|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
Author |
Post time 26-12-2014 07:25 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
fatimz posted on 26-12-2014 04:48 PM
Thank update...
Thanks for following.. comment anda sgt diperlukan utk improvement process |
|
|
|
|
|
|
|
Sheera rimas melihat Jie yang dari tadi sibuk memunggah almari baju. Satu demi satu baju di cuba namun tiada pun yang berkenan dihati. Itu belum campur lagi dengan solekan dan dandanan rambut. Sheera perhatikan saja perilaku BFFnya. Kejap Jie 'blow' rambut bergulung dihujung. Tak puas hati kemudian Jie dilihat 'blow' lurus rambutnya. Rasanya dekat 2 jam Jie masih lagi tak siap.
"Kau nak gi mana ni babe? Excited terlebih aje aku tengok." Sheera ingin tahu setelah kian lama jadi 'pemerhati' dan 'penasihat fesyen tak bertauliah'.
"Candle light dinner." Jie senyum membayangkan keseronokan menghabiskan masa dengan kekasih hati.
"Dengan siapa?" Sheera pelik. Takkanlah dengan mamat tu. Fikirnya.
"Rayyan."Mata bercahaya apabila menyebut nama itu.
"What?!" Sheera tidak berpuas hati. " Tapi dia kan dah tunang Jie. Takkanlah kau sanggup jadi perampas?"
"Well they all dah putus tunang pun. That girl pun dah moved on. " Jie sibuk menyapu 'blusher' ke pipi. Senyum sambil menghadap cermin. Wajah dibelek lagi untuk memastikan mekapnya sempurna.
Entah kenapa Sheera mengeluh luar sedarnya. Hati berat menerima hakikat hubungan Rayyan dan Jie.
"Think again Jie. Kalau dia sanggup tinggalkan tunang dia untuk kau, kau tak rasa ke one day dia akan buat perkara yang sama dengan kau?"
Jie berhenti merenung diri di cermin sejenak. Memikir logik setiap bicara Sheera. " Biar masa menentukan babe. Just go with the flow!" Malas fikir.
"Dahlah. Aku nak salin baju jap. Kau keluar lah dulu." Jie menyambung menelek diri di cermin.
Sheera hanya menurutkan permintaan teman baiknya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa Sheera berat terima hakikat? dia scandal rayyan ke apa. |
|
|
|
|
|
|
|
selamat pagi semua...nape sheera tanya jie mcm tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 5-1-2015 10:16 PM
Rayyan terpukau melihat gadis dihadapannya. Mata tidak berkelip merenung. Jie kelihatan berlainan sekali malam ini. Seksi !
"You nak goda I ke sayang?" Mata melirik ke baju yang dipakai gadis itu. Agak terdedah dan menonjolkan bentuk tubuh langsing itu. Skirt yang dipakai menampakkan betis yang putih gebu. Minda mula menerawang jauh. Itu baru dia yang melihat. Belum lagi mata mata lelaki 'pervert' di luar sana. Tak dapat Rayyan membayangkan. Dia tidak sanggup berkongsi 'keindahan' tubuh itu untuk pandangan lelaki lain. Baginya Jie tak perlu 'expose' kecantikannya. Bimbang sekiranya ada lelaki lain yang mula mendekat. Cukuplah sekali Rayyan terpaksa bersaing merebut cinta Jie. Itupun berebut dengan adik kandung sendiri ! Rasa tak rela menanggung risiko kehilangan Jie lagi, Rayyan nekad untuk mengakhiri hubungan mereka dengan ikatan suci pernikahan.
"You tak payah nak goda I lagi sayang, I dah lama tergoda dengan you ! By the way, you jangan lah pakai macam ni lagi. Takut I you kena kebas dengan lelaki miang. Tapi kalau kita dah kahwin nanti, you pakailah macam ini depan I hari hari." Rayyan kenyit mata. Terserlah 'kegatalan' disitu.
Jie malas layan. Melalut ! Segera lengan Rayyan dicubit. Padan muka !
"Sayang.. I ada something untuk you." Seutas rantai dikeluarkan lalu disarung ke leher Jie. Jie cuma membiarkan. Rantai kelihatan cantik terkalung di leher.
"Sayang.." Rayyan rasa sampai masa untuk dia meluahkan apa yang terpendam dihati. Dia melutut sambil tangan menggenggam sebentuk cincin.
"Will you marry me?" Lamaran dihulur kali kedua. Berharap Jie akan memberi kata putus kali ini.
Jie serba salah. "Tapi you tak rasa terlalu awal ke?"
Rayyan agak kecewa. Jie seolah tidak sudi menerima lamarannya. "Please sayang. Sooner or later kita akan kahwin. Why not now? I love you and I want to spend my life forever with you. I tak nak buang masa lagi." Rayyan cuba memujuk.
Jie diam memikir. "Ok !" Hanya itu yang terluah.
"So it means yes?" Rayyan inginkan kepastian.
"Yes!" Jie mengangguk.
"Yahoo !!!!" Rayyan hampir saja melompat gembira. Jari manis Jie dicapai. Cincin disarungkan.
"Thank sayang ! I promise I will love you forever till the end of my life!" Sekali lagi Rayyan merasa dialah lelaki paling bahagia saat ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-12-2014 01:56 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Harap ada sudi memberi kritikan untuk saya improve k
|
|
|
|
|
|
|
|
Lambatnya nak nikah..aku terbayang tubuh seksi Jie. Camne yer agaknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lambatnya nak nikah..aku terbayang tubuh seksi Jie. Camne yer agaknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-12-2014 06:27 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Ada sesiapa tahu kenape bila update entry gune phone tak appear? Da penat2 type tak kuar plak |
|
|
|
|
|
|
|
Cari buat hal! Grr..
Cari buat hal, sebab tu takleh post. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-12-2014 08:37 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Ada sesape experience tak benda ni? Tension la type type crite x kuar |
|
|
|
|
|
|
|
cian elia taip2 x kuar.. teruskan usaha.. apa lagi agaknya konflik rayyan ngn jie nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
cian elia taip2 x kuar.. teruskan usaha.. apa lagi agaknya konflik rayyan ngn jie nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hope rayyan n jie cpt2 nikah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 29-12-2014 04:26 AM
Sakit mata dan sakit hati. Itulah yang dirasakan Zack saat ini. Tak sengaja mata terlihat aksi 'romantik' pasangan itu.
Rayyan Hardy ! Benci hati mengingati nama itu. Saat Jie memperkenalkan lelaki itu sebagai bakal suami hati bagai diruntun pilu. Pedih menusuk kalbu.
Zack sedar dia bersalah kerana tega meninggalkan Jie. Namun dia melakukannya bersebab. Malah sehingga kini dia tidak pernah melupakan gadis itu. Mana mungkin segala kenangan cinta mereka luput dari ingatan.
I still love you Najiha ! Kalaulah kau tahu.. Tidak sanggup lagi melihat gadis itu disamping lelaki lain Zack mengambil keputusan untuk berlalu. Langkah diatur pergi membawa bersama sekeping hati yang duka. |
|
|
|
|
|
|
|
Benarlah kata orang cinta pertama abadi untuk selamanya. Sheera pilu mengenangkan cinta yang tak akan pernah kesampaian antara dirinya dan dia. Kalaulah dia mempunyai keberanian walau sekali untuk meluahkan isi hati, pasti si dia yang dipuja menjadi milik abadi. Sayangnya Sheera hanya mampu melihat 'si dia' yang kini sedang berbahagia bersama insan lain.
Foto yang terletak di meja direnung, sayu. Tak lama lagi kau akan jadi milik orang ! Aku sayang kan kau tapi kenapa kau tak pernah nampak kewujudan aku? Hati merintih lagi. Bukan Sheera tak pernah cuba untuk melupakan, namun semakin dicuba perasaan cinta itu semakin mencengkam.
Aku takkan biarkan kau jadi milik dia ! Sheera nekad. Lantas satu nombor didail menggunakan telefon bimbit. Tidak sabar menanti panggilan berjawab. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 18
Edited by elia201 at 5-1-2015 10:18 PM
Termeterai sudah satu janji ! Secara rasmi mereka adalah pasangan tunang. Rayyan meluahkan rasa syukur apabila memikirkan hubungan antara Jie dan dirinya sudah melangkah ke satu tahap. Alhamdulillah ! Semoga segala perancangan mereka untuk bersatu dalam masa 6 bulan dari sekarang berjalan lancar tanpa sebarang halangan.
Kalau ikutkan hati, Rayyan tidak mahu bertangguh lagi namun dia terpaksa menurut kehendak Jie. Gadis itu ingin masa untuk membuat persiapan bagi memastikan hari bahagia mereka berjalan mengikut impiannya.
Mata mencuri pandang ke arah gadis yang kini tunangannya. Jie kelihatan sangat jelita. Mama dan Papa juga nampak ceria bersembang dengan bakal besan mereka.
Khalid dan Viana kelihatan sibuk melayani tetamu yang masih tidak putus putus datang.
Rayyan tiba tiba tersenyum memikirkan situasi antara dia, Khalid, Jie dan Viana. Macam keluarga 69 ! Khalid menikahi Viana kakak kepada Jie, maka Khalid adalah abang ipar Jie dan Viana adalah adik iparnya. Selepas dia mengahwini Jie, Viana adalah kakak iparnya dan Jie pula akan bergelar kakak ipar Khalid. Rasa macam kekok pula.
Tapi bagi Rayyan itu bukan masalah. Asalkan hubungan mereka sah disisi agama dia tidak kisah. Biarkan saja. Malas nak pening kepala. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 29-12-2014 04:27 AM
Tengku Safiah terkejut melihat gambar yang diletak dalam sampul berwarna coklat di peti surat. Dia tidak pasti siapa yang menghantar atau dari mana sampul itu dihantar. Tiada setem terlekat pada sampul surat. Seperti sampul itu sengaja diletak di situ. Tapi siapa yang melakukannya? Persoalan terbit dihati.
Ini tak boleh jadi ! Tengku Safiah berlari masuk ke dalam banglo.
Dia ingin mendapatkan maklumat penghantar sampul itu melalui CCTV yang dipasang dihalaman rumah. Bimbang sekiranya ada pihak yang sengaja menabur fitnah dan cuba memecah belahkan keluarganya.
Ya Allah lindungilah kami sekeluarga dari sebarang fitnah ! Pinta Tengku Safiah dalam hati.
|
|
|
|
|
|
|
|
Baca perenggan ni buat aku fikir yang Shera minat Khalid..Ahh..teka teki lagii.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|