CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

KAU JANGAN MENANGIS SEBAB AKU TAK SUKA! (KEPALA BATU KEPALA ANGIN) (U)

  [Copy link]
Post time 14-1-2012 10:57 AM | Show all posts
fiziiiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2012 09:10 PM | Show all posts
mana TT ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2012 08:56 PM | Show all posts
Reply 159# auntieagony


tengkiu auntie,

bunga bunga cinta harris n azah baru nak berputik...memangla rasa seronok sikit....
sblm ni...part pengenalan saja...so,, maybe cerita agak mendatar...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 10:45 PM | Show all posts
Tgk ada nama tuan rumah ingatkan dah ada n3...rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 03:11 PM | Show all posts
Fizi citer ko ni...tq.tapi sambung la lagi............
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 11:44 AM | Show all posts
Fizi sibuk ka? Tak dok pon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2012 01:21 PM | Show all posts
kemanakah perginya Azah & Haris????
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 04:45 PM | Show all posts
bile nak sambung nie? huhuhu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2012 08:53 PM | Show all posts
fiziiiiiiiii.... mana hang nyorok nih... cepat2 sambung neh fiziiii....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 11:00 PM | Show all posts
heheh...best2...sambung lg taw...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 01:42 PM | Show all posts
~ right here waiting ~
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 01:49 PM | Show all posts
lol takde lagi ke smbungan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 02:04 PM | Show all posts
baru bace...best...
bila nak sambung lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 03:18 PM | Show all posts
adoiiii mana fizi nie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2012 11:42 PM | Show all posts
Panggilan telefon dari adik bongsunya Aliyah membuatkan Azah terpaksa mengambil cuti kecemasan selama 3 hari. Kakinya yang masih sakit tidak dipedulikan.  Yani memerhatikan sahaja Azah yang sedang mengemaskan beg balik kampungnya. Beberapa benda penting dibawanya sebagai bekalan selama 3 hari di kampong nanti.

“Kau dah bagitau mamat beku tu kau cuti 3 hari?” soal Yani.  Bimbang jika insisden ‘disembur’ oleh Encik Harris dahulu yang memarahi Azah kerana keluar tanpa pengetahuannya berulang kembali. Azah segera mengangguk.

“Terus nak balik la ni?” soal Yani. Azah angguk lagi. Banyak sungguh soalan si Yani ni! Dahlah aku nak cepat ni…

“Kakak kau tak balik sekali? At least, kau boleh tumpang dia. Tak payah kau drive dengan kaki sakit ni…” kata Yani memberi cadangan.

“Kakak aku dah ada kat kampong. Dia tengah tunggu aku baliklah sekarang ni…husband dia dah bising…” kata Azah acuh tak acuh.

“Abang ipar kau ni macam mana? Pelik betullah….dah tahu bapak kau kena operate, dia marah pulak kakak kau balik kampong lama-lama…” ujar Yani tidak berpuas hati. Azah menzipkan begnya lalu menggalas begnya ke bahu.

“Kalau kau pelik, aku ni lagilah pelik!” Azah terus sahaja keluar sambil diekori oleh Yani. Yani hanya memerhatikan Azah yang tergesa-gesa mahu pulang ke kampong.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2012 11:43 PM | Show all posts
Hampir jam 6 petang, barulah Azah tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Berdasarkan panduan yang diberikan oleh kak longnya, terus sahaja Azah memasuki wad yang menempatkan bapanya.

Sebaik sampai di wad, hanya kak longnya  yang menemani bapanya di situ. Salam terus dihulur kepada Nuramirah yang bangun menyambut Azah yang baru tiba.

“Bertolak pukul berapa tadi?” soal Amirah usai tangannya disalami oleh Azah.

“Dalam pukul 2.30. Buat half day hari ni…kena pergi ofis dulu minta emergency leave kat bos. Takut nanti dia cari pulak,” ujar Azah seraya meletakkan begnya di meja sisi. Bapanya yang sedang tidur dipandang.

“Macammana keadaan abah?” soal Azah perlahan. Amirah turut sama merenung bapa mereka sambil memeluk tubuh.

“Doktor kata kena operate jugak. Kalau tak operate, nanti abah tak boleh berjalan langsung. Sekarang, abah makan ubat tahan sakit saja untuk kurangkan sakit dia,” jawab Amirah dalam nada perlahan. Bimbang perbualan mereka akan mengejutkan bapa mereka yang sedang tidur.

Azah menghela nafas berat sambil memandang abahnya. Dipandangnya pula kak longnya.

“Bila nak operate?” soal Azah yang masih belum tahu hujung pangkal cerita.

“Pagi esok, pukul 9 pagi..” tutur Amirah. Azah angguk. Dia merenung Amirah yang kelihatan semakin kurus dan cengkung.

“Along makan ubat kurus ke?” soal Azah kepada kakaknya. Melihat dari fizikal Amirah, jelas berat badan gadis berusia 30-an itu sudah banyak menyusut. Nak jaga badan barangkali!

“Taklah! Aku kurus sangat ke?” soal Amirah kembali. Riak wajahnya kaget memandang Azah. Azah angguk. Amirah hanya mengukir senyum.

“Bil operation macammana?” soal Azah. Amirah memandangnya dengan pandangan mata yang mencerlung.

“Kita share duitlah. Along separuh, angah separuh. Boleh tak? Along ada nak pakai duit sikit bulan ni…” kata Amirah. Azah terus saja mengangguk. Dalam otaknya mula mengira-ngira baki akaun banknya.

“Mana abang Man dan Elly?” soal Azah. Kelibat suami kak longnya dan anak saudaranya juga tidak kelihatan sejak dia tiba tadi. Amirah mengukir senyum pahit. Dia duduk di kerusi di hujung sudut sambil diekori oleh Azah.

“Abang Man kau kerja. Tak sempat datang. Elly tinggal dengan mak abang Man,” beritahu Amirah. Azah diam, mengangguk. Membenarkan saja kata-kata Amirah kerana enggan berprasangka buruk terhadap suami kak longnya itu.

“Along nak kena balik KL malam ni jugak Azah…along minta maaf ya sebab tak dapat teman abah lama-lama kat sini. Takut abang Man bising pulak kalau lama-lama kat sini…” tiba-tiba Amirah bersuara. Azah lantas memandang kakak sulungnya.

“Hmmhh…” Azah mengangguk lemah. Amirah sudah menggalas begnya dan mahu beredar. Azah bangun, sama-sama turut menghantar Amirah ke muka pintu wad.

“Kalau ada apa-apa hal…call along…” pesan Amirah lagi sungguh-sungguh. Azah angguk lagi. Amirah senyum pahit, memandang Azah. Mereka bersalaman. Terasa sejuk tangan Amirah sewaktu digenggam oleh Azah. Azah dan Amirah saling berpelukan buat seketika.

Usai pelukan dileraikan,  Amirah terus menapak keluar dari bangunan itu sambil diperhatikan oleh Azah. Kini tiba gilirannya pula untuk menjaga abah kerana ibu mereka tidak dapat menemani abahnya di wad malam itu kerana adik bongsu mereka sedang menghadapi peperiksaan.

Amirah yang kian hilang dari pandangan masih dipandang. Pelbagai persoalan menerpa ruang mindanya. Ada semacam perasaan tidak puas hati terhadap suami kak longnya itu. Sibuk sungguhkah sampai bapa mertua sakit pun tidak mahu dijenguk?

Susahnya bila sudah berkahwin dan mendapat suami yang seperti ini! Mengenangkan hal itu, Azah jadi ngeri untuk membayangkan perkahwinan dirinya!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2012 11:44 PM | Show all posts
Pagi itu, ibunya tiba juga di hospital setelah dihantar oleh seorang jiran kampong mereka.  Kira-kira jam 9.15 pagi, Pak Abu sudah ditolak ke bilik pembedahan. Kini, tinggallah Azah dan Mak Nab yang setia menunggu pembedahan Pak Abu selesai.

Azah merenung lantai hospital yang sudah kurang berkilat. Sekali-sekala, terdengar nafas ibunya yang menghela nafas berat. Orang yang lalu lalang di luar wad tidak menarik perhatian mereka langsung.

“Dah bagitahu bos, kamu cuti ni?” soal Mak Nab tiba-tiba memecah keresahan hati mereka berdua. Azah angguk lemah.

“Dah…”balasnya pendek.

“Mak syak, along kamu bergaduh dengan abang Man kamu la…” tiba-tiba saja Mak Nab bersuara lemah. Azah menoleh. Dahinya berkerut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut ibunya.

“Kenapa mak cakap macam tu?” soal Azah. Riak wajah Mak Nab keruh.

“Waktu abah kamu jatuh sakit nak dihantar ke hospital, mak memang saja telefon along kamu dulu. Takut, kalau tak bagitau dia dulu, nanti dia cakap apa pulak. Sebab dia anak sulung…lepas tu, malam tu dia balik…sorang diri…muka dia bengkak…” tutur Mak Nab perlahan.

“Kenapa muka dia bengkak?” soal Azah hairan. Mak Nab menghembus nafas perlahan-lahan. Dia merenung ke dinding di hadapannya.

“Ntah..dia kata jatuh. Tapi, mak tengok macam kena pukul. Dia balik malam tu pun…malam tu telefon dia asyik berbunyi. Bila dia angkat, dia bercakap perlahan-lahan dalam bilik tidur, takut mak dengar. Mak rasa, abang Man kamu telefon, marah dia balik sini…”adu Mak Nab.

Sememangnya, waktu itu Mak Nab tidak mempunyai sesiapa untuk dia berkongsi masalah. Hendak bercerita dengan suami, suami sendiri sedang sakit. Takkan nak berkongsi cerita dengan anak bongsunya yang sedang menghadapi peperiksaan itu? Bimbang nanti, otaknya berserabut pula.

Jadi, bila Azah ada di sisinya, terus saja dia meluahkan isi hatinya yang gundah dan resah sejak 2 malam lepas. Rasa serba salah juga Mak Nab melihat keadaan anak sulungnya itu. Terbit tanda tanya di hati Mak Nab, adakah tindakannya menelefon anak sulungnya itu satu tindakan yang betul?

Tapi, yang terjadi sudah pun terjadi. Dia sudah tidak boleh berundur lagi.

“Balik rumah mak sendiri pun salah ke?” Azah melepaskan rasa tidak puas hatinya. Hatinya menjadi geram bila memikirkan hal itu. Azah dan Mak Nab sama-sama terdiam.

“Dah kahwin Zah….macam tulah. Kita perempuan ni, kena ikut cakap suami…” ujar Mak Nab perlahan. Azah diam, terus tunduk. Hatinya berbolak balik. Berbagai-bagai perasaan yang sudah bercampur baur menjadikan dia sendiri terasa pening sehingga hendak muntah.

“Azah tak nak kahwinlah mak …”getus Azah perlahan.

“Isyy kau ni!” pantas Mak Nab mencubit peha Azah di sebelahnya.

“Kesitu pulak kau fikir!” tambah Mak Nab lagi. Dia menggeleng-geleng sambil memandang Azah yang bungkam. Masa terus berputar, namun Pak Abu masih belum keluar dari bilik bedah. Benarlah kata orang, penantian itu satu penyeksaan!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2012 11:45 PM | Show all posts
Harris menguis.nguis nasi lemak yang masih bersisa di dalam pinggannya. Seleranya sejak semalam macam tawar saja. Macam tak lalu nak makan. Pagi ini, dia bersarapan di kantin syarikatnya saja. Din dihadapannya yang rakus menelan mee goreng langsung tidak memperdulikannya.

“Tak habis ke?” soal Din bila melihat nasi lemak Harris masih banyak. Sudah dekat satu jam mereka melepak di kantin pagi itu, Harris nampaknya masih enggan mahu bergerak meninggalkan kantin itu.

Selalunya, dia yang selalu mahu cepat. Banyak kerja katanya. Tapi kali ini, nampaknya dia menjadi  juara melepak di kantin berjam-jam!

“Kau nak?” soal Harris. Din memandang muka Harris.

“Kau tak nak, aku bedal…” Din memang pantang di pelawa bab makan. Semua dia sapu. Tolak batu dengan kayu saja. Harris melihat sahaja Din yang sudah menarik pinggan nasi ke depannya. Terus nasi lemak itu disuakan ke mulut. Kalah anak Somalia yang setahun tak makan!

“Kau demam ke?” soal Din hairan. Harris diam, sambil meneguk kopi ‘o’ panasnya.

“Sejak semalam lembik je aku tengok….” Kata Din. Harris diam lagi. Dia merenung ruang kantin yang agak lengang. Dia tidak ada semangat untuk membuat kerjanya. Sebabnya? Entahlah…dia sendiri tak tahu….

Melihat Harris diam membeku, Din menggeleng perlahan.

“Ada masalah ke?” soal Din prihatin. Kali ini Harris memandang Din hairan.

“Muka aku muka orang bermasalah ke?” soal Harris kembali.

“Toya semacam….”balas Din pendek. Harris jungkit bahu. Fikirannya bercelaru. Entahlah. Dia sendiri tidak tahu sebabnya. Yang pasti sejak Azah tiada di pejabat sejak semalam, pejabatnya terasa begitu kosong!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2012 11:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by fizziany at 19-1-2012 23:48

Jam masih menunjukkan jam 3 petang. Terasa waktu begitu lambat berjalan. Harris yang seakan buntu merenung skrin computer,  bangun perlahan-lahan. Langkah kakinya diatur saja mengikut kehendak hati. Kakinya menghala kea rah bilik Azah yang terletak  di sebelah biliknya.

Harris merenung bilik Azah yang kosong. Tangannya menyeluk kedua-dua belah kocek seluar slacknya. Harris masih lagi terpaku di depan pintu bilik itu. Entah bagaimana, kakinya melangkah masuk ke dalam bilik itu yang sentiasa terbuka pintunya.

Lantas kerusi Azah ditarik lalu Harris duduk. Harris merenung computer milik Azah yang gelap. Dia menarik nafas panjang dalam-dalam. Kalau Azah ada, pasti kerjanya akan menjadi lebih mudah. Dia boleh menyuruh saja Azah membuat apa-apa kerja untuknya.

Dan paling dia suka, apabila melihat muka muncung gadis itu bila diberikan arahan. Muncungnya panjang sehasta! Bibir Harris mengukir senyum. Terbayang wajah gadis ayu itu di matanya. Tapi..ayu-ayu pun, garang bukan main si Azah ni!

Pernah satu ketika sewaktu dia menyelia gudang di suatu pagi, Azah memarahi seorang pemandu lori yang mabuk, tapi masih mahu memandu lori. Pemandu lori itu disuruhnya pulang saat itu juga! Suara Azah bukan main kuat waktu itu yang cuba melawan bunyi bising enjin lori.

Harris senyum sungging lagi. Kepalanya tergeleng-geleng mengenangkan tingkah laku Azah. Serba sedikit, terbit rasa kagum terhadap gadis itu. Dia memang lain dari gadis biasa! Getus hati Harris. Azah bukan calang-calang perempuan yang  senang mahu menangis. Azah bukan seorang gadis ayu yang berjiwa lemah.

Orangnya kental. Jiwanya besar. Tidak padan dengan wajahnya yang ayu dan penampilannya yang anggun. Azah..azah…dari planet manalah kau datang…..Harris bersandar lagi sambil merenung skrin computer yang gelap. Bibirnya masih menguntum senyum.

“Hoih!!!” tak semena-mena Din datang dari belakang lalu menepuk belakang kerusi yang diduduki Harris. Semua wajah Azah terbang melayang hilang di langit. Pantas Harris memandang Din geram.

“Kau apahal sergah-sergah ni!” marah Harris geram. Din ketawa.

“Kau tu yang apahal  dok kat bilik Azah ni? Dah rindu kat budak tu? Rilekla…baru 2 hari budak tu tak ada….”giat Din mengusik Harris sambil ketawa. Merah padam muka Harris dibuatnya.

“Aku ni….nak cari report dalam computer dia……ngok betul…” Harris segera berpura-pura menekan punat CPU computer Azah. Tak sampai seminit computer Azah sudah menyala dan skrin computer itu mula terang.

Din mencebik, kemudian memandang Harris.

“Iye ke….?” Din masih kurang percaya. Tapi melihat Harris yang bersungguh-sungguh merenung computer Azah dan mencari sesuatu di dalamnya, Din terpaksa percaya. Jauh di sudut  hati Harris, puas dia berdoa pada Tuhan agar Din percaya akan kata-katanya itu, sekaligus menutup niat sebenarnya yang masuk ke bilik Azah sejak tadi!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2012 11:47 PM | Show all posts
sorry la ya kalau ada salah kat mana2....ni taip main taram ja....langsung tak baca balik n edit dah!

lately bizi skit aarrr....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.064793 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list