CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: isaura.

KISAH 'MACAM-MACAM ADA'

[Copy link]
 Author| Post time 7-1-2015 06:48 AM | Show all posts
Assalamualaikum

Seminggu ni busy sampai tak dapat online langsung...

Nanti akak sambung sikit lagi story
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-1-2015 06:58 AM | Show all posts
Ipo replied at 1-1-2015 10:46 AM
suka dengan post ni..ada hikmahnya kak..

saya baca kisah akak ni..memang nak menangis kerana ha ...




ya, memang itulah kenyataannya.  Selagi tak kena batang hidung sendiri, memang susah nak percaya sebab kadang-kadang cerita macam cartoon je tapi itulah kenyataan.  Bila kita deal dengan benda-benda macam ni kadang-kadang macam tak logic.  Ada salah seorang daripada saudara mara akak sendiri sampai 'mencebik' bila dengar pasal ni, lepas tu senyum sinis je.  Dulu-dulu akak kecil hati juga, tapi sekarang akak belajar berhenti bercerita dengan keluarga sendiri (kecuali seorang dua yang betul-betul rapat sahaja).

Paling tak best bila ada yang cakap 'kenapa asyik family you je yang kena, ni mesti banyak betul salah you all pada orang ni!', 'i tak pernah jumpa pun benda-benda macam ni, pelik asyik you je nampak'.

JANGANLAH MINTAK JUMPA kecuali iman dan ilmu didada cukup...dan kenapa orang kena, kenapa tidak kita kena itu manalah kita nak tahu...mungkin betul ada buat salah, mungkin tak ada tetapi pada yang tak pernah kena ni sebenarnya mereka kena belajar berhenti mendabik dada....takut Allah duga nanti, nauzubillah!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 07:00 AM | Show all posts
hest replied at 1-1-2015 12:53 PM
kakak.. nak lagi.. moga Allah permudahkan semua urusan akak dan keluarga akak, baik untuk berubat at ...



terima kasih hest
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 07:02 AM | Show all posts
ragnarox replied at 2-1-2015 03:27 PM
Boleh bagi tau hint tak resort mane nie? negeri mane?



resort di Melaka....tepi laut....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 07:03 AM | Show all posts
fadzyjemi replied at 5-1-2015 09:05 PM
Bestnyeeeee!!!! Xsabar nk tunggu update



jap ya...akak tengah menaip laju-laju ni kat notepad
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 07:30 AM | Show all posts
Terbaru fresh from the oven....baru berlaku minggu lepas

Dalam family akak ni yang senang nampak dan 'rasa' ialah anak sulung akak. So sebab itu juga lah banyak akak dapat cerita dari dia.

Suatu malam, dia sedang berchatting dengan best friend lebih kurang pukul 3am tak habis lagi.  Sekitar waktu itu jugalah dia dengar ada suara perempuan berbisik-bisik dan menyanyi-nyanyi di luar (maksudnya di bahagian belakang rumah yang jarang sangat orang lalu).

So dia berhenti buat apa sahaja untuk concentrate dengar apa yang dibualkan.  Menurutnya, suara tu seolah-olah seorang perempuan bercakap sendirian dan kadang-kadang menyanyi.  Sekiranya ikut logic akal kami yang duduk kawasan ini, tak ada orang gila dan tak ada orang yang nak lepak kat are belakang rumah sebab gelap dan tak ada orang nak lalu lalang kawasan itu.  Apatah lagi jam 3 pagi, tetapi akak tak menolak kalau benar manusia sebab yang penakut akak je confirm tak akan lepak dalam gelap...orang lain belum tentu

Masa dia tengah concentrate nak dengar butir bicara, tiba-tiba berbunyi suara kucing yang sangat kuat dan nyaring.  Seminggu lepas setiap malam memang bunyi kucing macam melolong dan menderam-deram (akak tak tahu nak guna terms apa sebenarnya) di kawasan belakang rumah.  Kucing ni akan berbunyi sekitar jam 3 pagi (mungkin nak mengawan, mungkin bergaduh, wallahualam kami tak pernah nak check).  Sepupu akak belakang rumah pun dengar cuma yang hairannya hanya seekor sahaja yang berbunyi dan sebenarnya di waktu siang memang tak ada kucing berkeliaranpun.  Kami memang agak pelik juga sebab selama tinggal di kawasan ni susah nak dengar bunyi kucing bising tengah malam but yelah, mana tahu kali ni ada yang jadikan 'port' alley belakang rumah kami jadi tempat bergurau senda.

Menurut anak akak, sebaik lepas bunyi kucing tu, dia terdengar suara lelaki yang garau menegur 'hoi....hoi....hoi...' betul-betul ditingkap  biliknya (memang tak ada siapa boleh lepak-lepak luar tingkap kecuali penjahat).  Katanya suara tu memang betul-betul garau dan menyeramkan.

Agaknya sebab anak akak ni dah letih nak melayan, dia boleh buat donno je (walaupun katanya payah jugalah nak tidur)......

Kebetulan sekitar waktu itu juga, akak yang sedang cuba nak tidur terganggu dengan kelibat putih yang mundar mandir (laju pergerakannya) dekat dengan tempat tidur. Kesian suami akak kena 'debik' belakang badan.  Akak la jadi tukang 'debik' sebab panic punya pasal.  Tapi sekadar itu sahajalah yang akak nampak pun...Esoknya akak dengan anak sulung akak pening kepala sebab tak cukup tidur
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-1-2015 07:33 AM | Show all posts
mula-mula masa anak akak cerita akak ingat yang menegur dia di tingkap tu suara perempuan...rupanya bila akak double confirm suaranya lelaki + perempuan dan sangat garau (masa anak akak cuba immitate suara tu memang berdiri bulu roma).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 07:47 AM | Show all posts


SUARA PEREMPUAN MENANGIS DALAM BILIK AIR

Satu malam sekitar hujung tahun 2013 akak kena ganggu, tetapi masa benda tu berlaku memang mati-mati akak ingat 'real'.  Rupanya kena tindih.

Akak terbangun tengah malam dan terkejut bila tengok 1 bilik penuh dengan kupu-kupu (ni yang jenis macam selalu ada dalam cerita hantu orang puteh tu).  Berterbangan dan menutup keseluruhan tingkap bilik.  Memang panic lah waktu itu.

So sebab panic, akak cuba nak telefon ayah akak kononnya nak mintak tolong.  Kebetulan handphone baru reformat waktu itu, so no telefon ayah tak ada dalam memory dan akak pulak kalau bab no telefon memang payah nak ingat.  Maka, akak bangunkan suami mintak no telefon ayah.

Suami akak memang tengah tidur waktu tu, so bila orang tengah syok tidur mesti bengang kalau kena ganggu kan...so dia marahlah jugak kenapa tengah-tengah malam nak telefon ayah.  Akak pun hairan kenapa suami relax je sedangkan 1 bilik dinding dan tingkap penuh dengan kupu-kupu buruk, besar pulak tu!  Lepas bagi no telefon ayah, suami sambung tidur balik.

Akak ni sebab dah ketakutan, cepat-cepatlah telefon ayah.  Waktu telefon tengah berdering, sementara nak menunggu ayah angkat telefon akak terdengar suara perempuan menangis dari dalam bilik air tidur kami!  Memang seram gila waktu tu.

Suara perempuan menangis ni kalaulah akak boleh record voice untuk immitate cara menangisnya memang berdiri bulu roma sebab macam sedih sangat, macam sayu sangat.

Waktu akak terdengar suara perempuan menangis ni lah baru akak perasan yang sebenarnya akak kena tindih.  So cepat-cepatlah akak memaksa untuk bangunkan diri sendiri. Selepas berhempas pulas bangun, akak paksa suami bangun juga - minta no telefon ayah.

Tak pepasal akak kena marah 'live' sebab subuh buta nak telefon ayah.  Waktu tu memang akak dah rasa nak menangis dah bukan sebab kena marah, tapi sebab akak takut sangat dengan suara perempuan menangis tu...Kena paksa tidur pun mata akak asyik pandang pintu bilik air je (mulalah asyik fikir kalau-kalau benda tu keluar dari toilet).  

Toilet dalam bilik tidur ni memang akak tak berapa gemar guna (akak selesa guna bilik air di tingkat bawah).  Suami yang selalu guna bilik air di master bedroom ni.  

Akak malas nak panjangkan cerita dengan suami sebab nanti in the end akak jugak yang kena bebel, so esoknya akak buat normal je lah...sehinggalah malam berikutnya suami akak kena kacau (padan muka dia!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-1-2015 07:58 AM | Show all posts
bersambung...

Malam berikutnya, tiba-tiba akak dikejutkan dengan jeritan suami.  NI bukan sekadar menjerit je, ni termasuklah segala ayat *&%$(*)#@ semua keluar dari mulut suami sambil mata pandang ke arah pintu bilik air kami.

Jika malam sebelum tu akak takut je, kali ini akak takut sampai hilang semangat sekejap.

1. sebab terkejut sangat (suara suami akak ni macam mikrofon so cuba bayangkan orang suara besar menjerit dan marah, tak ke rasa nak terkencing mendengarnya!)

2. sebab suami marah-marah ni sambil tunding-tunding jari dan pandang arah pintu bilik air (malam sebelumnya akak kena tindih dan dengar suara perempuan menangis dalam bilik air tu)

3. sebab suami akak cakap, sedang dia nyenyak tidur..tangan dia terkeluar dari kawasan katil...elok ada 'kepala rambut panjang kusut dan kasar macam dawai bersandar manja kat tangan suami!

Lepas suami akak dah marah-marah dan maki-maki, suami akak cabar pulak suruh tunjukkan diri.  Aiseh! akak memang dah rasa macam nak lari keluar dari bilik tapi badanku dah kaku ketakutan.  Nasib baik benda tu tak menjelma kan diri.

Habis marah-marah, suami akak ajak sambung tidur dan tak lama lepas tu elok je akak dengar dengkuran kecilnya.....akak pulak terkebil-kebil mengeletar hilang semangat sekejap sambil mulut terkumat kamit baca segala surah yang akak hafal sampailah azan subuh.

Esoknya mata akak dah macam panda dah....tak cukup tidur punya pasallah.

Malam selepas itu pula akak start dengar 'jeritan manja' sebelah akak (nasib baik pendek je) sebab akak cepat-cepat bangunkan suami.  Rupa-rupanya suami mengakut tengah bergelut dengan 'benda' tu.

And after that macam-macamlah gangguan-gangguan kecil sehingga menyebabkan kami tak selesa tidur dalam bilik tidur sendiri...in the end sampailah sekarang kami tidur ruang tamu je.  Rasa lagi secured.

Salah satu sebab tidur ruang tamu sebab awal tahun 2014 akak mimpi sangat-sangat tak best dan selepas itu anak sulung akak mimpi tak best - related dreams.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 08:46 AM | Show all posts
isaura. replied at 7-1-2015 07:58 AM
bersambung...

Malam berikutnya, tiba-tiba akak dikejutkan dengan jeritan suami.  NI bukan sekadar ...

huhuhu...kalau sayalah kak..mahunya terkencing kat situ gak..

saya ni selalu ternampak cik pon..tengah hisap pad..huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 08:53 AM | Show all posts
Ipo replied at 7-1-2015 08:46 AM
huhuhu...kalau sayalah kak..mahunya terkencing kat situ gak..

saya ni selalu ternampak cik pon. ...




lagi seram kalau macam tu.....tengah hisap pad tu...ce cite, ce cite.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 09:17 AM | Show all posts

hurm cuma nak kasi cerita.. orang yang ada masalah mcm suami akk ni, dia sebenarnya meamng tak nak pegi berubat. bukan dia yang tak nak benda tu yang tak bagi.. jadi akak jangan la salahkan sangat suami akak ya.. dia pun sendiri terbelenggu... bagus akak tabah dan kuat.. kalau akak tak kuat.. kesian kat suami akak tanggung benda ni sorang2 tanpa ada orang bagi sokongan dan bantu nak2 lagi part spirit...

ingat tau.. akak kena kuat, dan kena sabar sangat, dan kena pikir bukan hanya 1 jalan.. tapi kena pikir banyak jalan macam mana nak pegi pada 1 tujuan dan niat tu.. insyaAllah akk boleh.. dan pasti Allah bantu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 09:57 AM | Show all posts
tu diaaaa...menyeramkan citer akak ni. Kalau saya dah terpengsan kaku agaknya!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 10:39 AM | Show all posts
hest replied at 7-1-2015 09:17 AM
hurm cuma nak kasi cerita.. orang yang ada masalah mcm suami akk ni, dia sebenarnya meamng tak nak ...




betul hest.

sebenarnya secara jujur tahun 2014 tahun yang sangat mencabar untuk kami - serba serbi tak kena dalam semua aspect termasuk lah hubungan akak dengan suami, sekejap okay, sekejap K.O

kalau beberapa tahun lepas suami akak asyik cari salah akak je, ada je yang tak kena...bangun tengah malam tak semena-mena tuduh akak curanglah, akak pergi kedai tuduh akak dengan assistant akak melayan mat-mat rempitlah (kedai tempat lain, mat2 rempit lepak tempat lain), mengamuk over small matter contohnya bila akak cakap nak solat sekejap sebelum keluar rumah tiba-tiba dia marah dan mengamuk (cuma Alhamdulillah suami akak tak pernah naik tangan sikitpun pada akak cuma mulut dia bising dan paling terukpun ambil kerusi makan hempas kat lantai), waktu tu pada suami akak ni ada je yang tak kena dengan akak (tapi selalunya bila balik rumah, kalau keluar very loving).  Bila datang loving dia, bukan main lagi mengalahkan filem Hindustan.  Waktu tu gangguan memang teruk sangat kat rumah lama.

Lepas berubat, Alhamdulillah dia jadi dia yang akak kenal sebelum tu.....so sakit dada dia tu pun dah okay, masih ada sakit tapi sikit-sikit...lama-lama kami tak pergi berubat sebab tengok macam dah okay (inilah kesilapannya....patut teruskan sampai habis)

Sekarang dah buat balik tapi kali ni.....dah terbalik, akak pulak asyik nak bengang je dengan dia memanjang...bila dia tak ada depan mata, rindu.  bila ada depan mata akak rasa sakit hati je tapi bila tengok dia tidur, kesian pulak.  Bila dia bangun, start balik sakit hati.  

Macam tulah rasanya sepanjang 2014 ni, mungkin sebab terlalu banyak tekanan hidup agaknya akak jadi macam tu, suami akak pun ada perubahan sikap sampai akak kadang-kadang rasa macam tak kenal dah dia.  Selalu sangat bertelagah dan akak dapat rasa sendiri perubahan pada diri akak terutamanya (mungkin sebab akak letih nak hadapi benda-benda ni so akak melayan perasaan and frustrations jadi asal ada salah sikit je, akak jadi marah)....beberapa minggu lepas akak sendiri cakap dengan sepupu akak dah rasa benci kat suami (tapi kena tarbiah kaw-kaw, insaf sekejap).  Cakap dengan ayah benda yang sama, akak terima sms amalan doa yang ayah suruh akak baca pada air untuk akak minum.  So macam tu lah yang berlaku on and off sepanjang 2014.  Mudah-mudahan tahun ini kami sekeluarga happy dan aman damai sebabnya antara akak dengan suami kami memang sangat berkasih sayang sebenarnya, tapi mungkin sebab tekanan dan gangguan kadang-kadang hilang juga kesabaran, almaklum kita manusia yang lemah.

Macam hest cakap tu, memang bukan suami akak taknak berubat tapi seolah-olah dia dipengaruhi tambahan pula dengan sifat semulajadi dia yang degil so kedegilan jadi berganda.  Beberapa ustaz yang akak jumpa semenjak berikhtiar dulu dah cakap.

So salah seorang dari kami kena banyak bersabar.  Bila suami marah-marah akak kena sabar, kalau akak pulak naik angin suami kena sabar.  Kalau salah seorang hilang sabar tu yang jadi cerai-berai  dan itulah yang iblis nak pun, memecahbelahkan kekeluargaan.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 10:48 AM | Show all posts


BABY MENANGIS SEBELAH RUMAH

Ini berlaku beberapa tahun lepas di rumah lama kami.

Waktu itu memang tengah malam (akak anak beranak dah tidur), suami akak kelaparan so nak masak maggie.

Wet Kitchen kami ni berjiran rapat dengan wet kitchen jiran sebelah.

Sedang masak maggie dengan penuh perasaan, tiba-tiba suami akak dengar suara baby (infant) menangis tak berhenti-henti dan masalahnya suara tu betul-betul di wet kitchen jiran sebelah.

kenapa akak kata masalah? Sebab waktu tu rumah sebelah kami tak ada orang!

Suami akak sambung masak, tapi bulu roma dia dah berdiri-diri dan rasa nak cabut lari tapi dia kuatkan semangat.  Waktu dia berjalan nak ke depan memang katanya terasa lambat sangat seolah-olah 'baby' tu ada betul-betul belakang dia.

Last-last suami akak dah tak tahan, dia herdik benda tu suruh diam barulah tak ada lagi suara baby menangis tu.

Masa dia cerita kat akak, seminggu jugaklah akak tak guna wet kitchen tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 11:07 AM | Show all posts
isaura. replied at 7-1-2015 10:48 AM
BABY MENANGIS SEBELAH RUMAH

Ini berlaku beberapa tahun lepas di rumah lama kami.

Kak Is, best crita tp seramnye...sy agak akak ni mmg terpilih utk hadapi semua cabaran ni dari kecik lagi le...
mungkin drp background family Kak Is yg 'agak kuat', sbb tu akak boleh face benda2 cam ni.
Kalau org lain terkena sekali dua mmg dah pengsan dah, tp akak dah byk kali kena, still boleh tahan lagi..
Sy pun ada kwn yg penah hadapi issue cenggini, adik beradik dia semua boleh 'nampak' dan 'rasa' kalau ada something yg tak betul, except kawan saya tu, tak'nampak dan rasa' mcm adik beradik dia yg lain, tp she's very strong spiritually, so dia yg byk bagi semangat dan 'pulih'kan semangat adik beradik dia..
Semoga akak dan family akan strong dan tabah lagi in future....ermmm...jgn lupa sambung lagi crita...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2015 12:10 PM | Show all posts
wahh  thanx ya TT dah update... kesian sis & family x habis2 dgn dugaan dan gangguan ni... Mudah2an tt sentiasa di dlm perlindungan Allah dan semoga berjumpa dengan perawat yg serasi ya... InshaAllah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 01:11 PM | Show all posts
thank you both to @ayuminnur and @yayaji

perjalanan hidup kita hanya Allah yang tahu sebenarnya...kita ni buat je apa yang terdaya mengikut kemampuan...so far, percubaan nak meruntuhkan rumahtangga masih belum berjaya.  Percubaan menutup terus rezeki pun, Allah tak zalim...dalam pada kesulitan Alhamdulillah anak-anak masih makan nasi, dapat juga makan sedap-sedap, belum lagi makan pasir.  Percubaan 'membunuh' pun masih belum berjaya sepenuhnya sebab semuanya atas izin Allah SWT.  

setiap yang berlaku dalam hidup kita mesti ada pengajaran dan hikmah...kalau akak ikut hati geram, frustrations dan macam-macam memang berbalas-balaslah jawabnya tapi kenapa orang 'tempah neraka' takkan kita nak ikut sama kan?  Dalam keadaan macam ni, akak cuma boleh ingatkan diri yang semua ini milik dan atas izin Allah jadi marah sangat pun, bila pujuk diri kenalah bersabar.  Manalah tahu dugaan hidup atas muka bumi Allah ini sebenarnya jalan ke syurga (cewah, kemain lagi akak menaip - sebenarnya tengah pujuk diri gak ni)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 01:30 PM | Show all posts


HARIMAU MASUK DEWAN SEKOLAH


Okay, kisah kali ini kisah anak sulung akak ya...so kalau she 'merapu' waktu cerita tu, maknanya akak pun merapu kat you alls jugak.

Incident ni berlaku pada usia dia 12 tahun (tahun UPSR).

Anak akak yang sulung ni sangatlah aktif dengan aktiviti berpasukan sampai mewakili peringkat Negeri dsbnya.

Jadi bila dah aktif ni faham-fahamlah, banyak lah pergi camping sana-sini.  So adalah beberapa cerita seram yang tak berapa suspens dari dia.

Salah satu cerita yang akak masih ingat ialah kisah harimau masuk bilik dewan

Alkisahnya school buat camping tapi kat sekolah je, kena bermalam.

Sebelum itu diorang adalah pergi ke satu kawasan air terjun (waktu siang) untuk aktiviti sukan air dan pelbagai aktiviti berpasukan.  Anak akak nampak seorang wanita rambut panjang jalan atas air tapi dia buat tak tahu je.

So waktu malam diorang tidur dalam dewan sekolah yang dah diconvert kepada bilik tidur untuk student perempuan (masing-masing bawak comforter, bantal, selimut).  Anak akak ni kuat baca buku cerita - nak dijadikan cerita, buku tu cerita vampire.  Masa baca tu dia berbaring sambil diapit oleh 2 rakan baik kiri dan kanan. Dewan tu di tingkat 1.

Punyalah asyik dia membaca, dia tak sedar yang 1 bilik darjah dah kosong dan dia hanya nampak seekor harimau besar duduk betul-betul tengah laman dewan - memandang anak akak ni!

Kata dia, waktu tu dia tak rasa takut pun, cuma dia pelik ke mana kawan-kawan dia pergi dan kenapa ada seekor harimau elok je duduk pandang dia tengah-tengah dewan.  Menurutnya yang tinggal hanya dia dan seorang kawannya.  Jadi dia berdiri, sambil pegang tangan kawan, only to realise yang jari jemari kawan dia sejuk dan panjang-panjang.  Bila dia tengok harimau tu, harimau tu asyik pandang dia - so dia alih pandangan ke jari kawannya sebab sejuk sangat.  Alangkah terkejutnya bila mendapati jari kawan dia dah tak rupa jari budak umur 12 tahun tapi jari kurus dan pucat, sejuk dan berkuku panjang!

So, anak akak terus pandang kawannya yang rupa-rupanya ala-ala cik ponti.

Anak akak terus lepaskan tangan yang disangka kawannya, terus lalu tepi harimau besar tu, keluar dewan dan turun tangga.

Masa turun tangga, dia terserempak dengan Ustaz sekolah dan beberapa budak-budak lelaki.  Ustaz cepat-cepat suruh dia turun ke bawah dan berkumpul dengan kawan-kawan yang lain.  Waktu tu katanya kecoh juga tapi dia sempat terdengar salah seorang guru perempuan bercakap sesama sendiri 'betul ke tak budak ni?" (masa akak dengar cerita dia, sedih ada pun geram pun ada sebab cikgu dah pandang anak akak macam tak betul la pulak kan).

Rupa-rupanya kisah yang sebenar waktu anak akak asyik berbaring sambil share baca buku cerita, masa harimau tu masuk ke dewan semua student nampak.  Jadi bertaburan lah menjerit-jerit semua orang berlari keluar termasuk 2 orang kawan anak yang baring kiri dan kanannya.  Anak akak terlalu asyik baca (atau mungkin pendengaran dan penglihatannya dah 'tertutup') tak sedar semua ni berlaku.

Waktu yang lain semua lari turun bawah, bila buat pengiraan baru perasan yang tak cukup seorang (anak akak ) so itu yang Ustaz dan budak-budak lelaki naik ke dewan.

Bila akak tanya takut tak dengan harimau tu? Dia kata tak takut, macam tak rasa apa-apa pun cuma pelik kenapa ada harimau besar dalam dewan tengok dia.  Tapi dia mengaku dia agak terkejut bila yang disangka kawan sebelah dia sebenarnya cik ponti.  So kata dia (ni memang dia kata sendiri dengan akak), dia rasa harimau tu baik.  Harimau tu nak protect dia sebab cik ponti tu nak kacau dia.

Ustaz dah check dewan tu tapi tak ada apa pun berlaku - lepas incident tu, semua student tidur di dewan yang sama jugak tapi kali ini cikgu dan ustazah perempuan ikut teman sama itupun selepas semua disuruh baca yassin beramai-ramai.

Wallahualam...tapi masa anak akak kecil ni memang dia ada la cerita-cerita pelik yang dia nampak, dengar dan rasa tapi nantilah bila akak dapat recall akak story kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 01:32 PM | Show all posts
yes...ada update terbaru terbaik...
so sekarang ni acaner keadaan akak n family...terutama sekali anak sulung akak...dia leh adapt x apa yang terjadi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.066163 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list