|
Teratak Borak dan Persinggahan BOD BAKAT & RUANGAN PENULIS VER 6
[Copy link]
|
|
2012 janji pasaran buku
Buku kanak-kanak dan agama kekal beri keuntungan besar
BUKU kanak-kana ...
midar Post at 11-1-2012 10:49
Sekarang ni setiap publisher ada unit tuk karya kanak-kanak /remaja ni, terutamanya PTS dan juga Jemari Seni. Zaman saya dulu tak ada pilihan byk baca hardy boys, nancy dsb.
Buku cerita kanak-kanak edisi melayu tak banyak pilihan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1780# midar
buku kanak-kanak/remaja dan islamik, buat masa ni aku prefer beli keluaran PTS...
skrg ni aku pasan, novel islamik dah banyak org baca... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1781# sapp73
bila byk publisher nk terbit buku cerita utk budak ni..
parents ader byk pilihan utk anak2... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1782# mijot
x pernah usha lg buku2 PTS..
pasni, blh la try |
|
|
|
|
|
|
|
novel islamik keluaran alaf21, covernya menarik tapi tak tahu kenapa aku masih tak berminat nak beli |
|
|
|
|
|
|
|
Dijemput kepada warga bod bakat dan ruangan penulis yang mempunyai minat membaca untuk mendaftarkan diri sebagai Geng Ulat Buku di bod Buku & Kesusasteraan...
Semoga minat membaca dapat berkembang dengan jayanya |
|
|
|
|
|
|
|
ekspo buku 1 malaysia
1-6 febuari 2012
PWTC
10pagi - 8 malam
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1787# mijot
Mijot geng ulat buku dan wujud tapi bkn dari warga2 forum....
dipanggil Ulat Buku terdiri dari blogger..... dah lama ditubuhkan malah
terlalu aktif he he h ehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1789# qimi08
oh ye ke kak...
ni sbb nak naikkan lagi bod buku yg suram tu, tu yg buat geng ulat buku versi forum CARI... |
|
|
|
|
|
|
|
Sunyi sepi je kat sini. Mana kawan2 semua. |
|
|
|
|
|
|
|
terasa nak join sini...
tapi tak reti nak mengarang
.....kalo nak mengarut reti la
caner yek??
|
|
|
|
|
|
|
|
banyak karya baru kt sini tapi takde masa nak baca... |
|
|
|
|
|
|
|
ni bual bicara semasa karnival karangkraf aritu..
Kemelut karya adaptasi
Oleh Nazmi Yaakub
[email protected]
2012/02/08
DARI kiri pengarah drama, Heykal Hanifah, penulis skrip, Zabidi Mohamed, novelis, Damya Hanna dan pemudah cara Saadiah Mohamad pada Forum Sembang Buku: Karya Adaptasi, Siapa Tumpang Glamour? di Karangkraf Shah Alam.
Pengarang atau pengarah tumpang glamor, gagal selami semangat penulis
PERTEMBUNGAN penulis asal dengan produser dan pengarah drama serta filem di negara ini, bukanlah kisah baru kerana filem yang diangkat selalu dianggap ‘merosakkan’ karya asal atau sekurang-kurangnya tidak berjaya memindahkan semangat pengarangnya.
Langit Petang dan Ranjau Sepanjang Jalan karya dua Sasterawan Negara (SN), iaitu Datuk (Dr) A Samad Said dan Prof Emeritus Datuk Shahnon Ahmad serta novel Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA) 1999, Khadijah Hashim, Mira Edora dan Bicara Hati, boleh dianggap antara ‘barang kes’ dalam pertembungan itu.
Kebanjiran novel popular dalam industri buku tanah air yang sebahagiannya mencatatkan keuntungan luar biasa sehingga diulang cetak sudah tentu mencuri perhatian pemain industri filem dan drama untuk sama meraih laba daripada pelaburan mereka.
Dalam konteks semasa, selain novel Karipap-karipap Cinta karya Nazri M Anuar yang kemudian diangkat ke filem oleh pengarang sitcom popular, Othman Hafsham, Ombak Rindu tulisan Fauziah Ashari sudah tentu paling hangat diperkatakan terutama apabila filemnya memungut kira-kira RM11juta.
Malah, novel Ombak Rindu yang diterbitkan pada 2002 dan diulang cetak lebih 20 kali itu, diburu sekali lagi oleh pembaca sehingga ‘menambah’ jangka hayat judul novel popular yang selalunya hanya bertahan antara tiga hingga empat tahun.
Justeru, timbul persoalan baru yang berlegar dalam industri buku, iaitu sama ada industri filem dan drama atau industri buku yang menumpang tuah sekiranya karya visual itu mencatat kejayaan box-office.
Keghairahan baru inilah yang dikupas dalam Sembang Buku - Karya Adaptasi: Siapa Tumpang Glamor? di Auditorium Karangkraf, Shah Alam, baru-baru ini, selain mengulang isu yang melingkari hubungan antara dua industri terbabit.
Penulis skrip, Zabidi Mohamed, berkata tuah sebenar berada pada penerbit seperti yang berlaku pada filem Ombak Rindu tanpa menafikan peranan daripada judul dan penulisnya.
“Saya beranggapan produser filem menumpang glamor novel, manakala judul itu pula menumpang glamor penerbit buku khususnya penerbit yang besar.
“Ombak Rindu boleh sampai RM11 juta kerana produser tahu penerbit asalnya pasti turut memberi promosi secara percuma termasuk dalam majalah dan akhbar yang dimilikinya,” katanya pada sesi yang dipengerusikan Editor Pengurusan Alaf 21, Saadiah Mohamad.
Pandangan itu, kata Zabidi, berdasarkan kejayaan Ayat-ayat Cinta dan Di Bawah Lindungan Kaabah yang meletup di Indonesia kerana penerbitnya juga adalah penerbit buku, majalah dan akhbar yang terbesar di negara berkenaan.
Mengenai perasaan tidak puas hati sama ada oleh penulis asal atau pembaca yang menontonnya, Zabidi menganggapnya ia timbul daripada kefahaman yang tidak jelas terhadap konsep adaptasi naskhah ke filem atau drama.
“Adaptasi tidak hanya menyalin kembali sesuatu karya, sebaliknya ia mengangkat naskhah yang ditulis itu untuk menjadi lebih segar dan baru.
“Ramai penulis termasuk novelis yang tidak faham bahawa bahasa novel ialah teks, sedangkan bahasa filem pula membabitkan visual,” katanya pada acara bersempena Festival Penulis Grup Buku Karangkraf 2012.
Malah, Zabidi berkata, mengangkat novel kepada drama bersiri lebih menderita kerana slot tayangan selama sejam memerlukan sekurang-kurangnya empat babak tergantung untuk mengekalkan tumpuan penonton.
“Bagaimanapun, tindakan penulis skrip yang mengangkat naskhah supaya menjadi visual yang lebih baik, disalah tanggap sehingga mewujudkan pertembungan pula antara pengarah dengan penulis asal.
“Malah, pembaca yang menonton, tetapi tidak memahami perbezaan antara bahasa naskhah dan filem turut mengkritik termasuk menganggap ‘pengarah bodoh’,” katanya yang juga bekas peguam.
Namun, Zabidi memilih untuk tidak menyebelahi pengarah sekiranya perubahan itu membabitkan persoalan penting seperti syariat Islam yang tidak boleh ditukar sewenang-wenangnya.
Hal ini boleh dilihat umpamanya pada Karipap-karipap Cinta apabila watak utamanya dalam novel yang bertudung litup ditukar kepada pelakon yang hanya mengenakan selendang sehingga menampakkan rambut.
Isu yang sama turut menimpa novelis, Intansuhana Ramli atau lebih dikenali sebagai Damya Hanna apabila watak dalam novelnya yang juga memakai tudung, tetapi diubah kepada pelakon dengan selendang sehingga menampakkan anting-anting dalam drama adaptasi.
“Bagaimanapun, saya sempat membantah perubahan itu sehingga akhirnya pihak produser dan pengarah menerimanya, tetapi sebahagian adegan yang sudah pun dilakonkan tidak diulang kembali.
“Tidak hairanlah apabila drama itu ditayangkan, ramai penonton tidak berpuas hati kerana watak itu tidak mengenakan tudung dengan abang iparnya, tetapi menutup aurat apabila bersama-sama dengan suaminya,” katanya.
Pengarah drama, Heykal Hanifah, mengakui penggunaan watak utama yang bertudung atau tidak, turut berkait dengan slot yang disediakan oleh stesen televisyen.
“Stesen televisyen itu sendiri seolah-olah menentukan slot mana yang sesuai untuk watak utamanya mengenakan tudung atau watak yang tidak bertudung,” katanya.
Mengenai pertembungan antara penulis asal dengan penerbit atau pengarah drama, Heykal berkata, beliau memilih untuk berbincang dengan penulis asal termasuk penulis skrip untuk berbincang mengenai perubahan dan penukarannya.
berita harian online |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1796# Jaza2008
Salam jaza
Akak hari2 masuk tapi member nak berborak x ade
mungkin semuanya SR kut he he he he....
klu apa pun layan dgn mijot ajelah |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua....lama giler tak borak sini....mana ntah hilang semua erk...nak borak pun tak best....2 yg selalu SR jer...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by qimi08 at 17-2-2012 16:05
Reply 1798# allamanda
Rindu dgn kawan2 manalah pergi anak2 dara yg suka bikin gempar tu????
rindu sgt nak berjumpa lagi miko, bunick, detox, kia, chengkeh, pura, kaypo, smiley
adilla ifah dlln. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1799# qimi08
Baru ni jumpa 'anak dara' bertiga tu....dorang cakap skang masa menyepikan diri...tak tau la bila nak muncul balik.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|