang tindakan tegas diambil.

Katanya, antara isu utama ialah status Lesen Pendudukan Sementara (TOL) yang kebanyakannya diluluskan dalam tempoh singkat dua hingga tiga tahun, sedangkan majlis daerah tidak dapat mengeluarkan lesen operasi jika status tanah masih bersifat sementara.

“Masalah ini bukan kerana pengusaha tidak mahu patuh undang-undang, tetapi disebabkan struktur pentadbiran dan proses kelulusan yang mengambil masa lama.

“Ada baiknya tempoh TOL dilanjutkan antara 10 hingga 30 tahun supaya pengusaha boleh mendapatkan lesen daripada pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Beliau turut memohon kerajaan memberi tempoh lanjutan sekurang-kurangnya 12 bulan sebelum sebarang tindakan diambil, bagi membolehkan pengusaha menyelesaikan isu dokumentasi dan pelesenan.



MENARIK: Salah sebuah resort milik bumiputera dan ahli Puspabumi.

Terdahulu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin dilaporkan berkata kerajaan negeri menubuhkan pasukan petugas khas pemantauan industri pelancongan Semporna bagi menangani isu berkaitan pelancongan secara menyeluruh dan bukan secara reaktif.

Menurutnya, pendekatan itu bertujuan menyelaras peranan agensi berkaitan serta memastikan tadbir urus dan penguatkuasaan lebih berkesan demi pembangunan pelancongan yang teratur dan mampan.

Mengulas perkara itu, Salleh berkata pihaknya menyokong usaha kerajaan, namun berharap pendekatan libat urus dan perbincangan bersama pengusaha tempatan diutamakan sebelum tindakan penguatkuasaan dilaksanakan.

“Sebarang tindakan drastik bukan sahaja menjejaskan pengusaha, malah memberi kesan kepada rantaian ekonomi setempat termasuk pekerja bumiputera dan komuniti nelayan yang membekalkan hasil laut kepada resort.

“Kita mahu kerajaan duduk semeja dengan pengusaha tempatan untuk mencari penyelesaian. Pelancongan di Semporna bukan hanya soal perniagaan, tetapi melibatkan kelangsungan hidup komuniti setempat,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2026 01:46 PM | Show all posts
Masyarakat Islam Balingian imarah masjid dan surau malam pertama Ramadan
Februari 19, 2026, Khamis - 10:38am



Para jemaah bersama imam mengucapkan selawat dan zikir antara atau selepas salam solat sunat terawih di Masjid Tunku Haji Bujang Kampung Masjid Balingian.

BALINGIAN: Masyarakat Islam di daerah kecil Balingian mengimarahkan masjid dan surau dengan mengerjakan solat sunat Terawih pada malam pertama semalam sebelum permulaan puasa Ramadan hari ini.

Ibadah solat sunat terawih termasuk witir dilakukan selepas solat fardu Isyak dengan kariah-kariah hadir beramai-ramai mengerjakan ibadah tersebut di Masjid Tuanku Haji Bujang, Kampung Masjid Balingian pada malam tadi.

Ia adalah solat sunat muakkad yang sangat dituntut untuk dilaksanakan secara berjemaah atau berseorangan sama ada lapan rakaat atau 20 rakaat dengan setiap dua rakaat diakhiri dengan satu salam.

Di masjid terbabit, solat sunat terawih secara berjemaah telah dilaksanakan lapan rakaat dengan tiga rakaat witir yang diketuai oleh Imam Haji Hanyut.



Selesai solat sunat terawih, para jemaah bersama Imam mengadakan majlis bertadaru al-Quran.

Solat terawih mempunyai fadhilat utama iaitu diampunkan dosa-dosa yang lalu bagi mereka yang mendirikannya dengan penuh keimanan dan pengharapan (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
“Barangsiapa yang mendirikan Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan redha daripada Allah SWT, akan diampuni dosanya yang telah lalu”. (Riwayat al-Bukhari)

Ia juga Qiyam Ramadan setiap kali Ramadan dengan menghidupkan malam bulan Ramadan dengan ibadah, terutamanya solat sunat Terawih, selain ibadah lain seperti membaca al-Quran (bertadarus), berzikir dan berdoa sebagai amalan sunat amat digalakkan untuk mendapat keampunan dosa daripada Allah SWT.

Tujuannya turut mendekatkan diri kepada Allah SWT serta dilakukan dengan solat berjemaah sehingga selesai bersama imam dianggap seperti beribadah sepanjang malam.



Para jemaah dan Imam masjid pada majlis bertadarus al-Quran.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2026 01:52 PM | Show all posts
Gotong-royong Medan Saberkas semarak sambut Ramadan
Februari 19, 2026, Khamis - 11:03am



Gambar kenangan peserta yang terlibat dalam gotong-royong di Medan Saberkas pada 16 Februari lalu

MIRI: Jawatankuasa Pengurusan Medan Saberkas Miri dengan kerjasama Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengadakan program gotong-royong di Pasar Malam Medan Saberkas pada 16 Februari lalu.

Pengerusi Ahli Jawatankuasa Medan Saberkas Miri, Abdul Rahman Jawawi berkata, program berkenaan dianjurkan bersempena persediaan menyambut Ramadan 2026 bagi memastikan kawasan pasar malam berada dalam keadaan bersih, selamat dan selesa untuk pengunjung.

Menurut beliau, seramai 80 penjaja pasar malam menyertai program tersebut bersama dua pegawai MBM serta empat anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri.

“Kerjasama ini amat penting bagi memastikan persekitaran Medan Saberkas sentiasa terjaga, sekali gus memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung sepanjang Ramadan,” katanya.

Dengan adanya aktiviti gotong-royong itu, Pasar Malam Medan Saberkas Miri bersedia menjemput orang ramai untuk mendapatkan pelbagai juadah berbuka puasa sempena Ramadan yang bakal tiba.

Pasar malam tersebut akan beroperasi setiap hari sepanjang bulan Ramadan bermula jam 1 tengah hari hingga 9 malam. Kemudahan tempat duduk turut disediakan bagi memudahkan pengunjung berbuka puasa sambil menikmati aneka makanan dan minuman yang ditawarkan oleh para penjaja.



Peniaga bergotong-royong membersihkan Medan Saberkas untuk menyambut bulan Ramadan


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2026 01:53 PM | Show all posts
Persatuan Peniaga Wireless Walk anjur pelbagai aktiviti kebajikan, kemasyarakatan sempena Ramadan
Februari 19, 2026, Khamis - 11:05am



MOHAMAD ABDULLAH JAMIN

Miri: Sempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia, Persatuan Peniaga Wireless Walk Miri akan menganjurkan pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan bagi memeriahkan suasana sepanjang bulan penuh keberkatan ini.

Pengerusinya, Mohamad Abdullah Jamin berkata, sepanjang Ramadan para peniaga di Wireless Walk Miri akan beroperasi bermula jam 2 petang hingga malam di Zon A, B dan C dengan menawarkan pelbagai juadah berbuka puasa kepada pengunjung.

Menurut beliau, selain menjual aneka makanan dan minuman tradisional serta moden, pihak persatuan turut merancang beberapa program kebajikan khusus untuk masyarakat setempat.

“Antara aktiviti yang dijadualkan pada minggu pertama Ramadan ialah pengagihan bubur kacang pada 3 Ramadan serta pengagihan baju kurung dan baju Melayu terpakai pada 5 Ramadan,” katanya.

Beliau menjelaskan, program berkenaan bertujuan membantu golongan yang memerlukan di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti setempat.

Dalam pada itu, pengunjung bukan sahaja berpeluang mendapatkan juadah berbuka puasa pada harga berpatutan, malah boleh berbuka puasa di kios-kios yang disediakan di sepanjang Jalan North Yu Seng, di sini.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir memeriahkan ‘Ramadan Walk’ di Wireless Walk Miri sambil menyokong peniaga tempatan serta bersama-sama menyemarakkan semangat Ramadan melalui aktiviti kebajikan yang dianjurkan.

“Marilah kita bersama-sama menjadikan Ramadan tahun ini lebih bermakna dengan amalan bersedekah dan menyokong ekonomi komuniti setempat,” ujar beliau.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-2-2026 01:54 PM | Show all posts
Polis tahan buruh miliki syabu di Lawas
Februari 19, 2026, Khamis - 11:37am

Syabu yang dirampas dari suspek.

LAWAS: Polis merampas syabu seberat 0.80 gram dengan penahanan seorang buruh di tempat letak kereta di bandar Lawas Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan berkata suspek ditahan jam 2 petang yang kelihatan mencurigakan dan disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Kata beliau pemeriksaan badan telah menemui satu paket plastik lutsinar berisi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.80 gram yang dirampas untuk dijadikan barang kes.

“Hasil ujian air kencing mendapati saspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. Semakan kesalahan lampau mendapati suspek mempunyai satu kesalahan lampau berkaitan dadah,”katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Liong berkata dalam operasi sama, dua lelaki tempatan berusia 40 dan 59 tahun di tahan di Trusan dan bandar Lawas kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah

Jelasnya pemeriksaan tubuh badan tidak menjumpai barang salah atau dadah.

“Hasil saringan awal ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine. Semakan kesalahan lampau mendapati salah seorang suspek mempunyai dua kesalahan lampau berkaitan dadah,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Sementara itu seorang penganggur lelaki, 21 tahun dicekup di syaki terlibat dalam kegiatan judi empat nombor ekor (ENE) dalam operasi Isnin lepas.

Katanya pemeriksaan lanjut pada telefon pintar terdapat aplikasi judi dan polis merampas sebuah telefon bimbit dan sejumlah wang tunai.

“Semakan kesalahan lampau mendapati suspek tiada kesalahan lampau dan  Kes disiasat mengikut seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.

Dalam operasi berasingan seorang wanita yang juga penjaga premis berusia 21 tahun, ditahan kerana di syaki terlibat dalam kegiatan judi dalam talian (JOL).

“ Pemeriksaan lanjut pada telefon pintar terdapat aplikasi judi. Turut dirampas dalam operasi berkenaan adalah sebuah telefon bimbit dan sejumlah wang tunai,”ujarnya.

Katanya lagi semakan kesalahan lampau mendapati suspek tiada kesalahan lampau dan kes disiasat dibawah seksyen 4B (a) ARJT 1953.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2026 01:54 PM | Show all posts
sbh - PUSPABUMI mohon proses lesen, tanah dipermudah di Semporna

swk - Polis tahan buruh miliki syabu di Lawas

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2026 01:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 01:03 AM GMT+8 , Processed in 1.420201 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list