|
[Pulau Pinang]
'Rumah Sembang Pasemboq Utara V145'
[Copy link]
|
|
harap sempat lah matt bertukang rumah baru
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah ada yg bertukang pun ok |
|
|
|
|
|
|
|
Hari ini genap 113 tahun Perjanjian Bangkok (Anglo-Siamese Treaty) 1909 yang menyaksikan Semenanjung Tanah Melayu dipotong dua oleh bangsa lain sesuka hati tanpa kerelaan orang Melayu sendiri sebagai pemilik tanah ini.
Separuh utara Tanah Melayu dari garis Pulau Tarutau -Setol -Sadao-Chenak-Betong-Bukit Tar-Sungai Golok-Tabal (Takbai) hingga ke garis Ranong-Kra Buri diserahkan secara rasmi kepada Siam.
Separuh selatan Tanah Melayu dari garis Pulau Langkawi-Padang Besar-Bukit Kayu Hitam-Durian Burong -Keroh-Bukit Bunga-Rantau Panjang-Pengkalan Kubor ke selatan hingga Johor Bahru /Singapura diserahkan secara rasmi kepada Inggeris.
Hari ini hari ulang tahun terpisahnya kita dengan saudara saudara kita di Thailand, terpisahnya kita dari tanah leluhur, terpisahnya mereka daripada induk bangsa di Tanah Melayu.
British dan Siam buat perjanjian menceraiberaikan negeri negeri Melayu di Utara Semenanjung Tanah Melayu tanpa pengetahuan Raja Raja Melayu
Mereka membahagikan tanah ini sesama mereka di luar pengetahuan pemiliknya hingga kita daripada satu keturunan bersaudara, terpisah.
Hari ini ramai anak anak Melayu di Selatan Thai sudah tidak boleh berbahasa Melayu malah tidak mengaku diri Melayu. Mereka mengaku Moslem Thai.
Perjanjian Bangkok 10 Mac 1909.
Notes: Semenanjung Tanah Melayu adalah termasuk Segenting Kra yang sekarang berada dalam wilayah kekuasaan Thailand. Segenting atau Isthmus dalam bahasa Inggeris membawa maksud kawasan tanah yang genting dan Kra adalah berasal daripada perkataan ‘kera’ yang menunjukkan betapa sempitnya tanah itu berbanding dua tanah besar yang mengapitnya. Peribahasa Melayu menyebut “sekangkang kera” untuk membawa maksud sempitnya sesuatu kawasan tanah.
محاضر بن مت لازم |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ghalibboy replied at 25-5-2022 07:44 PM
Hari ini genap 113 tahun Perjanjian Bangkok (Anglo-Siamese Treaty) 1909 yang menyaksikan Semenanju ...
Article dated 10th of March |
|
|
|
|
|
|
|
Berkait dengan article di atas |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
NEGERI SEMBILAN BERMULA DARI SUNGEI UJONG.
Ada pendapat sejarah menyatakan bahawa Sungei Ujong, nama lama untuk bandar Seremban tidak ada kena mengena dengan kewujudan sungai.
Ia telah wujud lama di Tanah Melayu, lebih purba dari yang kita tahu. Sungei Ujong berasal daripada perkataan 'Sang Hyang Hujung'.
Tempat ini wujud di dalam catatan Nagarakartagama semasa era Majapahit, ditulis pada 1365.
Ia juga ditulis sebagai 'Suneujon' di dalam rekod peta dan kartografi Eredia seawal 1613.
Kajian lanjut teks klasik Jawa itu juga mengesahkan Sang Hyang Hujung itu adalah sebuah negeri dan mempunyai kerajaan sendiri.
Di dalam Sulalatus Salatin, ia ditulis sebagai سنيڠ هوجڠ kemudian dirumikan dalam Sejarah Melayu versi Shellabear sebagai 'Sening Ujong', manakala di dalam versi Leyden ia dieja sebagai 'Senyang Ujong'.
Berdasarkan teori William Marsden pada 1784 mengenai sejarah Sumatera, diandaikan Sungei Ujong wujud dalam 1260-an ketika tempoh antara era kejatuhan Kerajaan Sriwijaya dan kebangkitan Kerajaan Singhasari yang seterusnya menjadi Kerajaan Majapahit.
Teori Marsden itu diperkukuh lagi dengan pandangan Richard Olaf Winstedt memetik Tom Pires yang mengatakan telah ada Mandulika di Sungei Ujong pada abad ke-14. Winstedt berpendapat Mandulika itu bermaksud gabenor dalam bahasa Sanskrit. Apabila dipadankan dengan artifak ditemui di Terengganu, jelas Sungei Ujong telah ada orang besar dipanggil Mandulika pada zaman Sriwijaya.
Ketika ini memang ada orang besar Sungei Ujong bergelar Dato' Andulika Mandulika yang berperanan sebagai Tua Lembaga Waris di-Darat dan Tua Lembaga Tiang Balai Undang Luak Sungei Ujong. Teorinya, Dato' Andulika Mandulika itu adalah warisan perjawatan Mandulika Sungei Ujong zaman Sriwijaya.
Babad Jawa naskah Pustaka Raja-raja Bumi Nusantara yang kontroversi itu pula menyatakan keberadaan Sungei Ujong sebagai negeri direkodkan seawal 1275 Masihi. Jika diambil tahun yang direkodkan Babad Jawa berkenaan, usia Sungei Ujong ketika ini adalah 747 tahun, kedua tertua selepas Kesultanan Kedah, pewaris Kerajaan Langkasuka. Hal ini juga menjadikan luak Sungei Ujong adalah luak tertua sekali.
Tidak dapat disangkal yang pada zaman itu, Kerajaan Langkasuka telah menyusuri sungai-sungai bawah pemerintah Sang Hyang Hujung untuk berdagang.
Rekod-rekod ini jelas menunjukkan bahawa negeri Sungei Ujong pernah menjalin hubungan atau dilindungi beberapa kerajaan besar bermula daripada kerajaan Sriwijaya, Majapahit dan kemudiannya sebagai wilayah di dalam Kesultanan Melayu Melaka.
Sehubungan itu, berkemungkinan besar sudah ada pemerintah Sungei Ujong bawah naungan kerajaan-kerajaan besar Nusantara ini, sebelum adanya penghulu menteri bawah Sultan Iskandar Shah atau Parameswara seperti yang disebut dalam Sejarah Melayu.
Teks Sejarah Melayu versi Raffles MS no. 18 mengenai Sungei Ujong menyebut:
"Maka Sultan Iskandar Shah pun berpindah dari sana lalu mendarat. Berapa hari dijalan maka terus ke Sening Ujong. Maka dilihat baginda tempat itu baik, maka ditinggalkannya seorang menteri di sana. Itulah maka tempat itu bermenteri datang sekarang."
Berdasarkan teks Sejarah Melayu itu, dipercayai Sultan Iskandar Shah mengiktiraf atau memperakui pemimpin Sungei Ujong yang sememangnya telah ada sebagai wakilnya sebelum baginda membuka Melaka.
Perkataan 'ditinggalkannya' itu diyakini bermaksud perakuan atau pengiktirafan dan bukannya melantik atau meletakkan pemimpin di negeri Sungei Ujong, memandangkan teks Jawa dan rekod-rekod lama menunjukkan Sungei Ujong sudah menjadi negeri semasa zaman Kerajaan Sriwijaya, Singhasari dan Majapahit.
Sang Hyang Hujung bermaksud 'Kepala Tuhan' pernah ditulis oleh Sultan Abdul Samad pada tahun 1880 sebagai kawasan yang menganjur dari Sepang sehingga Linggi, selari dengan kawasan Tanjung Tuhan atau Tanjung Tuan kini, atau ketika zaman British dinamakan sebagai Cape Rachado.
Malah, jika dikaji pada kedudukan geografi, titik tengah antara dataran yang menganjur dari utara ke selatan inilah terletaknya bandar Seremban, yang nama asalnya ialah Sungai Ujong.
Hari ini, nama Sang Hyang Hujung atau Sungei Ujong diabadikan di dalam nama salah satu dari empat luak di Negeri Sembilan iaitu Luak Sungei Ujong.
Ia menerangkan mengapa sebelum British tiba mencampuri urus tadbir Tanah Melayu, Luak Sungei Ujong asalnya ditadbir oleh dua nakhoda iaitu Dato' Klana Petra dan Dato' Syahbandar, membezakan pentadbiran luak ini dengan luak-luak lain di Negeri Sembilan suatu ketika dahulu.
Dato' Klana Petra adalah gelaran bagi pemerintah yang menguasai wilayah daratan, manakala Dato' Syahbandar pula adalah gelaran bagi orang besar yang menguasai laluan sungai dan wilayah laut. Penjelasan ini turut menjawab mengapa tidak pernah ada sungai yang mengalir di dalam daerah Seremban ini dengan nama Sungai Ujong.
Kesimpulannya, Negeri Sembilan ini sebenarnya bermula dengan kerajaan Sungei Ujong sejak 700 tahun lalu, diikuti luak-luak lain. Raja Melewar yang dicatat dipertuankan pada 1773 hanya kesinambungan dan lambang konfederasi kerajaan-kerajaan luak purba sedia ada.
Pengkisahan ini adalah bersandarkan rujukan berikut;
1. JSBRAS Vol 53 ' Notes On Malay History' oleh Blagden, 1909
2. JMBRAS Vol 22 'Sungei Ujong' oleh J.M. Gullick, 1949
3 JMBRAS Vol 23 'The Mandulika of Sungai Ujong' oleh R.O Winstedt, 1950
4. Negara Kartagama: Masa Keemasan Majapahit oleh Ketut Riana, 2009
5. Twitter @AshrafMhd oleh Ashraf Muhamad, 14 Disember 2018
6. Sejarah Melayu versi Raffles MS no. 18, 1613
7. History of Sumatra oleh William Marsden, 1784
Wallahhu'alam..
Allahumasolli Ala Saidina Muhammad..
Lembaga Muzium Negeri Sembilan Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PANGLIMA GAJAH TUNGGAL DATO SETIA RAJA TOK JEBEK BIN TOK AKIL
Menurut Pondok Berhala Gantang (Temerloh – Pahang), Tok Jebek dilahirkan pada tahun 1842, dan diceritakan enam tahun lebih muda daripada Sultan Ahmad Al- Muadzam Shah. Tokoh ini lahir di Kampung Bohor, Bera (sekarang tempat ini dikenali sebagai Rancangan Perpindahan Selepas Banjir (RPSB) Bohor Baru, Daerah Bera). Beliau dibesarkan dalam budaya desa di bawah bimbingan keluarganya. Ketika berusia 10 tahun, beliau telah diasuh oleh bapanya Tok Akil yang juga seorang Imam Perang, serta datuknya Abdul Jabar seorang pemimpin yang disegani di Wilayah Bohor ketika itu. Semasa kecil lagi, Tok Jebek diajar mengaji Quran serta didikan agama oleh bapanya sendiri. Seawal usia sepuluh tahun juga Tok Jebek telah dilatih mempelajari pencak silat, tarian perang, dan bermain senjata seperti keris, lembing dan pedang. Selain itu, Tok Jebek juga diajar tentang ilmu hutan dan sungai, dan mahir dalam ilmu perburuan, menahan jerat dan menggetah burung, mengambil manisan lebah, menuba ikan, serta membuat segala jenis alat menangkap ikan, termasuk terubing, lukah, tuar, dan jala.
Tok Jebek tidak ketinggalan mendalami ilmu agama di Kg. Berhala Gantang (Balik Gantang) dan Bangau. Di Bohor, pembelajaran mengenai agama Islam terus berkembang walaupun tidak ada institusi pondok didirikan. Program pengajian Quran diadakan pada malam hari di rumah-rumah tertentu. Begitu juga dengan Fardhu A’in, menulis dan membaca jawi. Selain membaca Quran, penduduk setempat juga membaca syair Siti Zabaidah, Dandan Setia dan Syair Asyiqin karangan Tok Shabuddin Zainal Abidin (Pengasas Pengajian Pondok Berhala gantang, 1650-1770M). Dalam konteks peribadi, Tok Jebek menguasai ilmu persilatan, arif berburu, pandai bermain sepak raga, pandai bersyair, dikir rebana, dan bergendang. Kesenian Islam ini dipelajari Tok Jebek dari ayahanda dan datuknya.
Pada zaman Tok Jebek dikatakan terdapat tujuh buah masjid di Bohor.[2] Jumlah penduduk di wilayah ini agak ramai. Sungai dan hutan merupakan sumber rezeki penduduk. Namun begitu, “bersawah padi” merupakan kegiatan utama penduduk di samping mengusahakan dusun buah-buahan. Di sini juga, ramai orang arif tentang perubatan tradisi yang menggunakan akar kayu serta sumber hutan. Kebergantungan kepada pawang, bomoh dan bidan sangat kuat. Wilayah ini turut menjadi kawasan logistik Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah dalam banyak hal seperti mendapatkan sumber makanan, hasil-hasil hutan maupun ubat-ubatan. Ketika Perang Saudara (1857-1863M) misalnya, Wilayah Bohor menjadi tumpuan untuk mengubat orang-orang yang cedera dalam peperangan. Tasik Bera menjadi ikon kepada penduduk. Nama Tok Jebek begitu masyhur di Bohor (Bera). Di samping karismanya sebagai elit tradisional, warisan Tok Jebek seperti keturunannya, riwayatnya, dan peninggalannya menjadi kebanggaan penduduk sejak zaman berzaman.
Dalam tahun 1885, ketika berada di Pahang F.A. Swettenham (Aruna Gopinath, 1993: 51) mencatatkan bahawa Orang Besar Berlapan Pahang ialah (1) Toh Muda Tunggal, (2) Toh Jabe, (3) Toh Bangau, (4)Toh Omar, (5) Toh Penggawa, (6) Toh Lela, (7) Orang Kaya Lipis, dan (???? Orang Kaya Jelai. Nama Tok Jebek ditulis sebagai Tok Jabe. Nama penuh jawatan itu tidak disebut, yakni Dato’ Setia Raja Tok Jebek. Tok Jebek dianugerahkan gelaran Tok Muda (Orang Besar Enam Belas Pahang) pada tahun 1866 mengenangkan jasa anak muda 24 tahun ini yang turut menyertai angkatan perang Wan Ahmad dalam Perang Saudara (1857-1863).
Sewaktu dianugerahkan gelaran Dato’ Setia Raja (1880M) oleh Bendahara Sewa Raja (BSR) Wan Ahmad ibni BSR Tun Ali, Tok Jebek menerima perkara-perkara berikut : (1) Gelaran : Dato’ Setia Raja, (2) Gelaran Panglima Gajah Tunggal, (3) Satu persalinan Baju Melayu, (4) Sehelai Kain Tengkolok (batik), (5) Bengkong (tali pinggang songket), (6) Sebuah Pending Perak, (7) Sebilah Keris Panjang, (???? Sebuah Cop Kuasa, dan (9) Bendera Pembesar. Peninggalan yang masih ada dalam simpanan ialah bendera, bengkung dan kain tengkolok (destar).
Bendera Tok Jebek mengandungi konsep pentadbiran dan falsafah pemerintahan beliau di Wilayah Bohor seperti terjemahan berikut : (1) Warna Bendera - Hijau: mengutamakan Islam, mesra alam, luas saujana pandangan mata; luas akal fikiran, bijak bicara dan saksama. Hijau merujuk kehijauan alam semulajadi sebagai nadi kehidupan masyarakat ; (2) Grafik Bunga Melor Warna Putih : Bunga Melor harum mewangi membawa makna kemasyuran nama Tok Jebek dan nama Sultan, serta negerinya; (3) Warna Putih: Warna Putih lambang kesetiaan kepada Raja Pemerintah; (4) Bunga Melor Empat Kelopak : menunjukkan kawasan pentadbiran dan wilayah Tok Jebek, iaitu Timur, Barat, Utara dan Selatan. Namun dalam hal ini, Tok Jebek menggunakan perkataan Arab untuk Timur dan Barat –“Mushrik” dan “Maghrib”, manakala bagi Utara dan Selatan Tok Jebek menggunakan perkataan Sanskrit – “Paksina” dan “Daksina” di samping merujuk pentadbiran Tok Jebek mengikut sifat wajib bagi nabi, iaitu Sidek, Amanah, Tabligh dan Fatonah. Kelopak Bunga Melor juga melambangkan ilmu persilatan Tok Jebek, iaitu langkah, bunga buah dan tangkas. Falsafah Silat Tok Jebek : mati langkah kerana bunga; mati bunga kerana buah; mati buah kerana tanhgkas.
Keistimewaan Tok Jebek ialah mempunyai hubungan langsung Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah, dan bebas memasuki Istana Raja. Segala pandangan Tok Jebek mudah diterima oleh Sultan. Tok Jebek juga mempunyai hubungan erat dengan semua Orang Besar Negeri Pahang, terutama Dato’ Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai (Engku) Wan Muhammad bin Dato’ Wan Idris (OKIMPJ Ke-6), Dato’ Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor, Dato’ Orang Kaya Indera Segara Temerloh, Imam Indera Gajah dan puteranya, Pahlawan Mat Kilau. Tok Jebek tidak terkecuali mempunyai hubungan yang baik dengan warga Istana. Tok Jebek juga pernah mempunyai hubungan urusniaga dengan Habib Hassan yang mengusahakan “Lombong Emas” di Pahang, dan Abdullah Hukum (1835-1943) yang berurusan jual beli kerbau. Ketika itu, di Semantan dan Bentong tempat mereka berniaga, seekor kerbau berharga $10.00 hingga $20.00 sahaja. Tok Jebek juga mempunyai hubungan rapat dengan Yap Ah Loy di Kuala Lumpur, dan Orang Asli.
Dato’ Setia Raja ini dikatakan sentiasa bersama tuannya di mana-jua berada. Menurut penduduk Kg. Bohor, Tok Jebek sentiasa berulang-ulang dari Bohor ke Pekan menggunakan perahu kajangnya dengan pengiring atau pengikut-pengikutnya dari Bohor sambil “bergendang hilir, bergendang mudik.” Di mana bermalam dia akan singgah berdikir rebana dan bermarhaban. Tok Jebek turut serta dalam Perang Kelang 1868-1873 semasa berusia 20 tahun. Beliau juga turut serta dalam Perang Saudara (1857-1863) di Pahang. Dalam tahun 1862, Tok Jebek mengiringi Sultan Ahmad ke Kelantan. Pada 13 Julai 1897, Tok Jebek mengiringi Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah ke Durbar Pertama di Kuala Kangsar Perak.
Dipercayai juga Tok Jebek ke Kelantan semasa pertemuan pegawai-pegawai kerajaan Siam yang diketuai oleh Luang Visudh dengan Pahlawan Pahang yang diketuai oleh Teh Ibrahim dan Mat Lela di Kota Bharu. Pada waktu itu, pahlawan Pahang diam di Besut. Pertemuan ini diadakan di rumah Pak Kub (Yaakub) pada waktu malam. Mereka yang hadir pada waktu itu ialah Dato’ Setia Raja, Tok Imam Haji Abdullah, Sahak Mandari, Tok Kuing Aur Gading dan Mamat atau Pak Alu.
Semasa Tok Jebek menjadi Orang Besar Bohor, masyarakat Bohor memiliki beberapa keistimewaan. Antara lain yang dapat disebut : (1) Ramai orang Melayu Bohor bergelar “Lebai Kampung”; (2) Pandai membuat perahu kajang yang cantik dan tahan; (3) Ampuh dengan ilmu hutan dan sungai; (4) Ramai yang mempelajari Seni Silat; (5) Pandai bergendang; (6) Ramai yang berkebolehan berdikir rebana, marhaban dan berzanji serta kesenian-kesenian yang lain; (7) Ramai yang menjadi pawang, dukun dan bidan; dan (???? Pandai bermain sepak raga bulatan. Keistimewaan penduduk Kg. Bohor ini sentiasa dipersembahkan oleh Tok Jebek kepada Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah dalam majlis-majlis keramaian yang diadakan di Istana Raja, malah baginda amat berbangga dengan kebijaksanaan anak buah Tok Jebek.
Dalam tahun 1924, Tok Jebek dikatakan telah meninggal dunia. Sewaktu jenazah Tok Jebek siap disempurnakan untuk dibawa ke perkuburan, dua orang Pawang Bohor, iaitu Pawang Maulud dan Pawang Merah telah mendekati jenazah. Pawang Maulud dan Pawang Merah masing-masing menggunakan ilmu untuk melihat keadaan sebenar Tok Jebek. Salah seorang daripada mereka berkata, “ Cuba kita tengok Jebek ni bersama dengan kita atau tidak.” Masing-masing makan sireh dan meludah air pinang di tapak tangan melihat waktu ketika itu. Pawang Merah berkata dalam renungannya Tok Jebek telah mati dan tidak bersama-sama mereka lagi. Meskipu begitu, Pawang Maulud melihat Tok Jebek masih hidup, dan akan bersama-sama dengan mereka.
Tidak lama kemudian Tok Jebek bangun duduk berlunjur. Melihat keadaan ini, semua yang ada ketika itu lari lintang-pukang terjun tidak bertangga kerana takut. Hanya beberapa adik beradik dan saudara- mara yang rapat tidak lari sebaliknya bertanya, “Siapa kamu ni. Syaitan atau Jebek. Kalau Jebek mengucaplah.” Sejurus kemudian, Tok Jebek pun mengucap dua kalimah syahadat, lalu meminta air untuk minum. Tok Jebek minum bercawan-cawan air, tetapi kemudainnya dilarang oleh Pawang Maulud. Tok Jebek bercerita semasa tidak sedarkan diri, dia berjalan di satu padang yang sangat luas dalam keadaan keletihan dan kehausan. Tiba di tepi padang, terdapat sebatang balak yang sangat besar. Sewaktu akan melangkah balak tersebut dia mendengar satu suara. “Bukan Jebek ini yang kita jemput. Jebek lain. Hantar dia balik.” Dalam pada itu Tok Jebek tersedar dan melihat orang ramai di halaman rumahnya. Demikianlah, satu peristiwa yang agak aneh berlaku ke atas Orang Besar Bohor ini.
Pada tahun 1924 sebelum banjir besar berlaku, Tok Jebek mengambil keputusan untuk ke Mekah menunaikan Fardhu Haji. Kemudian, beliau beberapa ketika tinggal di Mekah kerana ingin mendalami pengajian agama Islam. Sesudah itu, Tok Jebek kembali ke Bohor, dan berkhidmat di bawah Sultan Abdullah sehinggalah beliau menerima gelaran Panglima Gajah Tunggal, Dato’ Setia Raja, Tok Jebek bin Tok Akil. Selain di Wilayah Bohor (Bera – Pahang), waris Tok Jebek juga ada di Negeri Sembilan, dan beberapa buah negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu. Makam ayahandanya, Tok Akil, dan makam nendanya, Tok Abdul Jabar terdapat di Makam Kuala Bohor (di Kuala Sungai Bohor berhampiran denga tebing Sungai Pahang). Makam-makam ini mudah dikenali kerana nesannya yang berbeza dengan nesan-nesan yang lain. Makam Tok Abdul Jabar yang dikenali juga dengan nama Makam Tok Karai. Di sebelah hilir makan tersebut terdapat sebuah kampung yang dinamakan Karai.
Sumber : #YHDatoAripinSaidBudayawanPahang
#bangsanusantarajaya #KisahSejarahMelayu
Ihsan : PSM Kawasan Lipis |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Harga petrol RON97 naik 37 sen kepada RM4.70 seliter
| | 25 Mei 2022
Harga runcit petrol RON97 naik 37 sen seliter kepada RM4.70 seliter. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 naik 37 sen seliter kepada RM4.70 seliter manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 26 Mei hingga 1 Jun.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, harga bagi petrol RON95 kekal pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15, meskipun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.
Harga baharu itu adalah berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
"Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... epada-RM470-seliter
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
|
|
|
|
|
|
|
dulu2 kaka pakai meksis postpaid jgk nov. bln2 boleh thn bil yg sampai.
|
|
|
|
|
|
|
|
best mod dulu2. tp tu la derang semua dah tak aktif lg.
cari pun dah buat peraturan kt mod2.
nak tak nak kenalah ikut.
|
|
|
|
|
|
|
|
tu la kan. tak yah kenal pun takpe. kang tergoda terbeli pulak produk sampah derang.
|
|
|
|
|
|
|
|
thn depan derang meroyan minta gov keluarkan lg epf...
|
|
|
|
|
|
|
|
tu la. klu dah beli pakai je la. jgn nk byk komplen.
|
|
|
|
|
|
|
|
klu nay bz, nay siapkan keje dulu.
tu lg utama. noti2 bila2 pun boleh.
klu weekend tak keluar bolehlah nay reply.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|