CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V175'

[Copy link]
 Author| Post time 22-1-2023 11:57 AM | Show all posts
sfhzuraz replied at 22-1-2023 11:56 AM
klu ikan yg besar2 dia yg buat.ayam yg beli kt lotus pun dia yg potong2 kan

(klu kt lotus takde p ...

ooo gitu
bagus lah asben zura tu
membantu keje2 zura didapur

untung zura


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2023 11:57 AM | Show all posts
page baru lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 11:57 AM | Show all posts
tinggal 10 page lagi


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 11:58 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 11:58 AM | Show all posts
sfhzuraz replied at 22-1-2023 11:57 AM
mmg pun.
klu mcm ni zura pun kalah.

mana ada zura kalah
zura kan tahap Cari Legend
mana matt boleh lawan
heheee


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 12:02 PM | Show all posts

ANTARA wang yang dirampas dalam tiga serbuan pusat hiburan. FOTO ihsan Polis

Johor Bahru : Polis Johor menahan lelaki warga asing yang diberi gelaran 'doktor' di pusat-pusat hiburan ketika operasi khas, semalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2023 12:03 PM | Show all posts
mattzzx replied at 22-1-2023 11:54 AM
tapi bagus lah gitu
kalau kita rasa tak sehat, lepas tu kita manjakan diri
lagi lemah lah badan tu ...

tp klu zura yg tak sihat mmg zura byk baring.
malas nk buat benda lain.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 12:05 PM | Show all posts
mattzzx replied at 22-1-2023 11:55 AM
asben zura seorang pekerje berdedikasi
walau pun kurang sihat tapi tetap pergi keje juga
mungkin a ...

takdelah matt.
anugerah tu takde kt tmpt keje asben zura.
dia pegi keje sb amanah je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2023 12:05 PM | Show all posts
esok matt keje tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 12:05 PM | Show all posts


SEORANG pesalah trafik tidak dapat mengawal emosi ketika ditahan. FOTO Eizairi Shamsudin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 12:06 PM | Show all posts
mattzzx replied at 22-1-2023 11:55 AM
tak ada lah banyak sangat pun
hanya keje2 mereply noti2 yg masuk jer
hehehe

dah ku agak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 12:07 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 22-1-2023 12:03 PM
tp klu zura yg tak sihat mmg zura byk baring.
malas nk buat benda lain.

yelah kadang2 tu bila badan tak sihat
memang tak larat nak bangun
kena berehat saje ubatnya


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 12:08 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 22-1-2023 12:05 PM
takdelah matt.
anugerah tu takde kt tmpt keje asben zura.
dia pegi keje sb amanah je.

kalau keje sebagai amanah tu dia akan dapat pahala
walau pun tak dapat habuan wang ringgit
mungkin dapat rezeki yg tak dijangka jangka


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 12:08 PM | Show all posts

esok keje lah

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 12:09 PM | Show all posts

zura memang pandai mengagak
hehehe


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 12:10 PM | Show all posts
Skrin besar untuk peminat hoki negara
Ferzalfie Fauzi



TAYANGAN skrin besar hoki Piala Dunia. FOTO FB

Kuala Lumpur: Bagi menyemarakkan lagi sokongan buat skuad hoki negara di Piala Dunia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyediakan dua skrin gergasi untuk peminat menyaksikan pertembungan antara Malaysia dan Sepanyol malam ini.

Pasukan bimbingan A Arul Selvaraj akan turun ke Stadium Kalinga pada jam 7 malam ini (waktu Malaysia) untuk aksi Crossover 1 bagi mencari slot ke suku akhir Piala Dunia.

Jika berjaya mencatat kemenangan Malaysian Tigers bakal berdepan Australia di suku akhir Selasa ini.

"Yang tak balik kampung, malam ini 2 lokasi BIG SCREEN untuk saksikan team Hokita bermain dalam Piala Dunia Hoki 2023," kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam akaun Facebook.

Kata Hannah, untuk memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia, beliau akan menyambut hari pertama Tahun Baru Cina di Dataran Merdeka.

Selain Dataran Merdeka satu lagi skri gergasi untuk menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Sepanyol ialah di Perkarangan Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... peminat-hoki-negara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2023 12:10 PM | Show all posts
bagi peminat2 hoki
boleh lah ramai2 pergi tengok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 12:11 PM | Show all posts
semoga malaysia memang kali ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 12:12 PM | Show all posts
Pinggan sihat Malaysia

Januari 22, 2023 @ 11:48am



HAMPIR semuanya berminyak, mengandungi lemak, bahan perasa, garam tinggi dan sebagainya. Itu tidak termasuk cara sajian disediakan, tahap kebersihan premis dan jumlah kalori dalam makanan.

Kerana itulah makanan yang dibeli dari luar dikatakan tidak sihat, membawa risiko penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, seterusnya dikaitkan sebagai punca serta penyebab obesiti.

Realitinya, berapa ramai antara kita termasuk golongan ibu bapa mampu mengelak daripada membeli makanan di luar? Kesibukan kerja, kekangan masa dan faktor kesesakan lalu lintas setiap kali pulang dari pejabat mengheret ramai orang untuk menjalani kehidupan mudah dengan membeli di luar.

Tabiat ini bukan saja mempengaruhi pemakanan orang dewasa, tetapi turut memberi kesan kepada anak-anak. Lantaran ibu lewat pulang dari pejabat, mereka terpaksa menikmati hidangan makanan yang dibeli dari luar.

Justeru, jika diteliti, sebenarnya majoriti masyarakat di bandar banyak bergantung kepada hidangan di gerai dan restoran sepanjang hari. Anak-anak juga melalui gaya pemakanan sama bermula daripada membeli di kantin sekolah hinggalah kepada makanan yang dibeli ibu bapa sebaik saja mereka pulang dari kerja.

Sebenarnya, makan di luar sebenarnya tidak banyak mendatangkan masalah kepada diri, keluarga dan anak-anak sekiranya setiap daripada kita tahu caranya. Sekalipun makan atau membeli juadah di luar kerap dikaitkan dengan amalan pemakanan tidak sihat, namun ia masih boleh dikawal sekiranya pengguna bijak memilih.

Sebaik-baiknya, pilihlah makanan yang seimbang, mengandungi protein, karbohidrat, sayur dan buah. Sebagai contoh, kita boleh pilih sama ada mi, mihun atau nasi untuk karbohidrat di samping ikan, ayam atau telur sebagai sumber protein.

Kalau boleh, sayur dan buah jangan ditinggalkan. Ini kerap berlaku dalam masyarakat kita. Apabila mereka makan di luar, sayur-sayuran selalu dilupakan. Begitu juga buah-buahan. Kurangkan juga makanan berlemak atau bergoreng seperti kari, gulai lemak, rendang, ikan dan ayam goreng.

Gantikan jenis sajian ini dengan yang lebih sihat seperti sup, singgang dan asam pedas. Ibu bapa tidak seharusnya memikirkan jalan mudah untuk membesarkan anak-anak kerana setiap perkara yang diamalkan hari ini boleh membentuk tabiat yang kurang baik apabila mereka dewasa kelak.

Ibu bapa memainkan peranan paling penting. Kita adalah contoh terbaik untuk anak-anak. Jika kita kerap membeli dan makan di luar, anak juga akan mencontohi amalan sama. Sebab itulah ibu bapa kena mulakan pemakanan sihat. Sentiasa makan dalam kuantiti 'Pinggan Sihat Malaysia' iaitu suku-suku-separuh sebagaimana disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Suku-suku-separuh ini maknanya suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayur dan buah. Jika tidak ada buah ketika makan di luar, sediakan hidangan ini untuk dinikmati bersama di rumah.

JAUHI MAKANAN SEGERA

Satu lagi pilihan popular dalam kalangan masyarakat khususnya ibu bapa dan anak-anak adalah hidangan makanan segera. Dalam menjaga kualiti pemakanan harian, setiap individu perlu mengubah sikap daripada seorang yang hanya 'mahukan kesenangan' kepada seorang yang lebih bertanggungjawab.

Hari ini, ramai ibu yang hanya memikirkan pilihan mudah. Beli makanan di luar, pandu lalu restoran makanan segera atau memesan penghantaran makanan ke rumah. Sepatutnya kita kena ada usaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan anak-anak. Pupuk sikap rajin dalam diri untuk memasak walaupun hanya hidangan ringkas. Pastikan kita pilih menu sajian sihat yang menepati kehendak serta pertumbuhan anak-anak.

Ketahui bahawa kecenderungan terhadap garam, gula dan makanan berlemak bermula sejak kanak-kanak kecil. Jadi, semakin bijak anda mengawalnya pada usia muda, semakin kurang keinginan anak-anak terhadap pilihan makanan berisiko.

TENTUKAN SAIZ HIDANGAN

Ramai ibu beranggapan kanak-kanak memerlukan saiz hidangan yang besar untuk memenuhi keperluan harian mereka. Telahan itu sebenarnya salah sama sekali.

Keperluan nutrien anak-anak tidak bergantung kepada saiz hidangan, sebaliknya diukur daripada jumlah kalori yang sepatutnya diambil berdasarkan keperluan mereka beraktiviti, umur dan jantina.

Sebagaimana orang dewasa, kanak-kanak aktif memerlukan jumlah kalori yang lebih tinggi berbanding mereka yang banyak melakukan aktiviti santai. Justeru, adalah sukar untuk menentukan saiz hidangan bagi seorang kanak-kanak.

Cadangan terbaik adalah merujuk kepada Saranan Keperluan Nutrien Harian Malaysia dan menerapkan amalan Pinggan Sihat Malaysia. Untuk keterangan yang lebih tepat, anda boleh sentiasa merujuk kepada pakar dietetik.

Jika makan di luar, kebiasaannya restoran akan menyediakan saiz hidangan dewasa. Jadi, berkongsilah hidangan dengan anak-anak. Secara tidak langsung, ia boleh membantu mengawal jumlah kalori yang diambil anda berdua.

Selain makanan, anda juga perlu mengawal jenis minuman. Ramai antara kita seolah-olah lupa pada pantang larang minuman manis setiap kali makan di luar. Perhatikan setiap kali anda dan keluarga duduk di meja makan gerai atau restoran. Masing-masing bebas memilih minuman.

https://www.bharian.com.my/berit ... ggan-sihat-malaysia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 12:13 PM | Show all posts
semoga rakyat malaysia semuanya sihat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.121917 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list