|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: CELEBRATE SUCCESS
[Copy link]
|
|

Author |
Post time 19-2-2025 10:19 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
nona84 replied at 19-2-2025 10:08 AM
masuk check in
Welcome nona.
Good morning  |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih 1.4 juta penjawat awam pilih SSPA

[size=14.399999618530273px]Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zaliha Mustafa. - Foto NSTP/Aswadi Alias
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Sebanyak 99.9 peratus atau 1,485,031 penjawat awam menandatangani Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zaliha Mustafa berkata jumlah itu merangkumi bilangan penjawat awam di peringkat Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
"Bagi pemindahan pegawai DG12 pula, urusan berkaitan dengan permohonan pertukaran guru akademik biasa (GAB) gred DG9 hingga DG14 adalah dibenarkan di bawah SSPA. "Namun begitu, pertukaran masih tertakluk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 7 tahun 2021 Pelaksanaan Permohonan Pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Sekolah dan Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia yang berkuat kuasa. "Pertimbangan kelulusan pertukaran adalah tertakluk kepada tiga prinsip asas iaitu kekosongan perjawatan, keperluan opsyen dan kepentingan perkhidmatan," katanya. Dr Zaliha berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, mengenai status cadangan pemansuhan skim pencen persaraan bagi penjawat awam yang diumumkan awal tahun lalu.
Opsyen SSPA dibuka selama 40 hari bermula 21 Oktober sehingga 30 November lalu bagi membuat pilihan sama ada memilih SSPA atau kekal dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM). Pelaksanaan SSPA juga tidak akan menjejaskan pencen pegawai awam yang berstatus tetap dan pelarasan gaji baharu hanya terpakai kepada mereka yang memilih opsyen SSPA saja. Pelarasan gaji baharu bakal diterima pegawai awam bertaraf tetap dan lantikan kontrak (COS) dengan gaji permulaan terendah ditingkatkan kepada RM1,500 sebulan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1363067/lebih-14-juta-penjawat-awam-pilih-sspa
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nona84 at 19-2-2025 10:51 AM
Lebih 400,000 meriahkan Pesta Perarakan Chingay Johor Bahru 2025

[size=14.399999618530273px]Lebih 400,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat membanjiri bandar raya ini sempena Pesta Perarakan Chingay Johor Bahru 2025 yang berlangsung semalam. - Foto NSTP/ Izz Laily Hussein
[size=14.399999618530273px]
JOHOR BAHRU: Lebih 400,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat membanjiri bandar raya ini sempena Pesta Perarakan Chingay Johor Bahru 2025 di sini.
Pesta Chingay yang sudah wujud lebih 150 tahun itu mendapat sambutan peminat dan pelancong dari dalam serta luar negara. Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan perasmian pesta perarakan itu dengan memalu gendang di pentas utama dekat Jalan Wong Ah Fook di sini, malam tadi
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya negeri, K Raven Kumar; Pengarah Tourism Johor, Sharil Nizam Abdul Rahim dan Pengerusi Persekutuan Tionghua Johor Bahru, Ho Sow Tong.
Pesta Perarakan Chingay Johor Bahru kali ini menyaksikan lebih 85 kenderaan berhias dengan penyertaan 21 pasukan tarian singa dan naga daerah Johor Bahru yang berarak sejauh kira-kira 7.8 kilometer bermula dari Kuil Xing Gong di Jalan Ulu Air Molek. Perarakan kemudian melalui Jalan Yahya Awal, Jalan Ibrahim, Jalan Wong Ah Fook, Jalan Gereja, Jalan Ngee Heng, Jalan Tun Abdul Razak dan kembali semula ke Kuil Xing Gong.
Ho berkata penganjuran acara itu melambangkan keindahan warisan budaya selain memaparkan keharmonian kaum dan pemahaman agama. "Ia dianjurkan bagi mengeratkan hubungan dan perpaduan sesama bangsa, persefahaman yang lebih mesra dalam kalangan etnik, selaras dengan falsafah Kerajaan Perpaduan. "Ini menjadi saksi hubungan erat dan perpaduan Bangsa Johor," katanya ketika berucap pada malam kemuncak Pesta Perarakan Chingay Johor Bahru 2025 itu.
Ho berkata Pesta Chingay itu diisytiharkan sebagai Warisan Budaya Kebangsaan pada 2012 dan dikenali sebagai antara tarikan pelancong di negeri ini. "Kini, usaha untuk pesta Chingay ini diangkat sebagai Warisan Budaya Dunia untuk mendapat pengiktirafan UNESCO sedang giat diusahakan supaya ia dikenali di mata dunia," katanya. Pesta perarakan itu membawa maksud yang signifikan kepada masyarakat Tionghua kerana menggambarkan semangat permuafakatan antara kelima-lima suku iaitu Teochew, Hokkien, Hakka, Guangsiew dan Hainan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1363026/lebih-400000-meriahkan-pesta-perarakan-chingay-johor-bahru-2025
|
|
|
|
|
|
|
|

Lebih 400,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat membanjiri bandar raya ini sempena Pesta Perarakan Chingay Johor Bahru 2025 yang berlangsung, semalam. - Foto NSTP/Izz Laily Hussein |
|
|
|
|
|
|
|

Lebih 400,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat membanjiri bandar raya ini sempena Pesta Perarakan Chingay Johor Bahru 2025 yang berlangsung, semalam. - Foto NSTP/Izz Laily Hussein |
|
|
|
|
|
|
|
Sabitan, hukuman mati ke atas 6 bekas pelajar UPNM tidak selamat - Peguam

[size=14.399999618530273px]Allahyarham Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain. - Foto fail ihsan pembaca
[size=14.399999618530273px]
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini diberitahu bahawa sabitan serta hukuman mati terhadap enam bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bagi kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, adalah tidak selamat dan seharusnya diketepikan. Enam bekas pelajar tersebut ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik mewakili Muhammad Najib dalam hujahnya berkata keterangan terhadap perayu ketiga tiada kes prima facie bagi kesalahan di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan apatah lagi bagi kesalahan membunuh. Beliau berkata Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam bergantung kepada keterangan saksi pendakwaan ke-27 (SP27) iaitu pemilik seterika. "Tiada dalam mana-mana keterangan SP27 mengatakan dia melihat perayu ketiga menyeterika mangsa (Zulfarhan).
Penemuan yang salah ini telah memprejudiskan anak guam saya. "Ini adalah kesilapan yang boleh dirayu," katanya pada pendengaran rayuan enam pelajar itu terhadap sabitan dan hukuman mati oleh Mahkamah Rayuan. Hisyam berkata kedua-dua Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan menganggap SP24 Ahmad Senabil Mohamad dan SP25 Mohd Syafiq Abdullah, juga bekas pelajar UPNM sebagai saksi boleh dipercayai, namun mereka menghujahkan bahawa Mahkamah Tinggi tidak melakukan penilaian maksimum terhadap keterangan pelajar tersebut.
"Jika berbuat demikian, Mahkamah Tinggi akan mendapati keterangan mereka tidak mempunyai kredibiliti. Mahkamah Rayuan melakukan kesilapan serupa. "SP24 ditahan dan direman 14 hari atas tuduhan menyebabkan kematian mangsa dan beliau memberi keterangan terhadap tahanan lain untuk menyelamatkan diri," katanya dan memohon supaya anak guamnya dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Persekutuan. Sementara itu, peguam Amer Hamzah Arshad mewakili Muhammad Akmal dan Muhammad Azamudin berhujah bahawa pihak pendakwaan gagal memenuhi standard diperlukan untuk memastikan sabitan terhadap dua perayu itu bagi kesalahan membunuh. Beliau berkata keterangan saksi pembelaan ke-19 (SD19), Dr Rohayu Shahar Adnan berhubung tahap kebarangkalian kematian akibat kecederaan melecur teruk atau punca alternatif kematian, telah jelas menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. "Oleh itu, jika diambil secara kumulatif, keterangan pakar saksi pendakwaan keenam (SP6) Dr Salmah Arshad adalah tidak muktamad dan bukti dikemukakan pihak pendakwaan tidak memenuhi unsur kesalahan membunuh.
"Pada keterangan dan laporan bedah siasat, SP6 merumuskan bahawa sebab kematian adalah disebabkan kecederaan melecur teruk," katanya. Sementara itu, peguam Datuk Mohd Zamri Mohd Idrus mewakili Abdoul Hakeem berkata mangsa berkemungkinan meninggal dunia akibat sindrom Steve Johnson, iaitu kematian itu disebabkan antibiotik diberikan doktor.
Pendengaran di hadapan panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersambung pada 28 Februari ini. Pada 23 Julai tahun lepas, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas pelajar UPNM itu kerana membunuh Zulfarhan, selepas membenarkan rayuan silang pendakwaan bagi menghidupkan semula kesalahan bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dihadapi mereka sebelum ini.
Pada 2 November 2021, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap semua enam pelajar itu, selepas mendapati mereka bersalah di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Zulfarhan tanpa niat membunuhnya. Bekas pelajar tersebut, kini berusia 29 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di blok penginapan Asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi 22 Mei 2017. Zulfarhan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1363016/sabitan-hukuman-mati-ke-atas-6-bekas-pelajar-upnm-tidak-selamat
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nona84 at 19-2-2025 10:52 AM
Isu cukai perlu dikemukakan kepada SCIT, bukan melalui semakan kehakiman di mahkamah

[size=14.399999618530273px]Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat melancarkan Buku Undang-undang & Prinsip Cukai Malaysia. Turut sama penulis buku,Datuk DP Naban (dari kiri),S Saravana Kumar dan Nur Amira Ahmad Azhar.- Foto NSTP/ASWADI ALIAS
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menekankan isu berkaitan cukai perlu dikemukakan terlebih dahulu kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT) dan bukan melalui semakan kehakiman di mahkamah. Dalam ucaptamanya, beliau menjelaskan mahkamah mempunyai bidang kuasa dalam hal cukai yang khusus. "Mahkamah sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa sebarang perkara yang sepatutnya dikemukakan kepada SCIT, sama ada melalui rayuan atau kaedah lain, mesti dikemukakan kepada mereka dan bukannya melalui semakan kehakiman di mahkamah," katanya. Bagaimanapun, beliau turut menekankan dalam soal tafsiran dan aplikasi undang-undang, ia tetap berada dalam bidang kuasa mahkamah, sekali gus menggariskan peranan semakan kehakiman dalam persoalan undang-undang.
Sebagai contoh, beliau merujuk kepada kes melibatkan Tenaga Nasional Berhad, di mana isu utama adalah sama ada 'elektrik' boleh dianggap sebagai komoditi dan dengan itu berhak mendapat pelepasan cukai tertentu.
"Seperti yang anda boleh hargai, aspek ini melibatkan persoalan undang-undang yang memerlukan tafsiran kehakiman – satu perkara yang hanya boleh dilakukan oleh mahkamah. "Keputusan Mahkamah Tinggi telah disahkan oleh Mahkamah Rayuan dan rayuan di Mahkamah Persekutuan masih menunggu keputusan," katanya. Tengku Maimun menyampaikan pandangan tersebut semasa majlis pelancaran buku "Malaysian Tax Law & Principles" yang ditulis oleh tiga peguam iaitu Datuk DP Naban, S. Saravana Kumar dan Nur Amira Ahmad Azhar di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini semalam.
Beliau juga mengingatkan peguam bahawa peranan mereka dalam isu cukai bukan sekadar untuk kepentingan pelanggan tetapi juga membantu memberi kesan kepada masyarakat umum. "Jadi, kepada ahli-ahli Badan Peguam yang dihormati, sama ada anda mewakili pembayar cukai atau pihak berkuasa percukaian, anda mesti ingat bahawa setiap duluan yang anda tetapkan bukan sahaja harus membawa keadilan kepada pelanggan anda tetapi juga kepada masyarakat yang mengharapkan tahap integriti tertinggi daripada semua yang bertanggungjawab menegakkan kedaulatan undang-undang," katanya. Tengku Maimun turut merujuk kes bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, di mana perlembagaan undang-undang cukai dicabar.
"Dalam kes tersebut, adalah didakwa Seksyen 106(3) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) adalah tidak sah atas alasan ia merampas kuasa kehakiman dalam Perkara 121(1) Perlembagaan Persekutuan, ia tidak memberi pembayar cukai hak untuk perbicaraan yang adil serta menghalang hak mereka untuk mendapatkan keadilan – kedua-dua hak tersebut dilindungi oleh Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan," katanya. Tengku Maimun mengakhiri ucapan dengan membincangkan sifat undang-undang cukai yang ketat dengan menyatakan walaupun ia adalah alat yang diperlukan untuk membiayai perkhidmatan awam ia sering menimbulkan kebimbangan dan ketakutan. "Saya fikir adil untuk mengatakan kebanyakan orang takut kepada pihak berkuasa cukai. Ramai, termasuk orang biasa mungkin lebih takut dengan kunjungan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berbanding polis atau pihak berkuasa lain. "Ini kerana apabila LHDN terlibat, bukan sahaja kebebasan dan liabiliti jenayah peribadi anda yang dipertaruhkan tetapi keseluruhan rekod perniagaan dan keadaan kewangan anda malah wang anda terbuka untuk dipersoalkan dan disita," katanya.
Tengku Maimun menegaskan walaupun undang-undang cukai adalah ketat, ia mesti kekal berlandaskan undang-undang untuk mengelakkan penyalahgunaan. "Seperti yang telah dikatakan sebelum ini, mahkamah tetap menjadi benteng terakhir keadilan yang melindungi masyarakat daripada ketidakadilan undang-undang," katanya. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1363030/isu-cukai-perlu-dikemukakan-kepada-scit-bukan-melalui-semakan
|
|
|
|
|
|
|
|
Op Hazard: Briged Tengah PGA rampas e-waste bernilai RM721 juta

[size=14.399999618530273px]Pegawai PGA dan Pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah menunjukkan buangan sisa berjadual yang dirampas dalam operasi Op Hazard di Sabah.
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas bahan buangan terjadual atau sisa elektrik dan elektronik (e-waste) bernilai RM721 juta dalam serbuan di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pada Sabtu lalu. Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata kejayaan itu dicapai menerusi Op Hazard bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan pihak berkuasa tempatan. Katanya, seramai 47 individu ditahan dalam 12 serbuan iaitu tujuh di Selangor, selain masing-masing dua di Negeri Sembilan dan Johor serta satu di Melaka. "Tangkapan melibatkan lima warga tempatan termasuk seorang perempuan dan 42 warga asing iaitu 40 lelaki dan dua perempuan. Tangkapan warga asing melibatkan warga Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Kemboja, China dan Singapura," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Hakemal berkata kes disiasat mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Senjata Api 1960 dan Akta Imigresen 1963. Katanya, polis menerusi PGA akan terus menjalankan tugas serta tanggungjawab bagi menjaga keselamatan negara, ketenteraman awam dengan penuh tanggungjawab dan profesional demi kesejahteraan serta kemakmuran rakyat Malaysia. "Pihak polis juga mengharapkan agar orang awam dapat menjadi mata dan telinga pihak polis dalam menyalurkan segala jenis maklumat berkaitan kes-kes penyeludupan yang berlaku bagi memastikan negara tidak dicerobohi oleh mana-mana elemen aktiviti yang menyalahi undang-undang," katanya. Semalam, pasukan Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam kenyataan memaklumkan kejayaan menumpaskan sindiket memproses e-waste secara haram membabitkan nilai rampasan RM410 juta dalam serbuan di dua kilang berasingan di Pekan dan Gebeng, Pahang pada Sabtu. Hasil serbuan menemukan puluhan guni sisa elektronik dan buangan terjadual seperti 'black powder' (tembaga/nikel), lebih 670 tan perak yang belum dan sudah diproses, dipercayai dibawa masuk dari China selain pelbagai mesin serta jentera memproses bahan pelupusan tanpa dokumen JAS. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1363032/op-hazard-briged-tengah-pga-rampas-e-waste-bernilai-rm721-juta
|
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa Seri Negara berwajah baharu menjelang Julai ini

[size=14.399999618530273px]Dr Zaliha Mustafa meninjau tapak pembangunan semula Carcosa Seri Negara sebagai sebahagian daripada Kuala Lumpur Creative and Cultural District (KLCCD). - Foto FB Dr Zaliha Mustafa
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Selepas hampir enam tahun ditutup, Carcosa Seri Negara bakal berwajah baharu selepas kerja-kerja pembangunan bangunan warisan negara itu siap menjelang Julai. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata usaha itu bagi menghidupkan kembali sejarah dan memastikan warisan itu terus dihargai, selaras dengan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL2040) serta persiapan ASEAN-Malaysia 2025. "Insya-Allah pembangunan semula Carcosa Seri Negara ini akan siap pada Julai tahun ini dan kami berusaha untuk buat satu program khas seperti majlis minum petang untuk memperkenalkan Heritage Malaysia kepada delegasi luar negara. "Dengan kerjasama antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Khazanah Nasional menjadikan projek ini sebagai flagship (kemegahan) kedua dalam pemuliharaan warisan Kuala Lumpur," katanya menerusi hantaran di Facebook semalam. alam hantaran sama, Dr Zaliha turut memuat naik foto ketika meninjau tapak pembangunan semula Carcosa Seri Negara sebagai sebahagian daripada Kuala Lumpur Creative and Cultural District (KLCCD). Beliau berkata fasa pertama projek ini melibatkan usaha memulihara bangunan itu sebagai muzium serta galeri seni manakala fasa kedua pula bakal menyaksikan pembangunan Hotel Lindungan-Eko yang menggabungkan hospitaliti bertaraf dunia dengan prinsip kelestarian alam. "Kerajaan komited menjadikan Kuala Lumpur bukan sekadar bandar raya moden, tetapi kota dengan identiti yang kaya dengan sejarah dan budaya," katanya. Bangunan bersejarah itu ditutup sejak 1 Jun 2019 selepas kerajaan Persekutuan mengambil alih premis itu daripada pihak ketiga. Carcosa Seri Negara yang pernah menjadi saksi kepada pemeteraian Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 dibina Residen Jeneral British pertama di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu iaitu Sir Frank Swettenham. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1363035/carcosa-seri-negara-berwajah-baharu-menjelang-julai-ini
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nona84 at 19-2-2025 10:52 AM
Jaclyn kesal jadi mangsa foto bogel palsu

[size=14.399999618530273px]Jaclyn kecewa dengan apa yang berlaku dan bakal membuat laporan polis bagi melindungi hak dan maruah dirinya yang dipersendakan.
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Penyanyi Jaclyn Victor, 47, kesal apabila dirinya menjadi mangsa berita palsu yang disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam keadaan 'tidak manis'. Jaclyn menerusi hantaran dimuatnaik di akaun Instagram (IG) miliknya nyata kecewa dengan apa yang berlaku dan bakal membuat laporan polis bagi melindungi hak dan maruah dirinya yang dipersendakan. "Mereka ini betul-betul buat saya marah. Cukup-cukuplah. Nak cakap lebih-lebih tak guna, nanti kita juga yang jadi orang tak baik. "Saya akan pergi ke balai polis sebab perkara ini sudah tidak terkawal. Kenapa saya bogel?," katanya dalam kapsyen ditulis.
Difahamkan, foto Jaclyn yang disunting menunjukkan dia kononnya ditangkap dengan tangan digari dalam keadaan 'tidak manis' apabila turut diiringi polis.
Foto yang disunting itu bagaimanapun dipercayai digunakan untuk tujuan aktiviti penipuan atau 'phishing' dalam talian. Terdahulu, wajah Jaclyn disunting untuk satu berita palsu yang disebarkan di laman Facebook. Bukan hanya suntingan pada foto sahaja, namun nama Jaclyn juga ditulis pada tajuk berita berkenaan yang berlatar belakang seperti keluar dari mahkamah.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/02/1363069/jaclyn-kesal-jadi-mangsa-foto-bogel-palsu
|
|
|
|
|
|
|
|
Malek Noor sedia terima tawaran lakonan sesuai

[size=14.399999618530273px]Malek meluahkan rasa syukur apabila pada usia 70 tahun masih menerima tawaran sebagai duta @kl Steamboat & Grill. Foto HM Online
[size=14.399999618530273px]
AMPANG: Pelakon dan legenda bina badan negara, Datuk Abdul Malek Mohamed Noor memilih menikmati kehidupan yang lebih sederhana selepas hampir empat dekad menceburi bidang seni. Mengaku sudah lama tidak bergiat aktif sebagai pelakon, Malek bagaimanapun terharu apabila masih ramai yang mengenalinya menerusi beberapa filem dibintangi. "Saya pernah berada dalam dunia glamor, namun, sekarang lebih selesa untuk bersederhana dan lakukan apa yang saya suka. Misalnya, terbabit dalam dunia perniagaan atau memberi motivasi. "Tidak dinafikan kadang-kadang apabila ada yang masih kenal dan tegur, saya jadi segan. Kalau hendak tahu di luar kamera, saya agak pemalu. "Malah, kalau ada yang sebut mengenai penghargaan yang pernah saya terima sepanjang aktif dalam sukan bina badan pun, saya rasa segan," katanya ditemui pada majlis Cahaya Ramadan @KL Steamboat & Grill 2025 di sini, baru-baru ini. Malek mengaku masih terbuka untuk menerima tawaran lakonan yang sesuai dengan usianya. "Ramai kenalan yang hubungi apabila melihat sedutan lakonan saya dalam media sosial. Saya berterima kasih masih ada yang hargai dan kenal saya. "Cuma kalau soal tawaran, Insya-Allah, saya okay. Asalkan watak diberi sesuai dengan usia saya sekarang," katanya. Sementara itu, Malek meluahkan rasa syukur apabila pada usia 70 tahun masih menerima tawaran sebagai duta @KL Steamboat & Grill. Perniagaan ini diusahakan empat usahawan muda iaitu Mohd Zulkifli Mohd Talib, Mohd Farid Jamaluddin, Mohd Samsul Mior Atan Ahmad dan Mohd Halmie Mior Atan Ahmad. "Saya mahu bantu anak-anak muda bina perniagaan. Hampir setiap minggu saya datang dan rasa juadah 'steamboat' dan 'gril' di sini," katanya.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/02/1362860/malek-noor-sedia-terima-tawaran-lakonan-sesuai
|
|
|
|
|
|
|
|
Hisyam nafi bercinta dengan penerbit drama, anak tidak mahu emak baharu
[size=14.399999618530273px]Hisyam nafi bercinta dengan penerbit drama, sebaliknya sudah kenal lama dan berkongsi minat sama. - Foto NSTP
KUALA LUMPUR: Pelakon Hisyam Hamid, 40, menafikan menjalin hubungan istimewa dengan penerbit drama seperti yang hangat diperkatakan.
Mengakui mengenali individu dikaitkan dengannya, Hisyam berkata, hubungan mereka sekadar kawan dan rakan sekerja.
"Macam-macam cerita saya dengar. Ada yang kata saya bercinta dengan pelakon, sekarang dengan penerbit pula. "Cerita seperti ini datang seiring dengan status saya sebagai duda. Ketika berkahwin dahulu, bekas isteri temankan saya, jadi selamatlah... Orang pun tak boleh nak cakap apa-apa apabila bekas isteri sentiasa bersama. "Kalau ditanya adakah kami bercinta, gosip ini tidak benar. Kami hanya kawan sekerja. Lagipun, saya banyak terbabit dalam drama terbitan syarikat produksi miliknya," kata Hisyam yang ditemui pada majlis pelancaran program Ramadan Unifi TV, baru-baru ini. Pelakon drama rantaian Andai Tiada Dia ini sentiasa berhati-hati dalam berkawan supaya tidak timbul perkara berbangkit. "Kami sudah lama kenal rapat. Bukan sahaja dengan dia, tetapi keluarganya juga. Secara kebetulan, kami berkongsi minat sama iaitu bola. "Kami kenal ketika masih mempunyai pasangan. Jika keluar, biasanya ramai-ramai dan tak pernah berdua," jelasnya lagi. Sementara itu, selain selesa dengan kehidupan solo, aktor kacak itu turut mendedahkan anak lelakinya melarangnya kembali mendirikan rumah tangga.
"Saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Anak-anak pun suka. Saya tidak terdesak pun hendak kahwin. Saya sibuk dengan kerja. Kalau tiada 'shooting', saya sibuk dengan bisnes. "Emak pernah tanya, saya tidak mahu kahwinkah? Emak cakap umur pun masih muda. Apabila dengar soalan ini, anak lelaki cepat-cepat cakap tidak mahu emak baharu," katanya sambil ketawa. Terdahulu, Hisyam dan Rosmawati Hanafi mendirikan rumah tangga pada 2006. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15. Pasangan itu berpisah pada Mei tahun lalu, namun, masih mengekalkan hubungan baik demi anak-anak.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/02/1362865/hisyam-nafi-bercinta-dengan-penerbit-drama-anak-tidak-mahu-emak
|
|
|
|
|
|
|
|
Sharifah Rose, Ezzrin Loy tiga tahun bercinta

[size=14.399999618530273px]Hubungan Sharifah Rose dan Ezzrin Loy makin erat dan bakal bawa bertemu keluarga.
KUALA LUMPUR: "Saya baru rancang nak bawa Ezzrin berjumpa dengan keluarga. Doakan yang baik-baik buat kami," kata pelakon, Sharifah Rose ketika diminta mengulas hubungan cintanya dengan pelakon Ezzrin Loy, 27. Sharifah Rose berkata, mereka sudah berkawan dan mengenali hati budi selama tiga tahun dan hubungan juga diketahui oleh keluarga. "Sudah sampai masanya untuk saya perkenalkan Ezzrin kepada keluarga. Ini adalah langkah pertama dalam hubungan kami. "Maklumlah, saya satu-satunya anak perempuan dalam keluarga dan ibu bapa sangat tegas dalam perkara ini. Jadi, saya sangat berhati-hati untuk beritahu perkara membabitkan soal peribadi," katanya. Ditanya kriteria yang ada pada Ezzrin yang juga adik pelakon Elfira Loy, Sharifah Rose berkata, dia sangat selesa berkawan dengannya. "Sebenarnya, saya tidak kisah berkawan dengan sesiapa, asalkan seorang yang bertanggungjawab. "Ezzrin pemalu. Saya selesa berkawan dengannya mungkin kerana kami menceburi bidang sama. "Saya pernah kenal dengan lelaki dalam bidang berbeza, tapi kami tidak tahu mahu berbual topik apa ketika berjumpa," katanya. Mengenai perancangan berkahwin, katanya, dia mensasarkan usia sebelum 30 tahun untuk berkahwin. "Biasalah, wanita mesti sasar usia sebelum 30 tahun. Saya mencecah usia 27 tahun ini," katanya. Terdahulu, perkongsian video mesra Sharifah Rose bersama Ezzrin di platform media sosial TikTok menjadi perhatian netizen dan menimbulkan spekulasi kini hangat bercinta.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/02/1362894/sharifah-rose-ezzrin-loy-tiga-tahun-bercinta
|
|
|
|
|
|
|
|
'Berani goda? Kena gigit nanti...'

[size=14.399999618530273px]Kamal nafi digoda wanita, spekulasi cerai timbul disebabkan kurang muncul bersama Uqasha dalam media sosial. - NSTP/Eizairi Shamsudin
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Kemelut rumah tangga membabitkan pasangan selebriti, Kamal Adli dan aktres jelita, Uqasha Senrose belum surut meskipun empunya diri menafikannya. Tanpa angin, tanpa ribut, timbul dakwaan Uqasha sudah memfailkan perceraian secara senyap-senyap susulan krisis rumah tangga yang dikatakan gagal menemui jalan penamat. Enggan terus berteka-teki, kenyataan Kamal mahupun Uqasha amat didambakan supaya spekulasi nakal yang bertebaran tidak berlarutan. Bertemu Kamal pada majlis pelancaran program Ramadan Unifi TV memberi peluang kepada aktor berkenaan menjelaskan situasi sebenar dalam rumah tangga mereka. Mengulas Uqasha dalam satu sesi 'live' mendedahkan suaminya digoda wanita menyangkakan mereka sudah bercerai, Kamal menafikan. "Tidak adalah, mana ada saya kena goda. Berani hendak goda saya, kena gigit nanti (ketawa). Saya percaya spekulasi timbul disebabkan kami kurang muncul bersama dalam media sosial.
"Memang saya sibuk menjalani penggambaran drama selama enam bulan. Saya tidak dapat tumpu kepada isteri dan anak. "Ketika Uqasha hamil, saya kerap ke luar daerah atas urusan kerja. Saya hendak 'bayar' balik 'hutang' dengan memberi lebih fokus kepada keluarga selepas ini," katanya kepada BH Online. Katanya, dia dan Uqasha terjebak dengan 'virus' sebelum ini. "Ini jangkitan kisah rakan artis berdepan dengan masalah rumah tangga. Ada yang sengaja buat cerita rumah tangga kami juga bergolak. "Secara kebetulan, kami sudah lama tidak muncul bersama dalam media sosial. Jadi, orang ramai sangka rumah tangga kami betul-betul bermasalah. Sedangkan, saya dan Uqasha okay sahaja.
"Apabila saya keluarkan kenyataan sudah menjadi adat suami isteri, ada pasang surut, mereka ambil kenyataan saya. kononnya kami bergaduh. Apabila baca balik, kami pula garu kepala," katanya. Kamal berkata, bohonglah jika tidak terganggu sebab orang ramai mula bertanya, hinggakan emak dan keluarga Uqasha pun tertanya-tanya, apakah mereka bermasalah. "Jawapan tetap sama, kami tiada masalah. Cuma, saya sibuk dengan kerja dan sekarang. Saya mahu tumpukan perhatian untuk menjaga anak, Hawra Uqaira.
"Bagaimanapun, saya fikir isu ini tidaklah sampai mengganggu fikiran Uqasha. Lagipun, saya pesan supaya jangan layan gosip bukan-bukan. Fokus kepada anak dan kerja. Uqasha pun hendak mula berlakon semula selepas lama berehat. "Uqasha sedang 'pasang badan' dan sibuk berdiet. Tidak payahlah fikir soal isu yang tidak berkesudahan," katanya. Mengulas dakwaan mengatakannya dan Uqasha sudah pergi ke Mahkamah Syariah dan bercerai secara senyap-senyap, Kamal ingin jelaskan, mereka masih berdua, tiada masalah.
"Mahkamah Syariah pun saya tak tahu di mana... Mustahil untuk kami sampai ke tahap ini. Kalau ada apa-apa terjadi atau sebelum hendak terjadi pun, saya akan fikir dahulu. "Sebagai lelaki, saya akan ke hadapan dan tidak akan biarkan wanita melakukannya. Insya-Allah, tidak akan terjadi (perceraian). Saya sayang isteri, anak dan keluarga saya. "Saya bukan tak mahu kerap kongsi gambar bersama, cuma selepas kes kena serang di Singapura, saya secara automatik hilang kepercayaan terhadap media sosial. Saya trauma dan seperti orang bodoh selama tiga bulan.
"Saya takut hendak keluar, bimbang ada orang ikut saya. Banyak perkara tidak bagus mengganggu fikiran. Hanya selepas tiga bulan barulah saya terbuka hati kembali berlakon. "Saya pernah cuba muat naik gambar, tetapi saya padam balik disebabkan trauma. Impak kejadian ini sangat besar terhadap emosi saya," katanya. Terdahulu, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dan dikurniakan cahaya mata, Hawra Uqaira. Pada Mac 2023, Kamal mengalami cedera parah didakwa akibat diserang oleh individu tidak dikenali di Singapura.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/02/1363063/berani-goda-kena-gigit-nanti
|
|
|
|
|
|
|
|
Sissy tak sangka dapat pujian jadi hos AJL 39

Gandingan Sissy dan Naz dikatakan tidak melalut, sebaliknya banyak berkongsi maklumat berguna. - NSTP/Aswadi Alias
KUALA LUMPUR: Kali pertama mengendalikan acara anugerah berskala besar, Sissy Imann, 29, tidak menduga aksinya ketika menjadi hos Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39 bersama gandingan, Nazrudin Rahman atau Naz, mendapat reaksi positif penonton. Berkongsi persiapan menjelang malam kemuncak, Sissy berkata, dia dan Nazrudin banyak berbincang dengan penulis skrip mengenai pengisian acara sebelum bertukar pandangan dengan pasukan produksi. "Saya dan Naz sama-sama teliti skrip dan buat suntingan bersama penulis skrip. Bagi maklumat yang berkaitan karya dipertandingkan, saya rujuk pula dengan komposer terbabit," katanya kepada BH Online. Sebaik AJL 39 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil, Ahad lalu, berakhir, netizen memuji gandingan Sissy dan Naz yang dikatakan tidak melalut, sebaliknya banyak berkongsi maklumat berguna. Pengetahuan Sissy dalam bidang muzik turut dipuji penonton hingga ada yang mencadangkan agar dia diberi peluang mengendalikan edisi ke-40 acara anugerah berprestij itu, tahun depan. Pada AJL 39, komposer Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh mencipta kejutan apabila lagu Hening Rindu ciptaan mereka yang dinyanyikan Marsha Milan dinobat juara. Kejayaan itu melayakkan Ikhwan, Wan Saleh dan Marsha membawa pulang trofi dan wang tunai RM100,000. Sissy berkata, biarpun memiliki ijazah sarjana dalam bidang muzik, dia masih merujuk kepada pakar dalam aspek berkaitan teknikal. "Contohnya, apabila bercakap mengenai kumpulan suara, saya hubungi Datuk Syafinaz Selamat untuk pastikan perkara yang ingin disampaikan betul. "Langkah ini penting kerana tanggungjawab yang dipikul saya dan Naz sangat berat. Kalau kami sampaikan perkara salah, tidak seronoklah," katanya yang bergegas 'terbang' ke Taiwan atas urusan kerja sebaik tugasnya selesai.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/02/1363091/sissy-tak-sangka-dapat-pujian-jadi-hos-ajl-39
|
|
|
|
|
|
|
|
Konsert Pinkfish: Kematian 3 pengunjung disebabkan dadah perangsang

Hussein.
PETALING JAYA – Laporan patologi mengesahkan punca kematian membabitkan tiga pengunjung di konsert Pinkfish Countdown 2024 berpunca daripada pengambilan dadah jenis perangsang. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bagaimanapun punca kematian seorang lagi mangsa tidak dapat disahkan buat masa ini berikutan masih menunggu laporan patalogi dari pihak hospital.
-ADVERTISEMENT-
“Punca kematian adalah ‘stimulant drugs intoxication’, manakala laporan seorang lagi mangsa masih dalam tindakan pihak hospital. “Setakat ini seramai 53 orang saksi sudah dirakam percakapan berhubung kes berkenaan. Siasatan lanjut sedang dijalankan dan akan dirujuk ke pihak koroner selepas siasatan selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini. Terdahulu, Kosmo! melaporkan, polis sedang menyiasat kematian dua lelaki dan dua wanita selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, di sini selepas menerima laporan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Sehubungan itu, Hussein berkata, dua daripada tiga pengedar dadah yang ditangkap susulan kematian empat individu terbabit telah dituduh di mahkamah secara berasingan antara 7 dan 9 Januari lalu. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2025/02/19/konsert-pinkfish-kematian-3-pengunjung-disebabkan-dadah-perangsang/
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|