ehh ehhhh??
Fasha Sandha dan Jejai bercerai talak satu
20 Januari 2016 3:33 PM
KUALA LUMPUR 20 Jan. - Pelakon Fasha Sandha hari ini sah bercerai talak satu dengan Rizal Ashram Ramli di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.
Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai melafazkan talak tersebut dalam kamar hakim di hadapan Hakim Syarie, Muhamad Abdul Karim Wahab.
Pasangan itu bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua anak iaitu Putra Rayfal, 3, dan Putri Raysha Jemyma, 2.
Fasha memfailkan permohonan cerai itu pada Isnin lalu. - UTUSAN ONLINE
|