CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: katt

MATCH MADE IN HEAVEN (starts at pg 40)

[Copy link]
Post time 13-6-2003 05:25 PM | Show all posts

episod hari nie..

babak yg paling aku tak tahan nak gelak..
masa diorg berempat tgh lunch..
LOL
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2003 05:36 PM | Show all posts
tak sangka plak si shin tu rupenye kepo jugak.. hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2003 05:43 PM | Show all posts

Kepoh!

Betul...betul tu, that's the word :bg:. Mr. Shin tu tak sangka betul, semuanya sebab salah faham....habis semuanya kecoh!

Scene masa lunch tu tak larat nak tengok.  Rasanya Sang-hyun, kalau ikutkan hatinya nak tumbuk je Mr.Shin kalau dia tu bukan boss. Masing-masing nak maintain cool.....konon!
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2003 07:49 PM | Show all posts

ano..

citer kelmarin ngan hari nie pun aku miss..sekian..harap maklum
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2003 10:01 PM | Show all posts

Notis.....

Makluman anda diterima......^_^.

Harap banyak bersabar sebab kesulitan teknik masih belum diatasi .

Kalau tiada aral.....summary episod 23 & 24 akan dipostkan secara back to back nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2003 11:53 PM | Show all posts
citer kemarin ngan arini sume org asyik silap paham je.. penat jek gaduh tapi rupeye salah paham.. paling kelaka kat Hee Soo ngan Suk Gu tu.. nampak je kecik tapi berwawasan per...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-6-2003 12:37 PM | Show all posts
Yelah....selalu je mereka ni salah faham antara satu sama lain sampai nak bergaduh terutamanya Sang-hyun dengan Sung-jin bila melibatkan buah hati mereka.

Suk Gu tu memang berwawasan betul budaknya. Dah ada long-term planning nak ambil hati Hee-soo & bapanya. Sampai Seung-won pun rasa tercabar dengan dia, maklumlah gelaran "menantu kesayangan" mungkin bertukar tangan!

*** Kesulitan teknikal telah diatasi....tunggu masa nak re-call cerita je. TUNGGU.......:2cool:.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2003 11:06 PM | Show all posts

yahoo..

Originally posted by katt at 2003-6-18 12:37 PM:
*** Kesulitan teknikal telah diatasi....tunggu masa nak re-call cerita je. TUNGGU.......


so I'll be waiting..

oh ya..tadi pun aku miss gak..isk isk isk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-6-2003 11:59 PM | Show all posts
Episod 23 ~ Isnin 16/6/03

Satu hari masa Seung-lee serve lunch, dia secara tak sengaja telah menyebabkan seorang pelanggan marah. Min-young yang kebetulan nampak apa yang berlaku telah bertindak meredakan kemarahan pelanggan tu dengan memberikan wain komplimentari sebagai tanda minta maaf. Seung-lee lepas tu rasa susah hati dan rendah diri sebab tak pandai bertindak macam Min-young.

Di hotel ada keluar notis tentang peraduan idea terbaik untuk rancangan percutian. Semasa break, Hae-jin, Seung-lee & Min-young masing-masing bersembang tentang percutian yang ideal  tanpa perlu pergi jauh-jauh. Seung-lee terutamanya dan juga Min-young ada beberapa idea yang menarik. Dan lepas kerja masing-masing pun sibuk buat usul untuk pertandingan projek percutian tu berdasarkan perbualan mereka sebelum tu.

Di Happy Virus pula, Seung-won tak bersetuju dengan cara bapa mertuanya menguruskan kedai. Mr. Yoon  sangat bermurah hati terhadap pelanggan apa lagi kalau pelanggan tu kawan-kawan dia. Kalau berterusan juga, Seung-won bimbang bisnes mereka akan lingkup. Kebetulan pula satu hari, Mr. Yoon terima tempahan kumpulan 20 orang pelanggan tetap yang nak adakan jamuan di pub tu. Tapi lepas tu dia terima juga tempahan oleh kawannya sendiri walaupun dia tahu tempat dah penuh.

Seung-lee & Min-young dipanggil oleh En. Shin sebab usul yang mereka hantar untuk pertandingan tu sama segala butirannya. Seung-lee jadi betul-betul marah dengan Min-young yang dikatanya mencuri ideanya. Min-young pula cakap dia tak bersalah sebab masing-masing ada idea tersendiri. Hae-jin pula tak terkata apa bila disuruh pilih siapa yang betul.

Bila pelanggan yang dah tempah jamuan tu datang ke Happy Virus, tak ada tempat langsung untuk mereka. Ini yang buat Seung-won meradang dan bergaduh dengan bapa mertuanya. Balik ke rumah, masing-masing dah masam muka. Hee-jung pula bergaduh dengan ibunya sebab masuk pihak Seung-won. Bila dah teruk, Seung-won & Hee-jung pun berura-ura nak pindah ke rumah sendiri langsung menyebabkan mertuanya bertambah marah.

Time Seung-lee dan Min-young bergaduh, Sang-hyun dan Sung-jin pun turut terlibat bila nak mempertahankan gf masing-masing. Seung-lee bercadang nak buat semula usul projek yang baru begitu juga dengan Min-young. Kali ni ditolong oleh bf masing-masing. Kelakar betul part mereka nak berbincang. Sorok-sorok dan berahsia tak mahu musuh dengar atau curi idea. Yang seronok tengok keadaan ni ialah En. Shin. Bila Hae-jin nak damaikan mereka, En. Shin tak bagi.

En. Shin : 'Budak-budak' memang bergaduh semasa membesar. Yang penting mereka bergaduh untuk tujuan yang baik. Lagipun, api dan pergaduhan aadalah yang paling bagus untuk ditonton. Jadi, jangan dirosakkan, tonton sahaja.

Hae-jin   : En. Shin, awak tahu, kadangkala awak ni busuk hati.

En. Shin : Bagaimanapun saya sentiasa hebat. :sp:

Sang-hyun dan Sung-jin bergaduh punyalah teruk sampai tak boleh duduk serumah. Walaupun yang bergaduh asalnya Seung-lee & Min-Young tapi yang beria-ia ialah bf mereka. En. Shin pun seronok sangat nak jadi batu-api pada mereka berdua sampai Hae-jin tak percaya dengan perangai Pengurus Besar tu. Sebenarnya En. Shin tahu seteruk mana pun the 2 guys bergaduh, takkan lama punya.

Hae-jin tiba-tiba dapat panggilan dari Kapten yang dia dah nak kahwin dengan lelaki Peranchis yang dia jumpa di Switzerland. Jadi, dia nak jual apartment mereka tu dan Hae-jin & Min-young terpaksalah cari tempat baru. The 2 girls pun susah hati sebab mereka tak banyak simpanan (terutamanya Min-young) untuk menyewa tempat baru.

Entah macamana sebelum tarikh akhir hantar usul projek untuk pertandingan tu, Seung-lee tertinggal disket dia yang ada semua usul tu di kaunter dan Min-young terjumpa.  Sebab waktu dah suntuk, Min-young pun tolong hantarkan disket tu untuk pertandingan.

Seung-lee pula bila sedar disket tu hilang, dia pun rasa bersalah sebab terlalu marahkan Min-young. Jadi, untuk tolong Min-young & Hae-jin, dia minta Mr. Yoon dan isterinya sewakan bahagian bawah rumah mereka pada kawan-kawannya tu. Mr.Yoon pun setuju sebab dia nak kumpul duit beli rumah untuk Hee-jung. Walaupun mereka marah tapi sebenarnya tak sampai hati pula nak biarkan anak-menantu menyewa rumah dengan kadar yang tinggi.

Akhirnya Seung-lee dapat tempat kedua dalam pertandingan perancangan percutian tu. Dia tak sangka yang Min-young yang hantarkan disket dia. Dan Min-young pula terharu dengan keikhlasan Seung-lee mendapatkan tempat tinggal di samping tolong bersihkan tempat tu sebab Seung-lee tahu Min-young tak tahan habuk. Akhirnya mereka berdua pun berbaik seperti biasa. Bila the girls dah baik semula, maka tak ada reason lagi untuk Sang-hyun & Sung-jin untuk terus bergaduh, kan. Yang kelakarnya masa tengah hebat bergaduh mereka buat keputusan terburu-buru nak pindah rumah. Akibatnya terpaksa merayu kepada tuan rumah agar ambil mereka kembali.

Begitulah ceritanya, kini rumah Mr. Yoon dah ada ramai perempuan sampai Mr. Yoon pun segan nak baca newspaper di ruang tamu. Sanggup dia berkurung dalam bilik ^_^.

[ Last edited by katt on 19-6-2003 at 11:31 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2003 12:03 AM | Show all posts
Episod 24 ~ Selasa 17/6/03


Sang-hyun dapat berita dia menang tempat kedua peraduan meneka pasukan bolasepak Korea Selatan ke separuh akhir World Cup 2002. Hadiahnya ialah melancong ke Asia Tenggara pada musim panas untuk dua orang iaitu tiket pesawat & penginapan. Sung-jin pun tumpang seronok dengan hadiah tu sebab sangkanya tentu Sang-hyun akan bawa dia pergi sebab dia dah banyak menolong Sang-hyun dengan peraduan tu tapi Sang-hyun ada idea lain ^_^.

Tapi staf hotel tak digalakkan bercuti dalam bulan Julai sebab akan sibuk dengan promosi Pesta Musim Panas jadi terpaksalah Sang-hyun fikirkan kepada siapa dia nak berikan tiket tu. Bila dia nak berikan pada parents dia, bapanya kata Buat apa bazirkan duit di negara asing bila laut dah terbentang luas di depan rumah?. Mr. Shin bila tengok Sang-hyun susah hati pun bermurah hati nak izinkan dia cuti masa bulan Julai tapi tak guna juga sebab bukannya dia boleh pergi dengan Seung-lee. Maka, melihatkan segala perkembangan terkini, Sung-jin punyalah seronok sebab dia nak sangat tiket tu.

Bermulalah kempen mengambil hati oleh Sung-jin kepada Sang-hyun. Dia sebenarnya nakkan tiket tu untuk beri parents nya untuk pergi melancong. Tapi Sang-hyun pula dah buat keputusan berikan tiket hadiah tu kepada Seung-lee sebagai langkah pertama mengambil hati bakal mertua. Seung-lee pun terima tiket untuk dijadikan hadiah bagi ibu tiri Seung-won & Seung-lee. Seung-won faham maksud Seung-lee supaya mereka berbaik-baik semula dengan bapa & ibu tiri mereka tapi Hee-jung tersilap faham. Dia ingatkan ibu & ayah yang dimaksudkan Seung-lee tu adalah ibubapanya sendiri.

Hee-jung punyalah seronok dengan rancangan tu tak sabar-sabar beritahu mak bapak dia tanpa confirm dengan Seung-won dulu. At the same time, Seung-won pun telefon bapa dia. Bapa & mak Hee-jung punyalah gembira dengan rancangan melancong tu sampai tak lena tidur malam. Asyik teringat pasal percutian tu. Siap nak ambil gambar baru renew passport dan macam-macam lagi. Tidur malam pun tersenyum ^_^.

Bila Sung-jin tahu yang Sang-hyun berikan tiket tu pada Seung-lee, dia punyalah marah & merajuk sampai perang dingin, lagi! Sang-hyun pun jadi serba-salah tapi dia pun fikir kalaulah Sung-jin yang  jadi dia, yang menang tiket tu…tentu dia akan berlari-lari pergi berikannya kepada Min-young, kan.

Di tempat kerja, semasa rehat dengan Seung-lee, Sang-hyun & Hae-jin barulah Hee-jung tahu yang Seung-lee & Seung-won nak berikan tiket tu kepada parents mereka dan bukan sebaliknya. Pucat juga bila tersedar yang dia dah tersilap cakap. Di Happy Virus pulak, bapa mertua Seung-won asyik je tersenyum dengan dia sambil kenyit-kenyit mata lagi sebab hatinya gembira. Seung-won yang tak tahu apa-apa akhirnya sedar salah-faham tu bila Suk-gu datang membawa maklumat pasal percutian di Bangkok. Pandai budak ni nak ambil hati bakal mertua, siap ada palm-top pc lagi. Berwawasan dan sistematik bentuk strateginya. Anyway, Seung-won pun mula susah hati macam wife dia macamana nak selesaikan problem ni.

Seung-won & Hee-jung pun cuba dapatkan tiket extra tapi kena masuk waiting list dulu. Bila parents Hee-jung tahu tentang mixed-up ni, mereka pun decided untuk mengalah sahaja sebab tak mahu anak menantu mereka membazir beli tiket yang mahal. Mereka pun beri alasan tak dapat pergi sebab ada party bekas tentera laut. Tapi kebetulan pula bapa Seung-won telefon tak jadi pergi sebab percayakan psikik yang tak galakkan mereka ke luar negara. Jadi dapatlah Mr. Yoon dan wifenya yang pergi akhirnya.

Tapi sampai di airport, terkandas juga sebab passport mak mertua Seung-won dah expire. Dia terlupa yang time dia pergi Jepun sebelum tu dah lebih 5 tahun. Maka baliklah mereka ke rumah pada hari yang sama. Tapi Sung-jin & rakan-rakan cheer them up dengan berikan voucher penginapan hotel percuma kepada mereka sempena Pesta Musim Panas.  

^_^

[ Last edited by katt on 19-6-2003 at 01:41 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2003 01:27 AM | Show all posts

err..

Seung-lee pula bila sedar disket tu hilang, dia pun rasa bersalah sebab terlalu marahkan Min-young.

aku kurang paham la..:cf:
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2003 01:30 AM | Show all posts

ohh..

Begitulah ceritanya, kini rumah Mr. Yoon dah ada ramai perempuan sampai Mr. Yoon pun segan nak baca newspaper di ruang tamu. Sanggup dia berkurung dalam bilik ^_^.

patutlah tadi aku nampak si Hae-jin ngan Min-young tetiba muncul kat rumah tu..

p/s: tadi aku sempat bbrp part
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2003 01:39 AM | Show all posts
Pasal disket tu....ada part yang tak diceritakan dengan jelas.

Sebenarnya Seung-lee agak kasar sikit dengan  Min-young masa interview mereka untuk artikel tentang review restoran tempat mereka bekerja tu. Hae-jin sengaja padankan mereka berdua untuk interview tu dengan tujuan agar mereka berdamai tapi Seung-lee ambil kesempatan untuk balas balik pada Min-young dengan tak beri peluang langsung pada Min-young untuk jawab soalan. Dia dah dapat tahu soalan awal-awal dari Hee-jung jadi dapatlah dia dah prepare habis.

Bila Min-young tanya kenapa buat begitu, Seung-lee jawab balik dia buat tu semua selepas 'belajar cara ambush kawan sendiri' dari Min-young.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2003 01:52 AM | Show all posts

^_^

Arigato Gozaimasu
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2003 01:54 AM | Show all posts

oic..

Pasal disket tu....ada part yang tak diceritakan dengan jelas.

Sebenarnya Seung-lee agak kasar sikit dengan  Min-young masa interview mereka untuk artikel tentang review restoran tempat mereka bekerja tu. Hae-jin sengaja padankan mereka berdua untuk interview tu dengan tujuan agar mereka berdamai tapi Seung-lee ambil kesempatan untuk balas balik pada Min-young dengan tak beri peluang langsung pada Min-young untuk jawab soalan. Dia dah dapat tahu soalan awal-awal dari Hee-jung jadi dapatlah dia dah prepare habis.

Bila Min-young tanya kenapa buat begitu, Seung-lee jawab balik dia buat tu semua selepas 'belajar cara ambush kawan sendiri' dari Min-young.


camtu citernya yer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2003 11:37 AM | Show all posts

Still pasal disket...

Sorry, sebab cerita tak habis .

Seung-lee terasa bersalah bila disket tu hilang sebab dia fikir itulah 'balasannya' yang dia terima kerana perbuatannya pada Min-young masa interview tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-6-2003 11:45 AM | Show all posts

Reservation for Love ~ cast

  
Jang Seung-lee                  Kim Sang-hyun
(Actress: Kim Chae Yun)    (Actor: Kim Yoo Suk)


  
Park Sung-jin                     Kim Min-young



  
Suh Hae-jin                        Shin Jae-won



  
Jang Seung-won                 Yoon Hee-jung
(Actor: Kwon Hae Hyo)       (Actress: Yoo Hye Jung)


  
Puan Oh Mi-za                     Mr. Yoon Phyung-gu
(Actress: Kim  Chang Sook)
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2003 12:59 PM | Show all posts

aha!

Originally posted by katt at 2003-6-19 11:37 AM:
Sorry, sebab cerita tak habis .

Seung-lee terasa bersalah bila disket tu hilang sebab dia fikir itulah 'balasannya' yang dia terima kerana perbuatannya pada Min-young masa interview tu.


barulah "clear seclear-clearnya"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2003 04:41 PM | Show all posts
Episod 25 ~ Rabu 18/6/03


Sempena anniversary perkenalan mereka selama 100 hari, Sang-hyun dan Seung-lee pun bertukar-tukar hadiah. Sang-hyun beri Seung-lee rantai tangan dan Seung-lee pula beri Sang-hyun rantai leher berloket helang. Kiranya mereka menyambut anniversary tu dalam suasana yang romantik. Siap ada Kodak Moment lagi, masa nak first kiss.....tiba-tiba handphone Sang-hyun berdering. Ada panggilan dari White Rose lagi. Sebelum tu pun White Rose pun dah telefon Sang-hyun pasal perjumpaan Kelab Jaz Internet mereka.

Dahlah tak dapat kiss, Sang-hyun tinggalkan Seung-lee sebab nak pergi jumpa kawan-kawannya. Seung-lee yang memang dah suspicious sanggup tunggu Sang-hyun yang balik dalam keadaan mabuk dengan 2 perempuan dan asyik sebut nama White Rose. Seung-lee jealous tak terkata sampai Sung-jin pun takut.

Esoknya di pejabat, Seung-lee ternampak penyata bil kredit kad Sang-hyun yang berbelanja banyak di Widmax. Sangka Seung-lee tentu Widmax tu sebuar bar atau pub. Dan dia pun beritahu Sang-hyun yang dia tak suka Sang-hyun ke perjumpaan kelab internet tu. Tapi Sang-hyun dah 3 tahun join kelab tu, takkan nak tinggalkan begitu saja.

Sebenarnya Sang-hyun tak tahan pakai rantai tu sebab lehernya jadi gatal-gatal tapi dia pakai juga sebab Seung-lee yang bagi. Akhirnya Sang-hyun terpaksa tanggalkan juga sebab dia kena beri presentation dalam meeting jadi dia tak mahu kelihatan tergaru-garu pula. Rantai tu pun dia simpan dalam poket seluar. Tapi dia tak sedar yang poketnya berlubang dan rantai tu pun tercicir :cf:.

Seung-lee pula lepas bekerja nak cuci tangannya yang kotor menanggalkan rantai tangan sekejap. Tiba-tiba ada hal mengejut berlaku di kaunter restoran, dia pun tergesa-gesa pergi dan tertinggal rantai tangan tu di bilik air. Masing-masing tak mahu mengaku dah terhilang hadiah masing-masing. Bila pergi lunch dengan En. Shin & Hae-jin, Sang-hyun sanggup tahan panas sebab tak mahu longgarkan tali leher manakala Seung-lee pula sanggup makan dengan sebelah tangan saja, takut rahsia terbongkar.

Dalam kelas, Hee-soo yang tidur semasa cikgu sedang mengajar terkejut lalu terbangun terus menjawab soalan tanpa diminta. Terpinga-pinga dia bila seluruh kelas ketawakannya. Sebenarnya Suk-gu yang duduk di belakang yang buat Hee-soo terjaga bila dia cabut rambut Hee-soo. Suk-gu bercadang nak ambil DNA Hee-soo buat rantai leher tapi sebab tak mampu jadi dia pun curi rambut untuk dilaminatekan sebagai personal collection. Boleh tahan kepelikkan budak ni, the things he do for LOVE :bg:.

Akhirnya rahsia Seung-lee dan Sang-hyun terbongkar juga bila sama-sama pergi ke Jabatan Hal-ehwal Awam untuk claim barang masing-masing yang masuk notis. Punyalah terkejut dan marah mereka berdua bila menyedari yang masing-masing dah berbohong. Dua-dua tak mahu mengaku salah pulak tu. Di rumah, Min-young pun nasihatkan Seung-lee supaya berbaik semula dengan Sang-hyun sebab Sang-hyun bukan sengaja tanggalkan rantai tu tapi sebab dia allergic. Lagipun dia berbelanja banyak guna kad kredit tu bukan sebab belanja geng kelab Internet tapi sebab beli hadiah makanan kesihatan untuk ibubapa dia. Sung-jin pula menasihatkan Sang-hyun pergi jumpa Seung-lee di Happy Virus.

Seung-lee & Sang-hyun pun berbaik semula selepas mengaku kesilapan masing-masing. Bila Seung-lee balik dia dapat e-mail dan lagu dari Sang-hyun tapi sebenarnya file tu Sang-hyun nak hantar pada White Rose tapi tersilap click add. Langsung sampai pada Seung-lee. Apalagi, dah baik dah tadi terus jadi mengamuk .

Masa lunch bersama, Hae-jin tanya pada En. Shin sama ada dia pernah join any internet club. En. Shin jawab Tentulah ada. Katanya lagi sebuah kultus yang pelik dan pengasasnya ialah Suh Hae-jin. Hae-jin pun tersenyum lebar, Akhirnya dia cakap sesuatu yang saya suka. Kali ni En. Shin dah pandai mengusik Hae-jin, kena pada masa & tempatnya :2cool:.

Tapi lepas lunch, En. Shin nampak tak sihat sebab indigestion lepas makan stew rusuk dengan Hae-jin. Jadi, Hae-jin pun kelam-kabut carikan ubat untuknya. Tapi Min-young tersilap bagi info, ubat yang Hae-jin beri tu bukan ubat indigestion tapi pil tidur. En. Shin pun tertidur sampai tak pergi meeting. Masa Hae-jin & Sang-hyun pergi tengok En. Shin, ada panggilan untuk Sang-hyun mengenai jamuan birthday White Rose malam tu.

Seung-lee bila tahu pasal perjumpaan tu terus ambil keputusan nak tahu siapa White Rose. Siap menyamar pakai topi supaya orang tak kenal. Sampai di tempat jamuan tu, Seung-lee pun cuba teka siapa perempuan yang jadi White Rose tu. Bila dia dah pasti siapa dia pun balas dendam dengan curahkan air masa that person masuk toilet TAPI tersilap sebab tercurah pada another man. Rupanya White Rose yang sentiasa chatting dengan Sang-hyun tu is another man dalam kelab yang sama. Nickname Sang-hyun dalam kelab tu Grouchy Smurf.  Seung-lee & Sang-hyun sama-sama malu pasal insiden tu tapi biasalah, kot.....orang tengah bercinta!

[ Last edited by katt on 19-6-2003 at 05:44 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2003 04:44 PM | Show all posts

James & Jennifer

Episode hari ni tak sangka pasal En. Shin. Hae-jin betul-betul jadi green-eyed monster sebab jealous tengok James & Jennifer. Nak kenakan Jennifer, terkena James. Sabar jelah.....:eek:

Mr. Yoon pulak terkenangkan Lia Poong nya.

yellow belmont ~ harap-harapnya tengok cerita hari ni. Kelakar betul scene Hae-jin & James Shin tu. Kalau kita cerita balik nanti mungkin akan hilang segala kelucuannya :cf:.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.058630 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list