CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

BaLaDa HaTi.. ~tamat~

[Copy link]
Post time 20-12-2012 11:52 AM | Show all posts
...saat rayyan & balqis mahu menyulam kasih & cinta tetiba kedua pihak telah ada org ketiga...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2012 12:10 PM | Show all posts
sellie003 posted on 20-12-2012 11:52 AM
...saat rayyan & balqis mahu menyulam kasih & cinta tetiba kedua pihak telah ada org ketiga...

xmo nangis2.. insyaallah pas rehat smbung lg k..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 12:46 PM | Show all posts
momey posted on 20-12-2012 12:10 PM
xmo nangis2..  insyaallah pas rehat smbung lg k..

Ok jangan lupa sambung...jgn wat2 lupa...

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 02:39 PM | Show all posts
TT momey....
bila mau sambung lagi....
syok lah bila tasya dh keluar.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2012 02:51 PM | Show all posts
Rayyan memasukkan beg pakaian Balqis ke dalam kereta Balqis.

"Nak saya ikut dari belakang ke hantar Balqis balik rumah?" tanya Rayyan yang begitu ambil berat pasal Balqis.

"Tak pe. Saya boleh balik sendiri. Awak jangan la layan saya macam budak-budak.. Malu plak saya.."

"Itu baru sikit tau.. Kalau nak tahu, saya ni manja orangnya.." Rayyan bisikkan di telinga Balqis.

Perghh!!! Meremang bulu roma Balqis..hihihi

                                                                ........................................................


Rayyan dan Balqis masing-masing pulang ke rumah membawa haluan sendiri. Ammar! Secara senyap dia mengekori Balqis dari belakang. Balqis memandang cermin pandang belakang.

"Nape kereta Vios ni asyik ikut aku je..Adoi.. Risau pulak rasanya. Ya Allah, lindungilah aku.." bisik hati Balqis.

Setibanya Balqis di rumahnya, kereta vios itu turut berhenti. Balqis semakin berdebar-debar. Dicarinya handphone di dalam beg tangannya.

"Alamak!! Handphone tertinggal dalam kereta Rayyan la plak.. huhuhu macam mana ni??" Balqis semakin cuak.

Ammar datang menghampiri kereta Balqis. Diketuknya cermin tingkap lalu mengejutkan Balqis.

"Ammar?"

"Bukak pintu ni!!" Ammar seperti kerasukan hantu.

Balqis menangis. Dia dah tak tahu nak buat apa.

"Aku cakap bukak, baik kau bukak!! Kalau tak , aku pecah cermin ni!" jerkah Ammar.

Dalam ketakutan, Balqis terpaksa buka pintu keretanya itu.

"Yang kau takut sangat dengan aku ni ape hal??!!" Ammar mencengkam kuat lengan Balqis.

"Aawww!!! Sakit la!!!! Apa ni, Ammar?"

"Aku tak nak kau terima lamaran Rayyan tu! Dia bukan lelaki yang baik untuk kau!"

"Hoi!! Kau ni dah kenapa?!!" jerkah Rayyan lalu memberi tumbukan percuma ke muka Ammar sekali lagi. Kali ini, hidung Ammar patah. Menitis darah mengalir dari hidungnya.

"Dah berapa kali aku nak cakap dengan kau ni? Kau tak faham bahasa melayu ke? Ke nak aku cakap dalam bahasa tamil?!!" Rayyan sekali lagi menumbuk ke muka Ammar.

Ammar jatuh. Sakit!

"Baik kau berambus sebelum aku call polis tangkap kau! Tak pasal-pasal kang masuk jail makan percuma kott.." Rayyan tegas.

Ammar diam. Nampaknya Rayyan tidak berputus asa menawan hati Balqis. Dia bangun lalu berjalan ke keretanya lalu beredar dari situ. Rayyan memandang Balqis.

"Ok ke tak ni? Ke nak saya bawak ke klinik?" tanya Rayyan sambil membelek muka Balqis.

"Ok..ok.. Saya tak ada apa-apa. Tapi kenapa awak datang sini?"

"Awak tertinggal handphone dalam kereta saya. Tu yang saya terus datang nak pulangkan ni. Ya Allah, nasib baik kan? Kalau tak tadi, apa la yang Ammar nak buat kat awak. Risau betol saya tadi.."

"Syukur tak ada apa-apa.."

Mahu sahaja Rayyan memeluk Balqis pada ketika itu, namun difikirkan adab dan tatasusila agama mesti dijaga lebih baik banyak bersabar. Lagipun, tak lama lagi mereka akan bernikah. Tak salah memujuk nafsu supaya bersabar untuk sedikit masa sahaja lagi. Hihihi Last edited by momey on 20-12-2012 02:52 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 03:14 PM | Show all posts
alah naper x sambung je terus
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2012 03:21 PM | Show all posts
fatehana posted on 20-12-2012 03:14 PM
alah naper x sambung je terus

Eh, eh...memalu lak wak tetiba...kita pun memalu gak ni..ahaks...

Permintaan yg sama...sila sambung lg cik momey syang selasih dilurut2kan....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 03:26 PM | Show all posts
sellie003 posted on 20-12-2012 03:21 PM
Eh, eh...memalu lak wak tetiba...kita pun memalu gak ni..ahaks...

Permintaan yg sama...si ...

mohtipppp nak sesama malu dgn kita nie

apa2 pun cepatlah momey sambung lg
nak tahu apa yg bakal berlaku sbb ammar dah 2 kali kena debik dgn rayyan
pastue nak gak tahu bila rayyan nak jumpa mak angkat si balqis nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2012 04:02 PM | Show all posts
fatehana posted on 20-12-2012 03:26 PM
mohtipppp nak sesama malu dgn kita nie

apa2 pun cepatlah momey sambung lg

Alah, macm x faham...atau wat2 x fahm...aisshhh...

Tulah, n3 ceput jek...momey ni selalu wat semua panasaran nih...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2012 04:31 PM | Show all posts
Hari demi hari hubungan Rayyan dan Balqis semakin erat. Keluarga Rayyan sudah pun berkenalan dengan Balqis. Mereka menerima Balqis dengan hati yang cukup gembira.

"Auntie harap Balqis dapat jaga anak auntie sebaik mungkin ya.. Dia lah satu-satunya anak auntie.." kata Datin Madihah sambil memegang erat tangan Balqis seolah-olah amanah yang berat perlu dipikul Balqis.

"Insyaallah, auntie.."

Datin Madihah mengucup dahi Balqis.

"Nanti jangan lupa bagi tahu keluarga angkat Balqis tu ya. Insyaallah kalau tiada aral melintang, kami sampai sana hujung minggu depan untuk merisik.." kata Dato Mustaffa.

"Hujung minggu depan? Macam lambat je, papa.." Rayyan menyampuk.

"Amboi..amboi! Nakalnya dia! Macam tak penah nikah pulak erk.." Datin Madihah mengusik Rayyan.

Rayyan dan Balqis hanya tersenyum. Balqis cukup gembira. Mungkin inilah balasan orang yang sentiasa sabar dengan ujian Allah.


                                                        ..............................................................


Ammar semakin berserabut. Langsung tidak terurus! Selepas kejadian patah hidungnya ditumbuk Rayyan hari itu, dia sudah tidak berani mahu bertemu lagi dengan Balqis. Tetapi hatinya tetap tidak tenteram. Kadang-kadang dia tetap akan mengekori Balqis setiap kali Balqis pulang ke rumah dari pejabat.


                                                   ...............................................................


Rayyan dan Balqis menaiki kereta. Balqis tersenyum-senyum dari tadi.

"Seronok nampak.." tegur Rayyan.

"Saya seronok sebab tengok keluarga awak cukup bahagia..jeles tau!"

"Hihi saya pun bersyukur sangat-sangat dapat mak ayah yang cukup sporting. Walaupun saya ni anak tunggal, saya tetap dididik dengan tegas menjadi anak yang bertanggungjawab!"

"Beruntung awak kan?"

"Alaa...lepasni pun keluarga saya akan jadi keluarga awak jugak kan?"

Balqis tersenyum. Sudah nampak sinar kebahagiaan dia bersama Rayyan selepas ini.

"Jangan lupa bagi tahu mak angkat awak tu! Kang awak tu lupa pulak!" Rayyan mengingatkan Balqis.

"Yeee..saya ingat.."

Tiba-tiba handphone Rayyan berdering. Tertera nama Natasya di skrin handphonenya. Rayyan memandang Balqis.

"Jawab je. Manalah tahu urgent ke.." kata Balqis.

Rayyan menjawab panggilan itu.

"Hello, Tasya.."

"Hai, abang! Abang free tak sekarang?"

"Sekarang? Kenapa?"

"Jom lepak jap! Lama tak jumpa abang kan? Kejap je..please.." Natasya merayu.

"Ok lah.."

"Jumpa kat restoran biasa erk.."

"Oright!"

"Thanks, abang.."

Talian dimatikan. Rayyan memandang Balqis.

"Adik angkat awak ajak keluar ke?" tanya Balqis.

"A'ah.."

"Kalau macam tu, awak hantar saya dulu."

"Tak nak lah.."

"Laaa..tak pe la. Saya ok je. Awak hantar saya dulu. Pastu awak jumpa la dia. Saya rasa mesti ada benda urgent dia nak bagi tahu awak. Kalau saya ada pun, kang dia tak selesa pulak.."

"Saya bawak awak sekali la.."

"Ha?"


                                                          .........................................................


Di Restoran Seafood Latiff..

Rayyan dan Balqis masuk ke dalam restoran itu. Kelihatan Natasya bersama lelaki yang Rayyan nampak hari itu. Bermacam teka-teki mula bermain di fikiran Rayyan.

"Assalammulaikum.." tegur Rayyan.

"Waalaikummussalam.." jawab lelaki yang sedikit berumur itu lalu berjabat tangan dengan Rayyan.

Balqis pun turut berjabat tangan dengan Natasya.

"Duduk lah.." pelawa Natasya.

"Siapa lelaki ni?" tanya Rayyan.

"Ops! Lupa pula nak kenalkan dekat abang.. Lelaki sebelah Tasya ni, suami Tasya.. Dah dekat dua bulan dah kami kahwin. Yang abang jumpa masa kat 7-eleven hari tu, kami dah kahwin dah time tu.." terang Natasya lalu melentokkan kepalanya ke bahu suaminya itu.

Rayyan mengucapkan tanda syukur. Masalahnya dengan Natasya tidak perlu difikirkan lagi. Sudah selesai satu masalah!

"Waa..senyap-senyap dah kahwin erk.. Tahniah!" ucap Rayyan.

"Terima kasih. Abang Ridhuan banyak menolong Tasya masa sakit hari tu. Dia setiap hari bagi semangat pada Tasya. Sejak dari hari tu Tasya mula sedar, Tasya tiada hak untuk memaksa orang lain mengikut kehendak Tasya.." Natasya sedikit sebak menceritakan kisah lamanya itu.

"Tasya ni nampak je garang, rupanya jinak-jinak kucing juga erk.." celah Ridhuan.

"Amboi abang ni.. malu la Tasya.."

Ridhuan terus mengucup dahi Natasya. Rayyan cukup terharu melihat gelagat mesra mereka berdua itu. Balqis hanya tersenyum. Dia juga mengharapkan suatu hari dia juga akan bahagia seperti itu dengan Rayyan lepas nikah nanti.

"Haaa..ada satu lagi kejutan!" Natasya membeliakkan matanya.

"Apa lagi?" Rayyan seperti tidak sabar.

"Tasya pregnant! 5 weeks dah..hihihi"

"Yeke?? Waaaa..alhamdulillah..abang tumpang gembira.."

"Tu la..cepat pulak. Syukur..rezki dari Allah.."

"Pengikat kasih sayang kami.." Ridhuan menyampuk lagi.

Balqis pula yang hendak menitiskan air mata. Bahagianya hidup Natasya sekarang. Rupanya di sebalik keburukan yang menimpa, rupanya akhirnya ada jawapannya yang cukup indah.


                                                ..............................................................


Ammar yang baru sahaja keluar dari kedai runcit membeli sekotak rokok, ternampak kereta Rayyan yang parking di hadapan restoran seafood itu. Di keluarkan sebatang rokok lalu dinyalakannya.

Mukanya yang sudah ditumbuhi jambang itu menunjukkan dia tidak senang hati kerana terlalu memikirkan Balqis. Asap rokok dihembus ke udara.

"Aku biarkan dahulu korang bersuka-ria.. Sampai masa nanti korang akan tahu apa yang akan berlaku.." kata Ammar sendirian.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 08:32 PM | Show all posts
Dah tinggal ammar aje
Alhamdulillah tasya dh bertemu heronya
Moga dpt disingkir si ammar tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 11:33 PM | Show all posts
Nk kena Ammar nih....

Tasya dah sedar diri rupanya......
best...best...best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2012 08:34 AM | Show all posts
Pukul 8.30 malam..

Balqis hanya berehat di rumah mengemas apa yang patut. Dia perlu pulang segera ke rumah mak angkatnya, Mak Cik Kiah untuk beritahu tentang rombongan merisik keluarga Rayyan itu. Tetapi dia juga risau kalau akan berlaku sesuatu tanpa di duga.

"Ya Allah..permudahkanlah segala urusan hambaMu ini.." doa Balqis.

Balqis mengambil cuti untuk sehari pulang ke kampungnya. Moga urusannya dipermudahkan.


                                                     ........................................................

Ammar membuang putung rokok keluar dari cermin keretanya. Asap dihembuskan ke udara. Dia memandang ke rumah Balqis. Kemudian dia keluar dari kereta. Dipandangnya ke kiri kanan. Sunyi sepi kawasan perumahan Balqis itu. Mungkin kawasan orang yang sudah berumahtangga.

Dengan lagaknya Ammar berjalan ke arah pintu pagar rumah Balqis. Mangga tidak dikuncinya. Waaaa peluang sudah ada! Perlahan-lahan Ammar membuka pintu pagar itu. Dia berjalan masuk sehingga berdiri di pintu rumah.

"Balqis! Bukak pintu ni.." jerit Ammar sambil mengetuk pintu bertalu-talu.

Balqis terkejut. Pintu rumahnya itu diketuk bagaikan nak roboh.

"Bukak pintu ni, Balqis!!! Kang aku pecah jugak pintu ni kang!!" Ammar seperti hilang akal. Dia tidak peduli orang sekeliling.

Balqis mula ketakutan. Dia berlari masuk ke dalam bilik mencari handphonenya. Nombor telefon Rayyan cepat dihubunginya.

"Rayyan..cepat angkat phone..huhuhu" panggilannya itu Rayyan masih belum jawab.

"Balqis!! Kau pekak ke??? Bukak pintu ni!!!" Semakin kuat Ammar mengetuk pintu itu.

Balqis mula menangis katakutan.

"Ya, sayang.." jawab Rayyan.

"Awak..tolong saya! Ammar datang ni. Dia tengah ketuk-ketuk pintu..huhuhu saya takut.."

"Ha? Memang nak kene dah setan ni dengan aku! Jangan bukak pintu tu tau.. tunggu saya sampai!"

"A'ah..cepat tau awak.."

"Yeee..ingat jangan bukak pintu tu!"

Talian dimatikan. Balqis duduk diam di dalam bilik. Diambilnya bantal lalu dipeluknya kuat-kuat.

"Ya Allah..lindungilah aku.." bisik hati Balqis.

Ammar fed-up! Dia menghempas pasu bunga yang berada di laman rumah Balqis itu. Balqis terkejut.

"Kau nak aku pecahkan kepala kau macam aku pecahkan pasu bunga ni ke??? Baik kau bukak pintu ni cepat!" Ammar mengugut.

Balqis masih mendiamkan diri. Berdoa moga Rayyan cepat sampai.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 08:59 AM | Show all posts
si ammar nie mmg nak kena flying kick, psaiko x menentu
dah x reti bahasa hidung x mancung dok sorong2 pipi tu sapa suruh
rayyan cepatlah sampai
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 09:36 AM | Show all posts
giler meroyan dak ammar ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 09:44 AM | Show all posts
alamak....suspennya...gile sudah ammar nih, harap rayyan cepat sampai...huhuhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2012 10:45 AM | Show all posts
Encik Hero...cepat la selamatkan Heroin.....

Bawak pak pulisi sekali.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2012 11:09 AM | Show all posts
Ammar semakin berani. Ditendang-tendangnya pintu rumah Balqis itu. Memang sedikit mengganggu jiran tetangga tetapi sudah menjadi kebiasaan, mereka tidak mahu campur urusan orang lain. Hanya mampu diam dan memandang sahaja.

"Bukak la pintu ni Balqis oiiii!!!!! Kang pecah jugak pintu ni kang!!" jerit Ammar sambil menendang pintu itu.

Balqis sudah menggeletar. Dicapainya handphone lalu menghubungi Rayyan sekali lagi. Panggilannya kali ini tidak dijawab.

"Please, Rayyan.. pick up the phone.." Balqis sekali lagi cuba mendail nombor Rayyan. Gagal! Bateri handphonenya 'empty'.

"Ya Allah.. apa aku nak buat nii.." Balqis ligat memikirkan apa yang perlu dia buat sementara menunggu kedatangan Rayyan.

Pintu rumah Balqis sedikit demi sedikit hampir terbuka. Dengan menarik nafas yang dalam, Ammar terus menendang pintu itu untuk kali yang terakhir. Pintu itu terbuka. Berpeluh-peluh Ammar.

Perlahan-lahan Ammar melangkah masuk ke dalam rumah itu.

"Balqis! Di mana kau, sayang.. Abang dah datang niii.." panggil Ammar manja sambil menjerling memandang sekeliling di dalam rumah itu.

Balqis mendiamkan diri di dalam bilik. Digenggam eratnya bantal tidurnya itu. Tak henti-henti bibirnya berdoa agar dirinya dilindungi. Ammar memandang setiap gambar Balqis yang tergantung di suatu sudut di dinding itu. Dia tersenyum sendirian. Kemudian dia mengambil salah satu gambar tersebut lalu mengucupnya.

"Sayangku, Balqis.. Datang lah sini jumpa abang. Abang rindu sangat-sangat kat sayang.." ucap Ammar yang penuh dengan psiko itu.

Ammar terpandang bilik utama. Lampu bilik terbuka. Dah sah Balqis berada di dalam bilik itu. Dia tersenyum lagi. Perlahan-lahan dia berjalan menuju ke pintu bilik utama itu. Dengan penuh lembut, dia mengetuk pintu bilik Balqis.

Tok! Tok! Tok!

"Buka pintu ni, sayang.." Ammar semakin gila!

Balqis menangis. Seluruh tubuhnya menggeletar.

"Bukak la, sayang.. Dah lama abang tunggu kat luar ni haaa.. Berpeluh dah pun. Tak kesian dekat abang ke...." Ammar merayu-rayu sambil mengetok pintu bilik itu.

Balqis diam dan terus diam. Di pandangnya jam di dinding. Lambat lagi ke Rayyan nak sampai ni?

"Sayang tak nak bukak pintu erk? Tak pe... Abang pecahkan aje la erk macam pintu kat depan tu?"

"Pergi!!!! Aku tak nak jumpa kau!!" jerit Balqis dari dalam bilik.

Ammar terkejut. Balqis sudah bersuara. Dia tersenyum.

"Nape sayang tak nak jumpa abang? Sayang dah tak sayangkan abang ke?? Hhuhuhuhu sedihnyaa.."

"Aku benci kau!! Pergi!!!!!" jerit Balqis lagi.

"Jangan la degil sangat sayang oiii.. Abang bukan nak buat apa-apa pun. Cuma nak sembang-sembang kosong je.."

"Penipu!!!!"

"Oooo..abang penipu erk?" Terus Ammar bertalu-talu menendang pintu bilik Balqis itu.

"Tolonglah, Ammar! Pergi dari sini!!!"

"Aku kesah ke?? Aku nak juga jumpa dengan kau!" Ammar menendang pintu itu.

Terbuka! Kelihatan Balqis sedang memegang lampu tidur untuk mempertahankan dirinya. Ammar tersenyum. Dia semakin menghampiri Balqis.

"Jangan dekat! Aku pukul ko dengan lampu ni kang!" Balqis memberanikan diri.

"Hahaha..berani pukul la! Meh sini meh.."

Kudrat perempuan tidak lah sekuat mana. Balqis kalah! Dia sekarang di dalam pelukan Ammar. Balqis meronta-ronta untuk dilepaskan. Berkali-kali itu juga lah Ammar mengucap pipi Balqis.

"Abang rindu sangat-sangat kat sayang.."

"Lepaskan aku!!!!!!" Balqis menghentak kakinya ke kaki Ammar.

Apalagi? Menjeritla si Ammar tu!

"Adoiiiiii!!! Sakit la, bodoh!" Dengan itu, pelukan Balqis pun terlepas.

Ammar terloncat-loncat kesakitan. Balqis mengambil peluang untuk melarikan diri tetapi dengan pantasnya Ammar menarik rambut Balqis yang panjang itu. Balqis jatuh terduduk.

"Ko nak lari mana, sayang...." Ammar duduk di atas badan Balqis.

Sekali lagi dia cuba untuk mengucup bibir Balqis. Namun dia gagal! Punggungnya itu ditendang Rayyan. Ammar jatuh ke depan. Kepalanya terhentak ke dinding. Balqis menangis. Rayyan sudah berada di hadapannya. Tanpa segan silu, dia terus memeluk Rayyan.

"Jangan bergerak!!" Muncul dua orang polis sambil mengacukan pistol ke arah Ammar.



                                                      ....................................................................


Sebaik melangkah keluar dari balai polis, Balqis mengesat airmatanya. Rayyan perasan.

"Saya nak minta maaf sebab lambat selamatkan awak tadi.." ucap Rayyan lembut.

Balqis menggelengkan kepalanya.

"Saya nangis bukan sebab itu.."

"Habis tu?"

"Saya bersyukur sangat-sangat semuanya dah berakhir.."

Rayyan menggenggam tangan Balqis.

"Sekarang ni, step terakhir kita jumpa dengan kelaurga angkat awak.. Semoga Allah permudahkan semua urusan kita.."

Balqis mengangguk. Rayyan mengesat airmata Balqis.

"Sayang awak sangat-sangat!" bisik Rayyan di telinga Balqis.

Balqis tersenyum.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 12:20 PM | Show all posts
alhamdulillah semuanya dah berakhir
tinggal nak jumpa family angkat balqis aje
hrp semuanya akan ok
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 01:23 PM | Show all posts
Ape la yang akan jadi kalu Rayyan tak sampai....
huhuhuhuu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.045995 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list