CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

CINTA TERINDAH....-[U] TAMAT DAH

[Copy link]
 Author| Post time 12-10-2012 11:15 AM | Show all posts
shahrinas posted on 12-10-2012 10:00 AM
camne kalu bebetul ILHAM jatuh cinta kat NAD...

tu yg kita nk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2012 11:20 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 12-10-2012 10:05 AM
Eheh.... Motipppp terbawak sampai ke sini?

Nak suruh si @sellie003 carikan hero kat rumah si ...

sat sakura pi tnya nad..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 11:24 AM | Show all posts
sellie003 posted on 12-10-2012 10:20 AM
Tak tahulah siapa gerangan minah suci nih...agak2 ini jd nadrisa ok tak tuan umah... ini ciri2 manis ...

amboi manisnya cik adik ni... sape ni sellie? karang kne saman pulak kite kt sni cilok gmbr org. erk ke artis?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 11:28 AM | Show all posts
misssakura posted on 12-10-2012 11:24 AM
amboi manisnya cik adik ni... sape ni sellie? karang kne saman pulak kite kt sni cilok gmbr org ...

Bukan artis...ntah sapa ntah...tp berkenan nengok...sehsuai jd nadrisa..ahaks...xpe kita senyap2 jek...sshhhh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 11:29 AM | Show all posts
“mana la mamat ni lama sangat ke tandasnya.” Bisik hati Nadrisa. Makanan yang sudah lama terhidang belum bersentuh. Dia mahu menunggu Ilham terlebih dahulu. Baru best makan sama-sama. Nanti apa pula kata lelaki itu kalau dia makan terlebih dahulu.

“sorry lambat...” minta Ilham sambil melabuhkan punggungnya bertentangan dengan Nadrisa. Nadrisa sekadar mengangguk tanda tidak kisah.

“sakit perut ke? Lama sangat pergi toilet.” Tanya Nadrisa perlahan.

“tak adalah... jom makan.” Ilham membaca doa makan. Setelah mengaminkan doa makan,Nadrisa dan Ilham memulakan santapan tengahari mereka. Bukan selalu mereka keluar dating begini. Alasan Nadrisa yang sentiasa ada menjadi penghalang untuk mereka keluar dengan lebih kerap.

“okey tak jam tu?” soal Nadrisa sambil melirik kearah jam yang baru dibeli oleh Ilham seketika tadi. Ilham turut sama memandang jam yang dipakai.

“okey la... jam baru. Tapi saya suka design dia. Pandai awak pilih.” Puji Ilham ikhlas. Memang citarasa mereka sama kerana mereka sama-sama berkenan pada jam yang sama.

“saya pilih je... awak yang bayarkan. Ni kira first jam awak la?” soal Nadrisa. dia menyedut fresh orange perlahan-lahan. Lega rasanya tekak.

“hmm...second. Yang pertama dulu awek saya bagi.”

“eh kenapa tak pakai je yang tu... membazir je beli jam baru..” bebel Nadrisa. Ilham sekadar tersenyum mesra mendengar jawapan dari Nadrisa.

“tak pe lah... dah jadi kenangankan. Sekarang awak jadi girlfriend saya, saya pakai la jam ni pulak.” Balas Ilham tenang. Nadrisa mengerutkan dahinya. Bunyi macam ada 2 awek je sepanjang hidup dia. Padahal dah bersepah awek sebelum ni. Hati Nadrisa terus bermonolog sendiri.

“kenapa putus dengan awek yang ni? Ke Maslina tu yang bagi?” Nadrisa mula menyibukkan diri untuk mengetahui kisah silam Ilham. Tiba-tiba dia terasa berminat untuk mengetahui tentang hidup Ilham.

“jodoh tak panjang... dia dah tinggalkan saya.” Ilham membalas tenang. dia meneruskan suapan yang masih banyak berbaki. Entah kenapa terdetik rasa kurang senang dihati Nadrisa melihat reaksi wajah Ilham. Mata lelaki itu cukup menggambarkan dia sedih dengan perbualan mereka kini. Pasti Ilham begitu menyayangi gadis itu.

“awak gatal sangat kot... sebab tu dia tinggalkan awak.” Bidas Nadrisa. Ada nada geram dalam ayatnya namun cuba ditahan.

“dia dah meninggal lah sayang... apa kaitan pulak dengan saya gatal.” Jawab Ilham dengan ketawa kecil. Namun ketawa itu sekadar menutup rasa hati yang perit kerana mula merindui Rania. Nadrisa terdiam. Rasa bersalah kerana bercakap tentang orang yang sudah tiada. Pasti Ilham sangat sedih dan dia boleh nampak kesedihan itu melalui mata Ilham. Entah-entah gadis inilah yang dicerita kak Dila suatu masa dulu. Kalau begitu maksudnya betullah Ilham sangat menyayangi kekasih pertamanya.

“sorry...saya tak bermaksud nak cakap macam tu... saya tak tahu.” Minta Nadrisa yang  kesal dengan kelancangan mulutnya. Ilham menggeleng-geleng kepalanya perlahan.

“tak apa... benda dah lepaskan.. lepas ni nak pergi mana?”

“balik!” jawapan dari Nadrisa sudah diagak oleh Ilham. Gadis ini mana pernah mahu keluar dengannya lama-lama.

Last edited by misssakura on 12-10-2012 11:34 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 12:36 PM | Show all posts
misssakura posted on 12-10-2012 11:07 AM
x lme g ade la adegan meroyan nih. dh jatuh cinta kekdahnya..

Dah gitu punya emsem mau x meroyan ..ahah.....

bukan xkesian kat tyra..tp hati dn perasaan org mna boleh kita kawal dn suruh2 sukakan kita..

dah org xsudi , cari je lah yg lain..

ewahh senang je bckap kan.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2012 01:48 PM | Show all posts
Ok tak gif kiut nih ala gaya2 tyra....?



Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 02:35 PM | Show all posts
sellie003 posted on 12-10-2012 01:48 PM
Ok tak gif kiut nih ala gaya2 tyra....?

@sellie003 x nampak la wajah tyra

by de way..... memang x rasa nak simpati pun kat tyra ni sebb dia yg cari pasal huhuhuhuhuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2012 02:39 PM | Show all posts
redsentra posted on 12-10-2012 02:35 PM
@sellie003 x nampak la wajah tyra

by de way..... memang x rasa nak simpati pun kat tyra ni sebb ...

X nampk ya...ikutkn bukan gambar org tp kartun kiut jek...nnt sy tepk semula....



Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 04:12 PM | Show all posts
mesti ILHAM belikan tudung utk NADRISA kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 07:12 PM | Show all posts
sellie003 posted on 12-10-2012 01:48 PM
Ok tak gif kiut nih ala gaya2 tyra....?

yup... gni la sakura bygkan Tyra... cantik, sexy, bergaya dan manja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 07:39 PM | Show all posts
redsentra posted on 12-10-2012 02:35 PM
@sellie003 x nampak la wajah tyra

by de way..... memang x rasa nak simpati pun kat tyra ni sebb ...

alaa... kesian Tyra... cinta x berbalas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 08:03 PM | Show all posts
“nah...” hulur Ilham sebelum meninggalkan Nadrisa yang kini sudah tiba dirumah sewanya. Nadrisa mengerutkan dahinya sambil tangannya mencapai pemberian Ilham.

“apa ni?” soal Nadrisa ringkas. Dikeluarkan barang yang terdapat dalam beg plastik tersebut. Matanya terkejut melihat tudung yang dilihat dikedai tadi kini berada dalam genggamannya. Matanya kembali memandang kearah Ilham yang tersenyum manis kearahnya.

“awak bagi kat saya ke?” soalan bodoh diutarakan oleh Nadrisa membuatkan Ilham ketawa kecil.

“taklah... saya nak suruh awak bagi kat jiran awak.” Usik Ilham. Nadrisa menarik muka.

“kenapa susah-susah bagi kat saya tudung ni... saya tak ada baju merah la...” dalih Nadrisa. dia sebenarnya tidak suka berhutang terutamanya dengan Ilham. Dia sendiri tahu hubungannya dengan Ilham tidak akan kekal lama.

“tak ada yang susah pon... saya tahu awak suka tudung ni kan... lagi pon dah dekat dua bulan kita bercinta tapi satu benda pon saya tak pernah bagi kat awak. Makan minum masa dating pon awak tak bagi saya bayar. Atleast kita ada kenangan berdua.”
Luah Ilham. Dia tahu perasaan sayangnya terhadap Nadrisa semakin hari semakin bertambah. Gadis ini cukup lain berbanding dengan bekas kekasihnya sebelum ini. namun, Nadrisa tetap tidak mampu mengalahkan Rania yang masih kekal nombor satu dihatinya.

“terima kasih....” ucap Nadrisa akhirnya. Terima je la dah orang bagi hadiah. Takkan nak suruh Ilham pergi pulangkan semula tudung ini dikedai itu. Namun, tak dinafikan ada rasa berbunga muncul dilaman hatinya. Perasaan yang cuba ditegah mula mekar mewangi.

“sama-sama kasih.... saya balik dulu. Assalamualaikum.”

“waalaikummussalam..erk jangan lupa mesej kalau dah sampai. Drive kereta elok-elok. Jangan nak racing pulak kat jalan raya tu.” Nasihat Nadrisa panjang lebar.

“okey..sayang jugak awak kat sayakan...” balas Ilham seterusnya membenamkan diri kedalam kereta. Nadrisa tersenyum simpul mendengar jawapan dari Ilham dan akhirnya masuk ke rumah sewanya setelah kelibat Ilham dan keretanya hilang dari pandangan mata.

Last edited by misssakura on 12-10-2012 08:19 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 09:00 PM | Show all posts
shahrinas posted on 12-10-2012 04:12 PM
mesti ILHAM belikan tudung utk NADRISA kan...

hehe...sila bce smbungn walaupon x sberapa nk surprise
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 09:10 PM | Show all posts
Nadrisa mengadap komputernya untuk mengemas kini system UBS. Sedang matanya mengadap komputer tiba-tiba matanya ternampak sesuatu di atas mejanya. Diambil kamera itu dan ditilik beberapa kali. Bilalah agaknya kamera ini akan kembali kepada tuannya.

Dia sengaja tinggalkan kamera tersebut di pejabat supaya senang dia memberikan kepada puan Maimun. kalau diletakkan dirumah kebarangkaliannya untuk dia melupakan kamera ini adalah tinggi. Nadrisa menilik satu persatu gambar yang terakam dalam kamera tersebut. Kebanyakkan gambar Ilham dan skandalnya.Dia menutup kembali kamera tersebut sebelum menyimpannya semula di suatu sudut di mejanya. Kerja yang terbengakalai diteruskan.

Last edited by misssakura on 12-10-2012 09:12 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 10:42 PM | Show all posts
“you ni kan Ilham... kalau bukan i yang mengajak you keluar mesti you tak pernah nakajak i keluarkan.” Atirah sudah memulakan acara pergaduhan. Ilham mengeluh kecil mendengar kata-kata Atirah.

“kan i dah cakap.... i tak boleh layan you lebih dari kawan. Tengok apa dah jadi. You dah start nak gaduh pasal hal remeh temeh.”

“ hal remeh temeh you cakap?? i tak mintak apa-apa pon Ilham... i tak suruh pon you layan i dengan special. I hanya nak you beri kerjasama jer. Kalau i ajak keluar you ikut... kalau i mesej you reply... kalau i call you angkat. Bukannya bagi i alasan macam-macam. Sekali pon you bosan tengok muka i tapi cuba bertahan untuk 3 bulan. You sendiri dah janji nak bercinta dengan i selama 3 bulankan...” minta Atirah geram. Ilham diam. Dia tidak tahu bagaimana nak memaksa hatinya untuk menyukai Atirah.

“atau you sebenarnya dah jumpa pengganti Rania?” soal Atirah tiba-tiba. Mungkinkah lelaki ini melayannya dengan dingin kerana dia sudah menemui cinta hati yang baru?

“apa you merepek ni..... tak adalah.” Dalih Ilham. namun, tiba-tiba sahaja waktu ini dia terbayangkan wajah Nadrisa.

“habis tu kenapa susah sangat nak bagi kerjasama dengan i...” marah Atirah lagi.

“apa lagi masalah you ni sebenarnya... apa lagi yang tak cukup. You ajak i keluar i ikut, you call i angkat... i buat semua benda you nak. Tapi kenapa you nak bising lagi.” Akhirnya Ilham menjawab juga. Tak faham dengan Atirah. Hanya kerana sekali dia memonteng dating dengan Atirah, gadis itu terus menuduhnya tidak serious. Dia dah paksa hatinya untuk serious ni pon dah cukup baik.

“yes.. you memang ikut semua yang i nak tapi hati you tak ikut. Body you je ade disamping i tapi perasaan you melayang entah ke mana. I nak kedua-duanya ada bersama i... you dan perasaan you.” Luah Atirah. Ilham mengeluh malas. Dia bosan dan muak dengan semua ni. Betul kata Atirah, hatinya langsung tiada untuk bersama gadis itu.

“i’m sorry Tyra... tapi i memang tak boleh paksa hati i sukakan you... you patut faham bila i berkelakuan macam ni.. kita lupakan je la percintaan 3 bulan ni. Kita cari pasangan hidup masing-masing. I tak nak terus lukakan hati you.” Ilham membalas tenang. Jawapan dari bibir Ilham cukup menghiris hati Atirah.Tak sampai sebulan mereka bercinta Ilham dah mintak putus.

“i cintakan you Ilham... i sayangkan you... takkan you langsung tak boleh bagi i peluang untuk ada dalam hati you.” Rintih Atirah. Di buang rasa malu demi merebut cinta Ilham.

“i minta maaf....... i hanya anggap you kawan... tak lebih dari itu. Kita berhenti setakat ni sahaja la Tyra. Kalau tak you akan lebih merana nanti.” Tingkah Ilham. Bukan dia tidak tahu perasaan Atirah kepadanya. Dia tahu perkara itu sejak dari dulu lagi. Tetapi, memang dia tidak boleh nak membuatkan hatinya membalas cinta Atirah. Langsung tiada sekelumit perasan cinta buat gadis ini.

“no Ilham... kita masih ada dua bulan lagi.... selagi masa masih ada i tak akan putus asa dalam memenangi hati you... i akan buat you jatuh cinta seperti mana arwah Rania pernah buat kat you.” Tegas Atirah sebelum bangkit meninggalkan Ilham di restoren Motel Sri Cempaka. Tanpa mereka sedar ada mata memerhati dari jauh pertemuan mereka.

Last edited by misssakura on 12-10-2012 11:01 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2012 05:23 PM | Show all posts
padah la kalau Ilham yg jumpa kamera tu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2012 07:16 AM | Show all posts
Ke NAD yg nmpk ILHAM date ngan TIRA...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2012 09:57 AM | Show all posts
Nadrisa merenung tv dihadapannya dengan fikiran yang kosong. Hati dan mindanya tiada pada siaran tv. Hati dan mindanya kini menerawang jauh mengingatkan apa yang dilihat di kafe Motel pada petang tadi. Sukar dia menjelaskan perasaannya kini. Marah ada, sedih ada, kecewa ada, cemburu ada serba salah pon ada. Dia tak tahu apa yang dia rasa sebenarnya. Terlalu banyak perasaan sehingga bercampur baur lalu merumitkan mindanya.

“sedih je nampak muka kau... ada masalah ke?” sapa Dahlia. Dia melabuhkan diri disebelah Nadrisa sambil menyambar remote tv ditangan temannya itu. Dia mahu memilih siaran lain. Entah cerita apa yang ditonton Nadrisa. langsung tidak menarik hati.

“tak ada apa-apalah... penat sikit kot hari ni. Banyak kerja nak kena siapkan.”Dalih Nadrisa sambil membetulkan duduknya.

“amboi macam baru first time kerja.. kenapa? Gaduh dengan Ilham?” tembak Dahlia tatkala hatinya tidak yakin dengan jawapan Nadrisa.

“tak adalah... okey je pon dengan dia.”balas Nadrisa malas. Hatinya masih teringat pasangan yang sama cantik dan padan berdating di kafe Motel Sri Cempaka petang tadi. Dia mengeluh kasar mengingatkan perkara tersebut.

“kalau okey tak adanya kau mengeluh macam ni... cuba cerita kat aku apa masalah kau...mana tahu aku boleh bagi motivasi sikit.... tapi kalau masalah duit tak payah cakap la.. tak dapat den nak nolong.” Tambah Dahlia bersama lawaknya. Nadrisa ketawa kecil dengan jawapan dari Dahlia.

“bukan pasal duit la..........”

“habis tu pasal apa.........” pintas Dahlia pantas.

“tadi aku nampak Ilham dengan sorang girl ni... cantik. Aku kenal minah tu.” Jawab Nadrisa akhirnya. Tak luak pon kalau cerita kat Dahlia.

“then?” soal Dahlia kemudiannya.

“tu je la...... tak ada apa-apa pon.” Dahlia terkejut mendengar jawapan akhir Nadrisa. itu je? Bisik hatinya.

“hmmm ni kes cemburu la ni......” Dahlia membuat serkap jarang. Namun hatinya yakin dengan serkap jarangnya itu.

“ish mana ada...... aku cuma tak sedap hati pulak... entah-entah Atirah tu girlfriend Ilham. Si Ilham tu pulak buat scandal dengan aku.. tak ke kesian kat Atirah tu..”

“apa yang kau peliknya Nad... Ilham tu kan memang buaya tembaga. Entah-entah bukan korang je jadi girlfriend dia.. ada lagi kot kat luar sana tu tengah berkasih sayang dengannya.” Tuduh Dahlia.  Baginya tak pelik kalau lelaki seperti Ilham mempunyai kekasih lebih dari seorang.

“aku tak rasa macam tu la Lia... sepanjang aku jadi spy dia, selalu sorang je girlfriend dia dalam satu masa.. lagi pun Atirah tu sebenarnya bakal isteri dia. Tu bak kata puan Maimun la.. kesahihannya aku tak jamin.”jelas Nadrisa yakin.

“haa...apa kata kau guna modal ni nak mintak putus dengan dia. Tak ke lagi mudah selesai masalah kau kalau kau dengan dia putus.” Cadang Dahlia sambil menganggukkan kepalanya. Terasa idea yang dikemukakan sangat bernas.

“mintak putus dengan dia?” soal Nadrisa seperti orang bodoh. Kenapa macam tak sanggup pulak ni nak mintak putus.

“asal pulak? Tak nak ke? Alang-alang dah ada isu ni. Boleh la korang berpisah.” Aju Dahlia lagi. Nadrisa menelan liur.

“ish kau ni Nad buat aku risau je... kau ni dah tangkap cintan ke apa dengan Ilham tu?” bebel Dahlia tidak puas hati. Geram dia melihat reaksi Nadrisa yang terkebil-kebil macam ayam tertelan kapur.

“bukan laa...”

“kalau bukan kenapa macam ni? Nad kau jangan jatuh cinta kat Ilham tu. Dia bukan lelaki yang sesuai untuk kau. Dia tu kaki perempuan. Dia tidak akan setia kat mana-mana perempuan termasuk kau Nad.. percayalah cakap aku ni.” Nasihat Dahlia bersungguh-sungguh. Nadrisa tergelak kecil mendengar ceramah pendek dari Dahlia. Risau sangat Dahlia.

“mana ada aku jatuh cinta kat dia...... mengarut la Lia.” Tolak Nadrisa.

“cuba kau tanya hati kau betul-betul Nad. Apa yang kau rasa bila kau tengok diorang dating tadi.. kalau kau ada rasa marah, geram, kecewa tu semua tu petanda awal kau memang dah start sayangkan Ilham..” tambah Dahlia lagi. Nadrisa menelan liur lagi. Berdebar-debar dia mendengar jawapan dari Dahlia. Kenapa semua tanda-tanda tu ada pada aku ni. Biar betik!

Last edited by misssakura on 15-10-2012 10:04 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2012 10:06 AM | Show all posts
sarizu posted on 13-10-2012 05:23 PM
padah la kalau Ilham yg jumpa kamera tu...

tu la... nad saje cri penyakit tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.161679 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list