CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aylanins

MENCARI SAKINAH @ WARKAH PENGIKAT HATI (novel JEMARI SENI Jun 2014)

[Copy link]
 Author| Post time 27-7-2013 08:59 AM | Show all posts



Last edited by aylanins on 28-5-2014 05:03 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2013 09:12 AM | Show all posts
KALAU Jiha tanya sesuatu boleh tak?” tanyanya pada Umar malam itu ketika sedang berkemas di chalet. Esok sudah mahu balik ke rumah keluarga Umar itu. Tiga hari kemudian, mereka berdua akan balik ke Sarawak sebab beberapa hari sahaja lagi hari persekolahan di tahun baru akan bermula.

“Tanya apa?” tanya Umar. Dia sedang menonton berita televisyen ketika itu.

Najiha terdiam sekejap. Hendak tanya atau tidak ya? Tapi dia teringin hendak tahu. Tangannya terus melipat kain baju untuk dimasukkan ke dalam beg pakaian. Mengenangkan Umar yang berada di sampingnya ketika ini menjadikannya kadang-kadang hairan dengan ketentuan Allah ini.

Betapa mudahnya dia menerima Umar walaupun baru seminggu lebih usia perkahwinan mereka. Ya, dia rasa sangat-sangat serasi dengan Umar. Terfikir dia kenapa hatinya mudah lembut dengan Umar ini. Dua bulan tempoh bertunang tanpa bersua muka malah tanpa bercakap sepatah kata pun, cukup meresahkannya. Tapi sekarang, seminggu selepas diijabkabulkan, dia rasakan rasa resah, gelisah, takut, semua itu hilang sekelip mata. Umar yang baik itu sangat sabar melayannya.

“Jiha nak tanya apa?” soal Umar, tapi matanya tetap memandang kaca televisyen.

“Masih baca Surah Taha ke?” soalan itu pula terlepas dari mulutnya. Lain yang hendak ditanya, lain pula yang keluar dari mulut ini.

Umar menoleh ke arah Najiha lalu senyum.

“Sentiasa baca…” jawab Umar jujur.
“Baca masa bila?”
“Masa Jiha salam dan cium tangan saya lepas kita solat jemaah. Masa saya cium ubun-ubun Jiha. Masa saya terjaga dari tidur dan nampak Jiha lena tidur sebelah saya,” wah, panjang lebar ya Umar bila menjawab.

“Oh…” itu saja jawapan dari Najiha bila dia dengar ayat Umar itu.
“Tahu kan kelebihan ayat 1 hingga 5 Surah Taha itu?” tanya Umar.
“Tahu… Khadijah kat sekolah tu yang bagitahu. Dia suruh Kak Mirah amalkan ayat tu, untuk lembutkan hati anak-anak…”
“Cerita dia tahu? Cerita pasal ayat tu?” tanya Umar mengalih perhatiannya dari kaca televisyen dan memandang Najiha yang sedang mengemas kain baju masuk ke dalam beg pakaian.

“Tahu… tapi ingat-ingat lupa…” kata Najiha, segannya dia pada Umar itu. Banyak sungguh yang Umar tahu pasal ayat-ayat Al-Quran ini. Kalau Jiha ini, khatam saja Al-Quran masa sekolah rendah dulu, terus malas nak baca lagi. Apatah lagi nak ambil iktibar dan panduan berpandukan ayat-ayat dalam kitab itu. Hai, sudah macam itu pun, ada hati hendak didik anak-anak jadi golongan huffaz, malunya.  

“Ayat 1 hingga 5 dari Surah Taha itulah yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a. yang pada masa itu belum lagi memeluk Islam. Ayat-ayat itulah yang buat hatinya lembut dan tersentuh, lalu beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga di hadapan Nabi Muhammad SAW,” terang Umar.

“Surah Taha ini elok bagi menjadi pelembut untuk melembutkan hati yang keras, terutamanya kepada ahli keluarga. Bagi suami, boleh baca surah ini pada ubun-ubun isteri agar dilembutkan hatinya oleh Allah s.w.t.,” sambung Umar lagi. “Baca kat anak-anak pun boleh juga.”

“Jiha ini keras hati ke?” tanyanya, sedikit terasa di situ. Teruk sangatkah Jiha ini ya, sampai selalu sangat Umar baca doa begitu. Oh, sedihnya hati kalau Umar fikir begitu.

“Ehh.. taklah. Saya baca sebab hari tu saya susah hati tengok Jiha nangis masa malam tu. Malam yang kita mula-mula jumpa tu…” jawab Umar, dia terkesan suara Najiha yang macam berjauh hati saja.

Najiha yang mendengar sudah pusing belakang, pura-pura mahu simpan beg yang siap dikemas. Janganlah ingatkan lagi Jiha pasal malam itu! Malu tahu.

“Jiha redha tak hidup dengan saya?” tanya Umar, masih lagi menatap Najiha yang sedang mengemas beg yang kedua. Bukan dia tidak perasan wajah itu jadi malu-malu tadi, pura-pura kemas beg ya, dia hendak tergelak dalam hati melihat Najiha yang sudah salah tingkah itu.

“Redha? Jap, nak google dulu apa maksud redha ya…” jawab Najiha mengusik. Tangannya mencapai Ipad dan menekan-nekan skrin.

“Tak payah google… saya boleh bagi maksud,” kata Umar, menghampiri Najiha lalu picit hidung Najiha.

“Redha itu maksudnya menerima dengan rasa senang hati qada' atau ketentuan daripada Allah s.w.t.,” terang Umar.

“Oo… kalau macam tu redhalah…” jawab Najiha manja. Kepalanya sudah dilentokkan ke bahu kanan Umar.

Umar senyum melihat aksi manja Najiha itu. Sudah tidak malu-malu lagi dia ini, tapi tak tahulah kalau depan orang lain. Siang tadi masa jalan-jalan, pegang tangan pun dia tak mahu. Segan orang tengok katanya. Kalau berdua-duaan dalam bilik begini, pandai pula minta cium ya, Umar sudah senyum-senyum teringat kisah pagi tadi.

“Kalau duduk sini lama-lama kan best…” tiba-tiba Najiha bersuara setelah lama mereka berdua terdiam. Televisyen yang terpasang tidak ada sesiapa yang menonton.

“Ooo… best ya. Tapi kan, hari tu ada orang tu cakap, baik duduk rumah mak lama-lama…” usik Umar sambil tangannya mengelus-ngelus rambut Najiha yang lembut.

“Kenapa best?” tanya Umar, memandang Najiha di sisinya.

“Bestlah… sembahyang Subuh kat sini lewat hihi… kalau kat Sarawak sana, pukul lima pagi dah bangun nak solat Subuh. Kat sini, pukul 6 pagi pun masih boleh terhegeh-hegeh sembahyang Subuh hehe…” kata Najiha dengan manja.

Umar tergelak mendengar kata-kata Najiha itu. Ya, kalau kat Sarawak sana, jam 5 pagi dah kena bangun untuk solat Subuh, kalau hari sekolah entah macam manalah nanti. Lagi awal kena bangun sebab sekolah mula jam 7 pagi.

“Penyunya mana?” tiba-tiba Najiha bersuara.

“Penyu?” Umar sudah ketawa lagi. “Kenapa tiba-tiba tanya penyu?”

“Yalah… dah dua malam kat sini, tak nampak pun penyunya. Kalau ada, boleh ambil gambar, nak tunjuk kat budak-budak kat sekolah,” sahut Najiha. Bukan selalu dapat datang sini, alih-alih tak ada pula penyu yang naik ke darat untuk bertelur.

“Sekarang dah jarang dah penyu naik ke darat bertelur. Esoklah kita tengok tempat penetasan penyu… ada tak jauh dari sini. Jomlah kita tidur.. esok nak driving jauh,” kata Umar, lalu bangkit dan hulur tangan pada Najiha.

“Okay… ambil wuduk dulu sebelum tidur kan?” tanya Najiha, menyambut huluran tangan Umar. Ingat dia pesanan Umar itu. Sebenarnya lama dah tahu kelebihan ambil wuduk sebelum tidur, tapi selama ini dia malas nak amalkan.

“Ya. Pandai pun,” Umar picit hidung Najiha lagi.

“Nanti balik Kuala Terengganu boleh tak kita solat kat Masjid Kristal?” tanya Najiha selepas Umar selesai mengambil wuduk.

“Boleh. Tapi kenapa tiba-tiba nak solat kat Masjid Kristal? Hari tu kan dah pergi situ kan,” kata Umar merujuk pada hari mereka jalan-jalan dengan keluarga Najiha.

Najiha terdiam. Entah kenapa tiba-tiba saja dia hendak solat di masjid yang cantik itu. Mungkin sebab tazkirah Umar selepas solat Maghrib tadi mengenai sabda Rasulullah s.a.w. yang antara lainnya menyatakan, salah satu daripada tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah nanti ialah,  ‘dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah’.

Ayat itu sangat terkesan di hatinya. Mungkin kerana Umar ini baik sangat, dia jadi takut untuk kehilangan Umar.

“Tak ada apa-apalah. Saja je. Hari tu tak sempat solat di situ. Masjid tu cantik,” kata Najiha sambil senyum manis pada Umar.

Kan tadi Umar juga cakap, dalam sabda Rasulullah s.a.w. yang sama itu, orang yang berjinak dengan masjid sudah tentu mendapat jaminan syurga oleh Allah, sebab ia telah menjadi tetamu Allah dan mengimarahkan rumah Allah dengan amal ibadat.

Jiha mahu belajar mengimarahkan masjid, sebab Jiha mahu dapat jaminan syurga. Kalau pun kita ini, Jiha dan Umar, tidak dapat bersama lagi di dunia ini, Jiha mahu jadi bidadari Umar di syurga nanti. Umar baik sangat, taat pada agama. Jadi Jiha haruslah usaha lebih gigih supaya amal ibadat setanding Umar. Oh, kenapa hati tiba-tiba sedih ini ya. Dia cepat-cepat masuk ke dalam bilik mandi untuk ambil wuduk. Takut Umar perasan air matanya yang sudah mahu bergenang.

Last edited by aylanins on 27-7-2013 11:04 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2013 11:13 AM | Show all posts
Ahem... mungkin ya  mungkin juga tidak  Tunggu ya... ending dah ada... on the way, sedang ditaip


ustaz umar nanti pi berjihad kaa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2013 11:07 PM | Show all posts
honeybee1802 posted on 27-7-2013 11:13 AM
ustaz umar nanti pi berjihad kaa?

Emmm.. nak gi tau tak ni... nak bagi tau tak...

Biarlah rahsia boleh tak hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2013 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
aylanins posted on 27-7-2013 11:07 PM
Emmm.. nak gi tau tak ni... nak bagi tau tak...

Biarlah rahsia boleh tak {:smil ...

Tak pe kita tunguuuuu.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2013 10:07 AM | Show all posts
BAB 17



NAJIHA membuka matanya. Nampak Umar sedang lena tidur di sisinya. Dia pandang jam tangan di pergelangan tangan kirinya. Pukul 3 pagi. Umar selalu bangun untuk solat tahajud jam 3 pagi.

Najiha merenung wajah Umar yang jernih itu. Mata yang redup memandang itu terkatup rapat, lena betul dia tidur. Wajah itu tampan sekali. Umar yang sedang tidur itu nampak sangat tenang. Hati Najiha sudah terbuai-buai dengan hanya menatap wajah yang sejuk mata memandang itu, lebih-lebih lagi bila Umar itu sedang nyenyak tidur.

Ya, siapa lagi yang mahu puji suami kan kalau tak isteri sendiri kan, Najiha senyum-senyum menatap Umar itu. Teringat dulu waktu pagi, semasa ayah mahu nikahkan mereka di Masjid Negeri, dia masa itu macam mahu tarik tangan ayah supaya ayah batalkan saja perkahwinan itu. Sekarang orang itu pula yang dia rindu setiap masa.

Najiha terus merenung wajah Umar. Tiba-tiba dia terasa cuak melihat ketenangan Umar yang sedang lena itu.

Najiha meletakkan jari-jemarinya di bawah hidung Umar. Seketika dia menarik nafas lega. Dia takut tiba-tiba ketenangan wajah Umar itu yang sedang tidur itu menandakan dia ‘tidur’ selama-lamanya.

Entah kenapa dia jadi sangat takut kalau-kalau Umar pergi meninggalkannya padahal dulu dia pernah berjanji akan ambil iktibar pada pesan ayah, ‘jangan terlalu cintakan suami, melebihi cinta kepada Allah, sebab rasa cinta yang keterlaluan itu kelak boleh menjadi racun’. Tapi kasih sayangnya pada Umar semakin hari semakin mencurah-curah, dan kadang-kadang dia semakin takut dengan rasa itu.

Umar tiba-tiba bergerak sedikit. Najiha cepat-cepat pejam matanya pura-pura tidur.

Beberapa ketika kemudian, terasa bahunya digerak-gerakkan.

“Jiha bangun…” lembut suara itu menyapa. “Jiha bangun… kita solat tahajud…”

Najiha membuka matanya perlahan. Umar tersenyum padanya. Oleh kerana Umar selalu buat tahajud jam 3 pagi, jadi kadang-kadang secara automatik dia akan terbangun tanpa bantuan penggera telefonnya.

“Ambil wuduk. Kita solat tahajud sama-sama,” ajak Umar. Mata Umar yang redup nampak terlalu mengantuk, tapi Umar ini rajin betul. Mengantuk-mengantuk begitu pun, Umar itu paksa juga diri untuk tahajud.

“Ya…” jawab Najiha. Wah, tengok tu. Kalau Umar yang kejutkan, cepat saja dia bangkit. Dulu masa kat universiti, ketua blok kolej kediaman terpekik terlolong kejutkan siswi-siswi muslim untuk qiamullail jam 2 pagi, semua pakat tutup telinga dengan bantal termasuklah Najiha. Baiklah Umar sayang, Jiha bangun ini, Najiha cepat-cepat bangkit dari katil untuk ambil wuduk.
Last edited by aylanins on 29-7-2013 10:17 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-7-2013 10:14 AM | Show all posts
LUSA sekolah kan. Nak bawa bekal tak?” tanya Najiha tiba-tiba ketika dia sedang menggosok baju kurungnya untuk lusa. Lusa hari pertama persekolahan di tahun baru. Sedar tak sedar sudah hampir tiga minggu sejak mereka diijabkabulkan dan rasanya dia bertambah serasi dengan Umar ini. Berkat doa semua orang agaknya, senyum Najiha dalam hati.

Matilah kena usik kat sekolah nanti, fikirnya dalam hati. Angin tak ada ribut tak ada, tiba-tiba saja sebelum cuti sekolah dulu dia hulur kad jemputan kahwin dengan kawan-kawan di sekolah. Dengan ustaz pula tu. Terkejut besar cikgu-cikgu dan staf di sekolah bila tahu.

“Bekal?” tanya Umar yang sedang menyandar di kepala katil, membaca buku.

“Yalah, bekal makanan. Buat makan kat sekolah waktu rehat. Ke makan kat kantin?” tanya Najiha.

“Boleh jugak. Memang Jiha selalu masak sendiri bawa bekal makanan ke pergi sekolah ke?” tanya Umar.

“Selalu. Tiap hari. Kelas Jiha kat tingkat tiga, paling atas. Nak turun makan kat kantin malas, penat lagi nak panjat tangga,” jawab Najiha. “Lagipun masa mengajar Jiha selalu penuh, nak makan pun jam 12 baru dapat.”

Yalah, kalau jam 12 tengah hari baru nak makan, mana ada lagi makanan di kantin sekolah itu. Yang tinggal cuma makanan budak-budak sajalah macam sosej, nasi lemak bungkus, bihun bungkus. Nasi campur dah tak ada lagi dah, habis disapu bersih oleh cikgu-cikgu dan staf sekolah yang lain.

“Masak apa nanti?” tanya Umar dengan nada yang penuh minat. Mahu ambil hati isteri yang rajin bangun pagi siapkan bekal makanan.

“Selalu nasi goreng. Ke nak yang lain?” tanya Najiha. Ya, kalau dia rajin, dia masak mee goreng atau bihun goreng. Atau hendak tukar selera, goreng roti canai segera, lepas itu cicah dengan kari ayam dalam tin, oh sedapnya. Tahap paling malas, dia kaut nasi putih dan buat telur dadar. Asal ada pengalas perut. Tapi takkanlah nak buat macam itu dekat Umar, seganlah Jiha ini.

“Takpa… boleh je nasi goreng,” jawab Umar sambil senyum pada Najiha. Yalah, orang itu sudah susah payah mahu masakkan kita bekal, takkan nak minta macam-macam pula. Baiknya Najiha ini, detik hatinya. Habislah kena usik di sekolah nanti, tak pernah-pernah dia bawa bekal ke sekolah, fikir Umar dalam hati sambil tersenyum. Selalunya dia makan di kafetaria masjid atau setakat makan biskut dalam tin yang memang ada dia simpan bawah meja gurunya di sekolah. Balik rumah tengah hari barulah dia masak sendiri di rumah.

“Nanti lusa pergi sekolah, kirim salam kat Ustaz Wan ya,” pesan Umar, teringat dia pada Ustaz Wan yang ramah itu.

“Kenal rapat ke?” tanya Najiha sambil menggantung baju kurung yang sudah digosok ke dalam almari. Dia ambil pula jubah putih Umar. Banyak yang mahu digosok, terpaksalah gosok semuanya malam ini. Malam esok nak tidur awal, sebab kena bangun awal juga untuk bersiap ke sekolah.

“Kenal masa bagi ceramah motivasi dulu, sebelum tu kenal masa kursus jenazah kat sekolah Jiha dulu,” terang Umar. Teringat pada Ustaz Wan, dia teringat perbualannya dengan Ustaz Wan lama dulu, detik-detik sebelum dia jadi bulat hati untuk setuju dengan saranan Dr. Hasbi, lalu dia setuju minta ibu bapanya melamar Najiha itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2013 10:44 AM | Show all posts
USTAZ mengajar tahfiz kat sekolah itu kan? Hafazan student ok ke?” tanya Ustaz Wan ketika bersua dengan Umar lewat petang itu. Majlis solat hajat akan bermula setengah jam lagi.

Umar senyum mendengar soalan Ustaz Wan itu.

“Alhamdulillah… hampir semua dah hafaz juzuk Amma. Yang umur 5 tahun dan 6 tahun hampir habis Juzuk Amma. Yang umur 4 tahun, lebih separuh dah Juzuk Amma…” jawab Umar.

“Ya? Bagusnya. Kami kat sini nak cari budak yang hafal Juzuk Amma punyalah susah,” kata Ustaz Wan sambil geleng kepala.

“Kat sini kan silibusnya lain. Banyak subjek lain. Lainlah kalau kat sekolah tahfiz sana. Sepanjang pagi itu saja kerja mereka. Menghafaz je dari pagi sampai tengah hari.” Jawab Umar.

“Kata sekolah sampai petang ya. Petang belajar apa pula?” tanya Ustaz Wan. Terdetik di hatinya untuk hantar anaknya ke sekolah itu tapi Ameena anaknya yang kedua itu sudah masuk tadika biasa. Tadika sebelah sekolah isterinya saja pun. Susah kalau hantar tempat lain. Nak hantar pagi-pagi dan nak ambil petang-petang itu yang payah kena fikir. Nak hantar ke tadika masjid itu, kena pakai jalan lain pula, belit sana belit sini. Nanti lambat sampai tempat kerja pagi-pagi.

“Petang belajar akademik. Subjek biasa-biasa tu, BM, BI, Matematik dan lain-lain.” Kata Umar.

Mereka berdua sama-sama masuk ke dalam dewan sekolah yang dijadikan tempat solat itu. Jemaah belum ramai yang tiba.

“Ooo… kalau masuk darjah 1 guna kurikulum apa ya?”

“Sekolah rendah guna KTAB, Kurikulum Tahfiz Agama Bersepadu. Tak nak hantar anak ke situ ke?” tanya Ustaz Umar.

“Tahun depan Insya Allah kami guna bangunan baru. Mungkin saya pun pindah bangunan baru jugak. Taska dan sekolah rendah dia semua guna bangunan yang sama.” Terang Umar lagi.

“Tak tahulah Ustaz. Yang nombor dua umur dia lima tahun, saya hantar tadika sebelah sekolah isteri saya saja. Tak jauh sangat. Yang bongsu baru umur dua tahun, orang sebelah rumah yang tolong jaga sementara kami suami isteri pergi kerja. Tengoklah macam mana nanti,” jawab Ustaz Wan.

Teringin juga nak hantar anak ke situ, fikirnya. Tapi yuran agak mahal, RM500 sebulan untuk seorang murid. Banyak juga tu. Kalau dah dua atau tiga orang anak. Hai, fikir empat lima enam kali juga dia nak hantar.

“Tapi kat sini ada seorang cikgu yang hantar anak dia ke sekolah tu. Eh.. bukan. Anak buah dia…” sambung Ustaz Wan lagi, lalu jemput Ustaz Umar duduk di atas tikar yang dibentang di lantai dewan sekolah itu. Azan Maghrib belum masuk lagi.

“Oo.. ye ke? Siapa? Kut-kut saya kenal anaknya…” kata Ustaz Umar sekadar berbasa-basi.

“Najiha. Anak buah dia tu nama Rafiq. Rafiq apa tah, panjang sikit nama budak tu. Yang saya tahu Rafiqlah nama dia. Selalu dia bawak anak buah dia tu ke sekolah ni dulu, masa Rafiq belum masuk sekolah,” cerita Ustaz Wan. Ya, dulu sebelum Rafiq belum masuk sekolah, kalau ada aktiviti petang, memang Najiha akan bawa Rafiq. Rafiq yang comel, muka ada iras-iras Inggeris. Dia ingat sangat si Rafiq yang manja itu.

Najiha? Umar sudah terdiam. Najiha itukah? Yang Dr. Hasbi cakap itu? Ya, Najiha mana lagi Umar. Najiha mana lagi yang ada kaitan dengan Rafiq. Anak buah? Bukan anak dia ke?

“Ada sorang lagi anak buah dia kat sini, Darjah 3. Nama Lutfi. Abang Rafiq. Yang itu dekat nak habis dah budak tu hafal Juzuk Amma. Eh, rasanya dah habis kut kata Khadijah hari tu. Senanglah kami nak cari wakil sekolah untuk tahun depan…” sambung Ustaz Wan lagi tanpa menyedari perubahan pada wajah Ustaz Umar.

“Wakil? Wakil untuk apa?” tanya Ustaz Umar perlahan. Berminggu lamanya dia solat istikharah, minta diberikan petunjuk. Inikah petunjuk hatinya?  

“Wakil pertandingan hafazan Al-Quran, antara sekolah-sekolah rendah. Untuk budak-budak Tahap 2. Soalan hafazan adalah surah-surah dalam Juzuk Amma. Kami tak pernah hantar wakil selama ni, sebab takdak sapa yang hafal satu juzuk tu. Kalau ada yang hafal pun, mesti tak lepas At-Taariq, Al-Buruuj, ala surah yang panjang-panjang tu. Kalau hantar, buat malu saja kami cikgu ni tengok budak tu terkebil-kebil atas pentas,” cerita Ustaz Wan panjang lebar.  

“Insya Allah tahun depan, Lutfi masuk Darjah 4, kami hantar dia. Confirm memang hantar ni, sebab Najiha itu sendiri dah bagitau dia dok latih budak tu menghafaz,” ujar Ustaz Wan lagi. Nada suaranya bersemangat sangat.

“Mana tak semangat Ustaz, first time hantar nih. Nanti nak bagitahu Najiha itu suruh tumpu kat tarannum Lutfi pulak.” Kata Ustaz Wan lagi.

“Cikgu Najiha tu latih sendiri ke si Lutfi itu?” tanya Umar, takut juga dia kalau Ustaz Wan itu terkesan nada ‘berminat pada anak dara orang’ pada soalannya.  

“Ya. Dia itu ada hati nak ‘hafiz’kan si Lutfi. Dengar-dengar sekarang Lutfi dah start hafal juzuk 29, ehh juzuk 1 kot. Tak ingat pulak. Tapi Surah Al-Insan, Al-Mulk, Yassin, setel dah Lutfi tu hafal. Bukan ustazah begitu pun ada bakat jugak Najiha tu meng’hafiz’kan orang. Takpa, dia kan anak dara lagi, bukannya ada buat kerja lain kat rumah tu,” wah, sempat Ustaz Wan cakap begitu. Itu mengutuk ke memuji tu Ustaz Wan.

Ustaz Umar pandang tasbih di tangan. Yang dia mohon dalam doa-doanya lewat solat hajat dan solat istikharah selama ini ialah, minta dia dijodohkan dengan seseorang yang mampu fahami isi hatinya, yang redha bersamanya untuk didik anak-anak supaya menjadi golongan huffaz. Inikah petunjuknya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2013 11:18 AM | Show all posts
tq to update...terharu sangat...tp mcm ustaz umar nk syahid jee...heheheh x mo la plot gitu....leh x? sian jihah...x merasa lg nikmat kebahagiaan...nk menghafazkn anak2 buah dia lagik...ustaz umar je leh tolong tuh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2013 11:42 AM | Show all posts
suria74 posted on 29-7-2013 11:18 AM
tq to update...terharu sangat...tp mcm ustaz umar nk syahid jee...heheheh x mo la plot gitu....leh x ...

Hehe... mmmm....
Plotnya terpaksa dirahsiakan dulu tapi klunya ialah... jeng jeng jeng...

Ni ada lagi sikit saya baru edit.

Okay... here we go..
Last edited by aylanins on 29-7-2013 11:49 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2013 11:43 AM | Show all posts
NI baca buku ke mengelamun?” tanya Najiha yang sudah ambil tempat tidur di sebelah kiri Umar. Dia menarik getah ikat rambutnya dan letak getah itu di meja kecil di tepi katil.

Umar tersentak. Serta-merta ingatannya pada cerita Ustaz Wan itu hilang dari layar fikiran. Matanya cepat-cepat beralih pandang ke arah Najiha di sisinya. Rambutnya yang lembut itu sudah dilepaskan. Melihat rambut Najiha yang lembut jatuh separas bahu, hatinya terasa berdebar-debar. Selalu kalau di rumah ini, dia ikat satu saja rambutnya itu. Sekali-sekala dilepaskan begitu, nampak cantik sangat! Wanginya dia ini!

“Kenapa pandang Jiha macam itu?” tanya Najiha, segan dia lihat mata redup Umar itu leka menatapnya.

“Lutfi dan Rafiq dah tidur?” tanya Umar sambil senyum nakal pada Najiha.

“Dah.” Najiha angguk.

“Baju-baju semua dah gosok?”

“Dah.”

“Lusa nak sekolah. Malam esok tidur awal ke?” tanya Umar lagi.

“Tentulah,” jawab Najiha. Hairan dengan soalan Umar itu. Mestilah esok nak tidur awal. Nanti tak sempat nak bangun awal dan masak bekal makanan, wah perut yang lapar saja Jiha fikir ya, Najiha sudah gelak-gelak dalam hati. Terbayang-bayang di matanya menu nasi goreng dan ayam goreng untuk lusa. Dia kan pakar goreng-menggoreng.

“Malam esok tidur awal. Malam ini tak payah tidurlah,” kata Umar dengan nada menggoda. Tangannya sudah menyentuh rambut Najiha. Perlahan dia menguak rambut itu, diselitnya di tepi telinga Najiha. Matanya yang redup itu seakan-akan tersenyum menatap mata Najiha.

Wajah Najiha terasa panas. Dia tahu ke mana arah bicara Umar itu. Abang ustaz ini pandai juga cakap begitu ya.

“Saya tutup lampu ya,” kata Umar mahu bangkit.

“Kejap.” Najiha sudah tarik lengan Umar.

“Ya?” Umar menoleh ke arah Najiha yang sudah merah padam wajahnya.

Najiha bangkit lalu menuju ke meja tulis. Diambilnya sehelai kertas putih dan sebatang pen. Tekun dia melakar sesuatu di atas kertas putih itu. Umar tidak berganjak dari tempat duduknya, apa sajalah yang Jiha ini buat. Dia ni memang ada-ada saja.

“Nah…” Najiha menghulur kertas yang siap berconteng itu pada Umar.

“Apa ni…” Umar tercengang melihat gambar bendera Jepun dilakar di atas kertas putih itu. Bulatan di tengah-tengah bendera itu siap diwarnakan lagi dengan pen warna merah. Sekejap kemudian dia tergelak kecil.

“Okay…okay…faham. Maaf. Tadi kan solat Isyak jemaah dengan saya. Bila masa pulak kena ni?” tanya Umar, geli hati dia melihat lukisan itu.

“Bye… selamat malam. Orang nak tidur,” Najiha sudah baring lalu tekup mukanya dengan bantal, malunya!
Umar masih lagi ketawa geli hati di sebelah Najiha. Senak perutnya ketawa melihat lukisan itu. Comel betul Najiha ini!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2013 11:44 AM | Show all posts
KENAPA? Ada barang yang lupa ke?” tanya Umar yang masih mengemas buku-bukunya masuk ke dalam beg kerjanya. Hari pertama persekolahan di tahun baru begini mesti ada saja barang yang tertinggal di rumah kalau tak semak betul-betul. Nanti payah lagi mahu balik ke rumah ambil barang yang terlupa.

Najiha masih lagi berdiri di hadapan pintu bilik yang terkatup. Lama dia menatap Umar yang sedang mengemas buku-buku itu. Segak betullah Umar ini, detiknya. Wajah Umar itu berseri-seri sangat. Ditambah lagi dengan jubah putih lengkap seluar panjang putih dan kopiah putih di kepala.

“Mmm… kalau… kalau…” Najiha sudah tergagap-gagap. Nak cakap ke tak ya?

“Ya…” tanya Umar sabar menunggu. Apa yang hendak Najiha ini cakapkan ya?

“Jiha tak pakai gincu. Kalau salam sekarang, dapat ‘free gift’ tak?” tanyanya dengan nada manja. Tangannya yang memegang beg laptop itu terasa bergetar, pipi terasa panas. Mulut! Aura pemidatonya sudah muncul lagi.

Umar tersenyum geli hati. Wah, dulu pemalu bukan main lagi, ini baru masuk tiga minggu selepas mereka diijabkabulkan, dah makin berani ya Jiha ini. Teringat kisah di Rantau Abang dulu.

“Saya dah ambil wuduk… kelas pertama saya hafazan…” jawab Umar sambil senyum menatap wajah Najiha yang merona merah itu.

Comelnya dia yang berdiri di hadapan pintu dengan beg laptopnya yang bergoyang-goyang itu. Tambah manis dengan baju kurung pesak warna krim dengan bunga-bunga kecil warna merah hati dan tudung juga warna merah hati. Satu yang dia suka sejak mula-mula terpandang Najiha ini dulu ialah tudung Najiha itu sentiasa menutup dada walaupun tudungnya bukan jenis yang labuh.

“Alaa… tak apalah…” mulut Najiha sudah muncung. Dia pusing belakang dan memulas tombol pintu, mahu keluar dari bilik. Malu setahun kalau begini!

Umar menahan tawa yang mahu meletus, oh, lucunya!

“Selalu ambil wuduk pukul berapa?” tiba-tiba Najiha menjenguk kembali wajahnya dari balik pintu.

Umar senyum. “Lepas sarapan pagi, macam tadilah…” Dia sudah dapat meneka arah bicara Najiha itu.

“Okay… esok ya…” pesan Najiha sambil senyum manis lalu cepat-cepat tutup kembali pintu bilik itu.

Umar yang tinggal keseorangan di dalam bilik itu ketawa kecil. Tangannya pantas memasukkan bekas penselnya ke dalam beg kerjanya. Teringat akan senyum Najiha yang manis itu, terasa bersemangat hendak memulakan kelas pertama di tahun baru ini.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 12:10 PM | Show all posts
alahaiii jiha...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 01:18 PM | Show all posts
so sweet jiha skrg...dah pandai meluah rasa hati...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 01:48 PM | Show all posts
Jiha oo Jiha best sambung lagi bleh he he
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi....jiha lukis bendera jepun...apa nama penuh ustaz umar ni? Last edited by honeybee1802 on 29-7-2013 02:06 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2013 03:20 PM | Show all posts
honeybee1802 posted on 29-7-2013 01:54 PM
Adoi....jiha lukis bendera jepun...apa nama penuh ustaz umar ni?

Umar Abdul Aziz bin Haji Roslan
Last edited by aylanins on 29-7-2013 03:21 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 04:06 PM | Show all posts
nanti mesti jiha cepat pregnant ..next la...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
aylanins posted on 29-7-2013 03:20 PM
Umar Abdul Aziz bin Haji Roslan

hampir sama ngan nama my boboiboy....hehe..harap boboiboy ni leh jdk hafiz
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 11:46 PM | Show all posts
wahhhh comelnya jiha dgn umar...

TT teruskan jln cerita yg menarik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.160629 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list