CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: arrnita

ORKED HARLINA - [U]

[Copy link]
Post time 30-3-2012 08:18 AM | Show all posts
tak sabar nak tgu buku ni keluar.... arnita setanggi dari syurga bila nak publish ye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2012 10:34 AM | Show all posts
ORKED cari je IDLAN kat memana?...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2012 10:18 PM | Show all posts
Orked menutup pintu biliknya rapat-rapat. Dia naik ke atas katil lalu berbaring. Kepalanya mendongak ke atas siling bilik, memandang kosong pada siling putih yang tidak ada apa-apa kecuali kosong. Putih seperti hamparan kapas. Sekosong jiwanya saat ini.
        Kata-kata ayahnya  seperti bilah belati yang mengores hatinya sedikit demi sedikit. Dia mengakui ada kepedihan yang dirasakannya di lubuk hati. Mengetahui kepulangannya tidak dialu-alukan, lantas kenapa dia kembali dengan rela? Ayahnya ternyata tidak menyenangi kepulangannya. Samaada dia kembali atau tidak, langsung tidak memberi apa-apa makna kepada lelaki itu. Kenapa kau masih di sini Orked? Untuk apa?
        Orked memejamkan matanya. Terbayang wajah Idlan dan senyuman lelaki itu yang menggetarkan perasaan. Sesaat dia menyakini bahawa dia kembali kerana lelaki itu. Dia pulang dengan harapan Idlan juga berada di sini, tapi dia tersilap. Idlan tidak ada seperti yang diharapkannya. Lelaki itu tidak muncul untuk menenangkan perasaannya yang saling tidak keruan. Ke mana kau Idlan? Apa sebenarnya yang telah terjadi?
        Wajah muram Idlan segera terlayar di ruang mata, membuatkan dia membuka matanya perlahan-lahan. Suara lembut Idlan menjengah ke setiap pelusuk fikiran, lalu meninggalkan kesan mendalam terhadap dirinya. Rindunya pada lelaki itu semakin memberat. Gila! Dia bingkas bangun lalu terpaku di atas katil. Kepalanya digelengkan, cuba menghalau gelodak rasa yang semakin tidak menentu. Aduh! Kenapa dia begini? Kenapa harus ada wajah Idlan di ruang matanya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2012 10:20 PM | Show all posts
Dia hanya termenung di hadapan bangku di laluan orang ramai. Menghadap ke arah laluan pejalan kaki yang sedang rancak diselusuri kaki-kaki yang mahu mendapatkan rawatan mahupun melawat sanak saudara yang sakit. Dia pula ke situ  hanya dengan satu tujuan. Bertemu dengan Doktor Hadi yang juga pernah merawat ayahnya suatu ketika dahulu.
        “Kamu kena tinggal kat sini Idlan. Biar uncle rawat kamu. Jangan dibiarkan sakit tu.” Ujar Doktor Hadi memujuk, ketika dia balik ke mari tiga minggu yang lalu. Namun ketika itu dia degil, langsung tidak mengendahkan kata-kata lelaki itu lantas balik ke vila arwah ayahnya di Bukit Tinggi. Hanya selepas beberapa malam yang lalu, selepas dia mendapat serangan itu, hatinya tergerak mahu mendapatkan rawatan. Namun tak disangka-sangka Doktor Hadi terus menahannnya di wad tersebut.
        Dia tahu pasti semua orang bimbang dan risau bila dia tidak pulang-pulang. Malah dia juga risau dengan Orked yang ditinggalkannya bersendirian di Bukit Tinggi. Sungguh dia tidak bermaksud mahu mengabaikan gadis itu. Hanya dia tidak mahu Mak Tun, Pak Man dan Orked sendiri tahu apa yang sedang dideritainya. Dia tidak mahu simpati sesiapa, jauh sekali mahu memberitahu semua orang tentang penyakit yang dihadapinya, terdiagnosis sewaktu dia mengalami kemalangan di London hampir enam bulan yang lalu. Berita yang membawa tamparan besar memaksa dia mengambil keputusan meninggalkan Nadya.
        Arrhythmia. Dahulu dia tidak pernah kenal perkataan itu, malah tidak ada rasa gerun dengan genre perubatan yang tidak pernah dikenalinya. Namun ketika dia dimaklumkan yang dia mengidap arrhythmia ataupun disebut ventricular fibrillation (VF) di mana jantungnya boleh berhenti berdegup secara tiba-tiba akibat kerosakan isyarat elektrikal, sukar dia mahu menerima tamparan besar ini. Lagi-lagi arrhythmia bukan penyakit jantung biasa. Bila-bila masa dia boleh mati jika mendapat serangan jantung. Malah jika lambat dirawat, hayatnya mungkin akan berakhir.
        Orked! Gadis itu membuatkan dia lupa sebentar bahawa dia sedang sakit. Kerana Orked dia menyibukkan dirinya untuk sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan dirinya. Buat seketika dia terlupa tentang hakikat dirinya. Sehinggalah kehadiran Nadya memadamkan kenangan indah di ingatannya. Melontar dirinya ke dalam jurang yang paling dalam seumur hidupnya!
        Sekujur tubuh tiba-tiba mengambil tempat di sampingnya. Idlan menoleh. Menyedari kelibat Doktor Hadi yang entah sejak bila berada di situ, dia segera mengalihkan pandangan. Renungannya terlontar jauh.
        “Jauh menung. Ingatkan siapa?” Tanya Doktor Hadi, lelaki berusia 40an yang punya dua isteri dan lima orang anak.
        Dia hanya tersenyum. “Tak ingatkan siapa-siapa pun. Saja duduk termenung habiskan masa.” Jawab Idlan.
        Lelaki itu terdiam seketika. Hembusan nafas Doktor Hadi kedengaran, seperti sedang memikirkan sesuatu.
        “Kamu bosan?” Soal Doktor Hadi seolah memahami.
        Dia tetap jua tersenyum. Lima hari menghabiskan masanya di katil hospital, orang normal manakah yang akan gembira dan menikmati hidup sebegini?
        “Id nak keluar dari hospital hari ni Uncle Hadi.” Ujar  Idlan.
        Doktor Hadi tergaman. Terkejut bercampur risau. Bukan kerja mudah untuknya memujuk Idlan tinggal di hospital menjalankan rawatan. Kini baru lima hari berada di tempat ini, Idlan sudah tidak sabar mahu keluar. Sebolehnya dia mahu Idlan tinggal lebih lama dan dirawat sebaik mungkin.
        “Please Id, kita dah berbincang fasal hal ni.” Pujuk Doktor Hadi.
        “Tempat ni hanya ambil banyak masa Id uncle. Id tak mahu orang lain bimbang tentang Id. Lagipun mereka akan tertanya-tanya tentang apa yang dah berlaku.”
        “Tapi condition kamu tidak mengizinkan…” bantah Doktor Hadi.
        “Id dah rasa lebih sihat. Tolonglah izinkan uncle, dan Id janji akan ke hospital bila-bila masa perlu. But I can’t stay here anymore.” Ujar Idlan penuh berharap.
        Wajah Doktor Hadi bertukar rungsing. “Kamu degil macam ayah kamu Idlan. ICD transplan tu dah tak lama. Sebaik IJN keluarkan laporan, kamu akan jalani pembedahan ICD tu.” Keluh lelaki itu.
        Idlan hanya mampu tersenyum hambar. “Id akan kembali lepas pihak IJN tetapkan masa pembedahan. Uncle jangan risau.”
        “Tapi uncle risau Idlan. Kamu mungkin alami serangan bila-bila masa sahaja. Ubat yang uncle bekalkan pada kamu hanya untuk menahan tekanan di jantung kamu, tapi uncle tak boleh jamin ia akan mampu menyelamatkan nyawa kamu buat sementara ini. Kamu harus jalani pembedahan Inplantable Cardioverter Defibrillators (ICD) tu secepat yang mungkin. Hanya itu yang boleh selamatkan nyawa kamu.” Nasihat Doktor Hadi bersunggunh-sungguh.
        “Kalau Allah tetapkan nyawa Id setakat itu sahaja, sekarang juga Id boleh mati uncle.” Bisik Idlan tenang.
        Doktor Hadi terdiam. Dia sudah tidak tahu bagaimana mahu memujuk Idlan. Dia tahu anak muda itu sudah tidak sanggup mahu berada di hospital itu lebih lama. Dia sendiri sedang menanti keputusan pemeriksaan jantung Idlan dari pihak IJN sebelum dia memindahkan lelaki itu ke Institut Jantung Negara untuk melakukan transpan ICD, sejenis alat defibrillator yang akan ditanam di dalam dada Idlan untuk mencegah denyutan jantung Idlan yang mungkin boleh berhenti bila-bila masa. Jika Idlan mengalami serangan arrhythmia, alat ini akan mengesan sebarang rentak jantung yang luar biasa dan akan menghantar nadi denyutan elektrik tahap rendah untuk menghalang jantung dari terhenti mengejut. Itu sahaja rawatan untuk arrhythmia yang disyorkan pada Idlan, anak arwah Ikhmal Hambali, kawan sekampungnya yang sudah meninggal dunia.
        Sebaik Doktor Hadi beredar, Idlan berkira-kira mahu menghubungi Mak Tun dan bertanyakan khabar tentang Orked. Entah kenapa dia rasa bersalah kerana diam-diam menghilangkan diri dari pasangan suami isteri itu dan Orked sendiri. Moga-moga gadis itu masih berada di Bukit Tinggi! Idlan menyulam harapan besar.
        Sebaik dia balik ke biliknya, perkara pertama yang dibuatnya ialah menghubungi Mak Tun dan Pak Man. Seperti yang diduga telinganya rancak dileter Mak Tun yang tak habis-habis bertanya ke mana hilangnya dia selama ini.
        Dia hanya memberi alasan ringkas, bermalam di rumah seorang teman kerana didatangi hal mendadak. Soal pasangan suami isteri itu percaya atau tidak, dia tidak peduli.
        “Mak Tun, panggilkan Orked sekejap. Saya nak bercakap dengan dia.” Pinta Idlan. Namun sebaik dia mendengar kata-kata Mak Tun, raut wajahnya segera berubah. Bicara Mak Tun panjang lebar menjelaskan setiap perincian yang berlaku sepanjang dia ghaib dari vila itu. Sebaik dia meletakkan gagang telefon, hanya keluhan kecil meluncur dari bibirnya. Sepatutnya dia menghantar dahulu gadis itu pulang ke rumah. Dari sikap Orked, dia dapat menjangka anak gadis itu pasti akan mengamuk sebaik melihatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2012 08:21 AM | Show all posts
thanks for the n3...
kalu free letak lagi k...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2012 11:07 AM | Show all posts
thanks nita
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-4-2012 02:50 PM | Show all posts
Ketika dia melihat kelibat dua gadis itu memasuki pintu restoran, dia segera bingkas bangun lalu mengangkat tangan. Salah seorang gadis berpaling lalu tersenyum lebar memandangnya, sebelum gadis kedua pula menoleh. Gadis yang mula-mula tersenyum tadi terus meluru ke arahnya lebih pantas lalu memeluknya.
        “Orked, I’m so happy to see you.” Bicara Mira menusuk ke hati. Dia hanya tersenyum mendengarnya. Ketika dia berpaling ke arah Arida. Gadis itu hanya berdiam diri. Ketawa tidak, tersenyum jauh sekali. Dia faham dan mengerti. Arida masih marah terhadapnya.
        “Duduklah, kita berbual-bual.” Suruh Orked. Mira segera memgambil tempat, hanya Arida yang tidak berganjak. Orked segera menoleh ke arah gadis itu.
        “Ari..” tegur Orked.
        “Kau suruh kami datang kenapa? Hendak apa? Hendak suruh kami ikut jalan kau yang sesat tu?” Sindir Arida dengan suara meninggi.
        “Ari, kenapa cakap macam ni? Orked kan kawan kita.” Mira menegur separuh kesal.
        “Salah ke apa aku kata? Dia bukan Orked yang kita kenal sejak zaman kecil kita dulu. Dia buat sesuka hati dia, mabuk sana sini, bergaduh sampai masuk lokap satu hal. Dah tu ponteng kelas pulak. Ini ke kawan yang kita nak?”Arida terus lancang berkata-kata.
        Orked hanya tenang. Kata-kata Arida memang menggoncang lubuk hati, namun dia cuba bersabar. Sejak dia banyak menghabiskan masanya dengan berpeleseran, hubungannya dengan Arida semakin renggang. Sedangkan dia kenal Arida lebih lama sebelum dia mengenali Mira.
        “Ari, aku tahu aku salah. Tak boleh ke kau maafkan aku?” Tanya Orked.
        “Kenapa sekarang kau cari kami balik? Mana perginya kawan-kawan kelab kau yang bersepah yang boleh beri kau kesenangan dunia tu?” Sekali lagi sindiran Arida menjadi racun berbisa di hati Orked. Dia menarik nafas panjang. Apa gunanya lagi dia mencari kawan-kawan yang boleh diharapkannya jika hanya cercaan dan hinaan yang diterimanya.
        Dengan wajah muram, Orked menarik tas tangannya, bersedia mahu beredar namun dengan  pantas Mira menahan. Gadis itu memandangnya sambil menggelengkan kepala, enggan membenarkan dia pergi dari situ. Orked memandang Mira. Mata mereka saling berlaga dan dia akhirnya tersenyum. Sekurang-kurangnya dia masih ada Mira yang sentiasa sudi membuka pintu hati untuknya biar apa pun salahnya.
        “Aku takkan marah kalau kau tak nak jumpa aku lagi Ari. Aku memang orang yang tak layak berkawan dengan sesiapa pun. Kau baliklah. Aku minta maaf sebab buang masa kau begitu sahaja sedangkan kau tentu sibuk dengan urusan sendiri. Aku cuma minta kau berdua datang sebab aku rindukan kau dan Mira. Aku harap kita boleh bertemu dan berbual-bual. Tapi kalau ini menyusahkan kau, aku janji lepas ni aku takkan ganggu kau lagi.” Ujar Orked.
        “Orked, kenapa cakap macam ni? Kau tetap kawan kami.” Pujuk Mira sebak. Orked memegang bahu Mira yang seperti hendak menangis wajahnya. Bahu gadis itu ditepuk-tepuk perlahan.
        “Kau pun ikutlah Ari balik, Mira. Aku pun nak pergi dah ni.” Ujar Orked tenang. Dia mengemaskan tas tangannya, mahu segera pergi meninggalkan tempat itu.
        “Kau nak ke mana? Cakap sikit pun nak marah?” Herdik Arida tiba-tiba.        Orked berpaling, terkejut melihat gadis itu sudah melangkah ke arahnya. Sepasang mata Arida meratah wajahnya dalam-dalam. Dia hanya terlongo. Dan bila tubuhnya diraih dan didakap anak gadis itu, Orked tidak mampu lagi menyembunyikan rasa terkejut.
        “Ari…” Bisik Orked tergaman.
        “Jangan bercakap apa-apa lagi. Kau sendiri tak tahu bagaimana rindunya aku pada kau selama ini. Kau tak pergi kolej, diam-diam kau pergi macam tu aja tanpa beritahu aku apa-apa. Kau ingat aku suka semua ni?” Tutur Arida.
        Kelopak mata Orked bergenang. Tahulah dia yang selama ini Arida tidak pernah membencinya, meskipun dia melakukan perkara yang bukan-bukan.
        “Aku sayang kau Orked. Aku cuma tak mahu tengok kau musnahkan masa depan kau sendiri sedangkan kau ada masa depan yang cerah. Tolong jangan lakukan perkara-perkara yang aku tak suka lagi.” Ujar Arida.
        Hati Orked sebak. Dia mengerti maksud kata-kata Arida. Gadis itu sememangnya seorang teman yang baik, yang mahukan dia menuju ke jalan kebaikan bukannya terus tersesat dalam dosa. Selama ini dia terlalu mengikut perasaan sendiri dan bergelumang dengan perkara-perkara tidak sepatutnya. Tapi mengenangkan kata-kata Arida hari ini, dia tiba-tiba teringatkan Idlan sendiri. Lelaki itu seperti Arida, mahukan dia jadi gadis yang baik. Dan Idlan juga adalah lelaki yang baik, terbaik di hatinya saat ini!
        Entah kenapa ada duka yang dirasakan terhimpun di dasar hati mengenangkan lelaki itu. Ada rasa rindu terpalit di jiwa. Dia benar-benar mahu menatap wajah Idlan semula. Tapi ke mana perginya lelaki itu sebenarnya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2012 02:51 PM | Show all posts
“Mira cakap kau ikut seorang lelaki pergi tempohari. Siapa dia?” Tanya Arida yang sedang memandu. Mereka baru sahaja selesai menghantar Mira pulang, dan kini destinasi Arida adalah rumah Orked pula.
        Orked mengigit bibit. Haruskah dia berterus-terang dengan Arida tentang Idlan?
        “Teman lelaki?” Tanya Arida seraya mengerling gadis di sebelahnya.
        “Tak adalah. Dia anak mak tiri aku.” Ujarnya pantas.
        “Abang tiri kau? Yang belajar kat oversea tu?”
        Orked sekadar mengangguk.
        “Jadi dalam tempoh tiga minggu ni kau tinggal dengan dia?” Arida seakan keliru sedikit.
        Sekali lagi Orked mengangguk. “Dia bawa aku ke vila arwah ayahnya di Bukit Tinggi. Tapi bukan kami berdua sahaja. Ada orang lain juga tinggal di rumah tu.” Jelas Orked.
        “Aku masih tak faham Orked, kenapa dia bawa kau ke sana?”
        “Bukan salah dia Ari. Aku yang tak nak balik ke rumah, jadi dia bawa aku ke sana. Ada ramai orang tinggal kat sana, kau tak perlu risau. Lagipun Idlan bukan jenis lelaki yang selalu aku temui selama ini.”
        “Namanya Idlan?” Arida tersenyum sedikit.
        “Kenapa?”
        “Cara kau sebut nama dia …I don’t know, it was different. Kau suka dia ya?” Teka Arida. Ada sekelumit senyuman nakal bermain di bibir Arida.
        “Tak adalah. Dia kan anak ibu tiri aku. Lagipun..”
        “Lagipun kau sendiri tak suka dengan ibu tiri kau kan?”
        Orked terdiam. Dia tahu Arida paling mengerti apa yang dirasakannya saat ayahnya mengambil keputusan mahu mengahwini Maria, janda anak satu itu. Memang dia menentang kehendak lelaki itu, tapi tentangannya hanya bersifat diam-diam. Mahu mengutarakan bangkangannya secara terang-terangan hanya akan memburukkan keadaan. Kerana itu dia memprotes dengan cara yang memusnahkan dirinya sendiri. Tapi apa gunanya dia berseronok di luar, bergaul dengan teman-teman yang tidak senonoh sedangkan ayahnya sedikit pun tidak ambil peduli.
        “Bagaimana dia?”
        Orked terpinga-pinga tidak mengerti. “Maksud kau?”
        “Lelaki yang nama Idlan tu, bagaimana orangnya?” Tanya Arida ingin tahu.
        “Err..dia baik.”
        “Kacak?”
        “Not bad.” Balas Orked ringkas.
        “Dia dah ada teman wanita?”
        “Ari!” Orked terjerit kecil. Namun Arida sudah terkeheh-keheh ketawa. Orked juga ketawa. Dia sudah faham dengan ulah Arida yang hanya bercanda dengannya. Melihat Arida di sampingnya, entah kenapa dia senang hati. Sudah lama mereka tidak bertegur sapa, dan kini perang dingin mereka sudah berakhir.
        “Aku gembira kau tak marah aku lagi Ari.” Ujar Orked.
        Arida mengerling dengan ekor matanya. “Kau kawan aku Orked. Selama-lamanya kita tetap kawan, asalkan kau jangan mabuk-mabuk lagi dan ke kelab malam. Semua masalah ada penyelesaiannya. Jangan rumitkannya dengan hal-hal yang tidak elok.” Nasihat Arida.
        “Aku janji Ari. Aku takkan buat hal-hal semacam itu lagi. Kalau dulu, aku terlalu terdesak mahu merebut kasih sayang ayah. Tapi sekarang, aku tidak akan menagih lagi apa yang bukan menjadi hak aku.” Bisik Orked muram.
        Arida berpaling sejenak. Dia nampak kilasan cahaya di penjuru mata Orked, menandakan kata-kata itu disulami kesedihan yang panjang. Sebagai teman, dia memahami apa yang Orked rasakan. Mengerti kepedihan yang dilalui gadis itu sejak kecil.
        “Sabarlah Orked. Aku percaya suatu hari nanti ayah kau akan sedar. Dia akan menyayangi kau seperti yang kau mahukan selama ini. Jangan cepat putus asa. Berdoa pada Allah sebaik-baik jalan yang harus kau lakukan, moga-moga Allah akan buka pintu hati ayah kau agar dia menyedari kewujudan kau selama ini.” Ujar Arida.
        Orked hanya mampu mengangguk. Dia tidak yakin apakah ayahnya akan berubah hati terhadapnya suatu hari nanti. Tapi dia tidak pernah jemu membayangkan keinginan yang sudah lama terpateri di kotak fikiran.
        Kereta Arida sudah berhenti di hadapan rumahnya. Dia menoleh ke arah Arida seraya tersenyum.
        “Ari, terima kasih.”
        Arida hanya mengangguk. Mata mereka bertentangan seketika. Dan dari renungan itu, Arida tiba-tiba meraih tubuhnya dalam pelukan.
        “I’m glad you back.” Bisik Arida di cuping telinga.
        Dia juga ikut sebak. Menyedari ada air hangat bergenang di kelopak mata menanti saat gugur, Orked segera meleraikan pelukan itu. Dia memandang Arida agak lama sebelum turun dari perut kereta. Tangannya dilambaikan ke arah kereta Arida yang sudah bergerak meninggalkan kawasan hadapan rumahnya.
        “Lambat Orked balik hari ni.”
        Suatu suara menegur dari belakang. Orked terkedu. Lantas tangan yang digunakan untuk melambai kelibat Arida segera dijatuhkan. Suara itu! Dia mahu berpaling tapi seolah-olah ada sesuatu yang menghalang.
        “Orked…” panggil suara itu lagi.
        Orked mengetapkan bibirnya. Ada pelbagai rasa menjengah dirinya saat ini. Separuh dari hatinya gembira dapat mendengar suara itu lagi. Namun ada sebahagian yang main merasa berang entah kenapa.
        “Kenapa Orked tak nak pandang abang?” Idlan terus bertanya. Hairan melihat Orked tidak berganjak-ganjak sejak tadi.
        Mendengar pertanyaan lelaki itu, Orked perlahan-lahan membalikkan tubuhnya. Sepasang matanya merenung tajam ke arah wajah yang sedang tersenyum memandangnya. Senyuman lelaki itu menggetarkan hatinya, namun dia cuba berlagak tenang. Kali ini dia sudah nekad untuk tidak lembut hati lagi terhadap Idlan. Dia tidak mahu terus ditipu dengan senyuman lelaki itu. Tidak lagi!
        “Kenapa Orked balik seorang diri? Orked buat abang bimbang.” Ujar Idlan.
        Orked mendengus keras. “Kenapa tak boleh? Kau nak aku tunggu dekat sana seorang diri? Tercengang-cengang macam orang bodoh?”
        Idlan terdiam. Tepat seperti yang diduga, Orked sedang memarahinya. Namun dia tidak akan membela diri untuk sesuatu yang memang salahnya.
        “Abang minta maaf Orked, abang tak bermaksud nak tinggalkan Orked macam tu aje. Maafkan abang ya!” Pujuk Idlan cuba berlembut.
        Orked mengeluh panjang. Wajah Idlan ditatap agak lama. Dia menyedari wajah lelaki itu agak pucat sedikit. Sakitkah Idlan? Kenapa dengan lelaki itu?
        “Ke mana kau pergi selama ini? Kau tahu tak Mak Tun dan Pak Man asyik susah hati bila kau tak balik-balik. Ke mana kau sebenarnya?” Soal Orked ingin tahu.
        “Abang ada hal sikit. Maaf, kat tempat kawan abang tu susah nak dapat line telefon, sebab tu abang tak call.” Ujar Idlan.
        “Tempat jin bertendang mana yang kau pergi sampai susah sangat nak call bagitahu kau kat mana?” Herdik Orked keras.
        “Orked…hari tu kan Orked dah janji tak nak nak cakap kau aku dengan abang lagi. Dah lupa?” Idlan tersenyum.
        Orked mencebik. Bila entah! Dia terus menonong masuk tanpa mempedulikan Idlan lagi. Namun ada sekelumit senyuman singgah di penjuru bibirnya. Hatinya bergemerlapan, merasa seronok dengan kemunculan Idlan.
        Melihat kelibat Orked sudah menghilang, Idlan hanya mampu menarik nafas panjang. Dia mahu menuruti langkah kaki Orked, namun tidak jadi berbuat demikian apabila wajahnya disuluh lampu kereta yang baru memasuki laman rumah. Pandangannya dilempar ke arah kereta tersebut. Melihat kelibat tubuh ibunya terburu-buru keluar dari perut kenderaan lalu menerpa ke arahnya, Idlan tersenyum akhirnya. Mama! Namun melihat wajah wanita itu dalam kerisauan, dahi Idlan berkerut. Hairan melihat airmuka ibunya yang kelihatan cemas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2012 03:20 PM | Show all posts
yeayyy ..idlan dah balik ..thanks nita
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2012 12:39 PM | Show all posts
Orked baru selesai solat maghrib apabila mendengar bunyi ketukan pintu biliknya. Dia tidak mempedulikan ketukan tersebut sebaliknya meneruskan doanya. Selesai doanya diaminkan, dia bingkas bangun lalu membuka telekung sembahyang. Ketika itu ketukan pada daun pintu biliknya terus berulang. Dia menarik nafas panjang. Siapa pulak ni?
        Dengan langkah malas dia segera melangkah ke muka pintu lalu menguak pintu biliknya. Namun melihat seraut wajah sedang tercegat memandangnya dia terkedu. Idlan turut tergaman melihatnya seolah-olah ada sesuatu yang aneh pada wajahnya.
        “Kenapa?” Soal Orked dengan nada malas.
        “Err..makan. Mama ajak Orked turun makan.”
        “Aku tak lapar.” Jawab Orked lalu bersedia mahu menutup pintu di hadapannya. Namun tindakan Idlan lebih pantas menghalang pintu tersebut dari terkatup.
        “Tak lapar pun kena makan sikit. Orked tentu tak mahu ayah Orked marah-marah lagi kan?” Pujuk Idlan lembut.
        Orked terdiam. Agak lama memikirkan kata-kata Idlan. Sejurus kemudian dia mengangguk. Idlan hanya tersenyum melihat Orked terburu-buru melipat telekung sembahyangnya. Sebenarnya ketika gadis itu membuka pintu biliknya, dia terkejut melihat wajah Orked yang kelihatan tenang. Dia juga nampak telekung di tangan gadis itu menandakan Orked baharu sahaja selesai solat Maghrib. Dalam hati dia benar-benar bersyukur kerana gadis itu sudah mula menunaikan kewajipan utama setiap hamba di dunia ini. Entah sejak bila gadis itu solat, dia sendiri tidak pernah tahu. Mungkin gadis itu terpengaruh dengan Mak Tun dan Pak Man agaknya! Fikir Idlan seraya memerhatikan setiap gerak-geri Orked.
        Apabila gadis itu keluar dan menutup pintu biliknya, dia tetap jua menanti di situ. Pandangan matanya tidak berganjak dari wajah Orked yang kelihatan polos dan suci. Malah lebih comel di pandangan matanya berbanding mekap tebal yang selalu tertampal di wajah gadis itu beberapa minggu yang lalu.
        Melihat Idlan tetap sahaja berdiri di situ dan memerhatikannya, wajah Orked segera berkerut. Kenapa dengan dia ni?
        “What?”
        Idlan tetap sahaja tersenyum.
        “Kenapa?” Suara Orked mula meninggi. Hairan melihat wajahnya terus ditatap bagaikan dia makhluk asing dari atas sana.
        “Abang suka tengok Orked dah mula solat. Adik abang semakin cantik luar dan dalam.” Bisik Idlan.
        Orked terpaku. Bicara Idlan membuatkan dia kehilangan kata-kata. Cantik? Idlan mengatakan aku cantik? Perlahan-lahan dia memandang ke arah Idlan. Merenung wajah lelaki itu yang menggamit gelodak rasa yang membuai dalam dirinya.
        “Tapi Orked akan semakin cantik kalau Orked boleh ubah percakapan Orked. Tolong jangan beraku kau lagi dengan abang. Nanti apa kata mama abang dan ayah Orked. Boleh kan?” Pinta Idlan.
        Orked menarik nafas panjang. Inilah yang susahnya! Dia sudah biasa beraku kau dengan Idlan, bagaimana dia mahu mengubah cara panggilannya dalam sekelip mata?
        “Susah..” Orked mengakuinya tanpa disedari.
        Idlan mengerutkan dahinya. Susah?
        “Apa yang susah. Panggil aje abang ni abang dan bahasakan diri Orked tu Orked. Susah ke buat benda tu?” Soal Idlan.
        Orked menggaru keningnya. Kedua-dua ulas bibir digigit rapat.
        “Dahlah tu, jom kita turun makan. Nanti apa kata mama dengan ayah kalau kia berdua tak turun-turun.” Ajak Idlan. Namun belum sempat Idlan menyusun langkah, suara Orked kedengaran.
        “Abang..” Panggil gadis itu.
        Idlan berpaling. Keningnya terangkat sedikit, teruja mendengar panggilan ‘abang’ yang diucapkan dari bibir gadis itu. Matanya terus meratah wajah Orked yang kelihatan canggung mahu memandangnya. Hendak ketawa pulak dia melihat gelagat Orked kali ini.
        “Panggil lagi sekali.” Usik Idlan.
        Orked semakin tidak keruan. Wajahnya sudah merah padam menahan malu. Tanpa melayan kehendak Idlan, dia segera melangkah turun meninggalkan lelaki itu. Namun telinganya dapat mendengar bunyi ketawa Idlan. Wajahnya sudah bera, malah menyesal kerana menyanggupi kehendak lelaki itu.
        Di meja makan, untuk kali pertama, dia dapat duduk bersama-sama ayahnya, ibu tirinya Maria dan Idlan sendiri. Mereka seperti sebuah keluarga bahagia sedang makan malam bersama-sama. Malah makan malam itu rancak disulami perbualan. Hanya perbualan itu tidak melibatkan dirinya. Ayahnya tak sudah-sudah berbual dan bertanyakan pelbagai soalan terhadap Idlan, seolah-olah Idlan itu anak kandungnya.  Sebaliknya pula dirinya langsung tidak diambil kisah. Dia seolah-olah tidak diperlukan di situ.
        “Bila Id rancang nak balik ke London?” Tanya Hamdan memandang anak tirinya.
        “Abang ni ke situ pulak tanyanya. Kan Id tak sampai sebulan kat sini.” Rungut Maria seraya mengerling suaminya.
        “Ayah tanya bukan apa Id. Bukan tidak suka Id balik ke mari. Tapi ayah nak ajak Id ke syarikat ayah. Kalau boleh suatu hari nanti kalau Id dah habis belajar, ayah nak Id kerja dengan ayah. Warisi syarikat ayah.”Ujar Hamdan berterus-terang sekaligus cuba melenyapkan syak wasangka isterinya.
        Idlan hanya tersenyum mendengar kata-kata Hamdan. “Bukan ke Orked ada ayah. Dia pun boleh tolong ayah di pejabat nanti.” Ujar Idlan selamba.
        Hamdan terdiam. Pantas bebola matanya dilarikan ke arah Orked. Gadis itu hanya menyepi sambil menyuap makanan. Untuk memandangnya pun gadis itu tidak mahu.
        “Anak perempuan tak boleh banyak membantu. Ayah perlukan seorang anak lelaki untuk mewarisi perniagaan ayah.” Ujar Hamdan beralasan.
        Orked merasa pedih di ulu hatinya. Bicara ayahnya benar-benar melukakan hatinya. Namun di rumah itu dia langsung tidak ada hak untuk bersuara. Dia tidak miliki apa-apa pun untuk disayangi.
        Dia perasan anak mata Idlan sedang merenung dirinya. Wajah Idlan seolah-olah mengharapkan agar dia tabah dan tetap tenang, biarpun kalimah ayahnya benar-benar menyakiti hatinya.
        “Orked kan ambil kursus perniagaan di kolej, tentu dia lebih mahir dengan selok belok perniagaan. Id rasa dia akan jadi pembantu ayah yang lebih cekap. Kalau nak harapkan Id, apalah yang Id tahu fasal perniagaan ayah.” Ujar Idlan seraya tersenyum.
        “Tak tahu boleh belajar Id.” Pintas Hamdan.
        “Iya betul, tapi ayah kan tahu yang Id kan ambil kursus architecture, Id takut Id tak mampu nak tolong ayah.” Alasan Idlan.
        “Ayah yakin dengan Id. Tak apa, nanti ke pejabat. Ayah akan tunjukkan semua selok belok perniagaan ayah selama ini pada Id. Kalau tak reti ayah akan ajar.” Ujar Hamdan teruja. Dia memang sudah lama mengkehendaki kehadiran seorang anak lelaki di dalam hidupnya. Mujurlah Idlan ada.
        Idlan sudah mati kutu mahu membalas cakap-cakap lelaki itu. Setiap kali dia menyebut nama Orked, lelaki itu berlagak seolah-olah tidak mendengar apa-apa. Kehadiran Orked seperti langsung tidak diambil kisah lelaki itu. Ingin hatinya bertanya kenapa lelaki itu seperti memusuhi anak sendiri. Namun setiap kali dia memandang ibunya, soalan itu hanya mampu dipendam di lubuk hati. Melihat wajah Orked, dia juga tidak sampai hati.
        “Orked bila nak balik semula ke kampus?” Tak disangka-sangka Idlan melencongkan pertanyaan. Sengaja menembak gadis itu untuk memasukkan Orked dalam perbualan mereka di meja makan ketika itu.
        Seperti yang diduga, Orked jelas-jelas terkejut apabila ditanya. Hamdan pula tak sudah-sudah menjeling anak gadisnya. Raut wajahnya jelas tidak senang  mendengar Idlan berbicara tentang Orked. Namun dia buat-buat tidak mengerti.
        “Hari tu Orked kata dengan abang nak sambung study. Dah lupa?” Jolok  Idlan. Orked tercengang jadinya. Bila pula aku cakap begitu?
        “Betul Orked nak sambung balik pengajian Orked?” Maria kelihatan gembira mendengar kata-kata Idlan. Malah dia juga gembira melihat anak tirinya itu kelihatan mahu berbaik-baik dengan Idlan.
        Orked hanya mampu menjeling tajam ke arah lelaki itu. Geram benar hatinya kerana Idlan seperti sengaja mahu memperolok-olokkan dirinya.
        “Betul mama. Orked sendiri yang cakap dengan Id masa kami kat Bukit Tinggi. Katanya tahun ni dia nak study rajin-rajin dan dapat good result.” Sambung Idlan rancak bercerita dengan ibunya. Maria tersenyum-senyum mendengar kata-kata Idlan. Hanya Hamdan yang masih acuh tak acuh. Soal tentang Orked benar-benar tidak masuk ke dalam kepalanya.
        “Bagus tu. Mama harap sepanjang Id kat sini, Id kena bantu Orked belajar. Lagipun Id kan pernah jadi tutor sambilan untuk anak kawan mama masa Id balik dua tahun lepas. Seronok sangat mama tengok Id dan Orked berbaik-baik macam ni.” Maria melahirkan kegembiraan seterusnya kesyukuran.
        Mula-mula dia memang merasa bimbang dengan tingkah laku Orked jika Idlan tinggal di rumah itu. Lagipun gadis itu agak liar dan kuat melawan sewaktu dia mula-mula berkahwin dengan Hamdan, ayah Orked. Dan kebimbangan itu berterusan bila Idlan meminta izin dirinya mahu mengikat jamin Orked yang dipenjarakan kerana mabuk dan bergaduh di kelab malam. Tapi tak sangka pula, dalam tempoh singkat Idlan berjaya menjinakkan Orked. Malah anak gadis itu tidak pernah lagi keluar sehingga jauh-jauh malam. Malah Orked juga tidak melawan cakap-cakapnya seperti biasa.
        “Id bukan setakat akan jadi tutor Orked. Id juga akan hantar dan ambil Orked mulai esok. Ayah tak kisah kan?” Idlan melirik ke arah Hamdan. Lelaki itu memandangnya sejenak sebelum melontarkan pandangan ke arah Orked. Hamdan menarik nafas panjang sebelum mengangguk. Idlan tersenyum lebar menerima keizinan lelaki itu. Dia memandang Orked, namun mata anak gadis itu sudah ke arah ayahnya. Wajah Orked muram dan sebak. Idlan terdiam, mengerti apa yang dirasakan anak gadis itu. Namun apa dayanya untuk menenangkan perasaan Orked yang sedang terluka.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2012 03:50 PM | Show all posts
wowww... bestnya panjang sambungnye....

nita... cite neh bakal diterbitkan juga ke??
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2012 04:00 PM | Show all posts
nyampah n meluat plak kat encik hamdan tuh...  ketuk ngan tukul besi kang baru tau..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2012 04:35 PM | Show all posts
biasanya gitulah..haha
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2012 04:58 PM | Show all posts
awatla pak orked tu cenggitu....
anita..mesti ade kisah di sebaliknya kan???
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2012 04:58 PM | Show all posts
awatla pak orked tu cenggitu....
anita..mesti ade kisah di sebaliknya kan???
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2012 04:59 PM | Show all posts
awatla pak orked tu cenggitu....
anita..mesti ade kisah di sebaliknya kan???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2012 05:28 PM | Show all posts
sebenarnya ada..haha tapi kisah tu kat hujung2 la baru tahu..lagipun ikut logik manalah ada bapak layan anak kandung mcm tu kan? haha
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2012 11:51 AM | Show all posts
ada gak bapak cam nie.....
time sht la wat sombong ank
ble dh skt,ank gak yg jaga..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2012 03:38 PM | Show all posts
Best sgt citer ni menyesal tak baca awal2 dulu Tahniah utk penulisnya karya yg hebatttt  Errr bila nak sambung erk ekekekekek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2012 07:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by arrnita at 14-4-2012 19:08

Melihat gadis itu sedang termenung, perlahan-lahan Idlan menapak ke arah anak gadis itu. Ketika dia melintasi ruang tamu, dia dapat mendengar suara ibunya sedang berbual-bual dengan ayah tirinya sambil menonton televisyen. Kedua-duanya asyik memperkatakan tentang sesuatu.
        Dia segera merapati Orked yang sedang menghadap ke arah kolam renang kecil di belakang rumah yang bersambung dengan beranda di bilik tamu. Sejak tadi dia nampak Orked bersendirian di situ. Mulanya dia mahu terus mendapatkan Orked. Namun sejurus kemudian dia membatalkan hasratnya lalu berpatah balik ke arah dapur dan meminta dua mug coklat panas dari pembantu rumah. Selepas itu barulah dia kembali mendapatkan gadis itu.
        Orked jelas-jelas sedang termenung panjang. Renungan gadis tenggelam jauh seperti memikirkan sesuatu. Idlan berdiri agak lama di belakang gadis itu. Dia tahu apa yang sedang Orked fikirkan. Ketika dia membetulkan langkah, derap tapak kakinya mengejutkan gadis itu. Orked berpaling.
        Hendak tak hendak dia terpaksa melemparkan senyuman sambil menghulurkan secawan mug berisi coklat panas ke arah gadis itu. Orked mengambilnya tanpa banyak soal lalu menghirupnya sedikit.
        Idlan tersenyum lalu mengambil tempat duduk di sisi Orked. Dia turut menghirup dari mugnya sendiri sambil memandang lurus ke hadapannya. Permukaan air di kolam renang itu sekadar ditatap kosong.
        “Orked sedih dengan apa yang ayah Orked cakap?” Tanya Idlan ingin tahu.
        “Tak adalah.” Jawab gadis itu acuh tak acuh.
        “Orked tak perlu tipu sesiapa. Abang faham.”
        “Aku tak…”
        Pantas Idlan berdehem menyebabkan Orked terdiam sejenak. Dia tahu Idlan tidak suka dia membahasakan dirinya aku kau.
        “Ayah berhak cakap apa sahaja. Orked tak kisah.” Ujar anak gadis itu muram. Kerut di wajahnya jelas kelihatan sewaktu dia menuturkan kata-katanya.
        “Abang dah cakap Orked tak perlu tipu diri sendiri. Kalau Orked tak suka dengan apa yang ayah Orked cakap, Orked kena berterus-terang dengan dia. Orked harus beritahu dia apa yang Orked rasakan.” Ujar Idlan menasihati.
        “Abang tak faham apa-apa. Selama ini abang bukan tinggal di sini. Bukan abang yang menghadap seorang ayah yang bencikan abang. Orked yang merasa semua ini. Orked memang anak sial bagi ayah.” Keluh Orked.
        Idlan terdiam. Dia menoleh memandang wajah gadis di sampingnya. Matanya meraut wajah yang penuh kesedihan itu. Sebenarnya jauh di sudut hati, dia benar-benar kagum dengan anak gadis itu. Orked seorang gadis yang tabah baginya. Mungkin caranya untuk menuntut perhatian ayahnya adalah salah, tapi dengan usia yang masih muda, gadis itu benar-benar dikaguminya.
        “Orked kena percaya pada Allah. Berdoalah lepas solat semoga Allah buka pintu hati ayah untuk menyayangi Orked. Abang percaya suatu hari nanti ayah akan sedar semua kesilapan yang dilakukannya pada Orked.” Bisik Idlan.
        Orked menoleh dengan perasaan sebak. Menatap ke arah Idlan yang turut memandangnya. Mata mereka bertentangan buat seketika. Untuk seketika Idlan langsung tidak mampu mengalihkan wajahnya. Sinar jernih di mata Orked membuatkan renungannya terpaku tidak mampu diganjak. Dia tahu risikonya memandang anak gadis itu lama-lama begitu, tapi entah kenapa kali ini dia tidak mampu menahan diri. Ada sesuatu yang bergetar di sanubari, menyulam ke setiap pelusuk sarafnya sedikit demi sedikit.
        “Kenapa abang baik sangat dengan Orked?” Tanya Orked tiba-tiba. Inginkan penjelasan.
        “Kenapa Orked tak mahu terima kebaikan orang lain pada Orked?” Soal Idlan pula, cuba bertenang.
        “Because I’m not deserve this. That is why.” Bisik Orked sayu. Dia bingkas bangun dari sisi Idlan lalu segera beredar pergi. Meninggalkan Idlan yang terpaku di tempat duduknya. Perlahan-lahan Idlan berpaling, memandang kelibat Orked yang beransur hilang. Kata-kata Orked menerpa ke benaknya satu persatu bagaikan ulangtayang. Sungguh! Dia takkan mungkin faham dengan Orked sampai bila-bila pun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.061665 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list