CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] Bahana Memfitnah Anak Yatim DiSuruh Cium Kaki Yang Kepam #178 Pindah Sekolah

[Copy link]
Post time 18-9-2015 08:50 AM | Show all posts
gua rasa anak yatim tu tak fitnah tapi dia mengutuk si debab tu gemok serupa org mengandung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2015 09:28 AM | Show all posts
protonpersona replied at 18-9-2015 08:47 AM
Anak tokey kedai umur 14 tu .x skolah dah...setahu aku budak x skolah ni mmg ada masalah..

Oooo...iya ke?...aku ingatkan kau refer anak yatim tu yang tak sekolah....

apsal anak yatim tu ikut tanak sekolah pulak ek?....hish...rosak bebudak skrg ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
protonpersona replied at 18-9-2015 12:23 AM
umur 14 tahun dah x sekolah....bohsia kah ko dik

Tu la sis..hasil negara nak menuju negara pendapatan tinggi....5 tahun lagi pon lebih kurang gitu jugak...

British kata Melayu susah terima perubahan...tu kisah 60 tahun dulu la..tapi sama je ngan sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 10:26 AM | Show all posts
Oklah, mak budak gemuk tu tepuk tangan. Kalau aku jadik mak budak gemuk tu, aku cilikan aje budak mulut longkang ni.
Fitnah mengandung ni jatuhkan maruah org, bahlol oi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 11:12 AM | Show all posts
famri7 replied at 17-9-2015 09:11 AM
Ummah trengganu sis..xterkejut pon.

ko ummah yang mana badigol?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
fariqx replied at 18-9-2015 03:12 AM
ko ummah yang mana badigol?

Terasa ke sis? Selayaknyalah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2015 12:09 PM | Show all posts
memfitnah itu mmg salah dan berdosa besar
tp bila suruh si pemfitnah mencium kaki pembuli tu pun bukan betul
serupa cam dia pulak tuhan berhala yg minta disembah
klu gitu baiks ekeluarga berpindah aje dr dok ganu
buka kedai mkn kat tempat yg org dok sembah2 sampai ke kaki tu
br ler betul

dedua budak tu sesama salah
dgn si mak pembuli tu lg cam xde otak dok bertepuk tgn
patut jd mak tu nasihatkan dedua sekali
baik si pemfitnah waima si pembuli
bukannya dok tepuk amai2 camtu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2015 02:34 PM | Show all posts
                                            
Mia kelihatan sugul ketika ditemui Sinar Harian.
                                                                               



KUALA NERUS – Kerana berasa malu setelah video dia dipukul dan dipaksa mencium kaki tersebar di laman sosial minggu lalu, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga nekad berhenti sekolah.

        Pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Mia itu memberitahu, dua kejadian pada 8 dan 9 September lalu, di kawasan sekitar Seberang Takir telah menyebabkan dirinya dipandang serong memandangkan video itu memaparkan wajahnya secara jelas, sekali gus mencalarkan maruah dia dan keluarga.

        "Memang selama ini hubungan saya dan pelajar perempuan itu (pelajar yang memaksa cium kaki) tidak baik dan saya akui ada buat kesilapan terhadap dia. Tetapi saya telah minta maaf.

        "Pada kejadian pertama (8 September) dia minta saya bertemunya kerana ingin selesaikan perkara ini dan saya pergi jumpa dia agar perkara ini selesai. Namun saya tidak menyangka sama sekali dia kemudiannya bertindak memukul dan cuba tanggalkan pakaian saya," katanya.

        Mia mengakui masih trauma dengan kejadian itu dan memaklumkan, sehari selepas kejadian pertama, pelajar perempuan tersebut sekali lagi datang untuk berjumpa dengannya tetapi Mia cuba mengelak.

        Bagaimanapun katanya, dia didesak untuk bertemu pelajar perempuan terbabit di restoran milik keluarganya di Pantai Teluk Ketapang dengan alasan menyesal dengan tindakan pada 8 September.

        "Tanpa berfikir panjang saya pergi berseorangan ke restoran milik keluarganya itu. Ketika itu, saya dapati beberapa rakannya berada di situ dan ibunya juga ada bersama.

        "Awalnya pertemuan berlangsung dengan baik sehinggalah ibu kepada pelajar tersebut memaksa saya mencium kaki anaknya sekiranya ingin memohon maaf," katanya.

        Menurutnya, dia betul-betul tidak menyangka mereka tergamak memaksanya melakukan perbuatan sedemikian dan ketika itu dia tidak mempunyai pilihan kerana telah dikepung oleh rakan-rakan pelajar perempuan tersebut.

        Anak bongsu daripada lima beradik yang baru kehilangan bapa pada Ogos lalu menceritakan, selepas berbuat demikian (mencium kaki secara paksa), dia terus pulang ke rumah dan keesokan harinya, dia mendapat tahu video kedua-dua kejadian itu tersebar di laman sosial.

        Sehubungan itu, dia dan keluarga telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu bagi membolehkan tindakan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan video berkenaan.

        Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar mengesahkan telah menerima laporan mengenai kejadian itu.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/video-dipukul-dipaksa-cium-kaki-tersebar-1.432179


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2015 02:43 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 18-9-2015 02:34 PM
Mia kelihatan sugul ketika ditemui Sinar Harian.
     ...

sis gosh apa kesalahan yang dia buat sampai keluarga tu marah sgt? mesti ada sebab yg sangat berat ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 02:46 PM | Show all posts
fitnah tu sama mcm makan daging sedara sendiri..nasib baik ko kena denda cium kaki je dik
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 03:10 PM | Show all posts
title anak yatim tu bukan tiket tuk suh orang kesian kat ko ke hulu ke hilir...nama baik arwah mak ayah tu kena jaga elok2..ni tak, mulut cam poke fitnah mengata orang

pokoknya dua2 ku padankan muke je...nak nak orang negeri T kan..memang tidak mendapat simpati sowwi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2015 03:44 PM | Show all posts
Vellfire replied at 18-9-2015 06:43 AM
sis gosh apa kesalahan yang dia buat sampai keluarga tu marah sgt? mesti ada sebab yg sangat berat ...

ini dari mulutnya sendiri katanya "bergurau" mengatakan anak tokey kedai tu mengandung sis vell
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapak baru je meninggal bulan lepas....patutnya ko tengah sibuk baca yasin sedekah al fatihah... ni tak, ko sibuk wat skrip drama org ngandung lak... skrg tak nak gi skolah lak..... ko nak jadi retis ke dikkk...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 04:59 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 18-9-2015 02:34 PM
Mia kelihatan sugul ketika ditemui Sinar Harian.
     ...

kalau akak pun umo mcm ko,  ada kawan akak fitnah akak ngandung x berlaki, jatuh maruah akak dik....tau je la mokcik kiah, mkcik siah yg duk bersidai petang2 menggosip tu, habis nnt dijaja kisah akak ngandung x berlaki....sapa yg malu akak ka ko dik....

denda cium kaki tu ok la dik dari ko kena belasah mcm budak2 lain tu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2015 05:19 PM | Show all posts
krustykrab replied at 18-9-2015 08:59 AM
kalau akak pun umo mcm ko,  ada kawan akak fitnah akak ngandung x berlaki, jatuh maruah akak dik.. ...

yelah kalau kecik kawasannya lagi la cepat berita merebak.hangin gamaknya.cuma cara tu la dah macam gangster2 hahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2015 12:39 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 18-9-2015 02:34 PM
Mia kelihatan sugul ketika ditemui Sinar Harian.
     ...
menyebabkan dirinya dipandang serong memandangkan video itu memaparkan wajahnya secara jelas, sekali gus mencalarkan maruah dia dan keluarga
abeh ko pi fitnah budak tu mengandung, ko tak pikir lak maruah budak tu n keluarga dia?

suka beno guna tiket anak yatim untuk buat menda tak btol...  pastu pay victim...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2015 04:26 PM | Show all posts
owhh.. dia fitnah (katanya bergurau) member dia mengandung.. dik, ko anak yatim tp buat pitenah? selayaknya jua kau dihina mcm tuh. cuma iols tetap x setuju smpai suh cium2 kaki.


lainkali tolong guna otak, baik budak yg kena cium kaki atau budak yg kena pitenah. apatah lagi mak yg bertepuk tgk itu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2015 07:56 AM | Show all posts
JPN diminta pindah mangsa buli        
  
               
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Terengganu diminta memindahkan remaja perempuan mangsa buli, Salmiah Salim, 15, untuk meneruskan persekolahan di sekolah lain atau menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), bulan depan.

Selain itu, kerajaan negeri juga meminta JPN kemukakan laporan lengkap punca  mangsa dibuli termasuk diarahkan mencium kaki seperti disebarkan melalui laman sosial, dua minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas negeri Ghazali Taib berkata, kerajaan negeri memandang serius kes buli itu hingga boleh menimbulkan kebimbangan termasuk diejek dan dicemuh rakan lain apabila mangsa meneruskan persekolahan di sekolah lama.

Menurutnya, kerajaan negeri mahu meneliti secara keseluruhan punca utama menyebabkan kes itu berlaku.






      Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 September 2015 @ 5:41 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/79017#sthash.lij5Z4p5.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
bala tempah sendiri miah
ko.pindah skola baru pon muati kawan kawan baru xmau dekat
takut kene fitnah jugak
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
cicakgemok replied at 17-9-2015 12:24 PM
Bila pulak tibang maksudnya macam tu..tibang maksudnya pukul...fans t-team guna slogan tibang t-te ...

mnurut sedara mara keturunan mak aku yg asal mmg area ni jgk tibang means balun..kedai ikan celup tepung ni not bad jgk sdpnye klo fmly aku blk melawat toknek gn tokki aku..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.100003 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list