|
SOSEHSOSEH: Mamat, Nur Syuhada bercinta?
KECOH juga jadinya apabila Shahmira Muhammad atau Shuib membuat pengakuan sudah bertunang dengan penyanyi Siti Sarah Raisuddin pada 16 November tahun lalu dan merancang melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.
Ada yang membuat pelbagai persepsi apabila ia diadakan secara mengejut. Biar apa orang hendak kata, SS percaya pasangan itu dalam proses membuat perancangan terbaik untuk hari bahagia mereka yang bakal tiba.
Selepas Shuib, kisah seorang lagi anggota trio Sepah, Mamat pula dikatakan sedang dilamun cinta. Selain Shuib dan Mamat, kumpulan pelawak berkenaan turut dianggotai Mohd Nadzri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep.
Berbalik kepada cerita Mamat tadi, SS dapat tahu Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad yang berasal dari Johor Bahru kini intim dengan seorang penyanyi dan pemain gitar kumpulan Butterfly, Nur Syuhada.
Walaupun baru beberapa bulan berkenalan, kemesraan mereka jelas terbayang. Masing-masing turut berkongsi minat yang sama dalam bidang seni. SS difahamkan, mereka kerap meluangkan masa bersama.
Sejauh mana hubungan mereka ini, SS kurang pasti, namun daripada pengamatan rakan terdekat pasangan ini, mereka mengakui nampak intim. Eloklah, jika kedua-duanya masih belum berpunya. Tidak salah jika masing-masing menagih cinta.
Nur Syuhada yang masih menuntut dalam jurusan muzik di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Kuala Lumpur adalah adik kepada pemain gitar kumpulan rock Kristal, Rodi. Kumpulan Butterfly sendiri dianggotai lima gadis cantik. Begitupun, pastinya masing-masing mahu mengukuhkan nama dalam dunia seni selain Syuhada pula mahu menamatkan pengajian supaya bergelar artis terpelajar.
Bagaimanapun, SS ucap tahniah dan tabik kepada Mamat yang berjaya menawan hati gadis cantik seperti Syuhada
credit metro... |
|