CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eniliana

[Tempatan] Ribut Sonamu melanda Malaysia 8hb Jan?

[Copy link]
Post time 7-1-2013 03:15 PM | Show all posts
Malaysian Meteorological Department
7 minutes ago
Nasihat Ribut Tropika
Di keluarkan pada 03:00PM 07 Januari 2013
Peringkat : Ribut Tropika (SONAMU).

Masa Pencerapan : 2:00 petang, 7 Januari 2013.

Kedudukan : Latitud 6.4 Utara; Longitud 108.3 Timur; kira-kira 524 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.

Pergerakan : Perlahan ke arah Selatan-Barat Daya.

Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 571 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.

Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2013 03:18 PM | Show all posts
tuan_wu posted on 7-1-2013 02:12 PM
dekat muara sungai ke ?

tak... kat depan rumah sungai.... kat tgh2 tu ade chalet paklah.... utk monsun cup tuh
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 03:23 PM | Show all posts
TeddyBear posted on 7-1-2013 02:15 PM
dino,

umah teddy pn dekat dengan sungai..masa musim hujan arituh..tiap malam air pasang masuk k ...

time 25hb hari tu hujan lebat gile tak henti2....tp takde la banjir.... tp nmpk la paras air sungai tu tinggi.... sbb ade benteng kot tak banjir la area rumah aku tuh.....
ingat zaman kecik dulu... lewat 80an.... mmg banjir la kwsn nih..... tp time tu aku tahu seronok je naik sampan..... time tu rumah kayu tinggi....air tak masuk rumah..... tp sempat cecah 5 anak tangga....

tp klau dah angin kuat ni risau gak
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 03:23 PM | Show all posts
dino posted on 7-1-2013 03:18 PM
tak... kat depan rumah sungai.... kat tgh2 tu ade chalet paklah.... utk monsun cup tuh


kat pulau duyong ke..setau aku setakat air pasang je situ..psl rumah sedara aku ada gak...banjir teruk xde lak..

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 03:24 PM | Show all posts
kodoklawa posted on 7-1-2013 03:08 PM
sila update dari masa ke masa..heheheh..paka pun okay aje..tadi memang ada mendung sedikit tapi  ...


wat masa ni angin sepoi2 bahasa jer...hehe

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 03:25 PM | Show all posts


Antara doa yang sesuai untuk dibaca ialah :

اللهم حوالَيْنَا ولا علينا، اللهم غَيْثًا مُغِيثًا، لَا مُهْلِكًا وَلَامُدَمِّرًا

yang bermaksud : Ya Allah, kesampingkan (bencana) ke sekeliling kami dan bukan ke atas kami. Ya Allah, jadikanlah hujan sebagai rahmat, tidak memusnahkan dan tidak menghancurkan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2013 03:26 PM | Show all posts
mynametaro posted on 7-1-2013 02:57 PM
redho je lah zorro_03... dah tau pun puak2 tu jenis cpt xpuas hati & belagok...

redo tu betul laa.  tapi penat laa nak kena terangkan pada org setiap kali puak2 laknat ni timbulkan kekeliruan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 03:28 PM | Show all posts
AMARAN KATEGORI KETIGA

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

Di Perairan Laut China Selatan

Kemaskini:

Ribut Tropika (SONAMU) dikesan pada Latitud 6.7 U dan Longitud 108.4 T, pada jam 8:00 pagi 7 Januari 2013, kira-kira 592 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu dan bergerak perlahan ke arah Barat-Barat Daya.

SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA) - Kemaskini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Samui, Tioman, Condore, Reef North, Layang-Layang & Palawan dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

SEKSYEN B: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Kemaskini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sarawak(Rejang, Mukah, Bintulu & Miri), WP Labuan, Sabah(Pedalaman, Pantai Barat & Kudat) & Reef South dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

SEKSYEN C: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-Kemaskini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sarawak(Kuching), Sabah(Sandakan), Bunguran & Sulu dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN D: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini

i) Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Condore dijangka berterusan sehingga lewat malam, Isnin, 7 Januari 2013.

Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan melebihi 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter, adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

ii) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sulawesi dijangka berterusan sehingga awal petang, Isnin, 7 Januari 2013.

Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter, adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2013 03:32 PM | Show all posts
tuan_wu posted on 7-1-2013 03:23 PM
kat pulau duyong ke..setau aku setakat air pasang je situ..psl rumah sedara aku ada gak...banjir ...

seberang takir....

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 03:56 PM | Show all posts
kwn aku td g mkn kt rusila,dia ckp ramai org duk buat benteng pasir...area tu rumah/kedai memang dekat sgt dgn pantai...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 04:00 PM | Show all posts
vantage posted on 7-1-2013 02:05 PM
ada terbaca update di fb, angin mula bertiup kencang di Terengganu...
dan pak mertua member di Kel ...


anak kuantan area mana kak? setakat ni cuaca kat kuantan ok...cerah..malam2 nanti tak taulah...

tapi tak bestnya air xde kat kuantan ni, sampai jumaat plak tu...hampesss ----------> off topic
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 04:01 PM | Show all posts
kakak aku cakap jkk kt merchang dah suh kosongkan rumah yang dekat2 dengan pantai...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 04:08 PM | Show all posts
aku kt dungun area traffic light uitm..
langit dah mulai mendung.. angin tahap sederhana lagi.. tp tepi pantai x sure mcm mana keadaan nya..
td pagi cerah sgt.. semua org mcm konfiden x ribut.. skang seme resah gelisah..
kelas mlm ni takut nye nk drive masuk uitm kalau dah start ujan lebat
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 04:16 PM | Show all posts
macamana keadaan di sana sekarang ye?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 04:24 PM | Show all posts
ni bala pasai budaya songsang dah merebak cam pompey, luth
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 04:26 PM | Show all posts
aku pun stay dungun.. memang pelik bace ramai dlm fb kate kat dungun angin dh kencang.. angin kt dungun ok lagi. tenang je.. mcm xde mnde2 pun.. cume kembar ak ckp mlm ni staff2 hospital dungun buat solat hajat sbb ade kemungkinan hospital dungun pn banjir sbb ribut ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2013 04:37 PM | Show all posts
ramai yang kalut...    mungkin dia pi singapore or sarawak main  dia.. lagipun dah daratan .air nak serap pun takde so   jatuh level 1  jer.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 04:43 PM | Show all posts
kodoklawa posted on 7-1-2013 07:24 AM
pagi ni aku tengok langit kat paka cerah aje...semoga kita terlindung dari bencana alam ini.


hah kaka betul2 duk ngadap pantai paka neh
tak sampai 100 m dari pantai
kecut gak
tapi nampak macam normal saja weather hari ni kan?

semoga semua selamat..

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 04:49 PM | Show all posts
tuan_wu posted on 7-1-2013 03:05 PM
aku kat dungun.keadaan masih terkawal.

pantai dungun dah berjuta repair kena tengkujuh tahun lepas
mintak dilindungi dan dijauhi dari malapetaka
anak aku sorang duduk dungun tu...

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 04:51 PM | Show all posts
Waa... Takleh gi mancing dan candat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.071987 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list