CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kikuri

AKU CINTA KAMU {U}

[Copy link]
Post time 17-1-2013 12:15 PM | Show all posts
kikuri posted on 17-1-2013 12:06 PM
ade part cemas pasni...tunguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

ari ni la...suspen betul.....................

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2013 01:31 PM | Show all posts
huhuhuh suka haidar dah berubah sikit2
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 01:53 PM | Show all posts
alalallalalaal....cepat la nk n3 lg...
dh kemaruk..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 03:08 PM | Show all posts
Mana part yang keCEMASan tu TT????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2013 03:31 PM | Show all posts
Cik_Andak posted on 17-1-2013 03:08 PM
Mana part yang keCEMASan tu TT????

isnin depan boleh??????????????
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 03:34 PM | Show all posts
kikuri posted on 17-1-2013 03:31 PM
isnin depan boleh??????????????

Minggu Depan???????
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
tersiksa la jiwa & raga cik.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2013 03:35 PM | Show all posts
kikuri posted on 17-1-2013 03:31 PM
isnin depan boleh??????????????

ari ni bru syok...ubat ngantuk di kala petang....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2013 03:42 PM | Show all posts
BAB 35

MALAS rasanya Dahlia mahu menghadap muka Adam. Tapi apakan daya dia tak mampu menolak suruhan Pak Samad yang memintanya memberikan kad kahwinnya sendiri kepada Adam. Perkahwinannya akan berlangsung lagi tiga hari. Esok mereka akan berangkat ke Kuala Lumpur.

Orang lain tidak dijemput oleh mereka. Nantilah. Kata Pak Samad. Akan dibuat kenduri kesyukuran dan menjemput rakan – rakan terdekat.

Dahlia berjalan perlahan – lahan. Tayar basikalnya pancit pula. Tak mengapalah. Boleh keluarkan peluh sambil menghirup bau garam laut. Angin bertiup sepoi – sepoi bahasa mendamaikan perasaan Dahlia.

Tiba – tiba terdengar bunyi hon kereta. Dahlia menoleh. Kereta Adam. Dahlia lega. Tak perlulah ke rumah Adam.

“Nak kemana?” tanya Adam ramah. Cermin mata hitamnya diletakkan diatas kepala. Kacak. Tapi sayang mereng. Bisik Dahlia.

“Ni.” Dahlia menghulurkan sampul surat berisi jemputan kahwinnya.

Berubah muka Adam bila melihat sampul itu. Tak perlu baca. Dia tahu isi kandungan kad itu. Dengan berat Adam ambil juga kad undangan itu.

“Bila?” tanya Adam perlahan. Kad dicampakkan ke dashboard kereta. Perbuatannya hanya diperhatikan tanpa perasaan oleh Dahlia.

“Lusa. Datanglah.” Jawab Dahlia

“InsyaAllah.”

“Saya nak baliklah. Nasib baik jumpa awak dekat sini. Tak payah pergi rumah dah. Datang ya.” Pelawa Dahlia sekali lagi.
“Eh, biar saya hantar awak balik.”

“Tak apalah. Dekat aja. Boleh jalan kaki. Boleh excercise sikti.” Dahlia menolak ajakan Adam dengan sopan.

“Marilah. Boleh kita berbual sekejap. Tak lama lagi Dahlia dah nak jadi isteri orang. Tak dapat nak berbual macam dulu.” Desak Adam lagi.

Mendengarkan itu, Dahlia mengangguk perlahan. Sekejap apa salahnya. Dahlia membuka pintu disebelah Adam. Adam tersenyum lebar. Segera dia memasukkan gear dan memandu laju.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2013 03:43 PM | Show all posts
“Kita nak kemana ni?” tanya Dahlia cuak. Ini bukan jalan balik rumah. Patutnya Adam berpatah balik tadi.

“Ambil angin.” Jawab Adam ringkas. Dahlia sudah tidak sedap hati.

“Saya nak balik. Banyak benda lagi saya nak buat. Kain baju tak kemas lagi.” Kata Dahlia kasar.

Adam hanya tersenyum.

“Awal lagi nak balik. Kita ambil angin dulu.” Kata Adam sambil meneruskan pemanduannya.

Dahlia semakin cemas. Adam sudah masuk kejalan yang sunyi dan sempit. Hanya dilalui sekali sekala sahaja terutamanya kaki pancing.

“Adam, kita nak kemana ni. Saya tak suka awak buat macam ni. Saya nak balik.” Jerit Dahlia.

Adam tidak memperdulikan Dahlia. Dia meneruskan perjalanan. Bergegar – gegar kereta ketika masuk kejalan yang sesuai dilalui oleh motosikal atau pacuan empat roda sahaja. Suasana semakin sunyi.
“Adam. Saya nak balik...” jerit Dahlia lagi. Dia sudah semakin cemas. Dia membelek poket jeansnya. Lupa, telefon bimbitnya tidak dibawa bersama kerana sedang dicas. Lagipun Dahlia mahu keluar sekejap sahaja.

“Adam, tolong jangan buat macam ni. Hantar saya balik...tolonglah Adam,” Dahlia sudah hampir mahu menangis.

Adam memberhentikan keretanya tiba – tiba. Dahlia terdorong kehadapan. Ketika mahu membetulkan badannya terasa tangannya direntap kasar.

Dahlia melihat wajah Adam ketika itu sangat menakutkan. Dengan renungan yang tajam serta senyuman yang sinis. Dahlia takut. Terasa mahu kencing sahaja. Jangan – jangan Adam mahu merogolnya. Lepas tu dia dibunuh dan mayatnya dicampak dikawasan semak ini. Tidak, dia tidak mahu mati dalam keadaan yang sangat mengaibkan. Dia cuba melepaskan cengkaman tangan Adam.

Adam ketawa berdekah – dekah. Gembira meilhat wajah ketakutan Dahlia. Dia lupa segala – galanya. Yang dia tahu Dahlia harus menerima balasan kerana menolak cintanya.

“Jerit, jeritlah. Tak ada siapa pun yang dengar.”

“Lepaslah Adam. Tolong jangan buat saya macam ni.” rayu Dahlia.

Adam mencengkam dagu Dahlia pula. Wajah Dahlia didekatkan kemukanya. Tangannya mengelus – ngelus pipi Dahlia.  Dahlia berusaha melepaskan dirinya. Geli dengan perlakuan Adam.

“Aku nak kau rasa apa yang aku rasa masa kau tolak cinta aku. Betapa sakitnya hati aku. Betapa kecewanya aku.”

Dahlia berasa dagunya sakit. Dia menolak Adam. Adam melepaskan cengkamannya. Dahlia cuba untuk membuka pintu tetapi tidak berjaya kerana rambutnya telah ditarik Adam. Dahlia menjerit kesakitan. Adam sudah gila. Adam seperti dirasuk syaitan sahaja.

“Diam...diammmmm..” jerit Adam. Dahlia terdiam. Nafasnya turun naik. Dia benar – benar ketakutan.

Bunyi nafas Dahlia membuak nafsu Adam seperti membuak – buak. Kedua belah lengan Dahlia dicengkam kuat. Dahlia meronta – ronta mahu menyelamatkan diri.

Dalam keadaan dia meronta – ronta terasa wajahnya dan lehernya dicium Adam. Dahlia tidak rela. Dia meronta semakin kuat.

“Tolong...” jerit Dahlia.

Jeritan Dahlia tidak dipedulikan Adam. Adam terus menggomol Dahlia. Dahlia berasa jijik sekali. Entah mana datang kekuatannya dia menolak Adam dengan kakinya sekuat hati. Adam terdorong di pintu pemandu. Dengan kudrat yang ada, Dahlia menumbuk pula kepala Adam. Apabila melihat Adam seperti pening – pening itu Dahlia membuka pintu. Sempat Adam menarik baju belakang Dahlia. Dahlia menyiku pula muka Adam. Adam mengerang kesakitan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2013 03:43 PM | Show all posts
Dahlia cuba untuk berlari entah macam mana kakinya tersadung tunggul kayu mati menyebabkan dia jatuh. Lututnya pedih. Dahlia cuba bangun. Tetapi Adam sudah memeluk pinggangnya. Tubuh Dahlia dipusing menghadap Adam. Dahlia terbaring ditanah. Bergumpal dengan Adam. Terasa pedih belakangnya akibat bergesel dengan batu – batu halus yang tajan dan ranting – ranting kayu yang berada ditanah. Dahlia meronta – ronta sambil kakinya cuba menendang celah kangkang Adam. Adam berguling kesakitan.




Kesempatan diambil Dahlia. Dia berlari sekuat – kuatnya tanpa mempedulikan duri – duri yang menghiris kulitnya.

Air matanya mengalir deras. Tak sangka Adam membuatnya begitu. Tidak pernah dia dimalukan seperti itu. Terasa maruahnya diinjak – injak. Terasa jijik dengan ciuman rakus Adam. Dia bencikan Adam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2013 03:47 PM | Show all posts
demi korang semua.....takdelah cemas mana pun
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 04:10 PM | Show all posts
kikuri posted on 17-1-2013 12:06 PM
ade part cemas pasni...tunguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

biler nk suspen nih....x tahan nk tunggu....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 04:34 PM | Show all posts
ala .... sikit je...huhuhuhu cepatla kawin dahlia
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 05:00 PM | Show all posts
tolong lah pak samad tiba2 ada memancing kat situ dan nampak apa adam buat kat dahlia..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 05:21 PM | Show all posts
tak sabaq tunggu sambungan....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 06:36 PM | Show all posts
Dahlia...p report polis cepat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2013 08:41 AM | Show all posts
best and kelakar... suka kat bab 24 yg mana ada buat ayat cepat sunggoh papa haidar belajar jelingan maut dari pak samad.. tersenyum sumbing aku membacanya... hihihihihihihihi....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 09:43 AM | Show all posts
x nak bg pak samad nampak kah? biar pak samad tau adam tu jahatttttttttttt.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 11:35 AM | Show all posts
aduhhhhhh...mana sambungannya nih....suspen giler....selamat ke dahlia ke rumah pak samad tuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2013 12:24 PM | Show all posts
ok...sambungan ya....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.100357 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list