CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: orangbesi

Mohon rombakan bod agama Islam dan Muslim -2

[Copy link]
Post time 12-3-2014 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Belalang kunyit ker belalang hijau ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2014 01:01 AM | Show all posts
Nazrulism posted on 12-3-2014 09:44 PM
Belalang kunyit ker belalang hijau ?

Assallamualaikum

Ahlan wa sahlan wa marhaban...

lama tak nampak Tuan...lama menghilang diri...

selamat kembali...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
burungantu posted on 13-3-2014 01:01 AM
Assallamualaikum

Ahlan wa sahlan wa marhaban...

Walaikumusalam.

Tuan tu dah kena banhammer nak muncul macam mana ?

Tunggulah lepas 30 hari nanti. La ni mod simpan dia dalam alam ROH.

Kalau mod boleh simpan nick yang dikatakan dah mati selama 30 hari sebelum muncul kembali tak kan orang2 soleh yang orang awam sangka dah mati boleh muncul kembali walau pun dah  bertahun-tahun bersemadi?

Kun faya kun. Maha Suci Allah. Kepunyaan NYA kerajaan langit dan bumi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
wsm... jgnlah bertuan2.. ngigau pulak aku nanti..;-)
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
OB, Dzul, mnm, mbhsf dan lain2.. apa khabar semua

Comments

lama tak nampak ....no...  Post time 14-3-2014 11:00 PM
Alhamdulillah... baik-baik aja....  Post time 14-3-2014 09:47 AM
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 10:12 PM | Show all posts
Nazrulism posted on 13-3-2014 07:30 PM
OB, Dzul, mnm, mbhsf dan lain2.. apa khabar semua

Salam sedara @Nazrulism

Khabarnya gtu² je le, baik² adja.
Ada cadangan/soalan ke nk rombak bod ni?


p/s: Lama betul ek...berjln ke forum² lain ke?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2014 12:21 AM | Show all posts
Nazrulism posted on 13-3-2014 07:25 PM
wsm... jgnlah bertuan2.. ngigau pulak aku nanti..;-)

Dah jelas jantan elok juga panggil Tuan , bukan panggil Tuhan atau dah jelas wanita elok juga panggil Puan .

Lain lah kalau dah jelas bapok barulah jangan bertuan2 ... Takut2 marah pulak bapok tu nanti
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 12:26 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 13-3-2014 10:12 PM
Salam sedara @Nazrulism

Khabarnya gtu² je le, baik² adja.

Salam @Nazrulism , jangan lupa sapa punya angkara sampai terpaksa berhijrah ke Forum lain ?


Kebanyakkannya semua musang berbulu ayam  jer . Yang menang pehak Paderi . Yang terpedaya dengan dakyah Yahudi .

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2014 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Oiii budak kecik.. ko ni apa hal. Nak provoke tak tentu pasal?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
lol
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 10:39 PM | Show all posts


MH370: Teknologi 'mencabar' Teknologi

Hari ke-6 kehilangan MH370, dunia terus terpinga-pinga. Teknologi yang sudah dituhankan oleh sebahagian besar manusia juga menemui jalan ‘mati’.

Teknologi tidak bersalah, yang bersalah adalah manusia yang menjadikan teknologi sebagai tuhan baru mereka. Segala-galanya dirujuk kepada teknologi atau sains.

Ungkapan yang banyak tersebar di media social khususnya facebook, “bila kuasa sains berakhir, bermulalah kuasa Tuhan” adalah sebaris ungkapan sesat dan menyimpang jauh dari aqidah Islam.

Sains tidak berkuasa. Sains hanya mengkaji, menghurai dan mengolah segala ciptaan Tuhan.

Sains tidak berupaya mencipta sesuatu yang baru melainkan hanya mengadun dan mengolah bahan-bahan yang telah diciptakan oleh Allah.

Sepertilah tukang masak. Mereka hanya mengolah atau mengadun bahan-bahan dari pelbagai jenis untuk dijadikan menu baru, mengikut keperluan dan kesesuaian setempat atau semasa.

Sebelum kita memperkatakan tentang teknologi berkaitan MH370, minggu lepas ada orang bertanya tentang teknologi pengklonan. Adakah ini satu teknologi yang cuba mencabar kuasa Tuhan?

Tuhan tidak akan tercabar dengan manusia sekalipun ramainya manusia yang mahu mencabar Tuhan.

Tuhan menciptakan Nabi Adam tanpa didahului oleh sebarang makhluk berupa atau bernama manusia. Kemudiannya Allah menciptakan Siti Hawa dari tulung rusuk Nabi Adam. Bolehkah dikatakan ini satu permulaan system klon?

Nabi Isa as juga diciptakan tidak melalui system persenyawaan dua benih berbeza lelaki dan perempuan. Bukankah teknologi kejadian tiga manusia mulia ini lebih hebat dari teknologi pengklonan?

Klon sebenarnya masih sangat bergantung kepada kejadian asal. Sains tidak akan mampu dan selamanya tidak akan boleh mencipta suatu makhluk yang baharu!

Itulah sains atau secara khususnya teknologi. Teknologi adalah makhluk yang diolah oleh sejenis makhluk yang bernama manusia.

Allah ciptakan manusia ada fizikal, akal, nafsu dan roh. Dengan akal manusia telah menemui teknologi seperti apa yang kita nikmati sekarang. Tetapi semata-mata dengan akal sahaja, manusia tidak mampu menemui Tuhan.

Kehilangan pesawat Boeing 777-200, MH370 telah membuatkan dunia kembali berfikir bahawa teknologi bukan segala-galanya. Teknologi yang selama ini disangka mempunyai kemampuan luar biasa tanpa sempadan, akhirnya ‘tersekat’ dalam kes MH370.

Allah buatkan teknologi jadi bodoh ketika dunia sedang mengkaguminya. Allah jadikan teknologi celaru, kelu dan buntu dalam menghuraikan kes MH370.

Kita diingatkan kembali kepada peristiwa Nabi Ibrahim berhadapan dengan kaumnya, “Tanyalah kepada berhala yang paling besar itu tentang siapakah yang telah merosakkan berhala-berhala tersebut?”

Maka kehilangan pesawat canggih MH370 telah dirujukkan kepada semua teknologi yang serba canggih juga. Ternyata teknologi yang canggih itu juga tidak mampu memberikan jawapannya.

Sewaktu manusia semakin ghairah mahu mencabar Tuhan dengan teknologi, Allah telah mencabar teknologi dengan teknologi juga.

Sudah sampai masanya manusia kembali tersedar bahawa teknologi itu bukan Tuhan!

Teknologi itu sendiri adalah ciptaan Tuhan! Teknologi adalah makhluk sekali gus sebahagian dari tanda-tanda kebesaran kuasa Tuhan!

Ungkapan yang lebih tepat adalah, sains bermula di atas kuasa Tuhan dan dengan izin Tuhan. Berakhirnya kemampuan sains, bermakna Tuhan mahu kembalikan perhatian manusia daripada sains kepada Tuhan.

Kehilangan MH370 akan mengembalikan manusia kepada Tuhan yang sebenar, iaitu Allah Yang Maha Agung!

Perinciannya bagaimana? InsyaAllah artikel akan datang…
Last edited by budakecik on 14-3-2014 10:41 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 11:26 PM | Show all posts
Perbezaan Pendapat Yang Dibenar dan Yang Tidak Dibenarkan

Sudah menjadi Sunnatullah, ada benci, ada rindu, ada pro, ada kontra. Perbezaan pendapat sudah tidak boleh dipisahkan dari kehidupan manusia sehari-hari.

Selagi manusia diberi akal dengan kecerdasan yang berbeza-beza, dan selagi nafsu tidak dipandu dengan Syariat Islam yang sebenar, selagi itulah manusia cenderung untuk bermusuhan dan berpecah-belah! .

Bezanya samada perbezaan pendapat itu kecil atau besar, dibolehkan atau tidak dibenarkan samasekali!.

Nabi Muhammad SAW telah membayangkan perpecahan umat Islam sejak dahulu lagi. Sabda Nabi dalam dua hadisnya yang masyhur:-

1) Perpecahan di kalangan umatku adalah suatu RAHMAT

2) Akan berpecah umatku kepada 73 golongan. 72 golongan masuk neraka, dan hanya 1 golongan sahaja yang masuk surga.


Perpecahan Membawa Rahmat

Perpecahan atau perbezaan pendapat ini adalah dalam Bab FEQAH.

Bab Feqah mengandungi perkara-perkara seperti Ibadah, Muamalat, Munakahat, Jenayah dan Siasah.

Dalam hal-hal ini, nabi membenarkan berlaku perbezaan pendapat.

Sebagaimana sabdanya,
Barangsiapa berijtihad dan ijtihadnya betul, ia mendapat 2 pahala. Ijtihad yang salah mendapat 1 pahala.

Nabi tak katapun, ijtihad yang salah mendapat dosa!. Malahan diberi 1 pahala. Barangkali sebagai hadiah untuknya kerana serius memikirkan masalah agama untuk kebaikan ummah.
(Siapa yang boleh ijtihad tuu.. tengok oranglah, pulak!)

Tambahan pula ayat-ayat Al-Quran itu ada yang jelas (ayat Muktamad), dan ada yang samar-samar (ayat Mutasyabihat) .

Ayat yang samar-samar sudah pasti timbul tafsiran yang berbeza-beza disebabkan kepala otak yang berbeza-beza kadar IQ nya.

Contoh, masalah dalam bab batal wuduk. Perkara ini berbangkit dari firman Allah yang tak jelas, iaitu, Atau kamu menyentuh perempuan(Al Maidah: 6)

(Ulama membandingkan perkataan sentuh dengan sifat Allah yang Maha Pemalu. Sentuh di situ ada makna tersirat!).

Maka..

Iman Syafie r.h. berijtihad, sentuh kulit perempuan batal air sembayang.

Iman Hanafi kata, tidak!. Naik syok baru batal air sembahyang.

Ada pula seorang Imam kata, sampai peringkat bersetubuh baharulah batal air sembahyang.

Mana satu yang tepat dan dapat dua pahala, Waallah hualam!

Yang pasti, kita mudah untuk mengerjakan tawaf Baitullahi Haram di kala perempuan-perempuan Hidustani dok sondol-sondol kaki kita kat depan-belakang! .

Kan itu suatu Rahmat!.
Kalau tidak.. kita dok berulang ambil air sembahyang untuk cukup 7 pusingan. Sikit punya seksa!.


Perpecahan Atau Perbezaan Yang  Membawa Azab


Ini ialah maksud hadis yang kedua. Perpecahan dari segi Akidah.

Ia menyentuh Bab Tauhid sahaja, iaitu keyakinan kepada Rukun Iman yang enam.
Keyakinan kepada Allah SWT, Malaikat, Rasul-Rasul, Kitab-Kitab, Alam Akhirat dan Qada&Qadar.

Menolak salah satu atau sebahagian aspek daripadanya adalah dilarang keras. Terhukum kafir dan kekal abadi di dalam neraka. Waliyazzubillah! .

Jelasnya, dalam perkara tauhid ini, tidak boleh seseorang Islam itu berbeza pendapat dengan saudara Islamnya yang lain. Dan dalam konteks masyarakat Islam Malaysia dan dunia amnya, wajib berpegang kepada akidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Sebagaimana Imam Syafie, Imam Hanafi, Imam Hambali dan imam-imam muktabar yang lain... walaupun mereka mempunyai mazhab masing-masing. Tetapi dalam perkara aqidah ini, mereka bersatu dan berpegang kepada akidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah, yang diperkenalkan semula oleh ulama tauhid yang terkenal, iaitu Sheikh Abu Hassan Ansari, mujadid kurun ke-2 Hijrah. Iaitu setelah hampir2 mazhab ini padam dek faham2 muktazilah, syiah, hajariah, musyabihah, rasdhiah, qadariah, jabariah, dll yang melanda umat Islam waktu itu.

Beliau telah mengolah ilmu tauhid ni mengikut kaedah yang sistematik, supaya orang2 zaman kemudian nii.. mudah faham. Tidaklah terawang2 seperti setengah2 ustaz kita yang tidak spesific bila menyampaikan ilmu!.

Konklusi.

Yang kita dok bagi haru satu negara.. dok kafiak sana, kufur sini.. kes tolak(tangguh) Hudud ni.... cerdik ke baso, ke?

Bukankah Hudud itu termasuk dalam Bab Feqah - Seksyen Jenayah?.

Dibolehkan kita berbeza pendapat samada nak buat sekarang ini, atau nak tangguh dahulu!.

Tolak samasekali tidak boleh. Jatuh kafir pula!.

Ini masalah perlaksanaan, supaya kita tidak jatuh zalim apabila melaksanakannya. Selain mendapat pahala ibadah.

Untuk fahami lebih lanjut, sila klik Falsafah Hudud Dalam Islam.

Sekian. Wassalam. Last edited by budakecik on 14-3-2014 11:29 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2014 11:28 PM | Show all posts
mamicun posted on 11-3-2014 10:37 AM
U ni macam ketam mengajar anaknya berjalan betoi jer ....

kan aku dah kata
aku pun cam hang gak
SAMPAIKAN...........

bukan hak kita memberi petunjuk hidayah!!!
tapi
ALLAH MEMBERI PETUNJUK KEPADA SESIAPA YG DIA KEHENDAKI
DAN MENYESATKAN SESIAPA YG DIA KEHENDAKI

tak kira yg datang tu firaun moden sekali pun
ifrit ka, iblis ka.......aku tetap SAMPAIKAN
dah tak makan saman.......maka dgn KEKERASAN lah juga.....................iye kannnnn mami cayang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2014 11:30 PM | Show all posts
sila teruskan
jangan lebih-lebih udah le yeeeee


moga dalam kesejahteraan
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 11:41 PM | Show all posts
orangbesi posted on 14-3-2014 11:28 PM
kan aku dah kata
aku pun cam hang gak
SAMPAIKAN...........
tak kira yg datang tu firaun moden sekali pun
ifrit ka, iblis ka.......aku tetap SAMPAIKAN
dah tak makan saman.......maka dgn KEKERASAN lah juga.....................iye kannnnn mami cayang


Depa dah sampai dah ...sampai ada yang mati tanpa kubur , tanpa nesan , hanya sendu yang mengiringi perpisahan.

Nak kata kena mandi jenazah , kena kafan , kena solat jenazah lagik tak wujud . Apatah lagik nak solat ghaib ?


Last2 yang tau- tau depa kena banhammers , kena potong kredit . Tu belum kira kena tulisan yang kena  cantas isu walau tak lucah , bukan akta rahsia  rasmi (OSA) atau akta hasutan . Cuma akta Anti Mod yang tak relevan , akta mod tak Islam , akta mod pro Yahudi , akta mod pro Nasrani dan akta mod po ambiGAY

Tang mana demo keras si nya Malay Forum ? Berporem sampai  kena ikut telunjuk atau ikut bontot Tok Dalang ?   Baik tak payah panggil porem . Bubuhlah atas nama Suara Firaun , Suara Saddam Hussein , Suara Muamar Gadafi , Suara Hitler atau suara Qarun . Last2 semuanya mati dalam kehinaan.


Kalau yang Vodo tak boleh dilentur dan yang sombong tak boleh ditegur tunggulah saat2 kehancuran ..



.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 11:43 PM | Show all posts
orangbesi posted on 14-3-2014 11:30 PM
sila teruskan
jangan lebih-lebih udah le yeeeee

Depa dah sampai dah ...sampai ada yang mati tanpa kubur , tanpa nesan , hanya sendu yang mengiringi perpisahan.

Nak kata kena mandi jenazah , kena kafan , kena solat jenazah lagik tak wujud . Apatah lagik nak solat ghaib ?


Last2 yang tau- tau depa kena banhammers , kena potong kredit . Tu belum kira kena tulisan yang kena  cantas isu walau tak lucah , bukan akta rahsia  rasmi (OSA) atau akta hasutan . Cuma akta Anti Mod yang tak relevan , akta mod tak Islam , akta mod pro Yahudi , akta mod pro Nasrani dan akta mod po ambiGAY

Tang mana demo keras si nya Malay Forum ? Berporem sampai  kena ikut telunjuk atau ikut bontot Tok Dalang ?   Baik tak payah panggil porem . Bubuhlah atas nama Suara Firaun , Suara Saddam Hussein , Suara Muamar Gadafi , Suara Hitler atau suara Qarun . Last2 semuanya mati dalam kehinaan.


Kalau yang Vodo tak boleh dilentur dan yang sombong tak boleh ditegur tunggulah saat2 kehancuran ..






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2014 11:57 PM | Show all posts





Gambar Bilal Roslan Ishak meninggal dunia ketika sujud dalam solat di Surau Bangi. Perkara ini telah menggemparkan penduduk kerana menghembuskan nafas ketika sujud atau menunaikan solat adalah mulia dalam Islam. Apatah lagi ianya berlaku di bulan yang penuh mulia iaitu Ramadhan. Roslan yang juga seorang bilal di Surau Al Mujahiddin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi disahkan meninggal dunia ketika sedang bersujud pada Solat Zohor 23 Ramadhan 1434 atau bersamaan dengan 1 Ogos 2013.



Last edited by budakecik on 15-3-2014 07:32 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 03:32 PM | Show all posts
Berkeluargalah Atas Nama Tuhan

Selepas dua mempelai menjadi pengantin baru
Bermulalah hidup berkeluarga dua jenis manusia


Kalau panjang umur anak pula ramai
Tanggungjawab keluarga bertambah berat dan mencabar


Jika ilmu tidak ada, iman pula tidak ada
Bukan senang hendak mengendalikan keluarga yang besar


Krisis berlaku, masalah tidak selesai
Kalau dahulu selalu gembira,
sekarang bermasam-masammuka


Kerana itulah kita perlukan Tuhan
Segala masalah apa sahaja
Tuhan tempat menyelesainya


Tuhan memimpin orang yang bertaqwa
Orang yang bertaqwa ada pembelaan dari Tuhan


Berkahwinlah atas nama Tuhan
Berkeluargalah atas nama Tuhan


Tuhan jangan ditinggalkan
Tuhan kawan setia
di waktu kesenangan dan di waktu kesusahan
  
Kalau atas dasar itulah kita berkahwin
Senang susah tidak jadi masalah


Di waktu senang kita bersyukur
Di waktu susah kita bersabar


Rumah tangga di dalam rahmat Allah

```````````````````````````````
Bersatu Adalah Ikatan Jiwa


Bagaimanalah bangsa boleh bersatu
Masing-masing puak ada haluan tersendiri


Walaupun setiap golongan mengajak umat bersatu
Tapi perjuangan masing-masing ada agenda tersendiri


Orang politik ada matlamat yang dituju
Persatuan buruh memperjuangkan agendanya pula


Artis-artis memikirkan nasib mereka pula
Guru-guru pula memikirkan kenaikan gaji dan kehidupan mereka


Ulama juga tidak bersatu mereka ada yang punya
Sasterawan memikir bahasa sahaja


Petani-petani berjuang caranya pula
Nelayan-nelayan pula,
memikirkan nasib mereka yang tidak terbela


Begitulah setiap puak memikirkandiri mereka sahaja
Tapi mereka di dalam masa yang sama ajak bangsa bersatu padu


Yang di mulut lain tindakan didalam hati
Bagaimanalah bangsa boleh bersatu secara realiti


Bersatu adalah ikatan jiwa
Fikiran selaras, Tuhan sama-sama dicintai


Jiwa yang sama-sama cintakan Tuhan
Perpaduan akan terjadi dengan sendiri

`````````````````````````````````
Berkasih Sayanglah Sesama Manusia


Simpatilah dengan anak-anak yatim terutama yang susah
Hiburkan mereka dengan kemesraan, bantuan dan kasih sayang


Agar hatinya yang terluka kehilangan ayah dapat diubat
Dengan adanya orang yang memberi kasih sayangnya


Fakir miskin yang serba susah dan payah
Simpati jugalah kepada mereka


Hulurlah bantuan berilah kemesraan jangan ditinggalkan
Mereka juga manusia inginkan perhatian


Orang-orang  yang mendapat kemalangan
yang  berbagai-bagaikeadaan
Termasuk manusia yang inginkan simpati orang ramai


Tunjukkan simpati kepada mereka
Bantulah mereka hiburkan mereka agar hati gembira


Ingatlah nasib-nasib mereka tidak mustahil akan menimpa kita
Bila-bila masa kita juga mungkin senasib dengan mereka


Tuhan boleh lakukan apa sahaja kepada kita
Kerana itulah kesusahan orang
jangan dibiarkan tanpa bantuan


Tuhan sangat kasih orang yang menghubung kasih dengan orang
Hubungilah kasih terutama dengan orang yang malang


Oleh itu hubungilah kasih dengan orang
Tuhan akan kasih dan sayang dengan orang yang penyayang

````````````````````````````````

Bila Poligami Tidak Difahami

Hari ini ada orang berpoligami, keluarga porak-poranda
Krisis setiap hari, suami isteri dan anak-anaknya


Mengapa krisis? Kerana Tuhan tidak dicinta
Syariat tidak diikut, kepentingan peribadi jadi budaya


Berlakunya krisis keluarga poligami,
jangan salahkan Allah dan Islam
Krisis berlaku kerana Tuhan tidak dicinta,
ditukar dengan cintakan peribadi


Kalau peribadi yang dicintai,
kepentingan peribadilah
yang menjadi matlamat hidupnya

Jika kepentingan peribadi menjadi budaya
dengan ibu ayah pun berkira


Kepentingan peribadilah
yang tidak ada tolak ansur sesama manusia

Sekalipun dengan ibubapa, suami dan sanak saudara

Kepentingan peribadi bukan sahaja poligami menjadi musuhnya

Banyak hukum-hukum Tuhan menjadi musuhnya,
bahkan sembahyang pun diabainya


Orang yang cintakan peribadi
bukan sahaja porak-poranda di dalam rumahtangga
Di dalam berkawan pun tidak setia,
di dalam masyarakat selalu sahaja bermasam-masam muka

Di dalam satu perjuangan akan berlaku jatuh-menjatuhkan perkara biasa

Kalau begitu bila mahu aman, harmoni dan bahagia

Poligami jangan salahkan sesiapa,
salahkan diri kerana terlalu peribadi


Kalau peribadi menjadi matlamat,
sembahyang, puasa, berkorban, berjuang
pun menjadi musuhnya

Jika hukum Tuhan menjadi musuhnya,
ertinya Tuhanlah musuh-musuhnya


Orang yang ada kepentingan peribadi
bukan sahaja di rumahtangga,
di mana pun payah berkira

`````````````````````````````````

KEIKHLASAN HATI

Di dalam pengalaman hidup mencari
kawan yang setia susah sekali


Macam susahnya mencari gagak yang putih,
mana ada
Begitu juga jiran yang mulia
macam keluarga payah dicari


Macam payah diperolehi intan
permata untuk dipunyai
Taat setia seorang pengikut
kepada pemimpin serupa sahaja


Kerana itulah ramai rakyat
yang berpura-pura di hadapan pemimpinnya
Begitulah juga keadilan
seorang pemimpin payah dijumpai


Keadilannya hanya tinggal slogan
di dalam realitinya yang tidak ada
Juga yang bertanggungjawab
terhadap amanah amat susah sekali


Ramai yang bertangungjawab terhadap amanah
mengambil mudah atau bermudah-mudahan
Lebih-lebih lagilah hendak ikhlas
di dalam beramal lagi payah


Kerana ALLAH itu hanya pemanis kata,
realitinya tiada
Ikhlas itu bukan pengakuan lidah
tapi pengakuan hati


Sedangkan perjalanan hati
payah dikesan dan payah dijejaki
Kerana itulah  
Ikhlas itu payah hendak dikenal pasti

Ia adalah rahsia ALLAH
yang Maha Mengetahui perjalanan hati



Pintalah kepada ALLAH hidayah dan taufikNya tentang hati
Agar hati sentiasa ikhlas membuat bakti.




```````````````````````````````````


Bila Manusia Hilang Rasa Malunya..

Jika malu sudah tercabut daripada hati manusia
Hatinya sudah tidak terasa lagi


apa yang dia cakap dan apa yang dia buat
Dia akan bercakap apa sahaja tanpa disukat
Dia juga berbuat apa sahaja tanpa memikir akibat
Orang yang tidak malu,


Tuhan tidak ada di dalam kamus hidupnya
Tuhan ada atau tiada dia tidak lagi ambil kira
Yang dia fakir aku adalah bebas,
aku boleh buat apa sahaja


Kebebasanku jangan disekat,
orang lain peduli apa


Bercakap lucah boleh aja,
mencarut tidak mengapa


Pegang dan tepuk perempuan perkara biasa
Pada aku tidak ada pantang larangnya
Apa orang hendak kata,
biarlah apa dia hendak kata


Banyak orang cacat hati,
dia tidak terasa apa-apa
Hatinya telah kebal
daripada merasa malu dengan manusia


Orang pun telah bercakap-cakap tentangdia

Bukan dia malu bahkan terasa megah pula dia rasa

Begitulah bila sifat malu pada seseorang sudah tidak ada
Padahal malu itu perbezaan di antara haiwan dan manusia


Apabila malu sudah tercabut danpada hati manusia
Itulah dia haiwan yang berupa manusia yang melata

``````````````````````````

Bahaya Orang Pandai Yang Jahat


Kalau orang bodoh telah menjadi jahat,
kejahatannya tidak terlalu bahaya


Hanya curi ayam, curi kambing, telur ayam,
tipu orang paling banyak ratusan ringgit


Kadang-kadang seluk saku,
sambar beg orang, larikan kenderaan orang


Jika orang pandai yang sudah jahat
atau yang berkuasa sudah menjadi jahat,
sungguh dahsyat


Duit negara yang dicuri,
harta rakyat yang disonglapnya,


wang bank yang dirompaknya
Hendak ditangkap sangatliciknya,
macam belut


Ilmunya canggih, alat-alat untuk melepaskan diri sungguh canggih,
susah hendak dihukum

Bahaya orang pandai atau yang berkuasa yang sudah jahat amat dahsyat

Negara boleh terlingkup,

Rakyat boleh menderita,

negara boleh terdedah kepada musuh dan bahaya

Itulah yang telah berlaku di dunia hari ini

Terutama di negara umat Islam atau negara bekas jajahan

Sudah berpuluh tahunatau beratus tahun
penyakit itulah yang berleluasa berlaku,
belum dapat diatasi


Tidak ada jalan keluar, buntu, memeningkan kepala
Di suasana semacam yang ini orang yang baik selalunya teraniaya


Terutama orang yang baik itu cerdik pula,
ada pengaruh pula, boleh jadi pemimpin


Sebelum segala-galanya terdedah dan terbuka,
carilah jalan memusnahkannya


Cari jalan menyalahkan,
untuk ditangkap dan diISAkan


Tapi Tuhan tidak membiarkan
Yang menzalim akan terhukum


Masa akan tiba, yang hak pasti terbela,
tunggulah tidak lama lagi


Bertaubatlah!  
Baiki diri!
Berdoalah!
Tolonglah orang yang susah
agar segera datang pertolongan Allah
Last edited by Ayun_Maiden on 15-3-2014 03:41 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2014 06:31 PM | Show all posts
budakecik posted on 14-3-2014 11:41 PM
Depa dah sampai dah ...sampai ada yang mati tanpa kubur , tanpa nesan , hanya sendu yang mengi ...

Depa dah sampai dah ...sampai ada yang mati tanpa kubur , tanpa nesan , hanya sendu yang mengiringi perpisahan.
Nak kata kena mandi jenazah , kena kafan , kena solat jenazah lagik tak wujud . Apatah lagik nak solat ghaib ?
Last2 yang tau- tau depa kena banhammers , kena potong kredit . Tu belum kira kena tulisan yang kena  cantas isu walau tak lucah , bukan akta rahsia  rasmi (OSA) atau akta hasutan . Cuma akta Anti Mod yang tak relevan , akta mod tak Islam , akta mod pro Yahudi , akta mod pro Nasrani dan akta mod po ambiGAY
Tang mana demo keras si nya Malay Forum ? Berporem sampai  kena ikut telunjuk atau ikut bontot Tok Dalang ?   Baik tak payah panggil porem . Bubuhlah atas nama Suara Firaun , Suara Saddam Hussein , Suara Muamar Gadafi , Suara Hitler atau suara Qarun . Last2 semuanya mati dalam kehinaan.
Kalau yang Vodo tak boleh dilentur dan yang sombong tak boleh ditegur tunggulah saat2 kehancuran ..


depa dah sampai???.....hanya aku yg idup lagi
leh le brgomol2 lagi kan

sesiapa sahaja uh mengikut hawa nafsu...............silakanlah (betul kannn)
cam KATA ALLAH; BERILAH TANGGUH MEREKA BARANG SEKETIKA
    hang faham kot ayat niiiiii
   dan kerana RABB tu TERLALU BAIK kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 06:57 PM | Show all posts
Ayun_Maiden posted on 15-3-2014 03:32 PM
Berkeluargalah Atas Nama Tuhan

Selepas dua mempelai menjadi pengantin baru
Terutama di negara umat Islam atau negara bekas jajahan
Sudah berpuluh tahun atau beratus tahun
penyakit itulah yang berleluasa berlaku,
belum dapat diatasi


Tidak ada jalan keluar, buntu, memeningkan kepala
Di suasana semacam yang ini orang yang baik selalunya teraniaya


Terutama orang yang baik itu cerdik pula,
ada pengaruh pula, boleh jadi pemimpin


Sebelum segala-galanya terdedah dan terbuka,
carilah jalan memusnahkannya


Cari jalan menyalahkan,
untuk ditangkap dan diISAkan


Tapi Tuhan tidak membiarkan
Yang menzalim akan terhukum


Masa akan tiba, yang hak pasti terbela,
tunggulah tidak lama lagi


Bertaubatlah!  
Baiki diri!
Berdoalah!
Tolonglah orang yang susah
agar segera datang pertolongan Allah



Thanks 4 info
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.063472 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list