CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wipers81

*~{NOVEL}~*: CINTA ini, tak seindah biasa. (U) Bab 13... OH YEAH

[Copy link]
 Author| Post time 27-10-2014 06:06 PM | Show all posts

Bab 9... part 6


“Awak... makin cantik sekarang Sal,” terhenti di situ pujian Wafiq Zainal kerana Safa Hawani sudah meledakan tawa.

“Kenapa pula tengok saya macam tu?” Dengan muka yang tidak beriak salah, boleh pula Safa Hawani berkata begitu.

“Yalah, apa yang lucu dengan pertanyaan saya tu Safa?” Keningnya jelas bertaut, memandang gadis yang lakunya tidak pernah dilihat.

Semakin hairan Wafiq Zainal dengan perangai Safa Hawani hari ini. Kalau di pejabat, jangankan ketawa, senyum seciput pun payah mahu dikuntumkan oleh gadis itu. Terdetik risau pula dia dengan perubahan mendadak gadis itu. Tapi... kalau nak diikutkan, Safa Hawani baru saja seminggu berkerja dengannya. Mana mungkin dia dapat mengenali gadis itu dengan rapat. Senyuman Wafiq Zainal, tersembunyi di hujung bibirnya. Gelagat gadis seperti Safa Hawani, sedikit mencuit tangkai hatinya.

“Safa, apa yang lucu?” Dia bertanya lagi.

“Tak adalah, geli hati tengok Kak Sal. Hebatlah Encik Wafiq ni, mampu buat akak saya ni tersipu-sipu malu,” Safa Hawani menyengih. Muka menyinga kakak sepupu di sebelah, dipandang sebelah mata saja.

“Safa,” mencerlung mata Salbiah memandang Safa Hawani. Geram pula melihat berbaur sindiran yang elok diukir oleh gadis itu.

“Tak apalah Encik Wafiq, akak. Safa minta diri dulu. Karang Safa datang semula. Tak bestlah kacau daun...” terus sahaja dia bangun dan mengatur langkah. Sedikit pun tidak mempedulikan panggilan yang perlahan nada dari Kak Salbiahnya.

“Memang perangai Safa macam tu ke Sal?” Wafiq Zainal menanya soalan.

Hmm, memang dia macam tu sejak azali cuma...”

“Cuma apa Sal?”

“Tak ada apalah Fiq, cerita lama.”



Last edited by wipers81 on 27-10-2014 06:08 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2014 06:12 PM | Show all posts
wipers81 posted on 27-10-2014 06:06 PM
“Awak... makin cantik sekarang Sal,” terhenti di situ pujian Wafiq Zainal kerana Safa Hawani sud ...

ok... dh clear sikit apa kaitan wafiq & kak sal...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2014 06:14 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 27-10-2014 06:12 PM
ok... dh clear sikit apa kaitan wafiq & kak sal...

Tak clear lagi. Tunggu episod 10. Tak nak garap macam yang Zamzam dah tahu.

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 06:16 PM | Show all posts
wipers81 posted on 27-10-2014 06:14 PM
Tak clear lagi. Tunggu episod 10. Tak nak garap macam yang Zamzam dah tahu.

oh...  bukan ya sis... hehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 06:17 PM | Show all posts
teruskan... teruskan... tak sabar nak tau ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2014 10:38 PM | Show all posts

Bab 10... part 1



Safa Hawani semakin galak menguntum senyum nakal. Dari jauh dia melihat, sebenarnya lebih kepada mengintai, pasangan yang sedang duduk saling berhadapan di dalam restoran itu. Lagak seperti orang sedang bertemu janji pula mereka berdua. Malu-malu disulami pandang-pandang, jeling-jeling. Dia sudah tergelak kecil.

“Kau tengok akak tu? Betul ke tak dia tu?” Sayup-sayup terdengar bisikan itu di sebelah Safa Hawani.

Dia pantas menoleh dan, “kalau akak tak betul, baju akak mesti compang-camping. Korang pun takkan duduk dekat akak sebab kalau orang mereng mana mandi,” dijeling pula dua anak muda itu.

Wei, jom blah.” Kata salah seorang dari mereka.

Safa Hawani, menyambung tawa kecil sebaik melihat anak-anak muda itu berjalan bagai mahu berlari-lari anak. Kali ini dia kembali memusatkan pandangan ke arah pasangan tersebut. Dia ketawa dalam diam pula, benar-benar lucu melihat tingkah kakak sepupunya yang selama ini gigih berlagak ‘diktaktor’ di dalam rumah. Hari ini, habis berterabur sikap ‘diktaktor’ kakak sepupunya itu. Kalau boleh, dia mahu gelak hingga senak perut namun liar matanya memerhati ke sekeliling. Sudahlah tadi dia dikata oleh dua anak muda, rasanya tidak perlulah dia menjadi bualan hangat satu pusat membeli-belah tersebut.

Sementara itu di dalam restoran,

Wafiq Zainal dan Salbiah saling berpandangan namun dengan lekas Salbiah melarikan lirikan. Hatinya... setiap kali berdepan Wafiq Zainal, jiwanya menjadi kacau. Dia masih dihambat rasa tergamam dengan pertemuan ini. Sangkanya, mereka tidak akan bertemu lagi. Mati-mati dia ingat, lelaki di hadapan tidak akan kembali lagi ke bumi Malaysia ini.

Lapan tahun... bukan satu tempoh yang singkat untuk dilaluinya. Selama itu, dia cuba mengumpul kembali kekuatan dan semangat untuk meneruskan hidup. Hidup untuk membimbing seseorang yang telah kehilangan arah tuju. Begitu cekal dia harungi hidup ini sendirian, membantu insan yang semakin hari semakin hilang pedoman. Hampir saja dia berputus asa namun digagahi bangkit juga.

Last edited by wipers81 on 27-10-2014 10:41 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-10-2014 10:52 PM | Show all posts

Bab 10... part 2



“Amira macam mana Sal? Sihat ke dia? Dah kahwin ke?” Bertalu-talu Wafiq Zainal menyoal Salbiah yang berwajah tidak beriak.

“Sal... kenapa ni? Amira, macam mana dia?” Wafiq Zainal semakin mendesak.

“Saya memang tunggu awak tanya soalan tu Wafiq.”

“Kenapa?”

“Ya, memang saya tunggu. Lapan tahun Wafiq, lapan tahun. Terlalu banyak yang terjadi sampai saya fikir yang hidup kita ni hanya mimpi. Dan hari ni, saya seolah-olah baru terjaga dari mimpi tu sebaik nampak awak.”

“Apa yang awak cakap ni Sal? Berfalsafah pula dengan saya. Masa di universiti, kita tak ambil kursus sastera Sal?” Wafiq Zainal sudah tergelak. Lucu dengan apa yang dikata oleh Salbiah. Sekelip mata gadis itu berubah karektor, menjadi agak serius. Yang dia tahu, selama ini Salbiah seorang yang agak pendiam.

“Ketawalah Fiq, selagi termampu. Sebab, lepas ni awak akan menangisi atas apa yang awak dah buat pada Amira,” Salbiah senyum mengejek. Hatinya panas melihat lelaki itu ketawa. Dia menarik nafas dan menghela, cuba menghambat amarah yang mahu marak.

“Apa maksud awak? Apa yang terjadi pada Amira? Bukan ke dia dah hidup bahagia dengan lelaki yang dia sendiri pilih?”

“Ya, memang dia bahagia. Sangat bahagia...”

“Apa yang awak cuba nak cakap ni Sal? Berterus-terang aje. Jangan belitkan kepala saya dengan persoalan.”

“Sanggup ke awak dengar kebenaran?”

“Kebenaran apa ni Sal?”

“Sanggup ke Wafiq Zainal?”

“Ya Allah Sal. Tolonglah beritahu apa yang berlaku. Jangan buat saya takut Sal? Apa yang dah jadi?” Dahinya kelihatan sedikit berkilat. Tidak perlu bersenam, mainan psikologi oleh Salbiah sudah mampu membuat jantungnya berkerja keras. Debaran, sangat hebat dia rasakan hingga mahu pengsan kerana terasa darahnya dipam dengan laju.

“Sal, jangan buat saya macam ni. Cakaplah Sal, apa yang terjadi. Awak dan Amira, kawan baik,” Wafiq Zainal semakin tidak senang duduk. Seperti beribu-ribu pepijat ada di kerusi yang didudukinya. Dia gelisah, dihambat rasa resah yang semakin melaju ke arahnya. Sapu tangan diambil, peluh yang kelihatan memercik di dahi, dilap. Pandangan Salbiah, menggerunkannya, sarat dengan kebencian.

Last edited by wipers81 on 27-10-2014 10:55 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2014 11:21 PM | Show all posts

Bab 10... part 3



“Sampai hati awak hancurkan hidup Amira. Tergamak awak tinggalkan dia macam tu aje Wafiq...”

“Sal, bila saya buat macam tu? Dia yang tinggalkan saya,”

“Dia yang tinggalkan awak? Awak cakap apa ni Fiq?” Nada Salbiah sedikit meninggi.

“Awak tak tahu ke? Dia jumpa saya di akhir semester kita, minta putus. Saya tak nak tapi dia beria-ia,”

“Kenapa awak setuju berpisah? Kenapa tak cuba pujuk dia?” Salbiah meningkah.

“Pujuk Amira? Sal, nampaknya awak tak tahu cerita sebenar. Dia ugut saya Sal,”

“Amira ugut awak?” Mata Salbiah sedikit meluas. Dia pula yang tidak senang duduk. Masih ada perkara yang dia tidak tahu tentang hubungan antara Wafiq Zainal dengan Amira.

“Ya, dia ugut saya. Kata dia, kalau saya tak nak tinggalkan dia... saya akan tengok jasad dia tidak akan ada roh,”

“Astaghfirullahal’azim,” ucap Salbiah langsung mengurut dada. Tidak dia menyangka sama sekali, Amira sanggup berkata begitu.

“Kenapa dulu awak tak cerita pada saya,” nada suara Salbiah sudah sedikit mengendur. Terkejut dengan apa yang dikata oleh Wafiq Zainal, melelahkan pernafasannya.

“Saya ingat awak tahu. Sal, kalau awak tak keberatan tolong cerita apa sebenarnya yang terjadi? Di mana Amira sekarang?” Wafiq Zainal dicengkam rasa ingin tahu. Tubir matanya kelihatan berair. Pantas dia mengelipkan mata berkali-kali. Tidak mahu air jernih itu gugur. Ada sesuatu... yang meruntun jiwa. Kenangan cinta bersama Amira, tidak pernah luput dari kotak ingatannya.

“Amira... saya tak tahu nak cakap macam mana? Saya minta maaf Fiq. Selama ni saya menyangka awak yang lari tinggalkan dia. Lepas awak pergi, Amira tak macam dulu. Terlalu banyak derita yang dia tanggung Fiq. Saya,” Salbiah sebak. Dia terhenti di situ, tidak dapat meneruskan kata-kata. Mengenangkan nasib Amira...hatinya diruntun kembali dengan rasa pilu.

“Sal, tolonglah...”

“Kak Sal... Apa yang Encik Wafiq dah buat ni?” Safa Hawani memandang Wafiq Zainal dengan riak hairan. Mata Kak Salbiah yang berkaca-kaca mengundang sedikit rasa resah di dalam hatinya.

‘Kak Sal menangis? Wah, ni betul-betul cerita cinta sedih? Ingatkan dalam novel aje, sekali jadi betul-betul depan mata akulah,’ desis Safa Hawani. Sekejap wajah encik majikannya dipandang, sekejap beralih ke arah Kak Salbiah.

Last edited by wipers81 on 27-10-2014 11:25 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2014 12:02 AM | Show all posts

Bab 10... part 4



“Sal,” panggil Wafiq Zainal namun terdiam sebaik gadis itu mengangkat tangan, isyarat menyuruhnya berhenti bertanya.

“Fiq, bukan sekarang. Saya akan jelaskan semuanya nanti. Safa, habiskan makanan tu,” ujar Salbiah. Melihat Safa Hawani memandang tanpa mengelip mata, sedikit merimaskan dia. Pasti akan berlangsung sesi soal jawab antara dia dengan adik sepupunya selepas ini.

“Sal, boleh beri nombor telefon awak?”

“Saya akan telefon awak Fiq. Awak dengan Safa, kan satu pejabat?” Salbiah menolak permintaan itu. Dia melihat, Wafiq Zainal kelihatan terpinga-pinga.

Dia menapak setapak dan kemudian berhenti. Tubuh dipaling, “saya akan kotakan janji saya pada awak. Segala-galanya akan terungkai nanti. Saya minta diri dulu, Fiq,” langkahnya disambung semula. Semakin melaju sedikit pun dia tidak menoleh ke arah Wafiq Zainal. Hatinya langsung tidak mahu menghiraukan riak wajah lelaki itu.

Kalau boleh, dia mahu menjarakkan diri dari Wafiq Zainal. Hatinya pernah remuk namun itu adalah salahnya sendiri yang terlalu memendam perasaan. Tidak berani untuk meluahkan perasaan kepada lelaki yang didamba oleh para siswi di kolej mereka untuk dijadikan kekasih. Perasaannya terhadap Wafiq Zainal telah dikuburkan di lubuk hati sebaik Amira menjadi pasangan lelaki itu. Dia bukanlah pesaing Amira yang memiliki segala-galanya. Harta, kecantikan... semua dirangkul kemas oleh gadis itu. Sedangkan dirinya... hanya ada kepandaian.

“Kak, kenapa tak bagi nombor telefon akak pada Encik Wafiq tu. Kesian dia Safa tengok. Tak patut tau,”

“Safa, jangan nak menyibuk urusan orang tua.” Marah Salbiah.

Itu saja cara yang boleh menghentikan Safa Hawani dari terus mengasaknya dengan pelbagai soalan. Dia memang bersikap tegas dengan gadis itu. Namun tidaklah selalu. Tegasnya bertempat. Menjadi penjaga kepada Safa Hawani, membuatkan dia menggalas satu tugas yang agak berat. Mujurlah Safa Hawani sudah dewasa, senanglah sikit kerjanya.

“Tu, apa yang tercegat lagi kat sana? Tak payah nak tarik muncung macam itik. Buruk,” Salbiah hampir meletuskan ketawa namun dikulum ketawa. Hilanglah taringnya nanti kalau dihamburkan tawa.

Eleh, tualah sangat. Tak kira, aku nak siasat apa yang jadi. Tunggulah Kak Sal. Ni, Safa Hawanilah,’ beria-ia mahu menjadi penyiasat persendirian pula dia.

“Capatlah Safa Hawani,” sedikit memekik nada Salbiah. Entah apa yang tidak kena dengan adik sepupunya itu? Terhegeh-hegeh berjalan. Merajuk ke?

Last edited by wipers81 on 28-10-2014 10:02 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 12:06 AM | Show all posts

Bab 10... part 5



“Yalah, orang datang ni,” menyenget mulutnya sambil berjalan.

Hesy Safa ni. Berapa kali akak cakap, cuba jangan buat muka macam tu. Awak tu dah 24 tahun tau. Tak malu ke orang tengok?” Bebel Salbiah.

“24, eh muda lagi apa? Ramai kata, ingat Safa ni budak sekolah menengah... PAP! “Kak Sal, sakitlah!” Dia menggosok bahu kanan yang menjadi mangsa tepukan Kak Salbiah.

“Sekolah menengahlah sangat. Kau kalau kahwin, entah-ntah anak dah dua. Perasan macam budak sekolah,” perli Salbiah.

Eleh, akak pun sama juga. Kenapa tak kahwin sampai sekarang? Masih tunggu Encik Wafiq... PAP! “Aduh, kena lagi. Sakitlah Kak Sal,” dia merengek macam budak kecil. “Kak Sal, terkehel bahu Safa, akak betulkan,” rungutnya pula.

“Tak terkehelkan? Kalau nak terkehel betul-betul, mengarut lagi. Dah, akak tak nak dengar Safa sebut pasal Encik Wafiq tu. Akak tak ada apa-apa dengan dia. Tak payah nak sibuk-sibuk dengan hal kami. Dengar tak?” Bagai lagak seorang cikgu yang menanya anak murid.

“Dengar tak?” Oktaf suaranya ditinggikan lagi.

“Dengar cikgu,” sahut Safa Hawani.

Ada dia kisah dengan amaran Kak Salbiah? Dia akan menjayakan misinya ‘menjadi penyiasat’. Akan disiasat habis-habisan rahsia hubungan Kak Salbiah dengan Encik Wafiq.


Last edited by wipers81 on 28-10-2014 12:08 AM

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 06:00 AM From the mobile phone | Show all posts
oooo... mcm tu ke kisahnya... semakin clear plot yg sis nak ketengahkan... sambung lg ya sis...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 05:55 PM | Show all posts

Bab 11... part 1


Wafiq Zainal dijerut keresahan yang dia rasakan semakin melampau. Dia hampir kelemasan. Semalaman tidurnya tidak lena. Di dalam kepala, Amira, Amira dan Amira. Hanya nama dan wajah manis itu yang berlegar-legar. Pagi ini, boleh pula dia muncul awal di pejabat. Beliakan mata para kakitangan yang ada hanya dipandang sepi. Misinya hanya satu... Safa Hawani. Dia perlu berjumpa gadis itu dengan kadar segera.

“Nazira, suruh Safa jumpa saya. Sekarang,” jelas kedengaran suara garang di sebalik ganggang telefon.

Nazira mengerutkan kening. “Apa kena dengan Encik Wafiq ni?” Nazira mendengus. Nada Encik Wafiq Zainal tidak pernah begitu apabila bercakap dengannya. Bimbang dimarahi, dia bingkas bangun mendapatkan Safa Hawani.

“Safa, boss panggil,” jelas nada kurang senang kedengaran.

Boss nak apa pula?”

“Manalah aku tahu. Pergilah tanya dia sendiri,” Nazira berpaling dan melaju langkah ke tempatnya. Tidak betah bercakap panjang dengan Safa Hawani.

Boss dengan pembantu sama aje, mengada-ngada,” sungutnya sambil mengatur langkah.

“Ya Encik Wafiq. Ada hal apa panggil saya?” Mak ai, skemanya soalan. Nampak sangat klise.

“Safa, awak kena tolong saya,” Wafiq Zainal bangun lalu menenggek di tepi meja berdekatan Safa Hawani. Tangannya disilang memeluk tubuh, begitu juga dengan kaki.

“Tolong apa?” Atas bawah mata melihat empunya tubuh itu. Jelas dia melihat lelaki yang sebelum ini kemas berpakaian, sedikit kusut masai. Punyalah formal dia bertanya tadi, alih-alih dia diserbu oleh Wafiq Zainal.

“Apa pun, awak kena tolong saya. Ni soal hidup mati saya,” semakin merepek meraban pula dia.

Ei, Encik Wafiq. Nak cakap soal nyawa sekalipun, lepaskan tangan saya dulu, boleh tak? Tak reti ke nak cakap dengan mulut aje?” Safa Hawani bergumam geram.

“Maaf Safa,” Wafiq Zainal baru tersedar akan khilafnya.

Last edited by wipers81 on 28-10-2014 05:57 PM

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
sikitnya sambung sis... tak sabar nak tau kisah wafiq ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 posted on 28-10-2014 07:37 PM
sikitnya sambung sis... tak sabar nak tau kisah wafiq ni

Sis akan sambung. Tadi sempat taip yang tu aje.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
wipers81 posted on 28-10-2014 08:53 PM
Sis akan sambung. Tadi sempat taip yang tu aje.

ok sis... nanti ada free time sis update ya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 07:29 AM | Show all posts
Selamat pagi semua....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2014 10:16 AM | Show all posts

Bab 11... part 2



“Apa yang Encik Wafiq nak?” Setelah bertenang seketika, dia mengajukan soalan. Tak ada guna memanjangkan marah.

“Safa, saya perlukan nombor telefon Salbiah. Tolong beri...”

“Apa!” Matanya dibeliakan. “Encik Wafiq, hari tu kan KakSal tak nak bagi kenapa pula minta kat saya? Ei, tak naklah.”

“Safa, tolonglah. Saya janji takkan dedahkan nama awak.”

Safa Hawani menjulingkan mata ke atas. Aduh, encik majikannya... macam lapar seranah pula. Patut ke dia hamburkan seranahnya?

“Encik Wafiq. Ingat kakak sepupu saya tu tak cerdik ke? Terang-terang akan nampak saya yang salah nanti. Encik Wafiq ni dah kenapa? Macam orang sasau aje saya tengok,” kecik besar, Encik Wafiq Zainal dilihatnya. Rimas pula Safa Hawani.

“Semuanya pasal kakak sepupu awak tulah. Kerana dia, saya jadi macam ni.”

Safa Hawani mengerutkan kening. Mulutnya sudah dicebik. Menyampah betul adegan ini. Mereka bercinta, kenapa pula dia yang jadi mangsa? Mangsa yang perlu mendengar luahan. Masalah betul dengan orang yang tengah kemaruk bercinta ni.

“Safa, tolonglah. Saya akan kenang pertolongan awak sampai bila-bila.”

“Ya Allah. Bahasa apa yang saya nak guna...” Safa Hawani terkedu. Getaran di poket seluar yang mengeluarkan nada bunyi lagu Hafiz, Bahagiamu deritaku berkumandang. Dia tersengih apabila Wafiq Zainal memandangnya.

“Maaf boss, saya nak jawab panggilan ni,” tangan diseluk ke poket. Butang menjawab panggilan disentuh.

“Hello Safa. Ada kat mana?” suara di hujung talian menyoal.

“Dalam bilik Encik Wafiq. Kenapa kak?”

“Bagus, memang kena pada masa. Pass phone kat Wafiq lepas tu Safa keluar. Nanti akak suruh dia bagi balik phone Safa,” arah suara itu.

Safa Hawani mencebik lagi. Arahan Kak Salbiah... tak boleh tahan. Langkah dituju ke arah boss itu. Lantas tangan menghulur telefon bimbitnya. Dia melihat, Wafiq Zainal menjongket kening lalu

“Nah, Kak Sal nak cakap.”

“Salbiah,” matanya kelihatan bercahaya pantas Wafiq Zainal menyambar telefon itu.

“Hello Sal...” Wafiq Zainal terdiam sebaik melihat Safa Hawani menuju ke pintu. Gadis itu terus sahaja keluar dari biliknya.

Last edited by wipers81 on 29-10-2014 10:18 AM

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 10:28 AM | Show all posts
wipers81 posted on 29-10-2014 10:16 AM
“Apa yang Encik Wafiq nak?” Setelah bertenang seketika, dia mengajukan soalan. Tak ada guna me ...

Selamat pagi sis... Nice entry... nanti sambung lagi ya....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 10:57 AM | Show all posts
wipers81 posted on 29-10-2014 02:16 AM
“Apa yang Encik Wafiq nak?” Setelah bertenang seketika, dia mengajukan soalan. Tak ada guna me ...

saya baca awal bab je. nk tahu sinopsis plis?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2014 11:46 AM | Show all posts
Esmiria posted on 29-10-2014 10:57 AM
saya baca awal bab je. nk tahu sinopsis plis?

Sinopsis?

Tak boleh lagi sebab cerita tak lengkap.
Ala, bacalah dari awal bab.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.055770 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list