CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

KOLEKSI CERPEN - (6) Misteri Thriller- TAMAT) -page #7

[Copy link]
Post time 3-7-2015 01:36 PM | Show all posts
Ipo replied at 3-7-2015 01:35 PM
cari kat rumah hijau tu..nanti jumpa karipap bawah saji

jenuh cari.. pusing bazar pun tak mampu nampak karipap yang menyentuh jiwa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2015 01:39 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 3-7-2015 01:36 PM
jenuh cari.. pusing bazar pun tak mampu nampak karipap yang menyentuh jiwa

cari kuih lain la..popia ka..puding ka..
kuih mahal la ni
buat sendiri la..ni puding oreo semalam..baru habis sahur tadi


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 01:46 PM | Show all posts
Ipo replied at 3-7-2015 01:39 PM
cari kuih lain la..popia ka..puding ka..
kuih mahal la ni
buat sendiri la..ni puding oreo sem ...

sebab karipap makcik ipo la ni..
dok berulang menjelma bawah tudung saji napa??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2015 02:14 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 3-7-2015 01:46 PM
sebab karipap makcik ipo la ni..
dok berulang menjelma bawah tudung saji napa??


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2015 02:30 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 5-7-2015 01:28 AM

(6) BONGKAR
>>>>>>cerita  ni asal tajuknya Rahsia Ichah (juga koleksi aku). Aku dah ubah sikit jalan cerita dan kat sini aku tukar tajuk. Citer



SUASANA  semakin cemas. Gayah, pembantu klinik Dr. Razif  mundar mandir di luar klinik sambil memegang kepala. Buntu dan bingung! Dia sudah bingung dengan sikap Dr. Razif yang sudah hilang akal. Habis dihalaunya semua orang termasuk pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan. Pintu terpaksa ditutup dan diletakkan pelekat ‘CLOSE’. Dia masih mundar mandir di tepi kaunter depan. Nampaknya Dr. Razif sudah dirasuk. Dia perlu segera dapatkan pertolongan. Kalau tidak, doktor muda itu akan menemui ajal. Tadi sebelum dia meluru keluar dari bilik rawatan itu, doktor muda itu seperti ingin merodok perutnya sendiri dengan gunting. Tidak berani dia mendekati doktor muda itu melihatkan mata dan wajah lelaki itu seperti dalam keadaan hilang akal. Laju dia berlari ke arah deretan kedai yang kebanyakannya sudah pun tutup. Jarum jam sudah sebelas setengah malam.

Di dalam bilik rawatan pula, Dr.Razif masih bertarung dengan nyawa sendiri. Gunting yang digenggamnya seolah cuba merodok perutnya sendiri. Susah payah dia menarik tangan yang tergenggam gunting itu jauh dari perutnya tetapi seperti ada satu kuasa menolak gunting itu semakin dekat dengan perutnya.

Zup!

Terbeliak mata Dr. Razif. Gunting itu sudah terkena perutnya sendiri. Meleleh  cecair merah keluar dari tempat tikaman itu. Sempat dia melihat bayangan di depannya dekat dengan meja yang selalu digunakan untuk merawat pesakit. Jelas dari bayangan itu, dia melihat satu susuk berupa seorang perempuan tetapi tidak jelas rupa parasnya. Perempuan itu memandang tajam ke arahnya dengan ketawa hilai yang sungguh nyaring.

Zup!Zup! Zup!

Kali ini bertubi-tubi gunting itu dirodok ke perut. Dr. Razif tidak mampu melawan kuasa yang sudah menggila mengawal tangan kanannya sendiri merodok perutnya berkali-kali. Dia rebah tidak bermaya.

Dari jauh, seorang gadis melihat keadaan di sekitar kawasan klinik itu dengan penuh sabar. Kereta polis mula tiba dengan pembantu klinik perempuan tadi yang sudah tergesa-gesa masuk ke dalam klinik semula. Suasana kelam kabut dan cemas di klinik milik Dr. Razif itu. telefon bimbit diambil dari dalam poket seluar. Dia mula menghubungi seseorang.

"FYI, Razif sedang bertarung nyawa di klinik." Talian diputuskan. Keretanya mula bergerak keluar dari kawasan itu dan dia pasti, sebentar lagi semuanya akan berakhir bagi doktor muda itu.


Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 02:46 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 3-7-2015 01:36 PM
jenuh cari.. pusing bazar pun tak mampu nampak karipap yang menyentuh jiwa

jangan terbeli karipap angin dah ler



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2015 02:59 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 3-7-2015 02:46 PM
jangan terbeli karipap angin dah ler

alahai... kesiannya
itu salah satu sebab iols phobia nak beli noks..
harap-harap makcik tu sudi datang rumah iols..
iols tak kunci pintu belakang tau makcik
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 03:01 PM | Show all posts
yeay... cerita baru..
harap-harap tak ada la elemen kuih muih sebagai pembuka selera
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2015 03:55 PM | Show all posts

harap the main character girl ye.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2015 06:40 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 3-7-2015 03:01 PM
yeay... cerita baru..
harap-harap tak ada la elemen kuih muih sebagai pembuka selera

kali tak dak kuih muih ketupat rendang bagai..
ada darah je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2015 06:41 PM | Show all posts
Esmiria replied at 3-7-2015 03:55 PM
harap the main character girl ye.

awat hang duk minat tang girl je yang jadi main character?



Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 06:44 PM | Show all posts
Ipo replied at 3-7-2015 06:41 PM
awat hang duk minat tang girl je yang jadi main character?

klo nk wat watak laki. pastikn laki tu sado.muaha.

nk.tgok.gak.girl.jdi hero dlm cter ni.selmtkn.org kna rsuk...

atau pasangan laki bini jdi  penyelamatnya..hmm..how sweet.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 06:45 PM | Show all posts
Ipo replied at 3-7-2015 06:40 PM
kali tak dak kuih muih ketupat rendang bagai..
ada darah je

yeah darahhhhhhhhh!.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade citer bru...im waiting....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2015 09:20 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 3-7-2015 02:46 PM
jangan terbeli karipap angin dah ler

aku nampak tangan lagi besar dari karipap..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2015 10:06 AM | Show all posts
Kereta dipandu menuju ke sebuah rumah di pinggir ibu kota.  Tiba di rumahnya yang disewa di sebuah apartment, si gadis berehat di sofa. Fikiran melayang pada kejadian di klinik tadi. Ya, kejadian yang diberitahu kepadanya oleh seseorang hanya melalui mesej pesanan ringkas. Telefon bimbit dicapai dan mesej yang diterima itu dibaca sekali lagi.

'Malam ini giliran Razif akan ke neraka.'

Si gadis meraup muka. Razif, pernah bertakhta di hatinya satu ketika dulu tetapi perasaan itu terpaksa dikuburkan sedalam-dalamnya selepas segalanya terbongkar. Perasaan itu juga dilempar sejauh-jauhnya ke tengah lautan. Hanya keadilan yang dia perlu lakukan sekarang ini. Ternyata niatnya selama ini seperti didengari oleh seseorang. Seperti diketahui seseorang yang dia sendiri tidak tahu siapa gerangannya. Apa yang pasti, orang itu memberinya maklumat tepat kepadanya dan merealisasikan apa yang dia ingin lakukan selama ini.

"Siapa dia ni sebenarnya?"

Sekali lagi si gadis meraup muka. Mungkin ketika ini Razif sudah meninggal dunia. Dia menghubungi semula nombor yang sama mengatakan Razif sedang bertarung nyawa. Suara di hujung talian hanya menjawab 'hmm' sahaja. Terus talian putus.  Pelik juga keadilan yang dia inginkan telah dilangsaikan oleh seseorang yang langsung dia tidak tahu. Bagaimana orang itu tahu tentang semua itu dan juga niatnya? Malah, selama ini dia seperti diperhatikan sahaja.

Si gadis memerhati pula pada maklumat yang diterimanya. Maklumat insan-insan yang terlibat. Nombor salah seorang insan-insan itu dipilih dan satu mesej ringkas dihantar. Perasaannya bercampur baur. Segalanya berkecamuk. Lemah si gadis bangkit dari sofa. Dia melangkah ke petak bilik. Komputer riba dibuka dan dia menyambung menaip manuskrip yang seterusnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2015 10:32 AM | Show all posts
Ipo replied at 4-7-2015 10:06 AM
Kereta dipandu menuju ke sebuah rumah di pinggir ibu kota.  Tiba di rumahnya yang disewa di sebuah a ...

susah nk speku.hmmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2015 12:37 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 5-7-2015 12:39 AM

DANNY terduduk di sofa. Mesej yang baru diterima tadi cukup membuatnya terkesima. Berkali-kali dia ulang membaca mesej itu. Mana  tahu matanya tersilap melihat. Nombor yang tertera di skrin dari mesej itu juga tidak dikenali milik siapa. Sudah banyak kali dia menghubungi semula nombor itu tetapi tidak berjawab. Dia tahu nombor itu ada pemiliknya kerana pertama kali menghubungi tadi, ada nada dering dan tidak berjawab.

"Apa aku nak buat ni?" Dahi diketuk-ketuk dengan buku lima jemarinya. Danny mundar mandir lagi sambil ligat otak memerah. "Ah, daripada aku bingung sendiri kat sini, baik aku ke sana."

Danny segera capai kunci kereta. Waktu sudah menghampiri lewat malam. Dia tahu papa dan mama sudah lama lena dibuai mimpi. Langkahnya diatur perlahan keluar dari rumah itu ke garaj. Kereta BMW hitam dipandu keluar dari halaman rumah. Dia perlu menyiasat sendiri apakah benar mesej yang diterima tadi. Sambil memandu kereta, Danny cuba menghubungi nombor Razif. Tiada jawapan. Dia cuba lagi dan kali ini ada yang menjawab. Terkejut mendengar suara di hujung talian yang memberitahunya keadaan Razif. Muka Danny mula pucat. Bermakna mesej yang diterima tadi adalaha benar!

Kereta diberhentikan di bahu jalan. Kedua tangannya masih melekat pada stereng. Razif sudah mati. Benar..Razif sudah mati! Saat mendengar suara yang menjawab tadi, terasa seluruh anggota tubuhnya terketar-ketar. Degupan jantung bagai dipam kuat.

"Aku kena beritahu yang lain.."

Lalu seorang demi seorang rakan sekampusnya dulu dihubungi. Kereta dipandu semula menuju ke destinasi yang sudah dipersetujui. Tiba di destinasi,  melilau dia mencari kelibat Jeff. Tadi dia sudah berjanji akan berjumpa di situ. Dannny tunggu di tepi kereta. Sesekali dia melihat sekitar tempat letak kereta di sebuah restoran mamak yang dibuka 24jam. Dia lihat jarum jam di pergelangan tangan. Hampir dua belas setengah malam. Bibirnya mula mengukir senyum sebaik terpandang kereta Jeff memasuki kawasan letak kereta di  depan restoran mamak itu. Laju sahaja dia menapak ke kereta Jeff.


“Jeff, kau sorang je ke?” Danny intai ke dalam kereta Jeff.

Jeff buka pintu dan mula berdiri di sebelah Danny yang sudah kelihatan pucat mukanya. Nampak gelisah dan ketakutan.

“Aku ada call Zamrul tadi. Dia belum sampai?” Jeff pandang sekitar restoran.

“Belum. Kyle macam mana?” Danny bertanya pula kawan mereka seorang lagi.

“Mana aku tahu? Kau ada call dia ke tadi?” Jeff mula mengajak Danny ke restoran.

“Tak..aku ingat kau yang call dia.” Danny turut mengikut Jeff,beriringan menuju ke restoran.

Tiba di restoran mereka mula memesan minuman sejuk. Jeff masih memerhati Danny yang kelihatan pucat dan gelisah.Tadi dia terima panggilan dari Danny. Jelas ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku. Riak Danny sudah lain.

“Kenapa dengan kau ni? Apa yang penting sangat kau nak beritahu aku ni?” Jeff betulkan duduknya. Dia pandang Danny yang masih gelisah. Kunci kereta diputar-putar di hujung jari telunjuk.

“Kita tunggu Zamrul dan Kyle sampai dulu.” Danish pandang sekitar restoran. Tiada kelibat Zamrul dan Kyle.

Air yang dipesan sudah mula tiba dimeja. Laju sahaja Jeff meneguk  teh ais sampai habis setengah gelas. Dari tadi tekaknya terasa haus. Sekali lagi dia melambai ke arah pelayan restoran dan  memesan segelas lagi teh ais. Matanya melirik melihat Danny yang masih kelihatan gelisah dan resah. Nampak jelas peluh di dahi Danny menitik ke sehingga ke pipi.

“Hah..tu dia orang dah sampai!” Jeff melambai ke arah Zamrul dan Kyle yang nampaknya sampai berdua dengan sebuah kereta.

Hey guys! Dah lama tunggu?” Zamrul menegur. Dia melabuhkan punggung di sebelah Danny.

Kyle pula duduk di sebelah Jeff. Senyuman dilemparkan kepada lelaki itu. Sejak dia putus cinta, entah kenapa dia seperti fobia dengan perempuan dan perasaannya mula bercambah untuk Jeff. Gila! Dulu, dia cuba menafikan perasaan itu pada Jeff tetapi dari sehari ke sehari, setiap kali menatap wajah tampan Jeff, dia seperti terawang-awang dengan perasaan sayang. Kadang-kadang keliru dengan perasaannya sendiri. Cuba dilemparkan jauh-jauh perasaan pelik itu kerana dia masih normal dan tidak mungkin terjerumus dalam dunia kelabu!

Zamrul dan Kyle mula pesan minuman dari seorang pelayan restoran yang sudah tercongok di depan meja.

Guys,apa hal nak jumpa malam-malam ni?” Zamrul mula bertanya. Dia mula berkerut kening melihat Danny sudah pucat.

“Tadi..aku terima sms dari seseorang.  Mesej tu mengatakan yang Razif sudah mati.”Danny mula buka cerita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2015 01:08 AM | Show all posts
Semua yang lain hanya ketawa mendengarcerita Danny yang dianggap hanya berjenaka. Danny sudah mula geram bilakawan-kawannya tidak pernah hendak serius dalam apa jua hal sekali pun. Sejakdi kampus lagi mereka berlima bersikap begitu. Semua perkara dianggap remeh!

“Aku serius ni bro!” Suara Danny meninggi.Ada ketapan kuat pada sebaris giginya.

Mereka bertiga mula terdiam. Muka Danny sudah merah padam. Memang serius! Zamrul pandang lagi Danny yang sudah kemerahanmukanya. Agaknya menahan marah bila diketawakan kata-katanya tadi. Razif mati??? Baharu semalam diaberjumpa dengan Razif bagi mendapatkan rawatan sakit kakinya yang terseliuh.

“Kau kata Razif dah mati? Kau okey ke nibro?” Zamrul sengih. Bahu Danny ditepuk-tepuk.

“Aku serius ni! Aku sendiri call nombor Razif. Orang yang menjawab call aku tu cakap,  Razif sudah mati diklinik. Razif bunuh diri! Dia tikam dirinya sendiri dengan gunting bedah!”Danny berterus terang. Itu yang diceritakan oleh perempuan yang membuatpanggilan tadi.

Sekali lagi mereka yang ada situterdiam. Jeff pandang  Danny tidakberkelip. Kyle pula sudah berkerut kening mendengar kata-kata Danny.  Dia tidak percaya.

“Danny..kau cakap baik sikit. Razif tukawan kita. Sejak di tahun satu lagi kita berkawan rapat. Takkan benda macam nipun kau nak bawa bergurau?” Kyle pula bersuara.

Danny sudah dapat meneka. Tentu merekasemua tidak percaya pada kata-katanya. Memang masa mendengar suara dari perempuanitu tadi pun, dia tidak percaya kata-kata perempuan itu tetapi setelah perempuanitu memberitahu  secara terperincibagaimana rupa dan keadaan Razif dan di mana klinik Razif, jelas perempuan itutahu semuanya tentang Razif!

“Baiklah.Cuba kau call nombor Razif.” Danny suruh Zamrul menghubungi Razif.

Zamrul mula mendail  nombor Razif. Tidak berjawab. Sekali lagi diadail nombor doktor muda itu. Juga tidak berjawab.

“Kan? Selalunya dia tak macam ni.”Danny mula meraup muka.

“Mungkin dia sibuk dengan patient ke, atau dia dalam bilik air ke? Kau ni percaya sangat kat perempuan gila tu! Siapa dia tu?  Kau kenal ke sampai kau percaya  kata-kata dia?” Jeff pula menyampuk.

Danny diam. Dia pun sudah bingung. Kopiais diteguk perlahan. Dia sudah buntu memikirkan panggilan tadi. Memang diasendiri tak ingin percaya.

“Eh, cuba kau tengok tu!” Kyle tudingke arah kaca tv di depan restoran dekat dengan meja kaunter bayaran.

Berita  yang disiarkan mengenai kematian seorang doktor muda disebuah klinik dengan kesan tikaman bertubi-tubi di bahagian perut dipercayai enggunakan  gunting bedah disiarkan dalam berita terkini.Masing-masing terdiam. Mereka saling berpandangan sesama sendiri. Mata merekaberalih lagi ke arah kaca tv, jelas dalam berita itu nama mangsa adalah Dr.Razif Sulaiman.

“Sekarang korang dah percaya?” Danny pulangkan paku buah keras. Dia semakingelisah. Apa yang dikatakan oleh perempuan itu ternyata benar!

Senyap. Masing-masing sudah mula serius.Danny perhatikan setiap wajah di depannya. Masing-masing sudah mula pucat.Gelisah dan serba tidak kena. Jelas di wajah mereka ada rasa takut. Kematian Razif yang disiarkan dalam berita di kaca tvtadi sudah terang mengesahkan apa yang dikatakannya tadi. Bermakna perempuanyang menjawab panggilannya  tadi tidak berbohong.  

“Macam mana sekarang?” Danny pandangseorang demi seorang.

Mereka masih diam membisu. Tiada sepatahkata pun keluar dari mulut mereka. Danny masih menunggu kata-kata dari setiap bibirlelaki yang pernah digelar ‘geng macho’ suatu ketika dulu semasa di  alam universiti dulu.

Guys!Aku tanya! Now what??” Danny sudahgeram. Mulut masing-masing seperti sudah dijahit! Diam seribu bahasa!

“Nak buat apa lagi? Bukan boleh hidupkansemula Razif tu!” Jeff mula menjawab.

“ Eh, kau sedar tak, Razif tu kawan baikkita tau tak! Kematian dia tu ada kaitan dengan kita semua! Kau faham tak??” Danny mengetap bibir. Rasa nak bagi pelempang sebiji ke muka Jeff.

“Sudahlah! Dari buang masa bertengkarkat sini, baik kita ke klinik Razif. Kita tengok sendiri apa yang dah berlaku.”Usul Zamrul yang juga sudah buntu dengan kejadian itu.

Mereka berempat menghabiskan minumanmasing-masing sebelum bertolak ke Taman Tun Dr. Ismail.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2015 01:26 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 5-7-2015 11:47 AM

TIBA di klinikRazif, sudah ramai yang mengerumun tempat itu  di luar klinik. Pihak polis juga sudah lama sampai di situ, siap dengan tali rentang polis yang berwarna kuning. Danny dan kawan-kawannya mula mendekati pintu cermin klinik.

Err..encik,apa yang dah berlaku?” Danny cuba bertanya salah seorang yang berdiri di situ.Terjenguk-jenguk ke arah dalam klinik. Saja dia bertanya inginkan kepastian.

“Doktor Razif. Kasihan..dengar cerita doktor tu bunuh diri..”

Danny berpaling ke arah Zamrul yang turut tercengang dengan apa yang berlaku. Kyle dan Jeff pula masih diam membatu di belakang Zamrul. Seketika kemudian, mayat Razif dibawa keluar yang sudah ditutup dengan plastik hitam. Pihak polis melarang memasuki klinik itu yang sudah ditutup dan dikunci. Jelas Danny melihat keadaan di sepanjang koridor menuju ke bilik rawatan itu dipenuhi dengan darah. Di lantai dan didinding. Penuh dengan  darah yang sudah memercik di sana sini.

“Eh, adik buat apa kat sini?”

Danny menoleh. Terkejut melihat abangnya di situ. Dia senyum hambar.“Oh..abang, abang pun buat liputan kat sini ke?”

Darwis angguk. “Adik buat apa kat sini?”

“Tak..kebetulan adik lalu area sini, tengok orang ramai berkerumun kat sini. Kami datang la nak tengok apa ke bendanya..” Sekali lagi Danny senyum kelat. Cuba berbohong.

“Kami?” Darwis berkerut kening.

“Adik datang dengan kawan-kawan ni ha..”

“Baik balik. Kawasan ni dah jadi kes polis. Abang datang ni pun sebab abang dibenarkan buat liputan kat sini.”Darwis belek kamera Canon kepunyaannya. Sempat dia merakamkan beberapa foto tempat kejadian di klinik Razif tadi.

Danny hanya mengangguk. Dia mengajak kawan-kawannya beredar dari situ. Mereka mula menaiki kereta menuju ke restoran mamak tadi. Kereta Zamrul masih berada di kawasan restoran tadi. Danny terus pulang ke rumah sebaik sahaja menghantar Zamrul ke restoran itu.

Tiba di rumah, papa dan mama sudah lama tidur. Hanya Mak Jah sahaja yang masih sibuk mengemas di dapur.

“Mak Jah belum tidur lagi?” Tegur Danny.Dia jeling jam. Sudah hampir satu setengah pagi.

“Belum..ada sikit lagi ni nak kemas.” Mak Jah senyum. Dia menghabiskan membasuh pinggan dan mengelap meja makan sebelum masuktidur. Dia tahu Danny selalu pulang lewat malam. Dia sudah masak dengan perangai anak bujang tuan rumah itu. Lain benar sikap Danny kalau dibandingkan dengan Darwis. Kembar Danny.

Danny masih termenung di meja makan.Segelas air kosong yang diambil dari peti sejuk tadi diteguk seketika. Otak ligat memikirkan kematian Razif yang secara tiba-tiba. Apa yang memeningkan lagi,  mesej dari nombor yang tidak dikenali tadi. Bila diingatkan kembali kejadian yang baharu sahaja berlaku tadi, dia mula rasa seram dan takut. Itulah pertama kali dia menerima panggilan pelik dan benar seperti itu.

Sekali lagi telefon bimbitnya berdering nada mesej, mengejutkannya dari lamunan. Danny lihat nombor yang tertera di skrin telefon.  Nombor yang tidak dikenali dan yang pasti nombor itu bukan nombor yang sama yang menghantar mesej kepadanya tadi.  Mesej itu dibuka dan dibaca.

‘Kau sudah tengok bukan? Kau tunggu giliran kau dan kawan-kawan kau!!’

Telefon bimbitnya terjatuh ke atas meja.  Muka Danny semakin pucat. Dia terkedu di kerusi. Banyak kali dia menelan liur. Peluh semakin laju menitik. Mesej itu berbaur ugutan!  Danny bangun perlahan dan mula menapak ke singki. Dia membasuh muka beberapa kali. Lama dia termenung di tepi singki. Mak Jah dilihat sudah menapak ke bilik.

Danny melangkah lemah menaiki anak tangga ke tingkat atas rumah banglo dua tingkat itu. Dia menapak ke biliknya.Sempat dia menjenguk bilik Darwis, kembarnya yang dilahirkan dua puluh tujuh tahun yang lalu. Walaupun dilahirkan sebagai kembar tidak seiras tetapi ramai yang mengatakan dia dan Darwis mempunyai wajah yang agak seiras. Darwis hanya lima minit tua darinya. Semua perkara dilakukan bersama. Dari hobi sehinggalah kepada aktiviti sukan. Cuma selepas tamat SPM, dia dan Darwis mula berpisah.Darwis melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dan dia pula menyambung pelajaran di UK. Namun begitu minat mereka tetap sama.Mereka sama-sama mengambil jurusan kejuruteraan.

Di bilik, Danny merebahkan tubuhnya diatas katil. Mata masih menala ke siling putih. Segala yang terjadi pada Razif cukup membuatnya terkedu. Entah motif apa mesej yang diterimanya itu. Dari mesej itu, sudah jelas yang orang itu mempunyai motif membunuh Razif. Orang itu mungkin terlibat secara tidak langsung dalam kes kematian Razif.

“Pelik..kenapa Razif bunuh diri? Macam mana orang tu tahu yang Razif mati bunuh diri?” Danny masih ligat berfikir.Sarat di benaknya dengan persoalan yang tidak mungkin dapat dijawab dengan mudah. Sukar untuk merungkai.

“Macam mana orang tu tahu aku sudah tengok kejadian tu?” Danny menelan liur. Mungkin orang itu turut berada sekali di tempat kejadian tadi semasa dia sampai di sana.

Lampu bilik ditutup.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.070893 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list