CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015

 Close [Copy link]
 Author| Post time 5-7-2012 04:31 PM | Show all posts
“Sebenarnya.....errrr sebenarnya, anak Datuk Yusuf tu dah mengandung” Terbeliak mata Puan Sairah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Fandi. Fandi pula segera menutup mukanya dengan daun pisang layu yang memang terletak di atas pangkin yang diduduki oleh mereka. Fandi menggigit bibir sambil memejamkan mata, menantikan kata-kata seterusnya dari Puan Sairah.

“Mengandung? Anak siapa? Anak kamu? Ya Allah Fandi. Boleh tak kamu adik-beradik jangan bagi susah hati mak. Sudahlah si Nabilah lari dari rumah tak balik-balik. Ini kamu pulak yang mengandungkan anak orang. Apa nak jadi dengan kamu semua ni? Kamu dah tak ingat dosa ke? Dah tak ada iman? Sampai hati kamu buat mak macam ni…” Puan Sairah mula sebak.

Fandi hanya tersengih di sebalik daun pisang. Sudah di jangka reaksi ibunya begitu.

“Mak…dengarlah dulu. Orang tak habis cakap lagi. Orang tak buat semua tu. Mak ingat, anak mak ni jahat sangat ke? Anak mak ni baik tau…” Daun pisang sudah di alihkan dari mukanya.

“Kalau bukan anak kamu, anak siapa?” Fandi mengangkat bahu.

“Orang tak pernah tanya mak. Tak sampai hati nak tanya”

“Jadi, Datuk Yusuf tu suruh kamu jadi pak sangguplah” Fandi mengangguk perlahan. Puan Sairah terdiam lagi.

“Kamu sanggup ke?” Fandi tidak menjawab.

“Fandi, kahwin ni bukan perkara main-main. Ini tanggungjawab, kamu tahu tak?”

“Orang tahu mak” Fandi menjawab perlahan lantas menarik nafas.

“Mak risaulah” Puan Sairah berkata lagi.

“Mak jangan risaulah. Orang tahu apa yang orang buat”

“Betul ke kamu ni? Kalau kamu kecewa sebab Alya sekalipun, jangan buat keputusan melulu. Menyesal nanti” Fandi menggosok-gosok rambutnya seraya menarik nafas.

“Kecewa tu memanglah, mak. Bohonglah kalau orang cakap tidak. Tapi jodoh maut semua tu ketentuan Allah. Kalau dah memang Alya tu bukan jodoh orang, orang kenalah redha” Fandi membuang rasa kecewanya terus ke lubuk hati yang paling dalam. Biarlah di kunci saja rasa itu selama-lamanya. Tidak perlu di rintih, tidak perlu di tangisi. Puan Sairah menepuk bahu Fandi perlahan.

“Kamu dah fikir masak-masak?” Fandi mengangguk walaupun hatinya sendiri masih ragu-ragu dengan keputusannya.

“Tak ada orang lain ke yang kamu nak kahwin?”

“Upahnya lumayan mak. Nanti orang belikan mak gelang emas sampai ke siku. Boleh lawan dengan Makcik Jenab” Fandi berseloroh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-7-2012 04:36 PM | Show all posts
“Kalau kamu nak kahwin sebab harta, baik lupakan ajelah niat kamu tu” Nada suara Puan Sairah kedengaran agak tegas.

“Orang guraulah mak. Orang bukan kahwin dengan anak Datuk Yusuf tu sebab duit. Gaji yang orang dapat ni pun dah cukup” Fandi berkata lagi. Puan Sairah mengeluh.

“Habis tu, sebab apa?” Fandi terdiam lagi.

“Abah kamu tahu pasal ni?”

“Tau”

“Dia cakap apa?”

“Diam je. Tak cakap apa-apa”

“Maknanya, dia serah keputusan tu pada kamu” Fandi mengangguk. Memang sudah masak dengan perangai abahnya. Kalau suka, abah akan kata ya. Kalau tak suka, abah akan berkata tidak. Tetapi, kalau di atas pagar, abah akan mendiamkan diri.

“Mak...”

“Kalau boleh, mak memang tak nak kamu kahwin dengan budak tu. Tapi kamu pun dah besar panjang. Kamu fikirlah sendiri apa yang baik untuk kamu. Tapi kamu kena ingat, ini tanggungjawab, bukan main-main” Puan Sairah mengulangi kata-katanya.

“Faham mak”

“Kamu ikhlas ke? Tak menyesal?” Fandi menarik nafas.

“Menyesal atau tidak, ikhlas atau tidak, orang tak ada jawapan buat masa ni” Fandi memberi jawapan jujur.

Adakah dia ikhlas mahu mengahwini anak Datuk Yusuf? Dia pun tidak tahu. Tapi, yang pasti dia ada sebab sendiri untuk menerima tawaran Datuk Yusuf.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2012 04:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 6-7-2012 09:57

Episode 9

“Tolong apa pakcik?”

“Pakcik nak minta tolong Fandi, kahwin dengan anak pakcik”

Tersembur air kopi ais yang di minumnya. Nasib baik Fandi segera memalingkan muka. Jika tidak, pasti muka Datuk Yusuf menjadi mangsa. Fandi tersedak-sedak. Tak percaya dia mendengar ayat-ayat yang baru keluar dari mulut Datuk Yusuf.

“Tisu?” Fandi menyambut tisu yang di hulurkan lalu mengelap mulutnya. Setelah reda, Fandi memandang Datuk Yusuf, keningnya berkerut.

“Kamu okay ke?” Fandi mengangguk.

“Kahwin dengan anak pakcik?” Datuk Yusuf mengangguk.

“Biar betul pakcik”

“Betul” Nada suara Datuk Yusuf kedengaran tegas. Dia perlu yakinkan Fandi akan rancangannya. Kening Fandi berkerut lagi.

“Tapi.. pakcik.. saya….” Fandi kehilangan kata-kata. “Kenapa.... saya?”

Datuk Yusuf menarik nafas. Memikirkan kata-kata yang sesuai untuk diterangkan kepada Fandi.

“Anak pakcik, Sofea Raihana. Dia anak bongsu pakcik. Satu-satunya anak perempuan pakcik. Tapi dia dah terlanjur. Sekarang dia dah mengandung lebih kurang dua bulan” Bulat biji mata Fandi mendengar kata-kata Datuk Yusuf.

“Jadi, pakcik nak suruh saya jadi pak sanggup?”

“Pakcik cuma nak minta tolong”

“Tapi.. kenapa saya?” Fandi mengulang lagi soalannya.

“Sebab pakcik percayakan kamu”

“Pakcik.. pakcik baru je kenal saya. Mana pakcik tahu saya ni boleh di percayai ke tidak? Entah-entah saya ni bekas banduan ke? Perompak ke? Perogol bersiri ke? Pengedar dadah ke?”

“Kamu penjenayah ke?” Fandi terdiam.

“Tidaklah pakcik. Bukan macam tu…saya…” Fandi tidak mampu berkata apa-apa lagi.

Mereka terdiam.

“Pakcik dah siasat latar-belakang kamu Fandi. Pakcik ada semua maklumat tentang kamu. Pakcik yakin kamu budak baik” Datuk Yusuf berkata perlahan.

“Pakcik siasat pasal saya?” Datuk Yusuf mengangguk.

“Macam mana pakcik siasat?”

“Pakcik upah penyiasat persendirian”

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2012 04:48 PM | Show all posts
“Penyiasat persendirian?”

Wah dahsyat! Macam CSI! Kening Fandi berkerut lagi..

“Macam nilah Fandi. Pakcik tahu kamu terkejut. Mungkin kamu ingat pakcik dah tak betul agaknya. Yalah, sebab tiba-tiba je datang jumpa kamu dan suruh kamu kahwin dengan anak pakcik” Datuk Yusuf berkata lagi. Fandi hanya mengangguk perlahan.

“Tapi, pakcik betul-betul nak minta tolong dengan kamu, Fandi. Pakcik tak main-main, terutama bila ianya ada kaitan dengan hidup anak pakcik”

“Pakcik akan beri kamu upah”

“Upah? Upah untuk jadi pak sanggup?”

“Ya” Kening Fandi berkerut lagi.

“Pakcik betul-betul harap Fandi sudi tolong pakcik. Tapi, pakcik faham kalau Fandi tak nak. Yalah, lelaki mana yang nak kahwin dengan perempuan mengandung anak luar nikah. Fandi boleh fikir masak-masak dulu. Pakcik beri Fandi masa untuk beri jawapan”

“Saya…saya tak tahu nak cakap apa”

Datuk Yusuf memandang Fandi. Kemudian, dia mengeluarkan satu fail dari beg bimbitnya. Fail itu di serahkan kepada Fandi.

“Apa ni pakcik?”

“Kontrak”

“Kontrak apa?”

“Kontrak untuk kamu menikah dengan anak pakcik” Fail itu di buka lalu Fandi membaca sekilas.

“Seratus ribu ringgit?!!”

Lampu tinggi yang di berikan oleh kereta di belakang menghentikan lamunan Fandi. Fandi segera memberikan signal ke arah kiri lalu menukar laluan ke lorong tengah, dan kembali memfokuskan perhatiannya ke arah jalan raya. Lebih kurang setengah sejam lagi dia akan sampai ke Kuala Lumpur.

Sesekali dia menjeling ke arah fail yang di letakkan di sebelah tempat duduk pemandu. Walaupun dia sudah memutuskan untuk bernikah dengan Sofea Raihana, kadang kala timbul rasa berbelah bahagi.

“Atas alasan apa sekalipun, kamu kena ingat. Berkahwin bukan setakat di atas kertas. Bila sahnya akad nikah, dosanya menjadi tanggungan kamu. Nafkahnya tanggungjawab kamu. Anak dia, anak kamu…”

Kata-kata abah pula bermain di minda Fandi. Walaupun abah dan emak tidak menentang keputusannya, tapi apa yang orang tuanya tidak tahu, Fandi perlu menanda tangani kontrak untuk bernikah dengan anak Datuk Yusuf. Fandi perlu mematuhi syarat-syarat yang ada dalam kontrak.

Penyiasat persendirian.

Seratus ribu ringgit.

Dua ayat ini bermain di fikiran Fandi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2012 04:50 PM | Show all posts


*mengelap peluh di dahi....

Happy Reading....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 05:21 PM | Show all posts
Reply 153# ladyFinger12


Dia cuma minat abe zul fareez jahhh


betul tu.......dr td xmasuk2 ade org sebut2 name raff ye.....sian abe zul ai yg x berdosa pn tersedak2 ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2012 05:23 PM | Show all posts
awalnya lap peluh...x puas lg ni!

next!
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 05:28 PM | Show all posts
ntah nape raff tetap dok membayangkan yg ade byg2 aqasha kt si fandi tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2012 10:33 AM | Show all posts
Reply 168# rafflesia76

Abang-abang sgt si Aqasha tu.... cheq membayangkan somebody yg macam ni....

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 10:37 AM | Show all posts
salam...morning nicky....mane sambungan citer ni????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2012 10:45 AM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 6-7-2012 10:49

Reply 170# rafflesia76

Hari ni takde sambungan....








Sebab....











Sebab....
















Cheq tertinggal thumbdrive........ (lalu menutup muka dengan daun pisang layu)



Kalau sempat malam nanti cheq sambung.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 10:50 AM | Show all posts
Reply 171# Nicki_Meow


cehhh!!! boring la arini....bos raff xde ni meeting kt kl......tikus baru nk bersiar2....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2012 10:57 AM | Show all posts
Reply 172# rafflesia76

Pi seru Iqbal eh....Lady.... Cheq pun tunggu dia dari tadi...tak muncul-muncul...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 11:13 AM | Show all posts
nickiii ... sambuuuunnggg .....

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 11:18 AM | Show all posts
Reply 171# Nicki_Meow

smpi hati u nickiiiiii ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 11:24 AM | Show all posts
Reply  rafflesia76

Pi seru Iqbal eh....Lady.... Cheq pun tunggu dia dari tadi...tak muncul-muncu ...
Nicki_Meow Post at 6-7-2012 10:57


Aisehh... lady x sihat. Not in the mood nak menepek cerite...

Setelah 2 hari berturut2 kena "tangkap basah" akhirnya cheq akur dgn ketentuan Ilahi...


Pakej lengkap ni.... ayaq mata, ayaq hidung semua keluaq... badan lak bisa2.. batuk, selsema semua ada. Huwaaa.... cheq byk dosa kot!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2012 11:57 AM | Show all posts
await ni lady??? hang xsekat ka?? p la berehat sat no.....cheq sian kt hang ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 12:23 PM | Show all posts
Reply 176# ladyFinger12

tak pe cik lady ...
sakit itu penghapus dosa ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 04:03 PM | Show all posts
lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 04:44 PM | Show all posts
mesti fifi xnakkan dgn fendi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.150930 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list