|
yamapi posted on 20-2-2013 01:21 PM
aduhaii serba salah lak aku ni.. aku nak delia dgn adam semula.. tapi suka gak delia dgn dzariff dgn ...
tak leh tamak hihihi...
cpt...pilih sorang je
|
|
|
|
|
|
|
|
Hhhmmm nk delia ngan dhariff...boleyyy
|
|
|
|
|
|
|
|
TJ2 posted on 20-2-2013 01:23 PM
tak leh tamak hihihi...
cpt...pilih sorang je
dzariff dan adam org yg sama ke?.......
|
|
|
|
|
|
|
|
Amirrrrrrrrrrrrrrr
|
|
|
|
|
|
|
|
qimi08 posted on 20-2-2013 01:43 PM
dzariff dan adam org yg sama ke?.......
nape fikir cam 2 ek? |
|
|
|
|
|
|
|
tetap nak delia dgn ameer |
|
|
|
|
|
|
|
TJ2 posted on 20-2-2013 01:48 PM
nape fikir cam 2 ek?
Rasanya Dzariff tu kembar adam.
ehhehee..
teka jangan tak teka
|
|
|
|
|
|
|
|
TJ2 posted on 20-2-2013 01:48 PM
nape fikir cam 2 ek?
Salam TJ2
Terharu dgn kata2 Ameer towards Delia...Ameer tak minta yg kurang atau lebih tentang Delia Azreen. You made my day..waiting for more...have a pleasant afternoon.
|
|
|
|
|
|
|
|
qimi08 posted on 20-2-2013 11:44 AM
Hu hu hu jenuh merempit dr page 1 - 6.....
TJ2 awak memang berbakat........teruskan menulis......{: ...
Saya sokong....kalau boleh buatlah novel.....
|
|
|
|
|
|
|
|
sanaa1 posted on 20-2-2013 02:32 PM
Salam TJ2
Terharu dgn kata2 Ameer towards Delia...Ameer tak minta yg kurang atau lebih tentang ...
thanks dear...nah munga
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa hati lebih suka Delia dgn Dzariff... |
|
|
|
|
|
|
|
nallepooh posted on 21-2-2013 08:12 AM
kenapa hati lebih suka Delia dgn Dzariff...
hihihi...
Dzariff, Ameer dan Adam kan masing2 ada kelebihan sndr...
|
|
|
|
|
|
|
|
TJ2 posted on 21-2-2013 09:20 AM
hihihi...
Dzariff, Ameer dan Adam kan masing2 ada kelebihan sndr...
Ingat ada n3 baru....hu hu hu
|
|
|
|
|
|
|
|
Bab17
Jus epal kasturi kegemarannya dihirup kasar. Namun kedinginan air yang melalui kerongkongnya itu tetap tidak mampu mendinginkan hati yang sedang panas membara. Membakar rentung jiwanya.
Irina mendengus sebelum menghempas kasar gelas minuman ke atas meja. Bunyi detingan kaca berlaga dengan meja besi membuatkan dua tiga pelanggan lain menoleh. Namun semuanya dibalas dengan jelingan tajam.
“Relax, Nana. Kan maksu dah janji nak tolong.” Kata Datin Aina. Wajah anak saudaranya dipandang lama.
“Nana tengah geram sangat ni. Perempuan tu memang tak tau malu. Patut dulu Nana suruh orang bunuh je perempuan tu!”
Dua wajah yang dilihatnya di dalam Tiffany & Co sebentar tadi benar-benar menaikkan darahnya ke tahap tertinggi. Kalau dia penghidap darah tinggi, mungkin dia dah jalan tadi! Masih jelas di matanya gelagat Ameer dan Delia. Tampak mesra.
Diorang nak kahwin ke? Nampak macam pilih cincin. Tapi Delia dilihat berulang kali menggeleng. Tak cukup mahal kot! Irina gigit bibir. Bukan hari tu Delia kata dia dah kahwin dengan sepupu Ameer ke?
“Jangan terburu-buru. Nak buat sesuatu kena rancang baik-baik. Maksu tak nak Nana terperangkap dengan rancangan sendiri!”
“Itu Nana tau la, Maksu. Tak nak Nana tempah bilik free kat Kajang tu.” Irina suap kek coklat indulgence ke mulut. Sedapnya! “Tapi Nana memang tak puas hati dengan Delia. Kata dah kahwin. Jadi, kenapa nak ganggu Ameer?”
“Kan Maksu dah cakap. Delia tu memang perempuan gatal.Tak tahu malu. Kalau tak, takde la dua budak kecik tak berbapa tu!”
Datin Aina lap mulutnya yang agak comot dengan sos carbonara yang dijamahnya sebentar tadi. Tubuh disandar ke kerusi sebelum jus mangga dingin disisip penuh nikmat. Sesekali matanya meliar memerhati keadaan sekeliling. Kot-kot ada orang yang dia kenali.
“Nana pelik la, Maksu. Entah apa yang Ameer pandang kat perempuan tu. Bukan cantik pun. Nak kata seksi lagi tak!”
Irina mengeluh. Bertahun-tahun dia cuba untuk mencuri hati seorang lelaki bernama Ameer namun tetap tidak berjaya. Dia cuba untuk jadi yang terbaik tapi Ameer tetap tidak memandangnya walaupun dengan sebelah mata.
Last edited by TJ2 on 21-2-2013 11:31 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Ameer Luthfy adalah lelaki pertama yang bertapak di hatinya. Dari alam persekolahan sehingga kini. Bukan Irina tidak pernah punyai teman lelaki lain tapi Ameer tetap tidak mampu untuk dia singkir dari hati.
Sebab itu bila pulang dari UK, dia terus mencari lelaki yang tua tiga tahun darinya itu. Mereka bertemu dan waktu itu Ameer sudah pun bekerja di Akram. Justeru itu, karisma Ameer sudah semakin menyerlah. Irina jadi semakin jatuh cinta.
Di zaman persekolahan, Ameer lebih dikenali kerana sikap panas baran walaupun lelaki itu sebenarnya amat bijak dan kacak. Pantang silap mesti nak mengamuk. Sampaikan cikgu-cikgu geleng kepala.
Tapi pada mata Irina, Ameer adalah lelaki yang sangat baik. Lelaki itu pernah membantunya di saat dia ragut sewaktu pulang dari kelas tambahan. Kala itu, pemandunya belum tiba. Mujur Ameer ada berhampiran di waktu kejadian itu berlaku. Ameer pantas membawanya ke klinik berhampiran dan menghantarnya pulang. Jadi sejak itu, Ameer terus menjadi hero di matanya.
Memerhati dalam diam, akhirnya membuahkan rasa suka yang bukan sedikit. Irina sehinggakan sanggup mengupah jurugambar professional untuk mengekori dan mengambil gambar Ameer. Malah sampai hari ini, gambar-gambar itu masih ada dalam simpanannya.
Irina membantah bila papa mahu menghantarnya ke UK kerana dia mahu berada hampir dengan Ameer. Waktu itu, Ameer sudah pun di tahun ketiga di UKM. Tapi papa tetap berkeras mahukan dia ke UK.
Bertahun-tahun di UK, Irina berkawan dengan ramai lelaki. Namun satu pun tidak mampu menandingi Ameer.
“Delia tu pandai menggoda. Sebab tu maksu tak bagi Aariq rapat dengan dia!”
Bohong Datin Aina. Padahal dia bencikan Delia kerana anak arwah Abas itu kelihatan persis Diyana, arwah isteri pertama suaminya. Memandang Delia seolah-olah memandang Diyana. Lalu menerbitkan rasa benci yang mendalam. Padanya, Diyana adalah perampas Abas walaupun sebenarnya pertemuan Abas dan Diyana berlaku selepas bertahun-tahun dia dan Abas terputus hubungan.
“Kecik betul dunia kan, Maksu? Nana tak sangka si Delia tu anak tiri maksu!”
Datin Aina mencebik.
“Oh please…ex anak tiri ye.”
Last edited by TJ2 on 21-2-2013 11:35 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa hubungan pun dia tidak mahu ada dengan Delia. Dulu dia pura-pura kerana mahu mengahwini Abas. Abas adalah cinta pertamanya dan Datin Aina amat terluka bila Abas mengundur diri kerana perbezaan status keluarga.
Dia jadi lebih bencikan Delia kerana Abas selalu mengutamakan anak itu. Yang baik dan harum semuanya Delia. Apa cakap Delia semua Abas ikutkan. Malah jika disuruh memilih antara dia dan Delia, dia pasti seratus peratus Abas akan memilih Delia. Secara tidak langsung membuatkan Datin Aina semakin membenci Delia.
“Yela tapi ex anak tiri maksu tu memang tak tahu malu, kan? Sibuk nak mengendeng Ameer dengan family Uncle Rashdan. Tak serik agaknya kena pecah kereta dengan Black!”
“Perempuan macam Delia tu mana tau serik...”
“Nana ingat nak suruh Black buat lagi macam dulu la, Maksu!”
Wajah lelaki berkulit gelap kenalan Datin Aina menerjah masuk ke ruang mata. Lelaki berwajah bengis itu jenis yang hati kering dan sanggup melakukan apa sahaja demi imbuhan yang berbaloi.
Jika tidak masakan Black boleh setuju tanpa banyak soal untuk mengugut Delia bila diberitahu dia setuju untuk memberi upah sebanyak RM10 ribu. Mujur waktu itu dia tidak tahu perempuan yang dibenci oleh Irina adalah Delia. Jika tidak, pasti dia sudah arahkan Black lakukan sesuatu yang lebih teruk! Datin Aina mendengus.
“Takkan nak suruh pecahkan kereta Delia lagi?”
“Habis tu, maksu nak Black bunuh Delia ke?”
Datin Aina senyum. Dia gamit Irina supaya mendekat. Perlahan-lahan dia berbisik ke telinga Irina. Dia ada rancangan baik punya…
Last edited by TJ2 on 21-2-2013 11:37 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
qimi08 posted on 21-2-2013 11:07 AM
Ingat ada n3 baru....hu hu hu
ada...
dh post dah...
silalah baca
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|