CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladyFinger12

MSMN

[Copy link]
Post time 28-2-2013 12:35 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 21-2-2013 10:32 AM
Ni speku je taw.... tak semestinya betul....

1) Eddie tu abang Dona yang dah lama tak balik and h ...

Huhu...aku pun baru nak speku camtu......

Baru start baca...idea citer sendiri belum kuar dr kotak fikiranku...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2013 01:18 PM | Show all posts
pernah tak novel dr penulis2 yg berbeza, buat cerita yg ada cross over watak.
misalnya la.. maulana selisih ngan ridz dan muiz ke..
dahlia gi buat baju kat butik sally n zarra ke (memang kene hempuk ngan laki die neh )
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2013 03:43 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 28-2-2013 01:18 PM
pernah tak novel dr penulis2 yg berbeza, buat cerita yg ada cross over watak.
misalnya la.. maulana ...

Ko ni kan.... idea luar kotak lah tu konon2nya?

sambung bab 9. Ada 1 page lagi rupanya...


"Dona sekarang ni kerap sangat migrain. Jiha nasihatkan lah Dona supaya jangan memikirkan sangat masalah anak-anak muridnya tu." Pinta makcik Anu ketika kami brdua sedang menikmati makan malam. Dona pula masih lagi tidur di biliknya.

Aku hanya mampu tersenyum pahit sambil menganggukkan kepala. Kalaulah makcik Anu tahu bahawa Dona bukan sekadar migrain...

"Auntie... Maaf ye kalau Jiha tanya soalan yang agak peribadi."

"asal apa tu, Jiha?"

"Kenapa Rahul tak balik?" Aku memecah kesunyian setelah habis dua keping capati aku bedal. Kulihat wajah makcik Anu sedikit berubah.

"Sorry auntie... Kalau terlalu peribadi, tak perlulah auntie jawab soalan Jiha tadi tu."

"Tak apalah Jiha... Auntie pun dah anggap Jiha sebahagian dari keluarga kami." Makcik Anu kemudiannya menghela nafas panjang.

"Rahul berkecil hati dengan uncle... " Makcik Anu terdiam sejenak. Aku membiarkan dia bertenang dahulu. Pasti dia sedang menahan sebak di dada kerana teringatkan anaknya itu. Aku rasa bersalah pula.  

"Uncle mahu menjodohkan Rahul dengan anak abang dia tapi Rahul sudah ada pilihan sendiri."

Jadi, benarlah seperti kata Dona.... jantan sentap itu memang merajuk. Hatiku bermonolog.

"Tapi Rahul tak kahwin pun dengan perempuan tu.” Terkejut aku mendengar kata-kata makcik Anu.

Oh, dah putus rupanya. Tapi kenapa masih nak membawa diri?

"Auntie dengan uncle tak cuba pujuk Rahul?" Aku menyibuk kembali hal keluarga mereka. Bukan apa... aku benar-benar simpati. Di mindaku sudah tercipta satu perencanaan... Akan aku email lagi lelaki kuat sentap itu.

"Uncle tak benarkan kami berhubungan lagi." Ketika ini aku melihat kedua kelopak mata makcik Anu sudah pun berkaca. Aku serba-salah dan berasa amat simpati.

"Err... tak apalah auntie. Dona dan Jiha kan ada? Jiha yakin, suatu hari nanti Rahul akan balik. Insya-Allah." Aku cuba menyedapkan hati makcik Anu yang tampak begitu sedih.

"Ye lah, Jiha. Auntie pun berharap Rahul akan balik juga nanti."

**********


Last edited by ladyFinger12 on 28-2-2013 03:45 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2013 03:49 PM | Show all posts
BAB 10

Rumah sewa, Kampung Baru.

TOK! TOK! TOK!

“Masuk!” Aku melaung dari atas katil bujangku.

"Kau ni degil tau!” Lili menjerkah tiba-tiba. Aku terpinga-pinga.

“Kan dah pesan jangan tidur di rumah Dona lagi?” Kali ini bukan Kak Syirah, tapi Lili yang membebel kepada aku. Masuk masuk saja ke bilik, terus dia memarahi aku tentang isu yang sering menjadi pertikaian kami bertiga.... Isu bermalam di rumah Dona yang sering saja mendapat bangkangan dari kedua teman serumah aku itu.

“Kau tahu tak semalam ustazah tu bising pasal kau?” Lili memarahi aku lagi.

“Bising pasal apa?”

“Pasal apa lagi? Buat buat tak faham pula. Eh, Jiha! Bukan Syirah aje tak suka, aku pun tak suka. Kau tahu, kan?”

“Dona migrain jadi aku temankan dia balik. Dah malam, tak kanlah aku nak balik rumah juga. Dona suruh aku bermalam di rumahnya saja. Malah amma dia pun tak benarkan aku balik.” Aku menjelaskan kedudukan yang aku bukan saja saja seronok bermalam di rumah Dona. Namun aku tidak menceritakan penyakit sebenar Dona.

“Eceh.... Amma... Appa yilek?” Lili mentertawakan aku sambil menggayakan kepalanya sekali. Sengaja digoyang-goyangkannya kepalanya. Aku tahu dia menyindir aku. Terasa panas pipi aku dibuatnya. Hilang isu bermalam di rumah Dona, timbul pula isu amma, appa...

“Dah lah!” Aku marahkan Lili yang masih tak berhenti ketawa.

“Dona ada abang tak?” Tiba-tiba pula Lili bertanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2013 03:51 PM | Show all posts
“Ada. Kenapa?”

“Patulah kau rajin bermalam kat sana. Nak jadi kakak ipar Dona rupanya. Dah panggil amma, appa... Eloklah tu. Praktis awal-awal. Meh sini aku ajar macam mana nak goyangkan kepala.” Lili mengekek gelakkan aku lagi.

“Eeeee! Ambik!” Aku baling bantal ke arah Lili. Sakit hati aku disindir seperti itu.

“Aku langsung tak kenal abang dia. Lagi pun abang dia kat US sana. Dah tiga tahun tak pernah balik. And for your information, dia dah ada awek minah saleh yang jauh lebih cantik, ok!” Panjang aku membebel bagi melepaskan geram aku kepada Lili. Dan untuk menghentikan Lili dari terus menyakat aku, aku mereka cerita yang Rahul sudah ada awek minah saleh di Amerika sana.

“Woit! Relaks lah... Gurau pun tak boleh.” Lili mencampakkan kembali bantal yang aku baling tadi ke arah aku. Cepat-cepat aku sambut. Muka aku masih berkerut.

“Apa cer Mind Teaser? Dia tak kacau kau lagi?” Lili kemudiannya mengalihkan topik perbualan. Hmm... sudahlah tadi sakit hati disindir, mengungkit soal si sengal itu bukannya boleh menceriakan balik hati aku. Lagi serabut adalah!

“Woit! Aku tanya ni... Mind Teaser apa khabar?” Lili suka sangat menyakat aku. Dia tahu aku sakit hati dengan Mind Teaser lagi mahu tambahkan sakit hati aku.

“Ok... hidup lagi.” Aku menjawab acuh tak acuh. Jawapan aku disambut dengan ketawa oleh Lili.

“Tak suka tak suka, last last jatuh cinta. Baru padan muka kau!”

“Tolong sikit!” Pantas aku membalas. Lili hanya tertawa.

“Mujahid aku macam mana? Kau tahu dah siapa dia?” Dengan penuh keterujaan aku bertanya. Harapan aku perbualan yang menjengkelkan itu boleh diubah kepada perbualan yang lebih menceriakan.

“Sebut aje Mujahid, renyih sampai ke telinga.” Lili sindir aku lagi. Tak kisahlah... janji cerita pasal Mujahid.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2013 03:56 PM | Show all posts
“Dapat cari tak?” Aku menyoal lagi.

“Belum lagi.” Aku kecewa. Riak wajah yang ceria bertukar lagi. Kali ini berona muram pula. Lili pandang aku seketika.

“Kau ni betul betul ke suka kat dia ni?”

“Aku sukakan penulisan dia. Tak salahkan aku nak tahu orangnya macam mana? Kalau masih single, masih ada peluang untuk aku.” Aku tertawa kecil.

“Kau, kalau nasihatkan aku jangan percaya pada orang kat alam maya bukan main lagi ya? Habis kau tu? Percaya sangat dengan Mujahid. Jangan jangan pandai cakap aje. Macam good good tapi realitinya hampehhh!” Lili memulangkan paku buah keras kepada aku. Aku mencebik.

“Sebab itulah aku nak kenal orangnya secara realiti. Barulah aku boleh buat rumusan tentang orangnya bagaimana. Cuma buat masa sekarang ni, aku bercinta dengan penulisannya saja dulu. Kalau seiring dengan orangnya, baru aku nak bercinta dengan pemilik penulisan itu.”

“Amboi!” Lili menggeleng.

“Nantilah aku tanya tanyakan.” Sambung Lili lagi

“Terima kasih Lili. Sayang Lili.” Tubuh Lili aku peluk.

“Bodek la tu!” Lili sindir aku.

“Ha ah... memang tengah bodek lah ni.” Aku selamba saja mengaku. Lili tersenyum. Kemudian dia bangun dari katil aku. Sebelum keluar sempat lagi dia menyindir.

“Sweet dream. Semuga mimpi Mujahid. Jangan jumpa Mind Teaser udehhh!”

Aku tersenyum-senyum sendirian. Aku cuba membayangkan ciri-ciri fizikal Mujahid berdasarkan penulisannya. Hmm... berjanggut sejemput, berkopiah.... Ustaz kut? Jangan jangan dah anak lima. Choii!

**********
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2013 03:58 PM | Show all posts
"Yenna soleyyy dey...Thambiii?! Rahul! Yeppo poite varuvingge? Amma miss you la deyyyyy! Come back home lah Rahul. Come back!" Jiha memarahi potret Rahul.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2013 04:08 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 28-2-2013 03:58 PM
"Yenna soleyyy dey...Thambiii?! Rahul! Yeppo poite varuvingge? Amma miss you la deyyyyy! Come back h ...

Chaiittt! Yenna deyyy? SAK... Pooh!




Sejurus sahaja Lili keluar, aku membuka laptop. Aku mahu menyemak email.

“Hisshh... Mamat ni langsung tak balas email.” Aku merungut-rungut sendirian apabila email yang aku nanti nantikan masih tiada.

Sudah lebih seminggu aku menghantar email kepada Rahul namun lelaki itu haram tak balas. Kalau salah alamat, mesti ada pemberitahuan dari pihak Yahoo yang mengatakan email tidak dapat dihantar.

“Apalah yang kau nak harapkan kepada lelaki pondan kaki sentap tu, Jiha?”

Nampaknya aku tak perlu mengharapkan apa-apa dari Rahul. Sekarang Fahmi adalah orang harapan aku. Aku pasti Fahmi dapat memberikan sedikit kegembiraan kepada Dona. Dona sendiri menyatakan hasratnya untuk menikmati hari-hari terakhirnya dengan penuh keseronokan. Aku bermonolog sendirian.

Tapi.... Dona tak benarkan aku beritahu Fahmi. Duhh.... kusut juga fikiran aku. Aku bermonolog lagi. Kepalaku yang tak gatal aku garu-garu beberapa kali.

Wei Rahul! Kalau kau merajuk hanya kerana dihalang cinta, maka aku  panggil kau lelaki bacul. Kau tak kasihankan amma kau? Atau sekurang-kurangnya fikirkan tentang Dona. Tak mahukah kau  menggembirakan hari-hari terakhir adik sendiri? Dan bagaimana pula sekiranya amma kau yang berada di tempat Dona?

Aku tak puas hati... sekali lagi email kuhantar kepada Rahul. Cuma kali ini gaya bahasa aku agak kasar. Biarlah dia tahu bahawa aku marah.

**********



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2013 04:15 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 28-2-2013 04:08 PM
Chaiittt! Yenna deyyy? SAK... Pooh!

Yinde? Yess Yay Kay?....Dey Tangechiii....Yess Yay Kay idea yilekkk!



Last edited by Nicki_Meow on 28-2-2013 04:16 PM

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 04:55 PM | Show all posts
erkkk..laling tk boleh tepek terus hingga bab 13 hari ni ??????? muhaahahah
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 05:52 PM | Show all posts
Rahullll oh Rahul mana la hang pi tak balik balik niii
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Yes dh abis merempit..best..tajuk len dr yg len...dh mula minat kt nobel lady nie...huhuhuhu...terussssskan..

Huhuhuh...name i pn ado huhuhu insyirah hihihihi...kebetulan jer hihihi maklumler newbie bru belajar bforum..huhuhuhu...peace...feeeewitttt...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2013 10:03 AM | Show all posts
kakZue posted on 1-3-2013 09:32 AM
Yes dh abis merempit..best..tajuk len dr yg len...dh mula minat kt nobel lady nie...huhuhuhu...terus ...

"Aku dah kata! Ini semua poyo! Tak berforum konon. kau tengok ni Jiha... si Syirah ni... Ini dialah ni. Kaki lepak novel rupanya." Lili menunjukkan posting yang dibuat oleh forumer bernama Kak Zue.

"Kau confirm ke ini Kak Syirah?" Soalku pula. Aku masih was was. Kalau betul Kak Syirah, mesti dia rajin pos di Bicara Muslim. Aku segera menarik laptopku lalu mencari forumer yang bernama Kak Zue. Apabila namanya tlah terpapar, aku cari pula tred yang telah dibuka. Namun, nampaknya tiada.

"Tapi dia ada 2 orang peminat. Tentu pos-pos dia menarik perhatian." Hmm... selepas ini pasti aku akan membuat sesi csi.





Btw, thanks kerana sudi membaca.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2013 10:06 AM | Show all posts
wardah75 posted on 28-2-2013 04:55 PM
erkkk..laling tk boleh tepek terus hingga bab 13 hari ni ??????? muhaahahah

Dah ke depankan ke bab 11

----

Usai mengirim email kepada Rahul yang sentap, aku mengadap Forum Bicara Kita.





“Hantu punya si sengal!” Sakit hati aku setiap kali membaca pos dari Mind Teaser. Marah sangat nampaknya Mind Teaser mengenai isu wanita Arab Saudi yang tidak dibenarkan memandu. Isu itu aku poskan pagi tadi. Memandangkan di pejabat tadi aku agak sibuk, malam malam begini aku mahu membaca semula tred yang aku buka.

Dalam masa tempoh setahun aku berforum, ini adalah pertama kali aku membuka tred.  Selama ini aku hanya menyibuk dalam tred orang. Tujuan aku buka tred untuk membincangkan isu larangan memandu di kalangan wanita Arab Saudi dengan elok tapi jadi huru-hara tred aku dibuatnya. Bergaduh pula mamat sengal itu dengan forumer otai Red Sentra.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2013 10:14 AM | Show all posts




Geram aje aku dengan si sengal ini. Tulisannya penuh provokatif.



"Oh! Perempuan rupanya si Red ni. Selama ni mati-mati aku ingat lelaki. " Baru aku tahu Red Sentra yang agak kerap menjawab pos Mind Teaser itu adalah seorang perempuan macam aku.








"Hek eleh... mamat niii!" Aku semakin geram.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2013 10:18 AM | Show all posts



Aku membalas. Harap-harap Mind Teaser tidak berterusan menabur fitnah. Kemudian aku beralih pula ke Bicara Terkini. Hmm... isu LGBT lagi! Naik muak aku membaca alasan-alasan mereka yang menyokong pengiktirafan golongan yang kecelaruan gender ini. Aku tak menghina mereka tapi untuk membantu mereka bukan dengan menyokong mereka. Kita sepatutnya membantu mereka keluar dari kecelaruan jiwa dan pemikiran mereka.

Agak lama juga aku membaca pos-pos berkenaan LGBT. Tred berjela-jela tapi tiada cadangan penyelesaian. Balik-balik kutuk, maki... hanya menambahkan sakit hati kepada si pesakit. Kita yang normal pun terikut-ikut sakit hati melihatkan ketegaran golongan ini mempertahankan apa yang dikatakan sebagai hak mereka kononnya.

"Ahh... buat sakit hati aku aje baca." Puas bermonolog, terpantul juga dialog.

Bosan membaca perdebatan mengenai isu berkenaan, lantas aku kembali ke Bicara Muslim apabila ada mesej pemberitahuan terpapar atas skrin aku. Hmm... Si sengal balas pos aku... Cepatnya!





"Eeee... Menyesal aku baca." Aku mengetap bibir. Aku skrol lagi tetikus ke bawah skrin.




Memang betul kata forumer bernama Sang Arjuna. Lagi dilayan, lagi dia provok. Sedang asyik aku melayari Forum Bicara Kita, tiba-tiba skrin laptop aku terpadam. Skrin laptop menjadi gelap! Aku panik.

“Tak kan rosak?”

Seminit kemudian laptopku kembali berfungsi tapi paparan pada skrin amat memeranjatkan aku. Muncul sebaris ayat...

ANDA TELAH DIGODAM!

Aku terpempan dengan apa yang telah berlaku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2013 10:25 AM | Show all posts
  1. அடுத்து!
Copy the Code
Err...cheq jawab post hang kat sini ajelah....

Wey...tanya sket..mak Dona tu Chinese kan? Awat nama Anusha? Bukan ke patutnya nama Siew Ling ke...Mew Choo ke...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2013 10:31 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 1-3-2013 10:25 AM
Err...cheq jawab post hang kat sini ajelah....

Wey...tanya sket..mak Dona tu Chinese kan? A ...

dia dibela oleh keluarga ceylonese dr kecik maa! Tak baca dr awal ek?

makcik anu tak pandai pun cakap cina
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 10:38 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 1-3-2013 10:31 AM
dia dibela oleh keluarga ceylonese dr kecik maa! Tak baca dr awal ek?

makcik anu tak pandai pun ...

Oh...terpaksa baca balik..tak perasan part tu...

Ennai Mannithu Kollavum....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2013 03:18 PM | Show all posts
Salam. Lady sambung...


BAB 11

Bandar New York.

Wei Rahul! Kalau kau merajuk hanya kerana dihalang cinta, maka aku  panggil kau lelaki bacul. Kau tak kasihankan amma kau? Atau sekurang-kurangnya fikirkan tentang Dona. Tak mahukah kau  menyeronokkan hari-hari terakhir adik sendiri? Dan bagaimana pula sekiranya amma kau yang berada di tempat Dona?

Berkali-kali matanya membaca email yang dikirimkan oleh pengirim yang tak dikenalinya itu. Ini email yang kedua. Betulkah Dona sakit? Tapi perempuan ni tak benarkan aku bertanya kepada Dona. Aneh! Perempuan tak betul? Jangan-jangan lelaki tapi menyamar perempuan? Atau Dona sendiri yang nak main-mainkan aku? Puas hati kecilnya bermonolog.

Kemudian jejarinya membuka email baru yang dikirim oleh seseorang yang menggelarkan dirinya Jiha. Email itu belum dibacanya lagi.

Mat Sentap! Aku rasa itu panggilan yang sesuai untuk kau!

Baris terakhir dalam email ketiga yang diterimanya itu membuatnya tergeleng seketika.

“Rahul! We are going out. Would you like to join us?” Suara temannya melaung dari luar pintu bilik.

“Nope! Thanks anyway Mike!” Rahul membalas dalam laungan juga. Malas mahu bangkit dari duduknya. Fikirannya kini sedikit terganggu dengan kehadiran email tidak diundang. Sudah tiga kali dia menerima email dari pengirim yang tak dikenalinya.

“Bye Rahul!”

“Bye Mike! Bye Chan!”

Suasana senyap. Telinganya tidak lagi menangkap sebarang bunyi di luar. Pasti Mike dan Chan, teman serumahnya sudah keluar.


Hello! Are you there? How do I know you are not a spammer? Can we talk on web cam?


Rahul mengirimkan mesej melalui Yahoo. Harapannya gadis yang mengaku sebagai Jiha dan kawan baik adiknya itu berada di atas talian. Berdasarkan status, gadis itu sedang di luar talian namun tak mustahil gadis itu sengaja menipu dengan meletakkan status di luar talian.

**********




Last edited by ladyFinger12 on 1-3-2013 03:23 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.057452 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list