CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ctA

CINTA BEE dan DAISY [U]

[Copy link]
Post time 9-12-2010 08:49 AM | Show all posts
ermmmm.... nak lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2010 10:07 PM | Show all posts
Post Last Edit by ctA at 10-12-2010 22:13

Selalunya waktu Maghrib tu sengaja dilambat-lambatkan. Kadang-kadang, lepas mandi, masing-masing ada je benda nak diborakkan. Diari sepanjang hari sama ada di kuliah, si makmal, di perpustakaan sampailah waktu jalan kaki nak balik ke kolej, pasti ada isunya. Itu yang membuatkan Wilda dan Umaiy terlajak masa sampai nak dekat  pukul lapan baru nak solat Maghrib.
Tapi malam ni kira lain sikit. Pukul 7.10 masing-masing dah siap bertelekung menunggu azan. Habis je jawab azan, masing-masing terus menunaikan tanggungjawab sebagai muslim. Lepas berdoa, Umaiy dan Wilda terus sahaja bersiap untuk keluar makan. Wilda cukup faham akan sifat Add. Kalau lelaki itu cakap pukul 7.30, 7.30 dia memang dah ada. Jarang orang lain yang menunggu dia. Dan yang bagusnya juga tentang dia, kalau orang lain lambat, dia tak buat muka. Sebolehnya dia cuba percaya dan menerima apa juga alasan seseorang tu.

Dan seperti yang dijangkakan, keluar je dari pintu blok, Add memang dah sampai. Ijad sebelah dia. Ijad tu tak lain tak bukan kena gertaklah tu. Kalu tak gertak, mahunya dia buat lambat. Berbeza sungguh makhluk berdua tu.

“Nak makan kat mana?” Wilda bersuara sebaik sahaja memboloskan diri ke dalam perut kereta.

“Maplelah... Dekat Petronas tu” Ijad membalas. Memang budak-budak universiti selalu sangat lepak di situ. Kalau makan di situ, ada je muka-muka yang dikenali. Jadi, kalau niat nak dating, dan nak sorokkan pasangan yang di’dating’kan tu, maple bukan tempat yang sesuai.

“Hai rumet...” Ijad menegur Umaiy diiringi senyum nakal. Ini semua penyakit Wilda. Kalu nak bercerita pasal Umaiy, selalunya dia akan gelarkan Umaiy dengan gelaran Rumet hinggakan dah sevati di telingan kawan-kawannya dengan gelaran itu.

“Umaiy, nak makan kat mana Maiy?” Add sengaja memberi ruang kepada Umaiy dan cuba memotong gelagat nakal Ijad. Tidak mahu Umaiy rasa tertinggal atau terpencil dalam kelompok mereka bertiga. Antara mereka bertiga, Ijad saja yang tak kenal dengan Umaiy lagi. Dia hanya tahu Umaiy adalah roomate Wilda.

“Mana-mana je. Maple tu pun kira okey...” Umaiy berkata seraya tersenyum apabila menyedari Add sedang memerhatikan dia dari cermin pandang belakang.

“Okey. Let’s go”

“Wid, kau nak makan apa?”

“Roti telur banjir dal sambal”

“Kita singgah kolej Zaaba sekejap. Aku nak hantar CD kat kawan aku.”

Sebaik sahaja kereta pacuan empat roda Add keluar dari simpang Kolej Rahim Kajai, bunyi isyarat mesej bergema. Wilda mengeluarkan telefon bimbit dari jeans yang dipakainya.

‘Daisy, what are you doing?’

Wilda tersenyum sendiri. ‘Nak keluar makan dengan kawan’

"Eh, ramai je orang kat padang tu. ada apa?"



Sementara itu...

“Kau nak mandi tak?”

“Boleh jugak. Dari siang tadi mandi peluh, gila gatal dah badan aku.”

“Nah” Edi menghulurkan tuala mandi buat Idzhan. “Nak pinjam baju tak?” dia bertanya lagi.

“Tak apa. Aku ada bawak baju. Kau siap a dulu. Aku mandi kejap je ni. Lepas ni aku belanja kau makan” Idzhan tersengih lalu terus membuka pintu menuju ke tandas.

Lima belas minit selepas itu, Idzhan sudah bersiap-siap untuk keluar. Baju-baju kotor dilipat dan disimpan ke kedalam beg. Idzhan melihat jam tangannya sekilas. Baru menunjukkan pukul 7.45. Semasa menghatar Idzhan ke sini tadi, Hazman janji nak ambil dia sebelum pukul sepuluh. Masa tu, ada juga dia mengajak Hazman singgah sama di bilik Edi, bekas rakan sematrikulasinya, tapi Hazman menolak. Dia kata nak solat dekat masjid saja dan lepas tu dia jumpa girlfriend dia, budak UNITEN. Makan malam kat mana, Idzhan lupa hendak bertanya.

“Jom” Idzhan bingkas bangun apabila melihat Edi dah bersedia untuk keluar.

“Member aku nak ikut. Jom ke bilik dia sekejap”

Idzhan hanya menurut langkah Edi menuruni tangga meuju ke bilik yang dimaksudkan. Sebaik sahaja menuruni tangga, mereka membelok ke kanan. Bilik yang dimaksudkan selang tiga bilik daripada tandas. Selepas mengetuk pintu tiga kali dan tanpa menunggu suara dari dalam menyahut, Edi terus masuk. Melihatkan Idzhan yang teragak-agak, Edi menggamitnya. Kawan Edi dilihatnya baru selesai solat Maghrib.

“Ni member aku, Idzhan. Han, ni Epul. Epul, Han.” Idzhan dan Epul sama-sama mengangguk.

“Duduklah dulu. Aku pakai seluar jap. Duduk je kat katil rumet aku tu. Belasah je. Dia tak kisah sangat pun” Epul membuka loker dan mengeluarkan jeans yang disangkutkan pada hook di pintu loker.

Idzhan dan Edi duduk di katil yang bertentangan dengan katil Epul. Sambil Edi berbual-bual dengan Epul, mata Idzhan merayap ke seluruh ruang bilik. Pada siling, lama. Pada loker roomate Epul yang tertutup rapat, pada katil roomate Epul yang dia duduk sekarang, kemas. Pada meja studi Epul yang penuh dengan buku-buku rujukan dan CD, pada meja studi roomate Epul dan akhirnya pada softboard yang macam magnet menangkap matanya.

“Ni ke rumet kau?” Idzhan segera bangun dan sudah berdiri betul-betul di hadapan softboard roomate Epul. Di hujung telunjuknya jelas dua manusia dalam sekeping foto yang meracik jiwa.

“Haah, budak Food Sciece. Tadi dia keluar pergi makan dengan coursemate dia, dengan awek dia sekalilah kot”
Idzhan mehanan debaran dada yang dah bergoncang ganas.
“Ni ke awek dia?” Mata memandang tepat pada sekeping gambar yang terselindung di sebalik buku-buku yang berdiri. Hanya wajah si lelaki yang jelas. Idzhan mengalihkan sedikit kedudukan buku berkulit tebal itu.

“Hah, girl yang buat dia angau 24 jam tu... Betullah tu”

Idzhan dah tak tahu apa yang dia rasa. Terkejut ada, marah ada, cemburu pun ada.
Marah? Idzhan, come onlah. You’re not even in a relationship dengan dia. Suara dalam kepala bergema. Yeah... Why should I? Idzhan sebolehnya menahan rasa.

“Dah jom”

Idzhan kembali meletakkan buku tebal itu pada kedudukan asal. Sebelum berpaling, sempat dia memandang foto itu buat kali terakhir. Memang tepat aku tak call kau Add, untuk singgah kat bilik kau. Nasib baik ada Edi. Tapi, kalau Tuhan nak tunjuk tu, sampai jugak aku kat bilik kau ni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2010 12:40 AM | Show all posts
teruskan bekarya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2010 09:21 PM | Show all posts
mekasey.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2010 11:47 PM | Show all posts
cTa...nape entry ade 2 kali..tsalah ek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2010 12:16 AM | Show all posts
haah
tersalah
ingat nak upload para lain
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-12-2010 12:16 AM | Show all posts
Post Last Edit by ctA at 12-12-2010 00:21

BAB 19


Sebaik sahaja tiba di kedai makan yang dituju, mereka berempat mengambil tempat di meja yang  berdekatan dengan tempat parkir kereta. Selalunya di kawasan parkir kereta tu memang penuh meja. Biasalah ramai sangat pelanggan. Tak muat kat dalam, dibantainya susun kerusi meja di luar. Tapi sejak akhir-akhir ni Majlis Perbandaran Kajang galak buat gerak gempur, maka terpaksalah penguasaha kedai makan ni hadkan bilangan meja. Tapi, Wilda suka bila penuh meja. Baru seronok ramai-ramai. Happening. Baru dua saat duduk, pekerja maple terus datang untuk ambil pesanan.

“Roti canao double. Dua”
“Teh tarik. Dua jugak”
“Roti telur banjir dal sambal”
“Dua”
“Teh o ais limau”
“Teh o suam kurang manis”

Sebaik sahaja pesanan diambil, pekerja itu pun berlalu. Wilda dan umaiy hanya memerhati gerak-geri para pekerja dan pelanggan yang rata-ratanya terdiri daripada budak-budak UKM juga. Hebat pekerja-pekerja kat sini, ambil pesanan tak bawak pen dan kertas, main ingat-inagt kat kepala je. Kejap lagi mulalah datang balik apabila ada benda yang tak jelas ataupun salah bagi menu. Pantang betul.

“Nah” Wilda memecah kebisuan mereka berempat.

Add mengambil pendrive yang dihulurkan oleh Wilda.

“Nama fail?”

“Sensori” balas Wilda pendek.

“Berapa salinan nak fotokopi” Ijad pula menyampuk.

“Kan dah bincang dulu...” Wilda mengingatkan. Ijad ni main ambil ringan je semua benda. Ijad tersengih serba-salah, mengakui kekhilafan sendiri.

“Buat dua puluhlah”

“Biar aku pergi print sekejap” Ijad menawarkan diri. Bukan susah sangat, CC dekat je di seberang jalan tu. Payah pula nak tumpang-tumpang print bilik member-member lain.

“Eh, aku nak pergi 7E sekejap. Wid, kau nak kirim apa-apa? Add?” Umaiy dah sedia berdiri. Dia mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit dan menyerahkan walletnya kepada Wilda. Bawa duit je, senang. Nanti kena rompak payah pula.

“Beli butterscotch je la. Boleh buat breakfast esok” Wilda mmeutuskan tanpa berfikir panjang.

“No thanks” Add membalas.

Masing-masing melihat sahaja kelibat Umaiy meninggalkan meja.

“So, kau dah dapat panel berapa orang?






“Nak makan kat mana?” Edi bertanya sebaik sahaja menarik brek tangan.

“Kedai tu pun okey juga” Idzhan menunjukkan pada satu premis makanan. Epul turut memandang kea rah premis yang ditunjukkan oleh Idzhan. “Oh, Bangi Bistro. Okey jugak. Ramai lepak situ”

“Weh, aku nak beli barang kat sebelah sana sekejap. Kau orderkan untuk aku nasi goreng apa-apa jelah yang sedap. Kau belasahlah apa-apa. Air teh tarik.” Idzhan garu kepala. Baru teringat kena belikan rokok yang Hazman pesan.

“Kirim beb. Dunhill 20.” Epul lantas mengeluarnot RM20 dari dompetnya.

“Kau?” Idzhan mengalih pandang pada Edi. Edi sekadar menggeleng.

Idzhan berjalan menyusuri kaki lima menuju ke bangunan lot kedai yang terletak di seberang jalan salah stau kedai makan yang dibanjiri manusia. Sesekali ada keluhan terlepas. Dia terasa seleranya mati apabila mindanya difokuskan kembali kepada insiden di bilik Epul tadi. Semasa melalui kawasan tersebut, jantungnya tiba-tiba berdegul laju. Apahal lah pulak ni.

Sebaik sahaja tiba di lot kedai runcit yang dituju, dia terus memesan dua kotak rokok  yang dikirim. Selepas membayar, dia terus melangkah keluar dengan hati yang masih tidak tenang dan sampi kini tida diak tahu kenapa. Dan...

“Aaaaa...” Plastik putih berlabel 7E yang berisi Butterscotch itu jatuh ke lantai simen dan kotak Dunhill merah yang turut sama jatuh.

“Eh, sorry, sorry” Idzhan menyesali kelalaiannya. Dia segera tunduk mengutip barang-barang yang menjadi kelalaian manusia dan memasukkan Butterscotch ke dalam plastik.

“Nah, sorry...” Idzhan meneyrahkan plastic tersebut kepada gadis manis di hadapannya.

“Okey, tak apa” gadia manis itu menyedekahkan senyuman manis lalu masuk ke dalam kedai runcit yang bari Idzhan singgah tadi.

Sewaktu dia hendak melintas jalan, matanya tertangkap pada dua kelibat manusia yang cukup dikenali. Serta merta jiwanya runtuh. Jatuh terus ke tanah seperti kotak-kotak Dunhill tadi. Dia tak tahu ekspresi bagaimana yang sedang ditunjukkan oleh wajahnya. Serta-merta juga dia teringat akan watak-watak dalam foto di bilik Epul tadi. Watak yang sama, cuma lokasinya yang berbeza.

Entah kuasa mana yang mendorong, gadis manis yang menjadi santapan matanya turut tiba-tiba memandang ke arahnya. Pandangan mereka bersatu. Gadis itu mempamerkan riak terperanjat. Dengan jarak yang tidak sampai sepuluh meter itu, masing-masing seolah dapat mendengar debaran hati masing-masing. Idzhan berlagak tenang. Sambil terus memandang si pujaan hati yang mencalarkan jiwanya dua kali malam ini, dia terus meninggalkan tapak dia berdiri tadi. Nasib baik juga dia sedar lagi untuk melihat kiri dan kanan sebelum melintasi jalan yang tidak berapa sibuk. Dia menarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya perlahan, lalu mengalihkan pandangan daripada gadis yang sedang duduk dengan seseorang yang amat dikenali itu.
‘Idzhan, she’s not even your girl’


“Wid, kenapa?” Add pelik apabila melihat riak wajah Wilda yang tiba-tiba pucat.
Roti telur yang masih belum dikunyah terasa tersekat di kerongkong. Kenapa mesti sekarang? Wilda mengeluh. Dia sedar yang dia tidak buat apa-apa kesalahan tapi apabila diingatkan ekspresi Idzhan tadi, dia rasa tak sedap hati. Sumpah, dia tak mahu Idzhan salah faham. Apa yang harus dia buat sekarang? Mesej Han?

Saat itu, dia hanya memandang sepi kelibat Umaiy dan Ijad yang bergandingan sambil ketawa kea rah mereka. Dia menyedut aur perlahan. “Tak ada apa”
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2010 08:43 AM | Show all posts
ala....tengah syok baca....bg n3 lg....please...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2010 01:14 PM | Show all posts
ckitnya.....bila nak sambung lagi cta.?
kasi sambung panjang2 punya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 01:59 AM | Show all posts
adeh masalah dah timbul....
tapi bila difikirkan balik, han dgn wid tak declare betul-betul, cuma dlm hati...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 09:04 PM | Show all posts
jgn la konflik yg maha berat...
idzhan ni... tunlahh xmo terus terang... wid pun sama....
ada la jalan buat depa ni hendaknya...

nak lagi.... pleeeeeaaaaassssseeeee....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 11:31 AM | Show all posts
konflik ni ke yang buat diaorg renggang terus???
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 12:44 PM | Show all posts
konflik ni ke yang buat diaorg renggang terus???
fazss Post at 14-12-2010 11:31



    juliet pun rasa ya...sbbnye ni ct bg kisah flasback diorg kann......
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 12:46 PM | Show all posts
kosong jugak.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 05:42 PM | Show all posts
huhuhu
han salah sangka ler plk.....
cian
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 06:56 PM | Show all posts
ala....entry xda lagi...sob2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2010 09:25 AM | Show all posts
N3 ?? nak.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 01:59 PM | Show all posts
xde la pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2010 11:30 PM | Show all posts
sambung lg yer..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 11:19 AM | Show all posts
aduii... lamanya tunggu masih takde sambungan..........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.399730 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list