CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

Bisikan Cinta.. ~ TaMat ~

[Copy link]
 Author| Post time 4-2-2014 03:29 PM | Show all posts
Pada Keesokkan harinya..

Seperti biasa, Hasya dan Raudhah yang sudah menjadi pelanggan tetap gerai di hadapan pejabat mereka itu, mula melintas jalan. Sebaik sahaja mereka berdua hendak masuk ke dalam gerai, lengan Hasya digenggam kuat. Serentak itu, Hasya menoleh ke arah kirinya.

“Awak Hasya kan?” tegur Daisy yang rambutnya berwarna keperang-perangan itu.

“Excuse me..”

“Saya Daisy. Bekas kekasih Tengku Yusuf!”

Sedikit sebanyak pengakuan Daisy itu mengejutkan Hasya. Termasuk Raudhah yang masih berdiri di sisi Hasya itu.

“Oh..”

“Boleh kita berborak kejap. Itupun kalau tak mengganggu..”

Hasya memandang Raudhah dan memberi isyarat memberi laluan dia dan Daisy pada ketika itu.


                                                                      **********


Yusuf meletakkan briefcasenya di atas meja. Entah kenapa dia rasa tidak sedap hati pada hari itu. Ditekapkan tapak tangannya di atas dada. Terasa akan degupan jantungnya yang agak laju tidak seperti hari lain.

“Ya Allah, jauhilah aku dari berita burukMu..amin.”

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

“Masuk.”

Danial masuk sambil tersenyum.

“Assalammualaikum, sahabat!”

“Waalaikummussalam. Ya, Danial. Meh masuk..”

Mereka berdua berjabat tangan lalu berpeluk buat seketika.

“Eh, dah breakfast belom?” tanya Danial yang tinggi seinci dari Yusuf.

“Belom.”

“Haaa..eloklah tu! Jom makan. Aku belanja.”

“Waaaa aku bab orang belanja ni tak pernah tolak.”

“Tapi makan kat depan pejabat kau ni je lah erk?”

“Aku tak kisah la!”

“Jom.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2014 03:39 PM | Show all posts
Hasya dan Daisy mengambil tempat duduk kosong di hujung sudut di dalam kedai makan berhampiran. Manakala Raudhah pula hanya membeli nasi lemak bungkus lalu pulang semula ke pejabat.

Hasya dan Daisy masing-masing meninggalkan pesanan makanan pada pagi itu pada seorang pelayan melayu. Kemudian mereka berdua bertentangan mata.

“Perasan saya tak?” tanya Daisy memulakan bicara.

Ya! Hasya masih ingat wajah Daisy itu. Hasya mengangguk perlahan.

“Banyak awak tak tahu pasal Yusuf. Banyak!” terang Daisy sambil tersenyum.

Hasya semakin pelik dan hairan.

“Maksud Cik Daisy?”

“Simpan aje lah cinta awak tu. Simpan baik-baik. Nanti dah jumpa yang betul-betul jujur dan setia, baru serah!”

Hasya bertambah hairan dengan kata-kata Daisy itu!

“Macam ni lah, Hasya. Sebelum korang berdua lebih dan lebih lagi, baik awak jangan taruh harapan dengan cinta Yusuf itu!”

“Tapi kenapa? Saya tak faham.”

“Bila aku cakap jangan, jangan laaa..” Daisy seperti hilang sabar tiba-tiba.

“Awak cemburu hubungan kami kan? Maklumlah dah jadi ex-girl katakan..”

“Hah? Cemburu? Hahahaha..aku nak cemburu? Aku nak selamatkan kau lagi ade lah!”

“Nak selamatkan daripada apa?!”

“Daripada jantan durjana tu lah!”

Hasya mengerutkan mukanya. Apa yang cuba Daisy terangkan padanya itu?

“Kalau kau nak tahu wahai betina yang mungkin mangsa seterusnya, kerana jantan tu lah aku dapat penyakit AIDS tau tak?! AIDS!!”

Hasya terlopong. Mimpikah dia?

“Stop it, Daisy!” Yusuf terus menarik lengan Daisy menyebabkan Daisy terbangun lalu berdiri.

Kehadiran Yusuf yang tiba-tiba itu menambahkan riuh yang sedia ada. Pelanggan di dalam kedai makan tersebut masing-masing diam dan tumpu pada drama percuma itu.

“Waaa hero sudah datang!” Daisy bertepuk tangan.

Yusuf memandang Hasya yang sudah berkeruh air wajahnya itu.

“I rasa baik U balik!”

“Motif U nak I balik? Takut I cerita lebih lagi pada Hasya ke?”

Baru sahaja Yusuf hendak menampar Daisy, Danial sempat menghalang.

“Jangan, Yusuf. Orang ramai tengah pandang kita ni.”

Nafas Yusuf turun naik memandang Daisy di hadapannya. Daisy menoleh pandangannya ke arah Hasya.

“Kalau tak betul apa yang saya cakap, dia tak akan marah sampai macam ni.” Daisy tersengih lalu terus beredar dari kedai makan itu.

Hasya mengambil handbegnya.

“Nanti dulu, Hasya..”

Hasya menolak tangan Yusuf yang memegang lengannya lalu terus berjalan ke luar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2014 03:44 PM | Show all posts
Daisy masuk ke dalam keretanya.

“Baru puas hati aku! Rasakan!!” jerit Daisy sendirian di dalam keretanya.

Tiba-tiba pintu keretanya dibuka. Terkejut! Yusuf menarik Daisy keluar dari kereta.

“U memang sengaja buat I macam ni kan? U tak ada hak nak bukak aib I!”

“Ya! Memang I sengaja! So?”

“Kau memang nak makan pelempang aku laaa..”

“Lempang la kalau U berani!”

“Arghhhh!!! Kenapa U buat semua ni kat I? Kenapa?!!”

“U memang jantan tak guna! Kerana U, I dapat AIDS!”

Daisy mula menangis.

“U tipu! Pandai betol U berlakon kan?”

“U tak jumpa doktor lagi ke? U macam konfiden je U sihat!"

“I belum jumpa doktor. Tapi I tahu semua ni hanya lakonan dari U! U memang pandai berlakon!”

Belum sempat Yusuf beredar, Daisy menarik tangan Yusuf.

“I tak tipu! U pembawa AIDS tu. I yakin sangat!”

Yusuf menolak tangan Daisy.

“I akan buktikan bahawa kata-kata U itu hanya dusta belaka. U buat semua ni hanya untuk dapatkan cinta I! Sorry, Daisy. Cinta ini bukan untuk U”

"Terpulang. I tahu, confirm lepas ni U akan pergi hospital. Lepas tu U akan tahu apa keputusannya!"

Yusuf terus beredar. Daisy menggenggam tangannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2014 03:53 PM | Show all posts
Yusuf berjalan ke tempat Hasya. Kelihatan Hasya diam memandang skrin computer yang kosong.

“Jumpa saya kejap.” Arah Yusuf lalu terus masuk ke dalam biliknya.

Hasya diam. Langsung tak bergerak.

“Sya, kau ok tak?” tanya Raudhah sambil memegang bahu Hasya.

Hasya mengambil buku notanya lalu bangun dan terus berjalan masuk ke dalam bilik Yusuf. Raudhah diam dan hanya membiarkan sahaja.

Hasya mengetuk pintu bilik Yusuf lalu terus masuk.


                                                                **********


Daisy masuk ke dalam rumah Intan lalu dilemparnya handbeg ke atas sofa.

“Padan muka dia!”

“Puas la hati kau buat macam ni kan?” Intan berjalan ke dapur mengambil dua tin air coke.

“Yelah! AIDS ni bukan boleh buat main-main!”

“Hah? AIDS? Maksud kau?”

Daisy terlepas cakap! Dia pandang Intan.

“Intan, sini kejap." panggil Daisy perlahan.

Intan hanya mengikut arahan. Daisy memegang erat tangan Intan.

"AKu ada benda nak cakap dekat kau ni."

"Ape?"

"Selama ni aku sembunyi dari kau. Dan dah tiba masa aku nak bagi tahu yang.. ya, aku ada AIDS!"

Terdiam Intan dibuatnya. Selama ini dia fikir Daisy mahukan Yusuf hanya untuk puaskan cintanya.

“Kau serius?” Intan duduk berhadapan dengan Daisy.

Tanpa sengaja, Daisy mengalirkan airmatanya.

“AKu tak tahu masa tu Yusuf ada AIDS. Malam tu, aku dengan Yusuf having a sex together. No kondom ok! Lepas beberapa bulan, aku rasa macam tak sedap badan tau. Dan sebelum tu aku nak bagi tahu kau yang aku first time buat seks dengan Yusuf! Ya, Yusuf lelaki pertama yang tidur dengan aku. So, dah tentu AIDS tu datang dari dia kan?”

Sebak Daisy menceritakan satu persatu pada Intan.

“AKu gagahkan diri pergi jumpa doktor. Dan ya, aku positif AIDS.”

“Kenapa kau tak bagi tahu aku sebelum ni pun.”

“Sebab tu kau perasan tak, setiap kali sesiapa yang nak tidur dengan aku, aku akan paksa mereka pakai kondom? Bukan macam kau main makan ubat je kan?”

“Amboi, sempat lagi mengata aku erk?”

Mereka berdua ketawa kecil. Kemudian Daisy kembali sugul.

“AKu dah tak lama hidup dalam dunia ni, Intan.”

“Shh..jangan cakap macam tu, Daisy..”

Intan terus memeluk Daisy.

"Tapi kau confirm ke si Yusuf tu pembawa AIDS? Kemungkinan sebab lain pun ada kan?"

"Aku yakin. Dia dah gelapkan masa depan aku! Dah la bagi AIDS kat aku, pastu tolak pula cinta aku. Sekarang biar dia rasa apa yang aku rasa!"

Intan diam. Sama ada perlu percayakan kata-kata Daisy atau pun tidak!
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 03:55 PM | Show all posts
bodoh jugak yusuf nie kan
pergi la check dulu

daisy tu ntah sape2 yg bg aids kat dia
hahahaha

copek la momey , suh si yusuf tu pegi check up
loteh den
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2014 03:55 PM | Show all posts
esk kita suh Yusuf pegi check hikhik..
Last edited by momey on 4-2-2014 04:11 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-2-2014 10:19 AM | Show all posts
morning!
meh nk smbung ckit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2014 10:20 AM | Show all posts
Hasya berdiri berhadapan dengan Yusuf. Diam! Yusuf melepaskan nafasnya perlahan-lahan.

“Ada apa Tengku nak jumpa saya?”

“Dengar dulu apa yang saya nak cakap.”

“Kita hanya boleh bercakap pasal kerja sahaja pada waktu begini.”

“Dengar dulu, Hasya!” Yusuf sedikit meninggikan suaranya.

Hasya terus memandang Yusuf.

“Sorry..sorry.” ucap Yusuf yang sudah buntu itu.

“Kalau tak ada benda yang penting saya rasa tak perlu rasanya saya berada dalam bilik ni.”

“Awak jangan percaya apa yang Daisy cakapkan tadi.”

“Kalau tak benar, kenapa Tengku nampak takut?”

“Ni bukan masalah takut ke tak! Ni masalah melibatkan maruah.”

“Saya tak tahu kenapa saya mesti terlibat dalam masalah ni. Ni bukan urusan saya!”

Hasya terus keluar dari bilik Yusuf. Nampak kurang sopan di situ.

“Awak terlibat sebab saya dah mula sukakan awak!” bisik hati Yusuf.


                                                                   **********


Raudhah masuk ke dalam pantry. Kelihatan Hasya sedang termenung sambil memegang secawan kopi.

“Kalau kau nak kongsikan dengan aku, aku sanggup jadi pendengar yang setia.”

Hasya cepat mengesat airmatanya. Raudhah bangun lalu  mengunci pintu bilik pantry itu.

“Jangan simpan. Nanti kau juga yang sakit.”

“Kenapa semua orang yang aku sayang harus pergi tinggalkan aku?”

“Kenapa kau cakap macam ni?”

“AKu dah mula cintakan Tengku.”

“Ok. So?”

“Daisy bagi tahu aku Tengku ada AIDS.”

“Hah? Betul ke ni? Siapa Daisy tu? Entah-entah dia sengaja reka cerita semua ni sebab cemburu dengan korang berdua.”

“Dia bekas kekasih Tengku. AKu tak tahu nak cakap apa, Raudhah. Aku terkejut sangat! Kalau betul Tengku ada AIDS?”

“Ishh kau ni! AKu tak percayalah cakap dia!”

“Aku pun berat nak percaya..”

“Dia cemburu tu!”

“Apa perlu aku buat sekarang?”

“Kau kena bantu Tengku. Bagi semangat padanya.”

Hasya diam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2014 12:13 PM | Show all posts
Yusuf keluar dari biliknya. Dengan hanya berlenggang dia berjalan ke pintu keluar.

“Tengku!”

Panggil Raudhah sambil membawa beberapa keping fail.

“Ada apa, Raudhah?”

“Tengku nak keluar ke?”

“Ya. Nak pergi klinik kejap.” Jawab Yusuf sambil menjerling memandang Hasya. Dia tahu Hasya tengah curi dengar apa yang sedang dia bualkan.

“Owh..saya nak minta beberapa tandatangan Tengku.”

“Urgent ke? Bagi saya tengok.”

Yusuf membelek fail tersebut.

“Owh..letak dalam bilik saya. Nanti saya sign. Saya dah nak kena pergi ni.”

“Ok.”

Yusuf terus keluar. Raudhah memandang Hasya dan Hasya masih rasa bersalah kerana terus keluar dari bilik Yusuf tadi tanpa adab itu.


                                                                     **********


Danial menemani Yusuf ke hospital pada pagi itu. Setelah semua ujian telah dibuat, dia diminta tunggu 15-30 minit untuk mendapat keputusan. Rezeki Yusuf pada hari itu dia tidak perlu tunggu lama kerana pesakit agak kurang dan sistem berjalan dengan lancar.

Danial menepuk bahu sahabatnya itu.

“Banyak berdoa. Insyaallah semuanya akan dipermudahkan.”

Yusuf hanya mengangguk. Berdebar rasanya menunggu keputusan.

“Kalau positif macam mana?”

Danial diam. Dari apa yang dia dengar masa pergaduhan pagi tadi, membuatkan dia dipihak Daisy.

“Aku takut..”

“Jangan la macam ni! Kita belum tahu lagi keputusannya kan? Banyakkan berdoa.”

Yusuf bangun lalu terus beredar meninggalkan Danial.

“Nak ke mana pulak tu?”

Danial mengikut Yusuf dari belakang. Rupanya Yusuf masuk ke dalam surau. Langkah Danial terhenti di situ. Dia membiarkan Yusuf bersendirian di dalam surau itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2014 01:58 PM | Show all posts
jom settlekan hari ni gak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2014 02:06 PM | Show all posts
Berpeluh dibuatnya Yusuf walaupun klinik itu kuat aircondnya. Terkumat kamit dia berzikir mengharapkan keputusan yang baik akan diterimanya. Tiba-tiba handphone Yusuf berdering. Tertera nama Daisy.

“Kau tengok! Apa perempuan ni nak pun aku tak tahu! Menyusahkan hidup aku.” Baru sahaja Yusuf hendak menghempas handphonenya, Danial sempat merampas handphone itu.

“Marahkan dia pun, jangan sampai handphone ni jadi mangsa..”

Yusuf mengeluh. Dia berdiri sambil menggosok kedua-dua tangannya.

“Tengku Yusuf bin Tengku Yaseer!” panggil seorang doktor India yang berdiri di celah bukaan pintu sebuah bilik itu.

Dengar suara doktor memanggil namanya itu pun rasa dah nak pitam!

“Doktor panggil tu! Pergilah masuk.” Danial menolak lengan Yusuf.

Yusuf cuba menenangkan dirinya. Kemudian dengan langkah yang perlahan dia berjalan ke arah doktor itu. Mereka berdua sama-sama masuk ke dalam bilik.


                                                                 **********


Jam hampir menunjukkan pukul 4.00 petang. Wajah Yusuf masih belum muncul di pejabat itu.

“Cik Hasya, tau tak Tengku pergi mana? Tengok dekat diary dia tadi petang ni dia free..” tegur Ramona pegawai kanan di situ.

“Entahlah. Cuma tahu pagi tadi dia pergi klinik je. Mungkin dapat mc la kot.”

“Owh..mungkin la tu. Ok la!”

Ramona berlalu pergi. Hasya menoleh memandang ke arah Raudhah. Rupanya Raudhah juga balas pandangannya itu. Mereka berdua menuju ke pantry.

“AKu rasa tak sedap hati la, Raudhah.”

“Itulah. Dia tak masuk pun pejabat petang ni.”

“Adakah?”

“Kau ni.. Ada mesej dia tak?”

“Perlu ke?”

“Of course la perlu!”

“Aku bukan PA dia ok?”

“Kau nak harapkan Latifa tu ke? Dia tu bos ada, dia ada la. Bos tak ade, jangan harap nak nampak batang hidung dia!”

Hasya memadang handphonenya. Nak call ke tak?

“Aku mesej aje la erk?”

“Terpulang!”

Hasya mula menaip mesej.

[ Salam. Tengku tak masuk pejabat ke petang ni? ]

Punat ‘send’ ditekan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2014 02:12 PM | Show all posts
Yusuf langsung tidak kepejabat pada hari itu. Dia berserabut! Pulang ke rumah adalah lebih baik.

Sebaik sampai di rumah, kelihatan kereta Daisy sedia tesergam di pintu gate rumahnya. Yusuf menggelengkan kepalanya. Dia turun dari kereta lalu berjalan ke arah Daisy.

“Kau nak ape lagi? Nak ape lagi?!” Yusuf menolak bahu Daisy.

“Positif kan?”

Yusuf diam. Diketap bibirnya.

“Sah la tu positif kan?” Daisy ulang sekali lagi.

“Ya! Ya!! Memang positif! Puas hati kau?!”

Daisy terkejut dengan suara Yusuf yang kuat itu. Dalam pada masa yang sama, dia juga turut berasa sedih dengan apa yang berlaku pada Yusuf, orang yang dia cintai itu. Dia faham apa yang Yusuf rasa pada saat itu. Tetapi, dia akhirnya berjaya buat Yusuf rasa apa yang dia rasa selama ini! Yusuf puncanya. Selayaknya lah dia pun turut sama terlibat!

“Aku nak kau jangan ganggu hidup aku lagi. Please..”

“Kenapa susah sangat U nak terima cinta I?” Daisy cuba memegang tangan Yusuf tetapi ditolak.

“Disebabkan I, U dapat AIDS. Disebabkan I juga U tanggung segala derita. Kenapa U masih bodoh nak dapatkan cinta dari I?”

“I tak boleh lupakan U.”

“Pergi mampus la!!” Yusuf menumbuk cermin kereta Daisy. Nasib tak pecah!

Daisy menangis. Baru sahaja Yusuf hendak masuk ke dalam rumah, Daisy sempat memaut lengan Yusuf.

“Please, Yusuf. I nak hidup dengan U.”

“Yang degil sangat ni kenapa hah?!!!” Yusuf terus menolak tubuh Daisy menyebabkan Daisy jatuh terduduk.

“Love u so, much!"

Yusuf terus berpaling dan masuk ke dalam rumah. Daisy menangis.

"Aku dah tak nak tengok muka kau lagi!!!" jerit Yusuf dari dalam rumah.

Daisy perlahan-lahan bangun lalu masuk ke dalam kereta.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2014 02:20 PM | Show all posts
Seminggu kemudian..

Kerja tetap jalan seperti biasa. Daud memang pekerja yang bertanggungjawab dan penuh etika. Dia dapat laksanakan dengan perfect sekali sepanjang ketiadaan Yusuf di pejabat.

Boleh dikatakan hari-hari Hasya cuba menghubungi dan mesej Yusuf. Namun langsung tiada balasan.
Sehinggalah pada petang itu, Yusuf muncul di pejabat dengan wajah yang penuh dengan jambang dan berkaca mata hitam. Dengan hanya berkemeja dan seluar slack sahaja.

“Latifa, bagi tahu semua staff masuk ke dalam bilik mesyuarat sekarang!” arah Yusuf lalu masuk ke dalam biliknya.

Latifa hanya sempat mengangguk dan terus membuat pengumuman. Hasya dan Raudhah saling berpandangan.


                                                                     **********


Semua staff sudah pun berkumpul. Masing-masing masih menjadi teka teki kenapa perlu ada mesyuarat tergempar ini!

Beberapa minit kemudian, Yusuf masuk bersama dengan Daud. Mereka berdua duduk sebelah menyebelah. Yusuf memandang satu persatu wajah staffnya. Sebaik tiba wajah Hasya, dia merasa begitu sebak. Tak sanggup lagi dia memandang wajah itu.

Microfon mula dibetulkan.

“Assalammualaikum dan Salam sejahtera. Terlebih dahulu saya nak mohon maaf kerana saya tiada hampir seminggu di pejabat. Uruskan hal peribadi yang tak dapat dielakkan. Encik Daud, terima kasih banyak-banyak kerana telah banyak bantu saya meringankan hal pejabat.”

Daud hanya mengangguk sambil tersenyum. Yusuf kembali memandang kesemua staff dihadapannya. Kuat dia menahan rasa sebak dan cuba berlakon sehabis baik dihadapan staffnya itu.

“Tentu semua tertanya kenapa mesyuarat diadakan tiba-tiba kan?”

Yusuf memandang Hasya.

“Hmm..Saya tak pandai mengatur ayat. Elok rasanya saya berterus terang. Setelah seminggu berfikir semasak-masaknya, saya telah membuat keputusan untuk meletak jawatan sebagai pengurus besar di sini.”

Semua staffnya terlopong dan mula bercakap-cakap di belakang.

“Minta perhatian semua!” Daud mohon semua diam kembali.

“Saya letak jawatan atas sebab munasabah dan untuk kepentingan perkhidmatan.”

Keadaan kembali riuh.

“Shhh..minta diam semua!” sekali lagi Daud memberi amaran.

“Dengan itu, Encik Daud bakal menggantikan tempat saya. Dia adalah selayaknya!”

Daud tidak menjadi masalah sebagai Pengurus Besar di situ kerasa rekodnya terlalu bersih dan cukup baik dengan staff di situ. Yang masalahnya sekarang, mereka semua masih terkejut akan keputusan Yusuf yang tiba-tiba melucutkan jawatan itu.

“Saya harap semua faham dan dapat terima pengganti saya. Sepanjang saya bekerja di sini, saya banyak menimba pengalaman. Semua staff saya baik-baik belaka. Patutlah arwah ayah saya tidak pernah stress apabila pulang ke rumah dulu. Terima kasih semua atas sokongan selama ini. Lebih kurang saya minta halal kalau ada saya terambil apa-apa ke..terkasar Bahasa ke, marah ke, tengking ke.. dan kalau saya ada hutang dengan sesiapa, sila jumpa dengan saya segera! Saya mungkin tak lama di Malaysia.”

Hasya menahan airmata dari mengalir. Dadanya turun nafas menahan sebak. Apa semua ini? Yusuf sedang mempermainkan perasaannya!

“Berat untuk saya tinggalkan, namun.. inilah hakikatnya! Saya mohon dan berharap, semua dapat memberi kerjasama yang baik pada Encik Daud. Tanpa korang semua, Berjaya Maju Holdings tak kan segah seperti sekarang.”

Semua staff diam. Sedih ada, terkejut pun ada!

“Akhir kata, maafkan saya. Saya tak boleh lama di sini bersama anda semua. Dan, terima kasih atas segalanya.”

Yusuf menangis. Daud yang duduk disebelahnya terus memeluk erat dirinya. Ya! Semuanya telah diceritakan pada sahabat arwah ayahnya itu. Daud terima akan segala keputusan Yusuf itu.

“Sabar. Setiap ujian yang Allah turunkan pada kita, Dia tahu kita mampu tanggungnya..” bisik Daud pada telinga Yusuf.

Yusuf mengangguk perlahan. Kemudian, seorang demi seorang staff lelaki bersalam dan mengambil peluang memeluk Yusuf.

“Tengku..”

Yusuf berpaling ke arah suara itu. Terkejut! Latifa sudah pun bertudung. Tersenyum dia memandang Yusuf. Yusuf membalas senyuman Latifa itu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 02:26 PM | Show all posts
ala sian la kat hasya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2014 02:27 PM | Show all posts
Hasya melihat jam ditangannya. Waktu menunjukkan hampir pukul 6.30 petang. Dilihat, Yusuf masih sibuk mengemas biliknya. Hasya menguatkan semangat untuk berjumpa dengan Yusuf.

Pintu diketuk.

“Masuk.”

Hasya masuk dan mereka berdua bertentangan mata.

“Boleh saya jumpa Tengku?”

Yusuf mengangguk. Hasya tutup pintu. Mereka berdua berdiri bertentangan. Hasya dan Yusuf masing-masing mengawal perasaan.

“Siapa ada kat luar?”

“Raudhah dah balik. Tinggal Encik Daud dengan Aiman kot..”

Yusuf mengangguk.

“Saya nak minta maaf.” Hasya memulakan bicara.

“Sebab?”

“Hari tu saya agak kurang ajar keluar bilik Tengku macam tu aje.”

“Tak pe. Saya faham.”

Hasya kembali diam. Yusuf tahu, Hasya tentu nak tahu keputusan tentang AIDS itu.

“Hasya..” lembut Yusuf memanggil namanya.

Hasya memandang wajah lelaki yang hampir menjadi teman sehidup sematinya itu. Yusuf berjalan dan terus mendekati Hasya.

“Tolong lupakan saya.”

Serentak itu, terus airmata mengalir keluar membasahi pipi Hasya.

“Apa yang Daisy bagi tahu pada awak tempoh hari, adalah benar! Dia tak tipu!"

Hasya menangis. Dia hampir jatuh terduduk namun Yusuf sempat memaut badan Hasya yang kecil molek itu.

“Kenapa?” tanya Hasya dalam keadaan sebak.

Dengan penuh kasih dan sayang, Yusuf menarik tubuh Hasya lalu dipeluk seerat-eratnya.

“Maafkan saya. Saya sayangkan awak, Hasya. Tapi saya tak ada hak dan kuasa untuk tentukan segalanya! Saya bukan yang terbaik untuk awak..”

Hasya diam. Setiap butir yang keluar dari mulut Yusuf cuba untuk dia faham.

“Saya dah mula rasa sayang dan..”

“Shhh…” Yusuf meletakkan jari telunjukkan ke bibir Hasya.

Mereka berdua kembali bertentangan mata.

“Bukan saya orangnya. Mulai saat ini, jika diizinkan lagi kita bertemu..tolong jangan tegur atau datang jumpa saya. Anggap kita tak pernah kenal langsung dan jangan cuba ingat apa yang berlaku antara kita. Itu aja yang saya pinta..”

Hasya menahan sebak.

“Saya sanggup hidup dengan Tengku..”

“Jangan! Saya dah tak sanggup nak sakitkan hati awak lagi. Patutnya dari awal pertemuan lagi saya tak boleh biarkan perasaan kita hanyut. Inilah akibatnya! Maafkan saya, Hasya..”

Yusuf meleraikan pegangan tangannya. Dia melihat jam di dinding.

“Ya Allah, saya dah terlambat”

Yusuf kembali menyusun barang di dalam kotak.

“Bukan flight esok ke? Tapi..Tengku nak ke mana?”

Yusuf kembali pandang ke wajah Hasya.

“Pada mulanya saya booking untuk esok tapi..saya dah tak boleh lama kat sini.”

Hasya mengesat airmatanya. Perlahan-lahan dia mengundur ke belakang. Dan kemudian terus berlari keluar dan mengambil handbegnya. Daud hanya memandang dari jauh.

Yusuf hanya membiarkan sahaja Hasya berlalu pergi.

“Maafkan saya, Hasya..”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2014 02:32 PM | Show all posts
Hasya sengaja parking keretanya di hadapan ruang legar perkarangan pejabat itu. Dia menunggu kereta Yusuf keluar dari basement itu.

“Kenapa semua ni berlaku dengan begitu pantas sekali?”

Tiba-tiba muncul kereta Yusuf keluar dari basement dan terus menyusur ke jalan besar. Hasya menangis.

Bip! Bip! Mesej masuk. Yusuf!

Hasya membuka mesej tersebut.

[Selamat tinggal, sayang..]

Hasya mengesat airmatanya. Gear ditukar, dan terus kereta meluncur pergi.


Sekian!
hingga jumpa lagi di lain crita.. daaaaa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2014 02:34 PM | Show all posts
redsentra posted on 5-2-2014 02:26 PM
ala sian la kat hasya

sian kan????
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 02:52 PM | Show all posts
sian hasya.. cinta x sampai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2014 03:04 PM | Show all posts
cari org lain la!
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 06:30 PM | Show all posts
uikaa habes cemtu je ke????
mane boleh
sampai hati
ku mencikkkk mu momey
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.056835 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list