just 2 share....5 org anak...u..... kekuatan + ketabahan + kasih sayang + kesabaran + Kebijaksaan.....yg Tuhan kurniakan pd kaum hawa...
Pada tahun 2002, Didie dan Ridzuan memutuskan untuk bercerai dan Didie ketika itu merupakan ibu kepada 5 orang anak. Sejak itu Didie mula menjauhkan diri dari bidang seni ekoran sering ditanya mengenai punca penceraian pasangan artis yang popular itu. Didie pernah melalui zaman sukar sehinggakan pernah tinggal di ceruk dapur rumah kawannya selepas bercerai[3]. Didie terpaksa menumpang di rumah kawannya yang sekadar menyewa bilik di apartment itu demi mencari rezeki dan meneruskan kehidupan. Berkat pertolongan rakannya itu, Didie berjaya mendapat jawatan sebagai Pegawai Pemasaran. Dengan gaji itulah Didie mula menyara anak-anaknya serta menabung untuk membina kehidupan yang lebih baik. Berusaha membesarkan anak-anak seramai lima orang iaitu Nurdania (lahir 1993), Mohd. Danial (1994), Dinie (1996), Danie (1998), dan Diana (1999), Didie bersama adiknya, Farah dan seorang rakan kongsi (Norisham Ismail) mengumpul modal sebanyak RM20,000 membuka syarikat Didie’s Entertainment & Management pada 2003. Sebagai pengendali dan pengacara majlis, Didie bukan sekadar dapat membesarkan anak-anak tetapi juga memiliki rumah sendiri
|