aweXgiloz This user has been deleted
|
Originally posted by si^etok at 25-9-2003 15:13:
Turun kelaut menangkap ikan,
Dibuat gulai sedap dimakan
Mahu juga Etok hantarkan,
Selain dari kat CARI kemana harus ku forwardkan
wooowittt ;) ;) ;)
ingin mengail ikan kerapu,
untuk santapan handai taulan;
bersungguh benar hajat dirimu,
sudahkah utuh dalam fikiran
untuk santapan handai dan taulan,
goreng berlada ikan tenggiri;
seram sejuk seluruh badan,
sampai ku lupa email sendiri
:stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aweXgiloz at 25-9-2003 03:29 PM:
ingin mengail ikan kerapu,
untuk santapan handai taulan;
bersungguh benar hajat dirimu,
sudahkah utuh dalam fikiran
untuk santapan handai dan taulan,
goreng berlada ikan tenggi ...
Tengah malam guruh bergema.
Seram sejuk rasa badan mu,
Jika Etok ada bersama,
Bole Etok tolong pelukmu.
Sedap sungguh bau terhidu,
Hendakku beli bauan serupa
Tak sangka Etok Awex terkedu,
Hingga email sendiri pun dia terlupa |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Robotic at 25-9-2003 02:55 PM:
Makan nasi masakan nyonya,
Sedap terasa puas rasanya,
Etok itu panjang muncungnya,
tak ubah macam avatarnya,
Sedap terasa puas rasanya,
Makan bersama petai muda,
Robotik ini baik orangnya,
...
Tak terkata bagaikan terkaku,
bila SiMelur mula bertanya
Wahai Robotic teman Cari ku,
Nak masuk daun pula rupa nya
Pergi kebazaar membeli kain,
utk diberi pada Cikgu Norhayati,
Kan ada byk awek yang lain,
kenapa awexgilloz juga kau ngorati |
|
|
|
|
|
|
aweXgiloz This user has been deleted
|
Originally posted by si^etok at 25-9-2003 16:08:
Tengah malam guruh bergema.
Seram sejuk rasa badan mu,
Jika Etok ada bersama,
Bole Etok tolong pelukmu.
Sedap sungguh bau terhidu,
Hendakku beli bauan serupa
Tak sangka Etok Awex terkedu,
Hingga email sendiri pun dia terlupa
hiakz... hiakz... hiakz...
bergema suara si burung hantu,
memecah sunyi di malam hari;
berani sungguh nak peluk diriku,
tak ada lesen kena saman nanti
indah sungguh sinar purnama,
menyuluh alam di malam sunyi;
bukan terkedu bukan ku lupa,
cuma bimbang kecewa lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aweXgiloz at 25-9-2003 04:42 PM:
hiakz... hiakz... hiakz...
bergema suara si burung hantu,
memecah sunyi di malam hari;
berani sungguh nak peluk diriku,
tak ada lesen kena saman nanti
indah sungguh sinar ...
Rasa rindu ntah mengapa,
Bercinta kah orang begitu,
hendak ku peluk bukannya apa,
utk hilangkan rasa seram awex tu
Pandu kereta berbatu batu,
balik kampung nak jumpa atok
Jangan awex rasa begitu,
mungkin bahagia bersama etok |
|
|
|
|
|
|
aweXgiloz This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
aweXgiloz This user has been deleted
|
Originally posted by si^etok at 25-9-2003 18:14:
Harus ku tunggu brapa purnama,
Bulan mengambang semua terang
Jangan tunggu lama lama,
nanti diambil orang
Tambat perahu ditepi jeti,
Pergi meminang Tun Teja,
Jika terlalu berh ...
berhati-hati mengayuh sampan,
bimbang terbalik dek arus sana;
mari kita berkawan-kawan,
sebelum mengikat janji bersama
bagai pungguk rindukan bulan,
indah berseri kerana cahaya;
salam persahabatan aweX hulurkan,
kenal mengenali dulu kita berdua
sebagai gerak langkah pertama,
hulurkan dulu data peribadimu;
luahkan semua hajat di jiwa,
[email protected] sedang menunggu
;) |
|
|
|
|
|
|
Robotic This user has been deleted
|
Originally posted by aweXgiloz at 25-9-2003 03:02 PM:
ahakz... ahakz....
makan nasi bersama baba,
nasi berlauk si ikan keli;
bukan rupa pilihan hamba,
asalkan luhur kasih dan budi
nasi berlauk si ikan keli,
hidan ...
Jeng-Jeng hero hindustan datang balik
Ramai orang ke Teluk Kemang
hajat dihati mengail tenggiri
salam dijawab dengan senyuman
bertemu lagi dipersada ini
Tanam tuan tanamlah padi,
Bila dituai suka hati,
Bukan riak memuji diri,
Memang begitulah robot semulajadi.
seronok sungguh mengail si pari
di lautan sepi tempat bersembunyi
kehilangan kasih lama carilah ganti,
Robot disini tidakkah sudi?
Bunga rampai harum mewangi
Disimpan orang didalam laci,
Berikan luka hati mu pada Ilahi
Hati yang punah pasti diubati.
Burung melayang memakan padi.
Atok sibuk menyimpan guni,
Itulah resam kampung ku ini,
Ini nasihat abang yang suci,
Jika nanti bercinta lagi,
jagalah tingkah jagalah diri.
[ Last edited by Robotic on 25-9-2003 at 09:54 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Robotic at 25-9-2003 09:40 PM:
Jeng-Jeng hero hindustan datang balik
Ramai orang ke Teluk Kemang
hajat dihati mengail tenggiri
salam dijawab dengan senyuman
bertemu lagi dipersada ini
Tanam tuan ta ...
Pahlawan perkasa pertahankan kota,
Dengan senjata sibuluh runcing,
Pandai Robotic berkata kata,
Sambil nasihat sempat memancing.
Dari Perlis ke Singapura,
Naik tongkang terus ke Sandakan,
Wahai Robot , Etok ingin bersuara,
Best Man Win Etok ucapkan |
|
|
|
|
|
|
aweXgiloz This user has been deleted
|
Originally posted by Robotic at 25-9-2003 21:40:
Jeng-Jeng hero hindustan datang balik
Ramai orang ke Teluk Kemang
hajat dihati mengail tenggiri
salam dijawab dengan senyuman
bertemu lagi dipersada ini
Tanam tuan ta ...
Teluk Kemang indah suasana,
tempat berkelah si muda mudi;
di persada ini kita bersua,
dapat bertemu berpantun lagi
pagi-pagi menuai padi,
hingga menyinsing mentari senja;
tidak elok memuji diri,
merendah diri lebih mulia
pari dikail di petang hari,
ke tengah laut perahu dihala;
bukan tak suka bukan tak sudi,
cuba-cubalah hadiri temuduga
bunga rampai jatuh di rumput,
hilang sudah harum dan wangi;
luka sembuh walaupun berparut,
kerana redha lah ku hadir di sini
nasihatmu kanda kusanjung tinggi,
jadi bekalan dalam perjalanan,
andai terbuka bercinta lagi,
kuharap biarlah kekal berpanjangan,
maruah dijunjung menjaga diri,
kasih dan sayang bukan alasan |
|
|
|
|
|
|
aweXgiloz This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
Paja This user has been deleted
|
errrrr
dah ada ke yang menyambut jawab pantun aku hari tu? lamo bonar den nunggu |
|
|
|
|
|
|
aweXgiloz This user has been deleted
|
Originally posted by Paja at 26-9-2003 14:27:
dah ada ke yang menyambut jawab pantun aku hari tu? lamo bonar den nunggu
ermm.. ehem.. ehem... pantun yang panjang berjela tuh... aweX dah kaji... tapi itu "kataku" soalannya.... "katamu" jawabnya... abih aweX nak jawab tang mana... penin... penin... :stp::stp::stp: |
|
|
|
|
|
|
Robotic This user has been deleted
|
Originally posted by si^etok at 25-9-2003 10:13 PM:
Pahlawan perkasa pertahankan kota,
Dengan senjata sibuluh runcing,
Pandai Robotic berkata kata,
Sambil nasihat sempat memancing.
Dari Perlis ke Singapura,
Naik tongkang ter ...
Buluh runcing ku jadikan jambatan
Buat laluan si anak tiri,
Demi sahabat hamba relakan,
Moga bahagia sampainya nanti
Pergi ke kedai membeli kereta
Balik kerumah makan nasi,
Mengapa kita harus sengketa,
Sengketa itu larangan nabi.
Puteri jelita pergi meronda,
Sudah meronda melawat istana,
Terjatuh puteri terlanggar duri,
Doaku semoga etok bahagia,
Kalau baik menjadinya nanti,
Ku hulur salam moga bahagia.
wuakkkk aku baru bangun tido... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Paja at 26-9-2003 02:27 PM:
dah ada ke yang menyambut jawab pantun aku hari tu? lamo bonar den nunggu
Gadis melayu bersopan santun,
kita bukannya dizaman batu,
bila bercakap harus beralas,
hilangkan tensen dengan berpantun,
jgn la panjang karangan mu itu,
pening nanti hendak dibalas.
Wahai Paja yang kuhormati,
postkan lah pantun mu lagi,
Supaya dapat kami menghayati,
Jika lucu biar kami gelak sampai nampak gigi. |
|
|
|
|
|
|
Robotic This user has been deleted
|
Originally posted by aweXgiloz at 26-9-2003 08:55 AM:
Teluk Kemang indah suasana,
tempat berkelah si muda mudi;
di persada ini kita bersua,
dapat bertemu berpantun lagi
pagi-pagi menuai padi,
hingga menyinsing mentari senja;
ti ...
Dua tiga kucing berlari
Capat berlari sambil berlalu
Kesal aku memuji diri,
Nasihat mu itu kuingat selalu
Anak dara pandai berdoa
Baru tadi berbuka puasa
Bukan Robot tak mahu mencuba,
Takut nanti tidak disuka
Budak budak membuat sumbu
Sumbu dibuat dari buloh
Cantik dibakar menyuluh semua,
Baik budi baik hati mu,
Moga nanti bertemu jodoh,
Gembira nanti sepanjang hayatmu. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|