CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mbhcsf

Khas - Column Abang Cute : sesi berdiskusi dengan forumner

[Copy link]
Post time 3-5-2013 09:12 AM | Show all posts
Abangcute posted on 1-5-2013 06:09 PM
Sesungguhnya manusia tidak sepatutnya menyembelih anaknya sendiri tak begitu? Akan tetapi kenapa Nabi Ibrahim mempercayai mimpi itu datang dari Allah? Adakah kamu tidak mempunyai akal?

Samalah keadaannya jika suara yang dimaksudkan itu menyatakan sesuatu kepada diri saya dan bukannya diri kamu. Adakah kamu berakal ketika menyatakan sesuatu sambil kamu LUPA perihal TAKWIL yang ada di dalam Al-Quran? Atau diri kamu sebenarnya TIDAK BERIMAN kepada Al-Quran dan juga kebenaran? Adakah diri kamu jahil?

Perihal malaikat, sesungguhnya dalil menjelaskan perihal malaikat pada malam lailatul qadar itu adalah BENAR. Ibu saya pernah melihat malaikat akan tetapi dirinya menyatakan itulah rupa malaikat (cahaya) yang keluar dari surau naik ke langit. Jika kamu belum pernah melihat malaikat, bagaimana kamu BERIMAN kepada Malaikat-malaikat? Adakah kamu buta mata hati kerana tidak diizinkan olehNya? Kenapa tak cari guru-guru mursyid sedangkan guru-guru mursyid pun BUNGKAM mencari jawapan kenapa diri mereka sering menyatakan pada hatinya "diri mereka Tuhan"? Adakah ilmu yang mereka yang digelar guru-guru mursyid zaman ini sering ditakwilkan dengan pembahagi ilmu sekadar pada akal?

Yang kamu membebel ni bukan jawapan kepada soalan saya. Kamu masih PUSING tak jawab soalan, tanya banyak soalan pula!

InsyaAllah saya akan jawab soalan kamu, untuk membuktikan saya ni bukan main-main dan saya SERIUS nakkan jawapan dari Abangcute. Kamu hendaklah JAWAB SOALAN SAYA. Lepas ni kalau membebel lagi tanpa jawab soalan, itu menunjukkan ciri pengecut. Saya nak bersangka baik yang Abangcute bukan pengecut, maka sila buktikan.

Jawapan kepada bebelan Abangcute:

1. Nabi Ibrahim AS seorang yang BENAR dan LURUS (Haniff), berserah diri kepada Allah (Muslim). Ini dalil dari Al-Quran.
Kamu pula mengaku dajjal dengan dakwaaan suara langit, sedangkan dajjal itu PENDUSTA. Kamu BUKAN NABI, bahkan kamu KELIRU mengaku DAJJAL. Maka jangan perasan kamu tu berstatus Nabi yang Benar! Mimpi para anbiya semua benar belaka. Mimpi selain dari mimpi Nabi, boleh jadi benar, boleh jadi PALSU.

2. Tak sama suara langit yang kamu dakwa tu, dengan wahyu yang disampaikan oleh Allah melalui Mimpi Nabi. Mimpi Nabi adalah Benar. Ini dalil dari Al-Quran. Dakwaan suara langit kamu tu suatu PENDUSTAAN YANG NYATA. Kamu sendiri mengaku yang suara tu pernah suruh kamu buat perkara haram. Mana akal kamu untuk membezakan yang HAQ dan yang BATIL?

3. Asal soalan saya, mana DALIL KEWAJIPAN melihat malaikat? Kamu tanya pula:
Jika kamu belum pernah melihat malaikat, bagaimana kamu BERIMAN kepada Malaikat-malaikat?

Kena lihat baru boleh beriman? Ini ajaran agama apa? MANA DALILNYA?

Nak betul-betul beriman kepada Allah, kena melihat Allah dulu kah?

Biar betul kamu ni, usul IMAN pun tak faham lagi kah!

Perihal malaikat, sesungguhnya dalil menjelaskan perihal malaikat pada malam lailatul qadar itu adalah BENAR. Ibu saya pernah melihat malaikat akan tetapi dirinya menyatakan itulah rupa malaikat (cahaya) yang keluar dari surau naik ke langit.

Saya tak pertikai malaikat turun pada malam Al-Qadr. Kamu ni tak faham kah soalan saya?

Soalan saya, mana dalil kewajipan melihat malaikat? Jika ada, nyatakan saja.

Saya tak tanya soalan, boleh atau tak boleh lihat malaikat? Boleh atau tidak itu bukan persoalan saya. Saya tanya KEWAJIPAN MELIHAT MALAIKAT. Mana dalilnya?

Saya percaya malaikat yang menjelma, boleh dilihat manusia. Jibril AS pernah menjelma sebagai seorang pemuda, dilihat oleh para sahabat yang mana pada awalnya sahabat tak tahu pun itu Jibril AS. Hanya selepas diterangkan oleh Nabi SAW baru sahabat tahu yang itu adalah Jibril AS.

Maka sila jawab soalan saya:
MANA DALIL KEWAJIPAN MELIHAT MALAIKAT?

Last edited by mnm77 on 3-5-2013 09:21 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2013 09:31 AM | Show all posts
Abangcute posted on 1-5-2013 06:09 PM
Jika benar apa yang saya nyatakan itu KEBENARAN, sambil kamu menyatakan dalil-dalil yang TIDAK KAMU FAHAMI akan kewujudan malaikat-malaikat yang HANYA BOLEH DILIHAT oleh orang-orang yang Allah kehendaki, ketahuilah, BELUM LAGI MAKSUD IMAN yang DIA maksudkan kerana beriman itu bila sesuatu yang DILIHAT itu dinyatakan BUKAN DENGAN SANGKAAN sambil hati berkata-kata perihal ia (malaikat). Jika kamu bermaksud SANGKAAN, maka perhatikan dalil ini :
Dan kapal-kapal yang belayar laju dengan kemudahan yang diberikan kepadanya; (3) Dan malaikat-malaikat yang membahagi-bahagikan segala perkara yang mereka ditugaskan membahagikannya; (4) (Sumpah demi sumpah) bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu (mengenai hari akhirat) tetap benar; (5) Dan bahawa sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku. (6) Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya, (7) Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlainan pendapat (mengenai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w). (8) Dipalingkan daripada (perselisihan) itu orang-orang yang telah dipalingkan Allah (dengan sebab keikhlasannya mencari kebenaran). (9) Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja, (10)

Surah Adh-Dhariyat = baca sampai faham.

Berdalil dengan JIKA? Dalam Agama, jangan buat andaian dan sangkaan. Sesungguhnya persangkaan itu TIDAK BERGUNA SEDIKITPUN terdahap kebenaran. Dalil di atas bukannya dalil kewajipan melihat malaikat. Sila baca betul-betul ayat tu, dan fahamkan.

Kenyataan kamu seolah-olah WAJIB melihat malaikat:
Jika kamu belum pernah melihat malaikat, bagaimana kamu BERIMAN kepada Malaikat-malaikat?

Saya tak tanya soalan, boleh atau tak boleh lihat malaikat? Boleh atau tidak itu bukan persoalan saya.
Saya tanya KEWAJIPAN MELIHAT MALAIKAT. Mana dalilnya?

Maka sila jawab soalan saya:
MANA DALIL KEWAJIPAN MELIHAT MALAIKAT?

Kenapa agaknya dinyatakan : malaikat-malaikat yang membahagi-bahagikan segala perkara yang mereka ditugaskan membahagikannya. Adalah lebih baik Allah tidak menyatakan perihal malaikat tak gitu? Kenapa Al-Quran menceritakan perihal malaikat-malaikat yang dijelmakan kepada manusia pada surah ini (baca sampai faham surah ini)? Persoalan kamu adalah persoalan budak-budak yang beruban untuk zaman ini kerana kamu tidak pernah memahami Al-Quran. Diri kamu sendiri tidak pernah melihat malaikat-malaikat yang berubah menjadi manusia kerana diri saya pernah menyaksikan kejadian itu atas izinNya dengan dinyatakan oleh SUARA HATI yang datang dariNya atas sebab BUKTI "Allah tidak akan mengizinkan orang-orang yang tidak mahu BERIMAN kepadaNya". Tidakkah kamu BERAKAL untuk menyatakan apa yang diri kamu TIDAK LAYAK untuk menyatakan kerana kamu sekadar mencari ilmu sambil meletakkan kepentingan pada ILMU semata-mata? Adakah orang-orang yang MEMENTINGKAN ILMU itu akan dimasukkan ke syurgaNya atau orang-orang yang beriman kepadaNya dalam maksud Taqwa?

Berdalil dengan AGAKNYA? Dalam Agama, jangan buat andaian, agaknya dan sangkaan. Sesungguhnya persangkaan itu TIDAK BERGUNA SEDIKITPUN terdahap kebenaran. Dalil di atas bukannya dalil kewajipan melihat malaikat. Sila baca betul-betul ayat tu, dan fahamkan.

وَإِنَّ ٱلظَّنَّ لَا يُغۡنِى مِنَ ٱلۡحَقِّ شَيۡـًٔ۬ا
dan sesungguhnya persangkaan itu tiada berfaedah sedikitpun terhadap kebenaran (An-Najm, 28)

Kamu tak sedarkah yang kamu perasan beriman kepada Allah sedangkan kamu sendiri sudah mengaku dajjal.

Oleh kerana kamu ni lancang sangat kata orang lain tak beriman kepada Allah, seolah-olah kamu ni beriman sangat-sangatlah, sampai dah mengaku dajjal pulak tu dalam KEKELIRUAN kamu tu, maka soalan saya yang seterusnya:

Sila berikan DALIL yang DAJJAL itu beriman kepada Allah

Last edited by mnm77 on 3-5-2013 09:35 AM

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 09:55 AM | Show all posts
Abangcute posted on 1-5-2013 06:29 PM
Saya tidaklah pengecut. Kamu tu yang sebenarnya pengecut kerana tak GENTLEMAN. Datang dan saya buktikan apa maksud ALLAH supaya kamu kembali beriman kepada Allah (akan tetapi saya tahu kamu tidak akan beriman dalam maksud sebenar-benarnya kerana SYARAT ALLAH hanya kepada mereka-mereka yang mencari DIA). Dan saya tidak memerlukan PENGIKUT-PENGIKUT kerana tugas saya menerangkan KEBENARAN perihal betapa dekatnya KIAMAT yang sebenar-benarnya. Jika kamu mahu mengingkari kenyataan saya, itu hak kamu. Akan tetapi percayalah, Allah tidak akan sama sekali akan memberikan apa-apa kebaikkan kepada orang-orang yang tidak memahami petunjuk Al-Quran kerana kenyataan kamu membuktikan dengan jelas apa yang dimaksudkanNya (sangkaan yang kamu nyatakan).

1. Kamu menunjukkan ciri-ciri pengecut kerana tak jawab soalan saya.
- sila berikan dalil kewajipan melihat malaikat

2. Kamu ni banyak buat andaian berdasarkan persangkaan. Dalam urusan agama, jangan buat persangkaan. Sila rujuk Al-Quran.

3. Kiamat itu dekat berdasarkan dari Al-Quran dan Sunnah. Waktu sebenarnya tiada yang tahu melainkan Allah.

4. Tugas DAJJAL menyesatkan manusia. Jangan perasan kamu tu menyampaikan kebenaran bila kamu dah mengaku dajjal

5. Dari yang tulis sendiri:
Allah tidak akan sama sekali akan memberikan apa-apa kebaikkan kepada orang-orang yang tidak memahami petunjuk Al-Quran kerana kenyataan kamu membuktikan dengan jelas apa yang dimaksudkanNya (sangkaan yang kamu nyatakan).
- memang itulah yang selayaknya untuk diri kamu yang mengaku DAJJAL si pendusta.

Adakah jika seseorang melihat malaikat-malaikat kamu akan menyatakan orang itu melihat jin? Adakah kamu GILA? Tahukah kamu beza suara hati dan bisikan hati kerana saya dapati kamu menyatakan ilmu bisikan hati pada forum ini. Bisikan itu datangnya dari syaitan. Syaitan itu adalah manusia dan jin.

Soalan kamu ni hanya nak tunjuk yang kamu ni hebat. Cara macam tu sama dengan cara Ayah Pin.
Ayah Pin siap dakwa ada kerajaan langit lagi, kamu percaya kah?

Sila berikan dalill kewajipan melihat malaikat. Jangan jadi pengecut!

Bila saya menyatakan perihal langit terbelah, sila rujuk dalil ini :

Apabila langit terbelah. (1) Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan. (2) Dan apabila lautan pecah bercampur-baur. (3) Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan. (4) (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya. (5) Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu Yang Maha Pemurah? (6) Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya. (7) Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Dia menyusun kejadianmu. (8) Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan. (9) Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu. (10) (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu). (11) Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan. (12) (Gunanya catatan malaikat-malaikat itu ialah: Untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) kerana sesungguhnya: Orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat. (13) Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam Neraka yang menjulang-julang. (14) Mereka menderita bakaran Neraka itu pada hari pembalasan. (15) Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya. (16) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu? (17) Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu? (18) (Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah. (19)

Ayat di atas bukannya dalil kewajipan melihat malaikat. Ayat tu menunjukkan adanya malaikat yang menjaga dan mengawas. Inilah yang dikatakan IMAN kepada malaikat. Percaya kepada adanya malaikat, sekalipun tak nampak!

Jika kamu belum pernah melihat malaikat, bagaimana kamu BERIMAN kepada Malaikat-malaikat?

Saya khuatir kamu dah TERPEDAYA dengan tipu daya Syaitan, kononnya kena lihat malaikat baru beriman!

Mengapa Allah menyatakan ini : Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu Yang Maha Pemurah?
Kemudian yang ini :Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.

Coming soon, bukti jelas dari Al-Quran malaikat boleh dilihat (takwil). Menunggu ahli neraka untuk bertanya soalan.

Kalau kamu sebagai DAJJAL kata saya ahli neraka, itu bawaan kamu. Bagi saya, neraka dajjal itu sebenarnya jalan ke Syurga. Syurga Dajjal merupakan jalan ke neraka.

Kamu patut tanya diri kamu wahai manusia yang mengaku dajjal:
Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu Yang Maha Pemurah?

Dajjal itu BERLAKU DERHAKA kepada Allah. Fikir-fikirkanlah.

** jangan lupa berikan dalil kewajipan melihat malaikat dan juga dalil dajjal itu beriman kepada Allah

Last edited by mnm77 on 3-5-2013 09:57 AM

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 06:22 PM | Show all posts
ADAKAH KAMU BODOH???





Dia mula daahhhh....ntah beratus kali dok guna perkataan bodoh di forum neh...mungkin itulah ciri2 org yg benar2 kenal ALLAH, dengar suara ALLAH & melihat ALLAH serta malaikat....mungkin bila byk melihat perkara2 ghaib menjadikan diri suka membodohkan org lain...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 10:27 PM | Show all posts
Tuuu ddiiiiiiiiiiiiiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..............Yakjuj plak dahhh....

nahhaih!

Tp seyakjuj mana pun takkan terlawan dajjal...


Sape td ID-ID aku? Raul? Dzulkarnain? Nazrulism?

Meh aku gelak guling2 dulu sampai koma kerana di sini jelas yg amat siapa yg B O D O H.

Mana saudara @dzulkarnain tolong bg komen sket neh...ade pakar ma'rifat ckp ko adalah PitMie & PitMie adalah Dzulkarnain...

Taknak ckp mnm77 pun antara ID aku gak ke?

Tuan mnm77, ade tak sesape yg pandai utk buktikan ID-ID org neh supaya buleh campakkan depan muka mamat tu yg tuduhan dia adalah fitnah semata....

Skrg dah masuk part lawak dah...main tuduh2 tahap kanak2 dah skrg neh...mohon bantuan pakar utk sahkan betapa 'benar'nya (prrrrfffftttt) tuduhan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 10:51 PM | Show all posts
Abangcute posted on 3-5-2013 10:28 PM
Saya tahu kamu online. Kerana itulah saya online wahai Raul. Mahukah saya perintahkan KILAt menyam ...


kilat tu....bagilah dia buat kerja dia

celah ketiak aku kan ada
leh le hampa dua dua- aku pekung kiri kanan nanti
syok gak tengok si pemegang title wali 1st dajjal
  dok celah ketiak aku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2013 10:52 PM | Show all posts
Abangcute posted on 3-5-2013 10:28 PM
Saya tahu kamu online. Kerana itulah saya online wahai Raul. Mahukah saya perintahkan KILAt menyam ...

Sy kenal Raul sbg pemain bolasepak...Raul Gonzalez, Raul Tamudo, Raul Albiol...tp kalau Raul di forum CARI, seriously lepas disebut baru tau adenye porumer bernama Raul..


Kesiankan diri anda...kerana bukan sahaja gemar membodoh2kan org lain, kini gemar menuduh membuta tuli yg aku bleh katakan, ko takde lgsg ciri2 org yg ade ma'rifat...ZERO, omong kosong 100%.






Benarlah dirimu pendusta terbesar di bod agama skrg neh...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 11:16 PM | Show all posts
orangbesi posted on 3-5-2013 10:51 PM
kilat tu....bagilah dia buat kerja dia

celah ketiak aku kan ada

Kuoi lama kuoi pelik dah...main nak hantaq kilat plak dahhh....hg tak takut ka orangbesi???

Dia kata aku Raul, konpiden ja yg aku ni adalah Raul...Raul mana aku pun taktau. Yg bestnya di hati dia tahap konpiden bila ckp gitu atas bukti apa pun aku taktau...sdgkan aku yg terbaca nih tertanya2 di hati yg dia neh btoi2 dah isim teruk...



Aku dok tunggu kot2 esok dia kata ALLAH gitau dia melalui awan berarak yg rupa2nya orangbesi jgk adalah PitMie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2013 11:28 PM | Show all posts
Jap jap jap..

Ini serius ke gurau neh sbnrnya? Aku anggap ko cuba bergurau sbb kalau ko masih menganggap aku ni Raul, sah2 ko dah hilang pedoman lalu main hantam saja teka2 aku ni Raul...


Aku pun heran atas bukti apa yg diguna utk kata aku neh Raul sdgkan aku sendiri baru 1st time dibgtau adanya forumer bernama Raul di sini...bod agama ni ke? Or bod lain?




Ntah2 ko yg Raul tp berpura2 taktau kowt...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2013 03:04 AM | Show all posts
Abangcute posted on 3-5-2013 09:52 PM
Kamu bertanya soalan BESAR sedangkan diri kamu KERDIL. Kenapa kamu tidak mencari DIA dalam erti ka ...
Kamu bertanya soalan BESAR sedangkan diri kamu KERDIL. Kenapa kamu tidak mencari DIA dalam erti kata sebenar-benarnya?

Ayat ini saya fahami (diri kamu faham atau belum sambil kamu bersoal-jawab TANPA ILMU? ADAKAH KAMU BODOH dengan petunjuk dari Al-Quran?)

Adakah helah keterangan kamu berbentuk KEKUFURAN?

Perlukah saya perjelaskan BEGITU DEKATNYA kiamat dinegara kita?

Nabi Muhammad SAW adalah manusia dan bukan malaikat (hakikat). Semuanya DENGAN IZIN ALLAH. Adakah kamu BODOH untuk bertanya soalan yang PALING BODOH dalam sejarah beragama sambil MEMALINGKAN DARI DARI MEMAHAMI Al-Quran? Kenapa kamu TAK BACA Al-Quran dengan SEPENUH HATI kamu sedangkan kamu bertambah SOMBONG sehingga TERKELUAR dari maksud beriman kepada Al-Quran? Adakah kamu GILA hendak menentang KETETAPAN ALLAH terhadap sesiapa yang DIA kehendaki? Adakah kamu FIKIR dengan ilmu yang kamu TAHU cukup untuk memahami Al-Quran?

MANUSIA BOLEH NAMPAK MALAIKAT
Kiranya keadaan malaikat itu berupa seperti asalnya nescaya manusia tidak boleh nampak melainkan anbia’ jua kerana jisim malaikat terlalu halus, sama juga seperti manusia tidak boleh nampak angin pada hal angin itu ada penuh di dalam dunia, ialah kerana keadaan halusnya.
Tetapi jika malaikat itu telah berupa dengan rupa jisim yang kasar seperti berupa manusia, maka pada ketika itu dapatlah manusia melihat akan dia.
Adapun nabi-nabi dan rasul-rasul dapat melihat malaikat atas rupanya yang asal kerana nabi-nabi dan rasul-rasul ada satu kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah Taala kepada mereka itu supaya dapat mempelajari pelajaran agama dan hukum-hukum syarak daripadanya.
CARA-CARA MENGENAL MALAIKAT YANG BERUPA MANUSIA
Maka sebahagian daripada mereka-mereka yang melihat malaikat yang bukan rupa asalnya bahkan atas rupa manusia ialah sahabat rasul Allah ketika malaikat turun kepada nabi Muhammad saw dan bercakap-cakap dengan nabi sebagaimana nabi bercakap dengan sahabat-sahabatnya ia merupakan dirinya seperti seorang sahabat nabi yang bernama (Dihyatul Kalbi) dan ada kala ia berupa seorang yang segak dengan pakaian putih lagi bersih.
Maka pada mula-mulanya seorang pun tidak mengetahui ia malaikat hanya disangkakan ia itu seorang daripada sahabat rasul Allah atau seorang yang baharu datang kepada rasul Allah jua tetapi kemudian daripada ia telah meninggalkan nabi maka rasul allah pun mengkhabarkan dan menerangkan yang datang itu malaikat Jibrail.

Baca surah An-Najm sampai faham. Kalau tak faham, PERGI BUNUH diri lebih baik. Saya SUDAH MEMINTA untuk tidak MELIHAT atau MENDENGAR apa-apa yang dimaksudkan pada surah An-Najm ini dari Tuhan saya. Inilah pemandangan yang saya LIHAT setiap hari :

Janganlah kamu menjadi bangsa YAKJUJ. Bangsa yang MEMULAKAN SESUATU sambil memanggil kaum-kaum kamu (MAKJUJ) untuk merosakkan ALAM (termasuklah agama). Sesungguhnya Al-Quran menjelaskan perihal BANGSA yang DEGIL dengan kebodohan ilmu yang tidak difahami oleh dirinya sendiri kerana diri YAKJUJ itu sekadar ingin mengadakan HELAH-HELAH sambil MEMPERMAIN-MAINKAN AGAMA kerana TIDAK MEMAHAMI Al-Quran olehNya.


Tidakkah terjadinya kiamat pada hari jumaat pada masa waktu asar? Mahukah diri kamu dikiamatkan olehNya?

Yg menyoal nk tahu jwpnya, katakan je le 'x tahu'
krn tahu tu ada ilmunya, pura² tahu tu hipokrit le - yg diCARI²

Keterangan yg kufur tu bila bertentangan
bila ditanya perihal kiamat, nabi s.a.w. jwb apa?

Yg faham Al-Quran tu yg guna akal
tp yg akal sejengkal tu yg selalunya salah faham

Yg nampak malaikat terus berselubung ketakutan - bkn melagho main online game
Jisim dgn jirim sama ka sedara?
Hari ni yg asing kembali asing - kadang² jiran sblh pn disangka malaikat
hanya krn sblmnya x pernah semuka dlm satu saf...

Hang pernah gi jln² ke syurga ke?

Bani Yakjuj & Makjuj keluar bawa korupsi
yg terkial² dok ngikut depa tu dek akal sejengkal
seawal²nya dgn mudah dikenali dgn bawaan kedustaannya...

Bilanya kiamat sedara?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2013 03:09 AM | Show all posts
Abangcute posted on 3-5-2013 09:54 PM
Wahai kaum YAKJUJ. Janganlah kamu memulakan sesuatu yang kamu TIDAK FAHAMI kerana sikap kamu yang  ...
Wahai kaum YAKJUJ. Janganlah kamu memulakan sesuatu yang kamu TIDAK FAHAMI kerana sikap kamu yang BERJAUHAN dari petunjukNya. Bantulah diri kamu SEBELUM dicampakkan ke neraka jahanam.
Saya juga x faham mcm mana sedara boleh detect multi-nick di CARI??? - Musykil ni...
- Inikan plk nk scan DNA Yakjuj & Makjuj...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2013 03:18 AM | Show all posts
Abangcute posted on 3-5-2013 10:01 PM
(Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan  ...
Yakjuj itu penuh dengan ilmu akan tetapi dipenuhi dengan kepentingan keduniaan. Mereka-mereka ini BIJAK akan tetapi (hakikat sebenar) diri mereka sebenarnya BODOH kerana menyangkal ketetapan Allah TANPA DISEDARI. Kaum Makjuj itu satu kaum PAK TURUT yang mengikut HASUTAN Yakjuj. Amatlah BURUK golongan yang SEDIKIT (yakjuj) kerana DICAMPAKKAN KEKAL ke neraka jahanam TANPA diri mereka sedari.

Itulah TEMPAT kaum Yakjuj. Harap yang BERAKAL BODOH dengan saya fikirlah baik-baik sambil kamu memperlekehkan diri kamu TANPA kamu sedari MENYALAHI keterangan Al-Quran secara MUTLAK (kufur tanpa disedari)

Sudah saya nyatakan, KAMU PASTI akan masuk ke neraka jahanam jika kamu BERTANYA SOALAN SAMBIL MEMERLI kerana itu sikap BODOH dan SOMBONG kamu (dalam bentuk perbuatan) yang COMFIRM kekal di dalam sana. Saya dajjal yang menunjukkan NERAKA itu syurga. Jika kamu mahu Syurga, UBAHLAH DIRI KAMU kerana sikap kamu adalah PERANGAI YAKJUJ.

Pak Turut tu yg ikut²an, jadi²an...tertomoih dlm lobang bewok
sdgkn Yak dan Mak tu berlawanan - faham ke ni?

Yg memikirkan sedalam²nya dgn teliti tu yg berakal
Jelas nyata lg clear bg yg menyondol - pendek akal

Yg pasti penyoal sekadar bertanya
tp yg menjwb dgn langkah seribu tu nk kata cmne perangainya tu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2013 03:41 AM | Show all posts
Abangcute posted on 3-5-2013 10:11 PM
Ayat sindiran yang TIDAK BERDALIL :

Dia mula daahhhh....ntah beratus kali dok guna perkataan bo ...
Dajjal itu ada 2 perkara. Jika yang ditunjukkan NERAKA = itulah SYURGA. Jika bangkang perihal neraka SAMBIL MENYOMBONG DIRI dengan ilmu yang tidak diketahui = COMFIRM neraka jahanam (kekal selama-lamanya). Perlu saya beri dalil supaya kamu faham diri kamu AHLI NERAKA (golongan Yakjuj) sambil kamu berpaling dari kebenaran yang saya TERANGKAN ketika berforum (dalam bentuk perbuatan)? Tidakkah tok guru kamu pernah menyatakan diri kamu sebenarnya BODOH? Orang beriman dan bertaqwa itu kalau dikatakan NERAKA = lagi dirinya seronok. Kerana itulah saya tahu KAMU MEMANG AHLI NERAKA kerana sikap kamu sama dengan keterangan ini

Sungguh hina sikap kamu dengan (hakikat) kesesatan yang kamu CUBA ada-adakan. Saya mengadakan TEMBOK akan tetapi kamu MEROBOHKANnya. Pergilah kamu cari cahaya ITU jika kamu SUDAH tahu sedangkan kamu MENGINGKARI kebenaran yang datang dariNya.

Saudara pernah tengok neraka ke?

'TEMBOK' tu yg ID² tu ka?
- cahaya byk cahaya, tp yg mana satu?

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2013 03:53 AM | Show all posts
PitMie posted on 3-5-2013 10:27 PM
Tuuu ddiiiiiiiiiiiiiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..............Yakjuj plak dahhh....

nahhaih!
Sape td ID-ID aku? Raul? Dzulkarnain? Nazrulism?

Meh aku gelak guling2 dulu sampai koma kerana di sini jelas yg amat siapa yg B O D O H.

Mana saudara @dzulkarnain tolong bg komen sket neh...ade pakar ma'rifat ckp ko adalah PitMie & PitMie adalah Dzulkarnain...

Teka-teki teka tekok le tu
- Masih menunggu respon @Nazrulism

Bila resah gelisah menghantui, bile le nk tenang gtu
pejam mata disondol semua di hadapanya le
Takpa, hang ke kiri/kanan sket je
sbb sondolannya tu terus-melurus ke lobang bewok adja...



Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2013 03:56 AM | Show all posts
Abangcute posted on 3-5-2013 10:28 PM
Saya tahu kamu online. Kerana itulah saya online wahai Raul. Mahukah saya perintahkan KILAt menyam ...
Saya tahu kamu online. Kerana itulah saya online wahai Raul. Mahukah saya perintahkan KILAt menyambar rumah kamu?
Minta tepek kn jadual online sedara
juga jadual game online juga ye...
- mudah utk soal-jawab terus tanpa melahu juga merapu

p/s: Spy yg dikatakan sambaran kilat tu dpt dikesan serta-merta...

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2013 04:11 AM | Show all posts
Abangcute posted on 3-5-2013 10:36 PM
Raul itu seorang PENIPU. Di dalam dirinya penuh dengan SIFAT MUNAFIK. Ketetapan Allah BENAR kepada p ...
Raul itu seorang PENIPU. Di dalam dirinya penuh dengan SIFAT MUNAFIK. Ketetapan Allah BENAR kepada para wali yang MENGETAHUI siapa yang benar dan siapa yang berpura-pura. Seorang wali TAHU dengan mendalam kerana dibuka HIJAB untuk mengenali SETIAP PERKATAAN berdasarkan kepada keterangan Al-Quran dan Sunnah dengan jelas. Para wali MAJORITI diberikan TASK, dan sudah pasti saya juga diberikan TASK akan tetapi BILA DATANG MASA YANG DIMAKSUDKAN.

Apalah gunanya Allah menunjukkan awan yang REDUP untuk memberitahu BEGITU dekatnya diri manusia yang menghina agama sambil diri kamu wahai RAUL memaling dari matlamat sebenar kehidupan didunia. Kamu fikir saya tidak dimaklumkan apa-apa olehNya? Saya berterus-terang kerana KAMU memang sudah ditetapkanNya sebagai ahli neraka. Maka tidaklah saya KISAHKAN kalau kamu tidak mahu berusaha sekalipun melainkan kamu bermain-main dengan SESUATU yang kamu tidak tahu (bangsa Yakjuj dan Makjuj). Sesungguhnya bangsa Yakjuj dan Makjuj itu antaranya datang dari Umat Islam itu sendiri. Diri mereka BERILMU akan tetapi JAHIL dan SESAT dengan sesuatu yang TIDAK DIBERI PETUNJUK olehNYA atas SIKAP SOMBONG dan BODOH pada seruan kebenaran.

Diri seorang WALI itu sentiasa berbau WANGI. Hanya orang-orang yang BERIMAN sahaja yang akan mampu mencium bau pada diri seorang WALI.

Agama itu nasihat, mohonlah ampun kepadaNya dalam erti kata yang sebenar-benarnya.
Sila tepekkan PM sedara dgn saudara @raul (task drpd saya )
- utk kita renung²kn segala keterangan sedara selama ni

Ramai yg pertikai 'suara dari langit' dlm keterangan saudara
maka, hanya hujah saudara mencerminkan keterangan tersebut
- mendustakan sbhgn ayat krn satu² keterangan bkn di jln benar

Wangi²an tu sunnah tp bkn utk melagho online game...

Nasihat-menasihati tu bkn perli, tp kalo dh terasa tu nk buat cmne...?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2013 04:24 AM | Show all posts
Abangcute posted on 3-5-2013 10:43 PM
Saya nak layan GAME online. Dari berborak dengan orang-orang yang suka mempermain-mainkan agama deng ...
Saya nak layan GAME online. Dari berborak dengan orang-orang yang suka mempermain-mainkan agama dengan akal yang BODOH, lebih baik layan GAME. Memang diri manusia yang berpaling itu kalau diberikan apa-apa dalil HANYA sekadar membaca dengan akal dan bukannya HATI. Itulah bangsa yang TIDAK MEMAHAMI KATA-KATA (Yakjuj dan Makjuj)

Akan tetapi ramai yang mahu menjadi Yakjuj. Amatlah BODOH dan SOMBONG sikap orang yang tidak mahu beriman kepada keterangan petunjuk Al-Quran yang diberikan oleh mereka-mereka yang diberi petunjuk. Masuklah neraka buat selama-lamanya. Semoga Allah mengampunkan orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepadaNya.

Yg mempermain²kan agama tu kita dh tau siapa
Yg berpaling drpd yg bermanfaat kpd yg melagho² online game pn dh tau gk le
Yg x faham² bila ditanya jwb plk ke laut pn tau kn?

Mmg boleh salahkan Yakjuj & Makjuj pn
tp apa usaha hang menjauhkan diri drpd depa tu???


Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2013 04:40 AM | Show all posts
Abangcute posted on 3-5-2013 10:47 PM
Saya ada TASK lebih penting dari berforum kerana SUDAH SAMPAI MASANYA untuk melaksanakan task BARU ( ...
Saya ada TASK lebih penting dari berforum kerana SUDAH SAMPAI MASANYA untuk melaksanakan task BARU (fasa 3). Jadi kalau kamu semua nak BERFORUM, silakanlah. (Fasa 2) Survival sudah hampir terlaksanakan (memahami maksud Yakjuj dan Makjuj - yang merosakkan alam seisiNya - Perosak). (Fasa 1) belum complete kerana dikhuatiri BERTAMBAH BILANGAN bangsa Yakjuj dan Makjuj. Sekian, harap maklum.
Yg fasa 3 tu online game yg mana satu?
Berforum tu fasa berapa pulok?

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2013 04:43 AM | Show all posts
Abangcute posted on 3-5-2013 10:55 PM
Kamu yang berperangai munafik menyibuk apersal? Orang itulah yang MENGUTUK kamu dibelakang kamu. K ...
Kamu yang berperangai munafik menyibuk apersal? Orang itulah yang MENGUTUK kamu dibelakang kamu. Kamu boleh percaya ke dengan si Raul tu? Kamu dah kehilangan jin ke? Kar kar kar. Kamu nak mati kena panah kilat time berniaga surat khabar ke? Kar kar kar.

Saya faham diri kamu, jadi tak perlu kamu nak menyibuk dengan orang yang BERAKAL sehingga diri kamu lupa orang-orang inilah yang MENGUTUK kamu. GELAK besar aku tengok bila orang TUA diperbodohkan oleh orang MUDA....., seorang penipu menjerkah jin sedangkan si penipu itu pun berkata-kata TANPA menyedari dirinya BELUM berkata BENAR.

Kar kar kar

Seekor keldai tidak menyangka anjing yang menyalak dibelakangnya itu SIAPA. Amatlah rugi si keldai dan si anjing. Pengembala anjing dan keldai SENYUM aje depan komputer.... apa lah nak jadi dengan keldai dan anjing ni.... kew kew kew
Sbb tu dlm kata² x perlu melaga²kan
krn batu yg dilaga² x keluar kilat - api berjelaga

p/s: Anjing dan keldai tu binatang ternak ke sehingga perlu digembalakan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2013 04:48 AM | Show all posts
Abangcute posted on 3-5-2013 11:03 PM
Kamu perkenalkan nama Raul pun saya tahu suatu PENIPUAN sejak awal perkenal. Kamu mahu melihat ama ...
Kamu perkenalkan nama Raul pun saya tahu suatu PENIPUAN sejak awal perkenal. Kamu mahu melihat amalan saya pun SAYA TAHU (disangka SESAT) sedangkan amat SEDIKIT yang kamu LIHAT sedangkan AMAT BANYAK yang saya DIAMKAN (sembunyikan). Mana sama seorang yang KENAL TUHANNYA dengan seorang yang TIDAK MENCARI TUHANNYA. Perlukah ditunjukkan maksud Kun Fa Ya Kun kalau sudah apa yang DITUNJUKKAN olehNYA atas permintaan saya dalam maksud Qada' dan Qadar pun kamu tak fahami ketika kamu membawa saya dengan kereta kamu? Amatlah BODOH dan JAHIL kerana kamu tidak mengetahui saya seorang yang MENGETAHUI ilmu Rukun Iman secara KESELURUHANNYA. Kenapa agaknya saya tidak mengatakan MEMAHAMI ilmu Rukun Iman? Tidakkah kamu berfikir?

Saya GEMAR berkata-kata BODOH dan SOMBONG ketika berforum akan tetapi di dunia nyata AMATLAH BERBEZA kerana majoriti MENIPU ketika berkata-kata.

Kar kar kar... berlakonlah apa pun, yang pasti saya TAU itu lakonan.
Saya pn nk tahu sgt siapa @Raul tu
Kun³ kn dianya ke sini utk bersama² kita
- atau sekadar pentominan adja kunnya tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.116461 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list