|
ADOILA DAYAH NIH...... |
|
|
|
|
|
|
|
tak pe la kesilapan ejaan... yang penting masih boleh baca dan faham...hehehhh...
taip la lagi laju2 silap eja pun tak pe yang penting sentiasa kenyang ngan n3... |
|
|
|
|
|
|
|
salah ejaan takpe...janji ada entry baru... |
|
|
|
|
|
|
|
buat kontrak lak diorg ni ha... kihkihkih.. sakurakuri nak lagiiiii!! kihkihkih |
|
|
|
|
|
|
|
morning.....sakura...nak lagi |
|
|
|
|
|
|
|
he he kelakar gak taufiq ni.......... |
|
|
|
|
|
|
|
silap ejaan sikit2 tu tak ade masalah punya, janji citer yang best nie sentiasa ada n3 nye .... tq |
|
|
|
|
|
|
|
best2 siap bsyarat2 plak...ingt btl2 la taufiq kne marah td...hehhehe |
|
|
|
|
|
|
|
best... sambung lagi
lawak aaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
mana dayah ngan taufik nih....takkan tak siap kemas umah lagi |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua...malam nanti sya masuk n3 baru..kena edit-edit sikit ejaan banyak salah lah...
terma kasih semua...
selamatberbuka puasa |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 172# sakurakuri
dah pagi tak de pun kikikikiki |
|
|
|
|
|
|
|
lagi syaratnya apa erkkk... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply sakurakuri
dah pagi tak de pun kikikikiki
redsentra Post at 12-8-2011 08:19
ye la ....dah pagi dah......mana n3 nih... |
|
|
|
|
|
|
|
salam...
pihak NASA melaporkan dua tiga hari ni sesiapa yg menggunakan alat tekomunikasi
harap banyak2lah bersabar...lebih2 lg dalam bulan pose ni, sebab ada 3 letupan besar-besaran di matahari mengakibatkan setelit turut tergangu.
internet di rumah sakurakuri turut jadi slow...kesulitan amat dikesali....
sape yg main mercun kat matahari tu? ciss betul! |
|
|
|
|
|
|
|
adegan diruang tamu menyaksikan TAufiq dengan seronoknya membuat beberapa syarat yang agak mengada-ngada....suasana begitu tenang diselaputi habuk2 dan bunyi bising televisyen siri astro ceria (sapela yg macam budak2 tu...)
~ sambung~ |
|
|
|
|
|
|
|
“ Ok, syarat yang ke 2...”
“ Wah..berapa kali awak nak ‘dua’ ni?”
“Ingat tak perasan.” Taufiq senyum.
Elleh, dasar suka ambik kesempatanlah tu.
“ Mmm...macam mana abang nak bagi syarat yang lain-lain kalau syarat-syarat yang abang bagi kamu tak ikut.”
“ Ye lah cik abang sayang!” Hidayah berkata geram. TAUfiq sudah mengulum senyum. Senang.
“ Sayang ke?”
“ Menyampah lagi ada kot.”
“ Amboi, mulut tu memang nakal ya,” pipi Hidayah di hadapannya itu dicubit lembut. Hidayah membalas pula dengan cubitan yang lebih ganas di pipi Taufiq. Aduh!
Taufiq memandang Hidayah. Dia sebenarnya tiada ada apa-apa syarat pun untuk perempuan itu. Sengaja mahu mewujudkan interaksi antara dia dan Hidayah sahaja.
Walaupun Hidayah tu ganasnya mengalahkan anak singa, tapi rasa senang itu ada. Pipinya yang dicubit ganas Hidayah tadi masih terasa kebasnya, terasa bergelora sampai ke hati.
“ Abang tak ada syarat apa-apa sebenarnya. Tapi abang pelik, kenapa perlu kita tidur asing-asing...kalau alasan kamu belum terima abang, itu bukan alasan munasahabah..,” Taufiq berkata perlahan. Dia berhenti seketika menarik nafas...
“....bila kita jarakkan, lagilah susah untuk perasaan tu ada.” Susahnya mahu menyebutkan perkataan yang satu itu. |
|
|
|
|
|
|
|
“ Boleh beri beberapa alasan?, supaya hati abang senang dengan permintaan kamu dan abang tak fikir bukan-bukan tentang kamu.” dia memerhatikan Hidayahnya itu. Rambutnya yang panjang sengaja diikat satu.
“ Saya belum sedia apa-apa...awak ..ops! abang tahu kan, kita kawin sebab orang tua...” dia berhenti. Tidak tahu apa mahu dikatakan. Dia sebenarnya tiada alasan apa-apa. Ya, dia sedang menafikan hak suaminya itu. Apa yang dia sedar, ego mengatasi semuanya.
“ Abang kawin dengan Dayah sebab abang yang mahu, bukan sebab orang tua yang mahu...tapi pada Dayah tu yang berlakukan.”
“ Boleh tak kita mulakan sekarang apa yang kamu kata sebagai ‘ cinta’ tu?...belajar menerima dan memberi.” Jari-jari Dayah digemgamnya erat-erat. Memohon pengertian dari wanita itu.
“ Susah...” belum sempat ayat dihabiskan , Taufiq memotong.
“ Kenapa ada susah? Kenapa ada alasan susah? Kalau sebelum ni kamu boleh beri hati kamu pada lelaki yang belum apa-apa dengan kamu, dengan suami kamu, kamu nafikan.” Hidayah terkedu. Tidak sangka kisah lama itu disebut lelaki di hadapannya itu.
“ Maaf, abang bukan mengungkit. Tapi abang cemburu pada masa lama kamu! Abang berhak kan dapat semua yang ada pada kamu?” berkata lah Hidayah. Berkata-katalah. Beri abang kesempatan untuk buktikan ini semua bukan permainan. |
|
|
|
|
|
|
|
Air matanya bergenang. Tiba-tiba rasa sayu. Bukan kerana dia teringatkan kisah dulu itu, bukan! dia cuma tidak faham dengan perasaan sendiri...selama mana dia mahu mogok dengan perkahwinan ini. Selama mana dia mahu ego dengan segala yang sudah berlaku?
Hidayah cuba berdiri. Dia mahu lari dari keadaan yang menjerat dirinya ini. Gemgaman tangan Taufiq yang masih erat itu menghalangnya.
“ Cubalah, kalau awak boleh buat saya jatuh hati pada awak,” Hidayah berlalu. Tangannya ditarik perlahan. Lenggang lenggok Hidayah dipandang sehingga ianya hilang disebalik dinding bilik itu.
Ego! Hurmmm...Taufiq menarik nafas. Lega barang kali. Lalu dicapainya telefon bimbit di atas meja, ditekan-tekan butangnya. Apa ya, apa nak ditulis ni. Dia mengeluh,,lalu telefon bimbit itu di letakkan kembali ke meja.
***********
Hidayah mengetuk-ngetuk bahunya yang sengal. Setelah penat berkemas dan menyapu seluruh rumah. Dia mengambil kesempatan untuk berehat-rehat di biliknya. Lenguh-lenguh seluruh sendinya. Kini dia bukan lagi puteri seperti di kampung.
Jadi semua kerja dia terpaksa lakukan. Wah....terpaksa juga dia tolong mengemaskan bilik Taufiq sekali. Sebagai pertukaran kata Taufiq. Isk, asyik mengarut je cikgu misai ni!
“ Sayang, esok tolong kemas bilik abang sekali ya,” Hidayah balas dengan jelingan maut saja dengan permintaan itu.
“ Sebagai pertukaran sebab tidur asing-asingkan! Syarat nombor 3” Taufiq tambah perisa lagi. Amboi, senangya hidup dia. Hello...sorri ya, khidmat bibik seberang tiada di sini ok! Hidayah mengetap bibirnya. Tak terluah kata-kata begitu.
Mahunya dia berani...buatnya malam ini Taufiq menceroboh ke biliknya, lalu...ahh...mengarut! mengarut! Hidayah mesti tanamkan dalam hatinya –Menantu grad A bapak akan berkelakuan baik sepanjang masa. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|