CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: babyridz

Aeril Zafrel Kecewa Penyebaran Gambar Tidak Berbaju pg.8

[Copy link]
Post time 17-3-2013 04:56 AM | Show all posts
wahhhhhhhhhhhh.. bagusnyer.. tahniah yer. tp sori aku x suka ko berlakon citer cinta kura2 tuh.. rasa nk lempang je ...hahahahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2013 11:02 AM | Show all posts
suker tengok dia berlakon, slumber jer..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2013 11:04 AM | Show all posts
Bolehla.. tak minat die berlakon tambah2 lagi dlm HACKS.. choyy
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2013 02:12 PM | Show all posts
suka dia dalam Aku Budak Pailang..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2013 03:20 PM | Show all posts
Kita tunggu dan lihat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2013 10:06 PM | Show all posts
pasti adegan omptih, selain dr kissing2... bj jarang x melekat kt badan huhuhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2013 03:48 AM | Show all posts
ariellin posted on 15-3-2013 09:53 AM
tak payah gebang nak takluk holiwud,, nak itu nak ini
tup2 org dapat tau dia dah shooting pun ngn p ...

SETUJUUUUUUUUUUUUUUU.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 08:05 AM | Show all posts
abieputera posted on 21-3-2013 03:48 AM
SETUJUUUUUUUUUUUUUUU.

AERIL ZAFREL DLM MTV TERBARU KAK MELAH PUN TIDAK KURANG HEBAT...BEST LAYAN...PERMULAAN BAIK 2013 UTK KERJAYA BELIAU....

Last edited by szmi on 21-3-2013 08:06 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2013 09:12 AM | Show all posts
Lakonan Aeril Zafrel Dalam Filem Hollywood Tidak Tersekat Selepas Dalami Islam




KUALA LUMPUR: Pelakon Aeril Zafrel menganggap langkahnya mendalami ilmu agama tidak menyekat untuk dia pengembangkan kerjaya seni pada peringkat antarabangsa.

Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari, 25, yang membintangi sebuah filem Hollywood menyifatkan ilmu agama yang dipelajari menjadi bekalan kepadanya untuk lebih menjaga batasan ketika berlakon dan pergaulan.

"Saya sudah setahun mendalami ilmu agama Islam di sekolah-sekolah pondok sehingga ke Indonesia dan Terengganu untuk menjadikan diri agar lebih baik.

"Tapi saya tidak berhenti berlakon, cuma saya kini lebih banyak menjaga batas lakonan, kalau boleh tidak mahu adegan-adegan berpelukan," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Dalam pada itu, Aeril menganggap adegan intim, bersentuhan dan berpeluk yang dilakonkannya dalam sebuah filem Hollywood di samping aktres handalan, Christina Ricci dan Sharon Stone adalah sekadar teknik kamera semata-mata.

Katanya, dia sudah berbincang dengan pengarah filem tersebut tentang batas-batas lakonan yang tidak boleh dilakukannya.

"Sebelum bersetuju untuk berlakon saya sudah awal-awal beritahu tentang apa yang tidak boleh saya buat terutamanya mengenai adegan cium atau atas ranjang.

"Mereka sangat memahami dan kebanyakan adegan berpelukan atau cium itu hanya teknik kamera yang dilakukan agar nampak seperti benar-benar terjadi," katanya.

Jelas Aeril, biarpun berlakon di bawah produksi luar negara, namun dia tetap menjaga sensitiviti masyarakat di negara ini.

Bercerita tentang filem tersebut, Aeril menganggap peluang berlakon bersama produksi berkenaan memberi pengalaman paling berharga buatnya.

"enggambaran sudah selesai dan hanya tinggal beberapa proses akhir saja lagi dan saya akan ke sana dalam masa terdekat ini," katanya.

Muzik video itu akan ditayangkan di saluran MTV tidak lama lagi sebagai promosi awal filem romantik itu yang menjalani penggambaran di London, England.


sumber: mstar online



teknik kamera
ruginya pi belajar agama jauh2...tp ada ciri munafik dlm diri

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 10:35 AM | Show all posts
teknik kamera la sangat..sah2 melekap tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 11:08 AM | Show all posts
Takut benda ni cuma propa je lebih
lepas tu nan ado
buat malu diri sendiri
kalau betul tahniahlah
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 11:49 AM | Show all posts
Watak heols?

I speku watak pemuda dari India...

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 04:16 PM | Show all posts
suka dia dalam budak Pailang, best sangat
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 10:11 AM | Show all posts
jetrofa posted on 25-3-2013 11:49 AM
Watak heols?

I speku watak pemuda dari India...

x byk malay character kan dlm filem2 hollywood. paling2 pun watak siamese... normally watak2 indonesian malay je yg hollywood mampu explore, itu pun diorang pakai pelakon pinoy ataupun korea

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 10:13 AM | Show all posts
linda hunt menang best supporting actress oscar 1984 dengan memegang watak pemuda jawa peranakan indonesia dalam filem mel gibson "years of living dangerously" .... filem pasal sukarno, tp shooting di manila. linda hunt ni australian

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 10:25 AM | Show all posts
iols dari dulu rembes ngan die ni...BTw, ingat budak lagi dalam 22 atau 23 gitu, rupanya dah 26..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2013 05:45 PM | Show all posts
berkenan kat dia masa dia jadi abg elfira dalam cita apa tah kat prima. bapaknya si normiang
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 07:23 AM | Show all posts

Aeril Zafrel Kecewa Penyebaran Gambar Tidak Berbaju



Aeril Zafrel

PETALING JAYA: Pelakon Aeril Zafrel menganggap penyebaran gambar-gambarnya yang tidak berbaju dalam sebuah blog oleh individu tertentu adalah bertujuan untuk menjatuhkan kerjayanya yang sedang meningkat naik.
Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari, 25, berkata, gambar-gambar itu dirakamkan oleh rakannya beberapa tahun lalu termasuklah ketika dia belum berhijrah untuk menjadi individu yang lebih baik pada ketika ini.


"Saya kecewa apabila ada orang cuba memfitnah saya dengan pelbagai cara termasuklah memuat naik foto-foto saya yang tidak berbaju ke laman blog lucah, sekali gus ia memburukkan lagi keadaan walaupun ia dilihat biasa sahaja.
"Bagaimanapun ia tidak menjejaskan diri dan maruah selagi saya bersama Allah, walaupun terdapat individu yang cuba menjatuhkan saya.
"Memang benar lelaki dalam foto itu adalah saya di mana ia diambil daripada sedutan filem Hacks. Manakala ada sekeping gambar yang diambil rakan ketika zaman jahiliah saya dahulu," katanya yang dihubungi mStar Online petang Khamis.
Foto-foto Aeril yang telah dimuat naik di sebuah lamab blog lucah.

Tambah Aeril, dia berharap agar penyebar foto-fotonya itu mendapat hidayah dengan segera agar tidak melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah tersebut.
Dalam pada itu Aeril juga mengakui sejak membuat pengakuan umum mengenai penghijrahan diri, ada segelintir pihak yang cuba memfitnah dia dengan pelbagai cara.


"Saya bersedia dengan segala kontroversi dan fitnah yang bakal muncul nanti.
"Yang penting, selagi saya bersama Allah, Dia akan melindungi saya walau apa sekalipun orang ingin memburukkan saya.
"Mungkin apa yang telah berlaku itu Allah mahu tunjukkan hikmahnya,' ujar Aeril.
Dalam perkembangan lain, Aeril kini sibuk dengan penggambaran telefilem Mungkin Itu Kasihmu yang bakal disiarkan di RTM dan Hafiz Tahfiz menerusi TV AlHijrah.



Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 07:30 AM | Show all posts
dia ni dah berhijrah kan.oh ya,btw he's cute!lg2 dlm cite janji shirah dia men cast luqman.  
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 07:33 AM | Show all posts
klu xnak gmbr2 mcm ni tersebar, awat dulu2 gatal nak bergmbr mcm tu... sendiri buat sendiri tanggunglah huhuhu

retis2 lain tu ambiklah ikhtibar yerrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.066874 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list