|
senna dgn anum dh masuk kg org bunian ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo posted on 19-5-2014 10:38 PM
haha..ke sebab Senah dah grooming??..mcm Chad, terlopong kang si Kudin tgk si Senah..
sejujurnya perwatakan senah lagi menarik berbanding ana dahlia
|
|
|
|
|
|
|
|
awanjingga posted on 21-5-2014 09:51 AM
senna dgn anum dh masuk kg org bunian ke?
hehhe..gamaknya la kut...
|
|
|
|
|
|
|
|
lina21 posted on 21-5-2014 02:50 PM
sejujurnya perwatakan senah lagi menarik berbanding ana dahlia
Senah berani kan?..hempuk kepala karim tuh
|
|
|
|
|
|
|
|
Makin mencabar cite ipo ni....
i like it... |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 17
JOHAN mundar mandir di rumah sewanya. Pertemuan yang tidak disangka dengan Kudin tadi betul-betul membuatnya merasa bersalah. Sudah jelas, Kudin sudah tahu tentang kehilangan Senah dan Anum. Dia duduk pula di sofa. Ingatannya kembali kepada kenangan di kampung dulu. Senah walaupun nampak agak bodoh dan mulut becok tapi Senah senang didekati dan mesra bila berbual. Anum, gadis itu pula sering menjadi tumpuan pemuda kampung dengan sifat sopan dan tidak sombong. Berlainan watak dengan Senah. Namun keduanya ada keistimewaan tersendiri. Fikriannya melayang pula pada kejadian semasa dia menyuruh Karim mencari seorang gadis untuk seorang tokey besar di Jepun dulu. Dia serahkan semuanya pada Karim. Tidak pernah dia ambil tahu hal itu sehinggalah hari itu dia tahu yang Anum dan Senah adalah gadis yang diperangkap oleh Karim.
Sekali lagi Johan mundar mandir di ruang tamu. Dia pandang jam. Sudah hampir tengah malam. Telefonnya mula berdering. Pantas dia melihat skrin. Dia menelan liur. Teragak-agak dia hendak menjawab panggilan itu.
"Hello.."
"Mana itu perempuan??" Suara di hujung talian sudah berdesing di telinga Johan. Tokey Chong sudah mengamuk. Sepatutnya dua hari lepas, dia kena hantar kedua gadis itu ke tempat yang dijanjikan.
"Err..bos, kita ada masalah." Johan masih tergagap-gagap.
"Saya tak mahu dengar masalah! Mana itu perempuan??" Jerit Tokey Chong lagi. Jelas kedengaran di cuping telinga Johan. Tokey Chong semakin mengamuk. Tokey Chong sudah mengambil deposit dari orang Jepun itu.
Belum sempat Johan menjawab, Tokey Chong sudah beri amaran untuk menyelesaikan masalah itu dalam masa satu hari. Mundar mandir lagi Johan di situ. Dia cengkam rambutnya yang sudah kusut. Dia perlu lakukan sesuatu. Sudah lama dia ingin berhenti dari membuat kerja gila itu. Sekarang ini, dia perlu realisasikan niatnya.
"Ah! Aku tak kira! Aku akan blah dari kegiatan gila ni." Johan sudah nekad. Dia mula menelefon seseorang.
ANA DAHLIA pula masih memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan kes kematian Tengku Muzafar dan juga kematian Hanim dan Suzy sebelum dia beralih pada kes kehilangan Senah. Tadi Kudin sudah menghubunginya tentang hal itu. Maklumat yang diterima dari Kudin boleh digunakan untuk membantu menumpaskan kegiatan penyeludupan gadis-gadis ke luar negara oleh sindiket haram. Dia menatap sekali lagi fail yang diterima dua hari lepas.
"Macam mana kes mayat tu?"
Ana Dahlia mendongak. Detektif Jailani sudah tersenyum di depannya. Dia bingkas bangun dan memberi tabik hormat.
"Masih dalam siasatan lagi tuan! Sekejap lagi akan ada lagi sesi soalsiasat." Ana Dahlia tercegat berdiri di depan Detektif Jailani.
"Siapa pula kali ni?"
"Hetty Sabri tuan! Setiausaha kepada Tengku Saifuddin bin Tengku Muzafar!"
Detektif Jailani mengangguk-angguk."Bagus. Saya mungkin tak masuk masa soalsiasat nanti."
Ana Dahlia hanya mengangguk. Faham dengan kata-kata lelaki itu. Detektif Jailani dilihat sudah keluar dari balai polis dan hilang dari pandangannya. Lama dia berdiri di situ memerhati Detektif Jailani yang begitu segak di matanya. Pertama kali melihat lelaki itu, hatinya sudah tergugat. Malam tadi, dia tidak boleh tidur lena.
"Apa kena dengan aku ni? Dah tangkap cintan dengan dia ke?" Ana Dahlia senyum sendiri. Dia kembali duduk dan menatap fail tadi. Tepat jam sepuluh pagi nanti, dia perlu ke bilik soalsiasat.
JAM SEPULUH PAGI. Ana Dahlia menapak ke bilik soal siasat. Dari cermin luar dia melihat Hetty sudah menunggunya di situ. Pintu dikuak perlahan. Gadis itu dilihat sudah merenung tajam ke arahnya. Terbeliak melihat dia melangkah ke bilik itu dengan seragam polis. Dia hanya mengukir senyum.
"Kau?? Ma..macam mana kau.." Hetty terkejut. Ana Dahlia yang dulunya hanya seorang kerani dengan baju kurung selebeh kini sudah bertukar penampilan. Dia genyeh mata berkali-kali.
"Boleh kenalkan nama awak?" Ana Dahlia mula mencatat sesuatu di atas kertas. Pertanyaan Hetty tadi dijawab.
"Sila kenalkan diri awak!" Ulang Ana Dahlia, sudah sepuluh minit Hetty tidak menjawab soalannya tadi.
"Err..aku Hetty binti Sabri." Teragak-agak Hetty menutur. Dia pandang Ana Dahlia yang masih sibuk menulis.
"Awak kerja di mana?"
"TM Holdings." Ringkas Hetty menjawab. Dia masih tidak percaya apa yang dilihatnya ini.
"Kerja sebagai apa?" Kali ini Ana Dahlia mendongak dan memandang tajam ke arah Hetty.
"Setiausaha." Hetty menelan liur.
"Menurut rekod syarikat, awak sudah lama bekerja di TM Holdings, sejak sepuluh tahun yang lalu sampailah sekarang. Dulu awak setiauasaha kepada tengku Muzafar kan?" Ana Dahlia mula bangun. Dia mundar mandir di depan Hetty. Terdongak Hetty melihatnya.
"Ya." Hetty menjawab sepatah.
"Sekarang awak jadi setiausaha kepada Tengku Saifuddin, betul?" Ana Dahlia berhenti seketika dan memandang Hetty.
Hetty angguk.
"Jawab ya atau tidak!!" Suara Ana Dahlia sudah tinggi.
"Ya!" Hetty mengetap bibir. Dia jeling Ana Dahlia yang dirasakan sudah angkuh.
"Awak kekal di syarikat itu kerana awak seorang pekerja yang rajin dan mendapat anugerah pekerja cemerlang, betul?"
"Betul."
"Disebabkan tugas awak yang cemerlang itu, awak menjadi orang kepercayaan Tengku Muzafar dan juga Tengku Saifuddin. Jadi, dengan title itu, awak mengambil kesempatan untuk menyeleweng duit syarikat. Awak pindahkan duit itu ke akaun di luar negara, betul?" Ana Dahlia memandang tajam ke arah Hetty yang sudah pucat.
"Aku tak lakukan semua itu! Aku difitnah! Mana bukti yang menyatakan aku seleweng duit syarikat?" Hetty tidak mengaku.
Ana Dahlia buka fail dan menghulurkan sekeping kertas kepada Hetty. Hetty pula membaca dengan riak keliru.
"Aku tak buat semua ni! Tak tergamak aku nak buat macam tu." Hetty menafikan.
"Menurut bukti itu, awak telah memindahkan setengah juta duit syarikat ke akaun HR Sdn Bhd. Kami ada maklumat tentang syarikat itu dan ia didaftar atas nama awak dan teman lelaki awak, Hetty Roslan!"
Hetty terdiam. Cekap gila minah kerani cabuk ni!
"Teman lelaki awak, Roslan sudah mengaku dan kami sudah menahannya di sini. Baik awak mengaku!" Ana Dahlia meninggikan suara.
"Ok! Aku mengaku yang aku sudah ambil duit syarikat!" Hetty tunduk.
"Kegiatan awak itu sudah dihidu oleh Hanim dan Suzy, jadi awak merancang melakukan sesuatu untuk menutup mulut kedua gadis itu. pada mulanya awak beri rasuah tetapi mereka tidak menerima. Bila awak dapat tahu, Hanim dan Suzy ingin melaporkan kepada Tengku Muzafar, awak bunuh mereka dengan bantuan Somtam dan Sambol! Jadi awak adalah master mind dalam kes kehilangan dan pembunuhan Hanim dan Suzy!" Tinggi suara Ana Dahlia.
"Aku bukan pembunuh bodoh! Kau tu yang bodoh!" hetty mengetap bibir.
Sebiji penampar singgah di pipi Hetty. " Awak telah menghina seorang pegawai polis!"
Hetty terteleng mukanya ke kiri. Terasa pedih pipinya ditampar kuat tadi.
"Awak upah orang untuk membunuh Hanim dan Suzy dan buang mayatnya ke kolam kumbahan di kampung Pinang Patah! Somtam dan samdol sudah pun mengaku dan kami sudah menahan mereka atas kesalahan membunuh!" Kali ini Ana Dahlia menghentak meja dengan buku lima tangan kanannya.
Hetty menelan liur. Terkejut dengan tindakan Ana Dahlia.
"Awak juga turut membunuh majikan awak dengan menyihir menggunakan khidmat seorang bomoh di kampung Pinang Patah. Setelah kematian majikan awak, awak hadiahkan mayat kedua gadis itu kepada bomoh itu, betul?" Muka Ana Dahlia didekatkan pada muka Hetty yang sudah pucat.
Hetty diam.
"Dengan kematian Hanim dan Suzy, maka kegiatan awak tidak akan terbongkar tapi awak silap. Kematian mereka telah membongkar rahsia kematian Tengku Muzafar dan kemudian membawa kepada pembongkaran kegiatan awak selama ini." Ana Dahlia senyum sinis.
"Semua itu ada sebabnya!! Tengku Muzafar tidak membalas cinta aku malah aku dihina. Jadi aku berpakat dengan Roslan untuk menjatuhkan syarikat. Aku tak ada niat hendak membunuh tapi Hanim dan Suzy sudah tahu tentang duit tu. Aku terpaksa arahkan seseorang untuk membunuh mereka! Kematian Tengku Muzafar juga sebab aku benci padanya! Dia jatuhkan maruah aku di depan pekerja lain. Aku puas sekarang!!" Hetty ketwa terbahak-bahak.
"Inspektor Hanif! Gari cik Hetty!" Ana Dahlia menyuruh pegawai polis Hanif yang berkawal di muka pintu untuk membawa Hetty ke lokap.
"Aku puas hati!!" Sekali lagi Hetty ketawa. Kedua tangannya sudah digari dan dibawa keluar dari bilik soal siasat.
Ana Dahlia melepaskan perasaan lega. Selesai satu kes! Dia belek pula kes kegiatan penyeludupan gadis ke luar negara. Fail itu dibelek lagi. Nampaknya, Anum dan Senah menjadi mangsa kegiatan itu.
Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:23 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Cik_Andak posted on 22-5-2014 01:23 PM
Misteri dh abes ke belom???
belaan Mak jemah xmengganggu orang kampung ke??
itu yang misteri...kena ikuti sampai habis
|
|
|
|
|
|
|
|
Cik_Andak posted on 22-5-2014 07:08 PM
2day pagi2 kena meeting sampai dekat waktu rehat..time rehat baca citer ipo...
Petang cik xde kat ...
ala..sori la Cik_Andak....ipo sibuk la hari ni..malam ni ada update lagi, terima kasih kerana baca
start esok..cuti seminggu ya..balik kampung...
Last edited by Ipo on 22-5-2014 09:56 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
dah nak tamat ke cerita ni? saspen jugak siapa pilihan Kudin nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
Ipo posted on 22-5-2014 08:12 PM
ala..sori la Cik_Andak....ipo sibuk hari la ni..malam ni ada update lagi, terima kasih kerana baca ...
Lamanya Ipo nak cuti? |
|
|
|
|
|
|
|
bianglala posted on 22-5-2014 09:47 PM
dah nak tamat ke cerita ni? saspen jugak siapa pilihan Kudin nanti...
lebih kurang gitu lah lala...nanti kalau berjela..tak jadi cerpen pulak..
susah nanti momod nak bezakan..cerpen ke, cerpan ke atau novel..
|
|
|
|
|
|
|
|
cegitu posted on 22-5-2014 09:47 PM
Lamanya Ipo nak cuti?
ha'ah cegitu...
kat kampung tak dok tenet...cam kampung Pinang Patah tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo posted on 22-5-2014 09:58 PM
lebih kurang gitu lah lala...nanti kalau berjela..tak jadi cerpen pulak..
susah nanti momo ...
hehe. lepas ni kena tulis CERTOT pulak.
|
|
|
|
|
|
|
|
bianglala posted on 22-5-2014 10:06 PM
hehe. lepas ni kena tulis CERTOT pulak.
hahaha...certot la pulak..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo posted on 22-5-2014 09:59 PM
ha'ah cegitu...
kat kampung tak dok tenet...cam kampung Pinang Patah tu..
Sekarang nih tiap2 kampung kan ade kampung wifi...laju jugak...
tp sape yg dekat ngn tiang wifi tu untunglah...
yang umah berbatu jauh ni, kena order kt TM lah...
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 18
MUNDAR MANDIR Johan berjalandi ruang tamu rumah sewanya. Siang tadi, Tokey Chong sudah beri masa sehari saja lagi untuknya mencari Anum dan Senah. Kalau tidak, nyawanya akan melayang! Peluh dingin mengalir di dahi sehingga menitis ke pipi. Sekali lagi Johan mundar mandir di situ. Dia masih memikirkan kehilangan Anum dan Senah. Rasanya sudah hampir seminggu mereka hilang tanpa dapat dikesan. Teringat kata-kata Kudin, Pak Sahak sudah lama rindukan anaknya dan ingin berjumpa Anum.
"Aduh...macam mana ni? Esok aku akan jumpa Kudin. Aku dah janji dengan dia. Apa aku nak cakap nanti??" Johan semakin gelisah. Dia tidak senang duduk. Mundar mandir lagi dia di ruang tamu itu.
Johan pandang jam di dinding rumahnya yang bercat hijau. Malam semakin menghampiri tengah malam. Dia semakin tidak tentu arah. Sejak gadis kebaya merah muncul dalam mimpinya, sejak itulah juga hidupnya tidak tenteram. Gadis itu seolah memarahinya kerana tidak menyelamatkannya dari penjahat. Gadis itu merayu-rayu dalam mimpinya supaya mencari pembunuh itu.
"Eiii!! Boleh jadi gila aku!!!" Johan henyak tubuh di sofa.
Kepalanya ditundukkan. Jemari kasarnya mencengkam rambut. Digaru-garu keras. Dia kemudian bingkas bangun. Kali ini dia nekad akan beritahu Kudin semuanya! Kudin perlu tahu tentang Senah dan Anum. Ugutan Karim tadi tidak dihiraukan.
"Ah! Lantaklah kau Karim! Aku tak takut dengan Tokey Chong!" Johan menapak ke bilik. Esok, dia perlu berjumpa dengan Kudin.
JOHAN terjaga. Rasa angin menerpa di pipinya begitu terasa. Angin sejuk itu seolah menerpak ke pipi dan menjalar ke seluruh tubuhnya. Matanya meliar melihat sekitar bilik. Tiada apa-apa yang berlaku. Sekali lagi, Johan cuba pejamkan mata. Angin sejuk itu sekali algi menerpa muka dan tubuhnya. Lantas dia bingkas bangun. Sekitar biliknya dipandang lagi. Tiada apa-apa yang berlaku. Matanya tertancap pada satu kepulan asap di tingkap. Asap itu seolah menyusup masuk melalui lubang dan celah tingkap dan berkepul-kepul berlegar di depannya.
Dia menelan liur. Asap itu diperhatikan lagi. Kali ini asap itu sudah bertukar membentuk susuk tubuh manusia. Perlahan-lahan berubah menjadi tubuh seorang perempuan yang memakai baju kebaya merah. Membuntang melihat rupa perempuan itu.
"Ma..macam mana kau boleh ada di sini??" Johan sudah menggigil. Suaranya terketar-ketar. Dulu, gadis kebaya merah itu hanya muncul dalam mimpinya sahaja. Kali ini, gadis kebaya merah itu betul-betul muncul di depannya.
"Tolong saya...tolong cari pembunuh saya..tolong.." Rayu jelmaan gadis kebaya merah itu.
"Aku sudah tolong kau hantar ke hospital tapi bila aku datang melawat, kau sudah tak ada di situ." Johan beranikan diri bersuara lagi.
"Aku diculik..aku dianiaya..aku dibunuh!!!" Kali ini suara jelmaan gadis kebaya merah itu mula garang. Wajahnya semakin bengis.
Johan terdiam. Dia sendiri tidak berani bertanya banyak pada jelmaan gadis kebaya merah itu. Wajah ayu tadi sudah bertukar bengis. Selepas ini, entah apa lagi yang berlaku. Mungkin terus menjadi hodoh agaknya.
"Si..siapa yang bunuh kau?" Johan pula jadi penasaran untuk mengetahui siapa pembunuh itu.
"Ikut aku..." Jelmaan gadis kebaya merah itu merenung tajam ke arah Johan.
"Ikut kau?? Ke mana??" Johan menelan liur. Dia semakin tak keruan. Gadis itu dilihat sudah menembusi dinding dan lenyap. Johan bingkas bangun dan berjalan ke arah tingkap. Tingkap dibuka sedikit. Gadis kebaya merah tadi dilihat sudah menunggunya di laman.
"Ah! Ini satu lagi kerja gila! Benar-benar gila!!" Johan sudah merasa serabut kepala otak. Terasa dia sudah berkawan dengan jin syaitan!
"Tolong...tolong aku.." Gadis itu merayu lagi. Kali ini pandangannya sayu melihat Johan yang masih teragak-agak di situ.
Johan beranikan diri turun ke laman. Gadis kebaya merah itu masih berdiri di situ. Jelas dia melihat gadis itu mula berjalan ke satu arah dan terbang. Johan membuntang melihat kelibat gadis itu terawang-awang di langit. Dia mula menghidupkan enjin dan memandu mengikut arah gadis itu terbang. Tanpa sedar, keretanya sudah sampai ke satu tempat yang agak gelap dan terpencil. Ada sebuah rumah di hujung taman perumahan itu. Rumah yang agak terasing dari rumah lain. Keretanya diparkir tidak jauh dari rumah itu. Lama Johan memerhati sekitar rumah itu yang agak suram dengan hanya ditemani cahaya dari lampu tiang jalan yang hanya ada sebuah saja di situ.
"Hmm...rumah siapa sebenarnya ni?" Johan mula keluar dari perut kereta. Dia berdiri seketika di tepi kereta. Kelibat gadis kebaya merah itu dilihat sudah terawang-awang di atas bumbung rumah itu seolah ingin memberitahunya ada sesuatu di dalam rumah itu yang perlu dia tahu.
Langkah berhati-hati diatur menuju ke rumah itu. Johan melihat sekitar situ. Perlahan dia menapak ke tepi dinding rumah. Telinganya ditekap ke dinding. Tiada apa-apa yang berlaku.Tiada suara dari dalam kedengaran. Dia jenguk pula melalui tingkap. Dari celah tingkap, jelas dia melihat seseorang sedang mengadap satu bekas kemenyan. Asap dan bau kemenyan mula menusuk lubang hidungnya. Orang itu tidak jelas pada pandangan matanya.
"Siapa dia?" Johan berkerut kening. Dia intai lagi. Kali ini dia menelan liur. Bulat matanya melihat wajah orang itu yang cukup dikenali. Dia segera ke keretanya semula.
Keretanya dipecut laju meninggalkan kawasan perumahan itu. Gadis kebaya merah tadi juga sudah bertukar menjadi kepulan asap semula sebelum lenyap dibawa angin malam. Sampai di rumah, Johan sekali lagi henyak tubuhnya di sofa di ruang tamu. Jarum jam di pergelangan tangannya sudah menghampiri satu pagi.
"Pelik aku..kenapa perempuan tu tak cekik je orang yang membunuhnya? Dia kan hantu? Rasuk ke? Hisap darah ke macam Dracula tu? " Johan masih berfikir. Terasa dunianya kini sudah masuk ke fasa dunia mistik!
Agak lama dia termenung, pintunya diketuk bertalu-talu. Johan mula berkerut kening. "Siapa pulak yang datang malam buta mcam ni?"
Perlahan dia bangun dan mula membuka pintu. Tiada sesiapa di situ. Dia jenguk sekitar laman. Juga tiada sesiapa. Johan kembali masuk ke dalam rumah. Dia berehat semula di sofa. Malam itu matanya sukar diulit. Sekali lagi bunyi ketukan kuat bertalu-talu mengetuk pint rumahnya. Johan sudah bengang. Dia bingkas bangun dan dengan kasar dia membuka pintu.
"Siapa???" Jerkah Johan. Matanya melilau mencari kelibat orang yang mengetuk pintu rumahnya tadi.
Kali ini juga tiada sesiapa. Sebaik sahaja dia ingin masuk semula ke dalam rumah dan ingin menutup pintu, kedengaran suara ketawa berdekah-dekah semakin kuat menerjah gegendang telinganya.
"Siapa pulak yang ketawa malam-malam ni?" Johan sudah bingung. Suara ketawa tadi masih jelas di telinganya.
"Aku tahu kau datang ke rumah aku tadi kan?"
Johan terdiam. Suara ketawa tadi sudah mula berbicara dengannya dan apa yang dia pelik, suara itu tahu ke mana dia pergi tadi.
"Kau siapa??" Johan beranikan diri bertanya.
"Kau ingat! Tiada seorang pun yang boleh melawan aku!!"
Johan sudah geram. Dia genggam kedua tangannya dengan kuat. Dia percaya suara tadi adalah suara orang yang dikenalinya tadi di rumah itu.
"Oh..jadi selama ni kau berpakat dengan jin setan!!" Johan menjerit kuat.
Suara tadi ketawa lagi dan lenyap begitu sahaja sekelip mata.
"Ni tak boleh jadi. Aku mesti beritahu Kudin." Johan mengetap bibir. Dia mula membaca ayat kursi seebelum pejamkan mata. Kali ini dia perlu bantuan Kudin. Esok, dia perlu jumpa Kudin!
Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:25 AM
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|