CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: achik2009

[Tempatan] Lima beradik yatim piatu sekelip mata, ibu bapa maut digilis lori

[Copy link]
 Author| Post time 27-5-2014 12:33 PM | Show all posts
Mana ummi dan ayah? - Nur Auni Safia

TANJUNG MALIM 26 Mei - "Ummi (ibu) dan ayah mana? Kenapa tinggalkan ummi dan ayah? Ummi dan ayah penat ke? Mereka nak tidur?.

Demikian pertanyaan bertalu-talu Nur Auni Safia, anak bongsu kepada pasangan Jefri Mohd. Zain, 46, dan isteri, Noorsalawati Ibrahim, 40, yang maut selepas digilis sebuah lori muatan pasir dalam nahas ngeri di ibu negara, kelmarin kepada kakaknya, Fatin Adlina, 14.

Pertanyaan daripada si kecil berusia tiga tahun yang tidak mengerti apa-apa itu ternyata meruntun perasaan semua ahli keluarga dan sanak saudara yang mengunjungi mereka di Kampung Rahmat, Changkat Sulaiman, dekat Sungkai, di sini, semalam.

Menurut Fatin Adlina, adiknya itu yang sememangnya manja dengan ibu dan ayah mereka selalu bertanya mengapa kedua ibu bapa mereka ditinggalkan di kubur.

"Saya tahu Auni rindukan ummi dan ayah. Dia seperti mencari-cari mereka. Malam tadi pun selepas bangun tidur, Auni menangis kerana dia beritahu nampak ummi dan ayah.

"Dia terus datang peluk saya dan menunjukkan ke beberapa arah. Dia cakap ada ummi dan ayah bersama kami. Mungkin dia rindu sangat sebab kebiasaannya dia memang tidur bersama mereka," katanya.

Selain Nur Auni Safia dan Farah Adlina, pasangan Jefri dan Noorsalawati juga meninggalkan tiga anak yang lain iaitu Mohd. Haikal, 16, Mohd. Aidil, 10, dan Norsyamini, 4 tahun.

Fatin Adlina berkata, walaupun sedih kerana menjadi yatim piatu dalam sekelip mata, namun dia cuba menjadi tabah dan kuat demi tiga lagi adik-beradiknya yang masih kecil.

Menurutnya, dia juga berasa ralat apabila tidak dapat lagi menjamah makanan kegemarannya iaitu hidangan ikan masak lemak yang dimasak ibunya.

"Malam sebelum kejadian, ummi ada masak masakan kegemaran saya, namun saya hanya jamah sedikit sahaja kerana sudah kenyang.

"Saya kesal kerana tidak makan betul-betul masakan itu. Ummi juga janji mahu masak sedap-sedap untuk kami kerana dia cakap kami kurus, namun malangnya dia tidak sempat menunaikan janjinya itu," katanya sambil menitiskan air mata.



http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ah---Nur-Auni-Safia



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2014 12:48 PM | Show all posts
sedihnya baca artikel atas ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 01:23 PM | Show all posts
innalillah..alfatihah..semoga anak2 yang ditinggalkan tabah hadapi ujian Allah ni..doa aku semoga mereka sentiasa dlm lindungan Allah tanpa ibu bapa lepas ni...huwargh..seedy tgk pic..nmpk muka anak2 tu baik2 belaka...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
safuan posted on 27-5-2014 08:08 AM
As salam kwn2 ....ni no ac rhb ank yatim tu..fatin adlina binti jefri..16454400003709 yg dibuka sdir ...

Tq bg acc no ni. Bg terus kt tgn anak2 tu lebih yakin duit akan smpi kt tgn diorg
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 01:34 PM | Show all posts
achik2009 posted on 27-5-2014 12:33 PM
Mana ummi dan ayah? - Nur Auni Safia

TANJUNG MALIM 26 Mei - "Ummi (ibu) dan ayah mana? Kenapa tin ...

aduiii...sedihnya baca kata2 anak2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 03:06 PM | Show all posts
Ya Allah..kesiannya yatim piatu sekelip mata. Harap2 cepat la dapat bantuan yang sewajarnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2014 05:05 AM | Show all posts
takziah.. kesian anak2 ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.050342 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list