CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: berun

[Tempatan] Ustaz Kazim: Kempen sentuh anjing agenda liberal

[Copy link]
Post time 20-10-2014 10:41 PM | Show all posts
Saja-saja nak mengada pegang anjing wat apa..?pegang sambil gelak2....Malaikat tgk kecik besar kecik besar je depa nih...saja2 belai anjing...lg st cer bg anjing kurap..anjing terbiar kasi depa pegang...ade nak pegang belai sambil gelak2..selfie? Melayu mmg senang kene tipu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 10:43 PM | Show all posts
sixret posted on 20-10-2014 10:36 PM
kesimpulan:

ko nak pegag anjing, ko nyer pasal. tapi tak payah paksa2 orang lain nak pegang anjin ...

kesimpulannya : kalau si fulan ni punya pasal, pasal apa pulak ko susah hati sampai maki hamun fahaman mazhab lain?  Biaq pi depa la nak sentuh anjing ke babi ke.  Ko tak nak sentuh tak payah pi.  Tak de org ikat tengkuk ko suruh pi pun.  Tak de org bagi duit pun kalau pi.  Lainlah kalau event mcm UMNO buat kalau pi dpt basikal.

Ini aje yg aku nak sampaikan.  Terima kepelbagaian mazhab.  Dekat Majis India kat situ pengikut Hanapi.  Solat Asar mereka dilewatkan. Kalau haram kepelbagaian mazhab di Malaysia pasal apa semua pengikut tu tak dihangkut masuk jel?  Bab solat boleh kepelbagaian mazhab tapi pasal apa bab anjing tak boleh kepelbagaian mazhab? Lepas tu maki hamun menyesat mengkafirkan fahaman mazhab lain.  Apa jenis mulayu la macam ni...

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 10:45 PM | Show all posts
Nham22 posted on 20-10-2014 10:41 PM
Saja-saja nak mengada pegang anjing wat apa..?pegang sambil gelak2....Malaikat tgk kecik besar kecik ...

ko nampak ke malaikat?? mana ko tahu dia tgk kecik besar kecik besar???
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 10:46 PM | Show all posts
Isnin, 20 Oktober 2014
JAKIM siasat program 'I Want To Touch a Dog'

KUALA TERENGGANU: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menyiasat penganjuran acara 'I Want To Touch A Dog' (Saya Mahu Sentuh Anjing) yang berlangsung di Central Park, One Utama dekat Petaling Jaya, petang semalam.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha berkata program itu tidak sepatutnya berlaku dan pihaknya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini.

Katanya, Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada Mazhab Syafie sudah jelas memperincikan bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam najis mughallazah (berat).

"Acara itu tidak pernah dianjurkan sebelum ini dan kali pertama didedahkan kepada masyarakat, kita orang Islam dan agama sudah menetapkan dengan jelas hukum berkaitan anjing.

"JAKIM akan segera menyiasat perkara ini dan sebarang tindakan akan dirujuk pada peruntukan yang ada," katanya mengulas penganjuran program itu yang mendapat sambutan luar biasa daripada kalangan umat Islam di sekitar ibu kota, semalam.

Othman ditemui media selepas merasmikan Multaqa Pengetua Sekolah Agama peringkat kebangsaan di sini, malam tadi.

Beliau turut menasihatkan umat Islam agar melihat semula dan mendapatkan pandangan ulama mahupun ustaz sama ada apa yang dilakukan mereka dengan menyentuh, memeluk dan mendukung anjing itu betul dari segi agama dan selaras dengan tuntutan Islam.

Penganjuran program 'Saya Mahu Sentuh Anjing' oleh Syed Azmi Alhabshi dikatakan bertujuan membantu orang ramai terutama masyarakat Islam untuk mengatasi rasa takut mereka terhadap anjing.

Program itu selama dua jam bermula 8 pagi hingga 10 pagi dibanjiri ratusan umat Islam bagi memberi peluang kepada mereka untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kehadiran seorang ustaz di samping dua individu lain dalam forum mini bagi menjawab pertanyaan dan kemusykilan berkaitan anjing dalam acara itu, Othman berkata pihaknya akan turut menyiasat kelayakan agama lelaki berkenaan.

"Buat masa ini, kita tidak dapat maklumat lengkap sama ada betul atau tidak individu itu ustaz, sekarang ini siapa-siapa yang pakai songkok (penampilan alim) pun sudah boleh jadi ustaz," katanya. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 10:49 PM | Show all posts
kelana36 posted on 20-10-2014 06:18 PM
kalau tak ada kempen I want to touch ni, melayu bodoh sangat ker saja saja nak dera binatang anjing  ...
so tak perlu la kempen kempen i want to touch semua tu, banyak cara lain untuk bagi kesedaran... dan kena bagi penerangan juga kepada pemilik anjing, especially non muslim why kita avoid anjing..
sorry capt...."KITA" means ur group ye...kerana bukan semua melayu mai dari group "KITA"......i'm one of them...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 10:50 PM | Show all posts
mokcikKSKB posted on 20-10-2014 10:35 PM
Anjing liar ni byk sbb cina india yg bela x reti jaga elok.biar je anjing bkeliaran pastu bkurap m ...

soal anjing liar tak de kena mengena dgn perbincangan hukum.  Kalau anjing liar yg memudharat mmg boleh ditangkap atau dibedil.. macam burung gagak jugak laa.  Burung gagak halal disentuh tapi bila jadi liar, banyak tak terkawal dan membawa mudharat boleh dibedil.  Jadi soal halal/haram menyentuh tak de hubung kait dgn membunuh yg liar dan membawa mudharat.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2014 10:51 PM | Show all posts
okay

who is Syed Azmi al Habsyi ni

who is he? his profile

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
a_gen2 posted on 20-10-2014 10:50 PM
soal anjing liar tak de kena mengena dgn perbincangan hukum.  Kalau anjing liar yg memudharat mmg  ...

Ko pun x paham post aku..bila masa plak aku sebut halal haram..stupid!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 10:51 PM | Show all posts
Hentam lah apa apa janji bahagia. TAPI bagi aku tak apa hal sentuh anjing. KALAU HIDUP terlalu sensitive susah lah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 10:54 PM | Show all posts
ajie2000 posted on 20-10-2014 09:22 PM
Mutlak (absolute) hanya al-Quran..

tapi kena ingat..bila tak der dalam al-quran..rujuk hadis..
...

apa kata ko pi jawab secara ilmiah tulisan Dr. Maza aku nak baca tengok....

takkan itupun nak kena tarjih dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 10:55 PM | Show all posts
Talfiq
or tarkib
Ustaz Zaharuddin dalam bukunya A comprehensive Prayer Formula - pp 5-6

menurut Dr Zaharudin , mereka ygberpegang pada satu mazhab tertentu dibolehkan untuk ikut pendapat mazhab lain selagi tidak jatuh dalam kategori  ini

1. talfiq tu perbuatan menyatupadukan kesemua pendapat scholar / sarjana yg berbeza sehinggakan ia  TERPESONG  DARIPADA  pendapat scholars yg ramai / majoriti  -

2. the intent is not to find rukhsah - maksudnya dok ambik hukum yg paling senang atau ringkas antara semua aliran pendapat itu kerana ini  dikatakan berdosa dan 'boleh jatuh kepada 'fisq'' . dlm sha riaah ini dikenali sebagai ' tattabu 'ar -Rukhas' . Menurut Imam Jamaluddin al Mahally al - shafi'i dan Imam Abu Ishaq al - Shatiby al - Maliki, perbuatan ini  'unanimously agreed' / sebulat  suara disetujui  oleh ijma' as forbidden/ terlarang ( dipetik dlm buku : a comprehensive prayer formula , pp 5-6  , rujukan asal Sharh Jam' al - Jawaami', 2/402; al i'tisam , 4 / 43


i highlight tu sebab bukan anda yg buat lagu tu tapi ada tak kalangan kita yg suka dok guna mazhab itu ini tapi tak sedar yg ditebalkan tu ????
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 10:56 PM | Show all posts
a_gen2 posted on 20-10-2014 10:33 PM
bukan ke ada hadis kata kalau ikut pendapat mana2 ulamak  (refer kpd ulamak mazhab 4) maka tak sal ...

ada ke i kata haram..? post yang mana?

cumanya kalau berpegang pada mazhab ini ianya lebih selamat

kita hari ni cuma tinggal nak petik dan amal saje..

kenapa??..sebab mereka lebih hampir pada zaman Nabi SAW, zaman sahabat, zaman tabiin..mereka hafaz al-quran, beribu2 hadis, tahu selok belok balaghah, mantiq, badi', ma'ani, tafsir, sirah, nahu, sorof..Imam syafie sahaja pengasas usul fiqh..yang menjadi rujukan hingga hari ini..

engkau ada??

surah baqoroh pun jarang baca..apatah lagi hapal..tau tafsir jauh sekali..

sebab tu bila masuk sentuh bab anjing...main ikuttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt je..

hahahahaha..

jgn ngikut orang jer bro..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:02 PM | Show all posts
Bang Ajie fitnah bahawa org menghina Imam Syafie.  Kerana ketaksuban kepada Imam Syafie dia menfitnah org2 yg mengikut mazhab lain padahal tidak ada org menghina Imam Syafie.  Cuma mereka mengikuti pandangan mazhab lain.  Sejak bila ikut pendapat imam lain terus jadi hina Imam Syafie?? Jika itu ukurannya, maka saya pun boleh berkata anda juga telah menghina Imam Malik.  Siapa Imam Malik? Menteri JAKIM kah??

Tak payah jawab semua lah..sila jawab secara ilmiah dlm bab sentuh anjing tu aje.





ANJING DAN ISU MASYARAKAT MALAYSIA

Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitive mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Sememang inilah reality masyarakat ‘era baru’ kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspective baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas.

Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam. Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.

Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut;

Samakan Dengan Anjing

Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan. Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.

Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri. Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).

Jadi, jika masyarakat muslim sensitive apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.

Islam Benci Anjing?

Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?

Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka. Firman Allah: (maksudnya) “dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” (Surah al-Kahfi, ayat 18).

Anjing tersebut menjadi binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir’.
Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).
Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.

Bolehkah muslim memiliki anjing?

Dalam al-Quran, Allah menyebut: (maksudnya) “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan ang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya" (Surah al-Maidah, ayat 4)
Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi ( meninggal 597H) dalam Zad al-Masir.
Ertinya, muslim memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.

Bolehkah Muslim Menyentuh Anjing?

Ada pula yang cuba menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doctor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek. Maka TIDAK HARAM menyentuh anjing.
Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis : “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).

Mazhab Malik bin Anas pula paling longgar dan luas berhubung dengan anjing.

Memelihara Anjing Dalam Rumah?
Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja. Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.
Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan. Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai.
Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak research yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!
Dalam hadis tadi, Nabi s.a.w: “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).
Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi scientific maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan.
Maka ini ringkasan yang sempat saya coretkan petang ini berhubung dengan sisi pandangan nas-nas Islam berkaitan dengan anjing.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:05 PM | Show all posts
mokcikKSKB posted on 20-10-2014 10:51 PM
Ko pun x paham post aku..bila masa plak aku sebut halal haram..stupid!

hark eleh.....bertaichi pulak..

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:10 PM | Show all posts
a_gen2 posted on 20-10-2014 10:54 PM
apa kata ko pi jawab secara ilmiah tulisan Dr. Maza aku nak baca tengok....

takkan itu ...

maza memang suka cari popularti dalam bab khilaf..

tak payah layan dia tu..

bab yang dia cakap tu sebenarnya dah lama dah selesainya..

ngko tengok dia komen bab ni ikut suke tempolok dia je..

“Ada pula yang cuba menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya...“Haramlah juga mereka yang bekerja membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doktor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek,” katanya...

http://www.suara.tv/2014/10/20/pegang-anjing-haram-satu-kesimpulan-hukum-yang-cetek-dr-maza/

sedangkan yang ok yang ni..

Menyentuh anjing tanpa sebarang sebab yang memerlukan adalah haram. Perbuatan ini dinamakan “al-Tadhammukh bi al-Najasah” dan dinyatakan sebagai suatu yang dilarang (iaitu haram) jika dilakukan tanpa keperluan seperti antara lain menyelamatkan anjing pemburu atau sebarang jenis anjing yang tersepit, dalam kebakaran, kemalangan atau apa jua keadaan yang memudaratkan anjing tersebut. Imam al-Ramli menyatakan yang bermaksud “Meletakkan (atau menyentuh) najis pada anggota badan adalah ianya haram”

Bro tengok cara MAza mengulas hukum..memang simple..sebab tu orang awam suka..sebab dia suka guna logik..

so buang masa je layan MAZA ni..

macam bro suka lah kot..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:12 PM | Show all posts
a_gen2 posted on 20-10-2014 10:43 PM
kesimpulannya : kalau si fulan ni punya pasal, pasal apa pulak ko susah hati sampai maki hamun fah ...

bila masa pula saya memaki hamun mereka?

boleh tolong quote kan please?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 11:14 PM | Show all posts
sixret posted on 20-10-2014 11:12 PM
bila masa pula saya memaki hamun mereka?

boleh tolong quote kan please?

saya sokong post anda , you have the point and  your posting tu tak ada apa salah yg nampak 'salah'  tu subjective.  dan i terfikir kalau dah boleh berbahas pasal hukum why not dia jadi  panel dalam majlis fatwa.

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:15 PM | Show all posts
samak la oih samak laaa
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:17 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 20-10-2014 11:14 PM
saya sokong post anda , you have the point and  your posting tu tak ada apa salah yg nampak 'salah ...

Terima kasih mbhcsf. Saya juga selalu bersependapat dengan saudari dalam pelbagai isu( dalam forum cari) cuma saya tidak nyatakan. Semoga kita terus istiqomah dalam mencari Islam yang sebenar. Insya Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:17 PM | Show all posts
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
PENGANJURAN KEMPEN “ I WANT TO TOUCH A DOG ”



__________________________
Pertama sekali Jakim ingin membuat teguran kepada pihak penganjur yang telah mengadakan kempen memegang anjing secara sengaja dan terbuka kepada umum termasuk mereka yang beragama Islam tanpa sebarang sebab yang munasabah. Hal ini sekaligus telah menimbulkan keresahan awam khasnya dikalangan umat Islam kerana secara jelas telah menyanggah pegangan mazhab dan ‘uruf/ adat di Malaysia. Menurut Mazhab Syafie, umat Islam adalah dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram disisi Islam.
Walaupun Islam meletakkan kaedah sertu apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai ‘mughallazah’ namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis mughallazah secara sengaja. Tindakan tersebut samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya.

Justeru, tindakan pihak penganjur adalah dikhuatiri mempunyai agenda terselindung dan secara jelas dilihat seolah-olah cuba mencipta budaya baru dan boleh membawa kepada perbuatan menghina Islam.

Suka Jakim tegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berpegang kepada mazhab Syafie sebagai mazhab rasmi. Justeru, peranan Jakim adalah untuk memastikan umat Islam di negara ini mengamalkan syariat yang tidak menyalahi Mazhab Syafie.
Pada dasarnya Islam tidak memandang keji kepada binatang anjing sebagai salah satu makhluk Allah. Apatah lagi untuk menyeksa, memukul dan membunuh anjing tanpa sebab adalah sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam. Malah anjing tetap wajar diberi kasih sayang, belas ehsan dan dijaga kebajikannya.

Walau bagaimanapun, dalam Mazhab Syafie, umat Islam tidak dibenarkan untuk menjadikan haiwan tersebut sebagai binatang peliharaan. Jakim telah mengulas lanjut isu berhubung kedudukan anjing dalam Islam serta hukum berkaitannya melalui portal fatwa Jakim di www.e-fatwa.gov.my.

Kedua, Islam mewajibkan semua umatnya untuk memelihara kesucian diri, pakaian dan tempat agar ia tidak menjejaskan amal ibadah seharian.

Dalam perkara ini, Jakim bercadang untuk memanggil pihak penganjur bagi mendapatkan penjelasan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya Yang Menurut Perintah
DATO’ HAJI OTHMAN MUSTAPHA
20 Oktober 2014


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.303203 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list